Sunday, May 22, 2011

Nak Makanpun Sibuk Dgn HP

Anak2 aku dgn hp dan iPhone sementara menunggu makanan tiba. Adam lagi best - main dgn iPad dia.

Inilah keadaan skrg bila semua dah ada hp. Nak makanpun asyik dgn hp masing2 huhuhu

Oh ya. Di meja sebelah belakang tu, budak2 AF. Yg baju belang biru tu ialah Raqib.
Aku tak kenalpun tapi famili aku kenal dia sbb mereka follow AF tu.

Oklah kami nak makan dulu. Nanti bising pula emak Adam tengok aku asyik blogging.
Sent via BlackBerry from Maxis

28 comments:

  1. selamat makan...jangan makan ipad..

    ReplyDelete
  2. zaren,
    Terima kasih. Dah nak habis makanpun ni.

    Lepas ni nak jalan2 kat JJ ni

    ReplyDelete
  3. Zaman dah berubah YB...
    Ada juga yang kenyang bila layan gadget ni semua...

    ReplyDelete
  4. Dulu2 kalau arwah abah bawa makan kat luar, mentara makanan sampai hanya boleh buat ialah goyang2 kaki atau baca buku cerita. Makan luar hanya sebulan sekali sahaja. Sekarang dah berubah, kita berupaya utk bawa anak2 makan bila2 masa bila teragak..sedey bila imbau kenangan masa kecik..merasa hidup sederhana dengan arwah abah..

    ReplyDelete
  5. hahaha..ingatkan keluarga saya jer cam gini..kadang tu rasa suruh kerajaan haramkan hset di meja makan.

    ReplyDelete
  6. itulah harga kemajuan. tapi dapat duduk semeja dan makan bersama, itu dah sangat baik bang.

    ReplyDelete
  7. Salam..

    Inilah harga sebuah kecanggihan..

    Orang utara kata meghuneh telefon..

    ReplyDelete
  8. bapak blogging,
    anak 'fbing'



    itulah pepatah yg sesuai buat masa kini. no more bapak borek anak rintik ye tuan2.

    hehehhe

    ReplyDelete
  9. dah apaknya gitu...
    yer dak??

    ReplyDelete
  10. hazeleyed lady,

    Betul jugak kata awak tu. Ada tu tak kisah nak makan bila dah main dgn gajet tu.

    Penat emak mereka masak kalau kat rumah huhuhu

    ReplyDelete
  11. Marina Monroe,

    Org dulu mmg disiplin betul masa makan. Anak2 pulak takut atau paling tidak rasa segan nak langgar pantang larang org tua.

    Budak skrg dah jauh berbeza. Itulah perubahan zaman.

    Skrg ramai yg hidup dah agak mewah. Boleh makan di luar agak kerap.

    Saya masa kecil lagilah jarang makan di luar dgn keluarga sebab kami org susah.

    ReplyDelete
  12. hani@debumelukut,

    Kita satu genglah ek.

    Saya sokong saranan awak tu!

    ReplyDelete
  13. izman,

    Anak2 sibuk main iPhone sebelum makan. Bila makanan sampai nasib baik semua makan bersama2.

    Acara semalam sempena semua anak2 ada di rumah. Hari ni yg no 3 dah nak mulakan pengajian di Kolej Matrikulasi.

    ReplyDelete
  14. petai jeruk,

    Wsalam.

    Betul tu. Skrg ni budak2 pun dah ada hp.

    Menghuneh telefon tu macamana ek?

    ReplyDelete
  15. mmg hebat keluarga awk bang....hehe.

    ReplyDelete
  16. kat sakura kristal eh?

    yg baju merah sebelah sana tu pulak kita dan kengkawan,ehehehehehe.

    ReplyDelete
  17. YB...sekarang kat mana2 pun kalau kedai tu ada wifi.. memang anak2 semua bermain dgn hp...takpun dgn ipad...sementara menanti makanan sampai

    ReplyDelete
  18. wahhh.. adam pun ada ipad! terbaek lah adam..

    ReplyDelete
  19. Macamana anaknya tak macam tu, bapaknya pun lebih kurang halal je, biasa la tu YB kami pun macamtu, kadang makanan dah sampai saya masih baca blog lagi, mula lah cik abang kita membebel dan kita pun balas balik jeles la tu sbb dia tak ada fb dan tak baca blog.

    ReplyDelete
  20. AiTotYati,

    Anak bukan berfb tapi dok ambil gambar. Bapak mereka biasalah bila ada chance mesti nak blogging hehehe

    ReplyDelete
  21. kakngah,

    idak jugak. Anak2 skrg lebih canggih dari ibubapa dlm bab ICT ni huhuhu

    ReplyDelete
  22. Ayen,

    Keluarga zaman skrg mcm ni lah.

    ReplyDelete
  23. juliet,

    biar betul awak ni? Nape tak tegur? Kalau tak boleh saya belanja hehehe

    ReplyDelete
  24. Kak Anie,

    Itu antara daya penarik kedai makan skrg. Tapi kedai Melayu kurang ada wifi ni dibandingkan dgn kedai bangsa lain atau francis

    ReplyDelete
  25. -GC-,

    Dah lama adam guna iPad. Dia lagi terer dari ayahnya huhuhu

    ReplyDelete
  26. Adinda Amy,

    iPhone tu anak2 saya beli sendiri. Sanggup kumpul duit nak beli iPhone.

    iPad tu kawan saya yg bagi saya. Skrg Adam yg banyak gunakan utk main dan belajar

    ReplyDelete
  27. Sharifah Rosidah,

    Kalau sampai makanan dah terhidang masih dok sibuk dgn fb dan blogging mmg dah melampau.

    Kalau saya mesti dah kena jeling oleh emak Adam sambil dia kata, "makan ajelah hp tu" hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails