Friday, April 22, 2011

Janda Juga Dicari Orang

Haizam ada aktiviti Perkampungan Belajar di Janda Baik petang ni. Program anjuran sekolahnya utk pelajar2 Tingkatan 3 yg akan mengambil PMR tahun ni.

Lepas solat Jumaat kelam kabut dia mencari barang2 yg masih belum ada seperti lampu suluh dan entah apa lagi utk dibawa bersama. Awal2 tak nak kemas. Dah nak pergi baru kelam kabut. Biasalah tu.

Bas bertolak pukul 3 ptg. Tapi dia nak pergi cepat sebab pelajar perempuan yg tak solat Jumaat dikehendaki ada di sekolah pukul 2 ptg. Aku kata rileklah. Makan dulu lepas solat tadi sebab nanti aku hantar dia ke sekolah.

Bila dah makan, tak tahu nak berhenti. Emak Adam masak gulai udang, sayur tumis kacang panjang dan timun cicah tempoyak. Lepas tu dia gorengkan tempe berempah. Memanglah best.

Masa aku hantar Haizam tadi aku tanya dia, "Program ini bergabung dgn sekolah lain ke?"

Dia jawab, " Tak lah. Utk sekolah ini aje."

Aku tanya lagi, " Habis tu buat apa susah2 ke Janda Baik? Kat sekolah pun boleh kalau nak belajar utk PMR."

Haizam hanya sengeh.

Emak dia pesan baik2 kat sana tu kerana ada org kata tempat tu 'keras'.

Haizam, "Takpe sebab saya pergi dengan anak janda!"

Apa punya jawapan daaa

49 comments:

  1. kat sekolah dah bosan le YB.


    tempat baru, smgt lain sikit.


    nak plak g dgn anak janda
    (oh kecik2 dah pandai. cerdik btl pljr skrg)

    ReplyDelete
  2. kat sekolah dah bosan le YB.


    tempat baru, smgt lain sikit.


    nak plak g dgn anak janda
    (oh kecik2 dah pandai. cerdik btl pljr skrg)

    ReplyDelete
  3. rasanya kat sana mmg keras. sbb byk batu. :P

    ReplyDelete
  4. chop!

    bukan dah tukar ke nama janda baik tu?

    ReplyDelete
  5. sesekali bertukar angin. apa salahnya..

    anak pergi dengan anak janda.. takpe.
    jangan bapak g ngan janda udah la yer... hihihi!!!

    ReplyDelete
  6. As Salam YB
    tempat ni bukan untuk bapak bapak...bahaiyatu..

    ha ha

    ReplyDelete
  7. agagaga
    katanya tempat sunyi dan tenang senang belaja YB
    katanya lah

    ReplyDelete
  8. Salam,
    tak pe ni janda jenis baik punye..bukan janda gatai miang bagai... hehehhhh..

    ReplyDelete
  9. cikgu nya yang melebih kot nak bersantai santai..:P

    kat situ katanya best buat banglo, utk beristirehat..

    ReplyDelete
  10. janda anak berapa tu?
    kehkehkeh!!!

    ReplyDelete
  11. sebaik pergi janda baik..klu pergi ke janda jahat kan susah...eh,ada ke janda jahat?
    heheheh!!!

    ReplyDelete
  12. 'keras'?
    apa yg keras?
    jln tar nya kah?

    ReplyDelete
  13. saya anak janda.
    sama je perasaanya =P

    ReplyDelete
  14. Orang laki dgr je perkataan janda suka...

    ReplyDelete
  15. janda tu logik la ada anak. kalau anak dara mana mungkin ada anak. huhuhu~

    ReplyDelete
  16. YB baca title tu buat suspen je, cik abang kita tengah drive siap suruh baca kuat2, rupanya yang ado.

    Udang masak gulai tu macamana YB, kita tanya sbb tak faham maklumlah orang Johor cakap gulai tu asam pedas, tapi orang utara kata gulai tu kari, yang mana satu?

    Kita dlm perjalanan balik dari Ipoh ke KL, ambil L0 dari kerajaan Perak, sampai KL tadi terus makan kat SABA dataran Jelatik dah kenyang on the way balik TPG.

    ReplyDelete
  17. janda baik nama tempat je tu YB kan..


    Nak tau podehnya lado,
    Ditumbuk di giling-giling,
    Nak tau ghamai e jando,
    Di Pilah dokek Senaling.

    ReplyDelete
  18. tempat orang dia baik2 ok selamat nanti tu..

    ReplyDelete
  19. AiTotYati,

    Ayahku pulang dari kota,
    Dia belikan ku kereta,
    Kereta kecil warna merah,
    Boleh ku bawa ke sekolah

    Pon pon pon pon pon pon

    ReplyDelete
  20. AiTotYati no 2,

    Nak belajar pun macam org kerja nak buat seminar atau brain storming. Kena pergi tempat luar daerah?

    Org kerja takpelah sebab kompeni atau gomen bayar.
    Ini ibubapa yg bayar huhuhu

    Anak janda tu kawan sekelas dia. Budak lelaki jugaklah ngeeee

    ReplyDelete
  21. kts,

    kalau mcm tu kat Batu Caves lagi keras sebab batunya seconggok hehehe

    ReplyDelete
  22. kts lagi,

    tukar kpd nama apa pulak?

    Dah kahwin semula ke janda tu? hehehe

    ReplyDelete
  23. kakngah,

    Sampai ke Pahang nak bertukar angin. Pergi kat belakang zoo tu pun boleh. Dekat sikit hehehe.

    Kalau bapaknya buat apa keluar dgn janda? Lebih baik cari yg anak dara hahaha

    ReplyDelete
  24. AZANI,

    Waalaikum salam.

    Bahaya kenapa? Banyak skuad pencegah maksiat ke? hehehe

    ReplyDelete
  25. alien,

    kalau dah pergi ramai2 mana nak sunyinya. Penunggu kat situ pun lari masuk dalam hutan.

    ReplyDelete
  26. Sally,

    Mula2 tu baiklah. Lepas dah kenal rapat, takut lain jadinya.

    You know better on this matter ngeee

    ReplyDelete
  27. Daddy Ziyyad,

    Cikgu2nya berusaha bersungguh2 utk memastikan murid2 dari 3 kelas teratas dapat 8A utk PMR. Itu yg dibuat program seperti ini.

    Haizam tu pressure juga sebab kakak2nya dulu semua dapat 8A masa PMR. Cabaran jadi adik ni ngeeee

    Org kaya2 ramai yg buat banglo kat Janda Baik tu. Antaranya Yusof Haslam.

    ReplyDelete
  28. kak long,

    Janda anak 5. Anak yg sulong baru Tingkatan 5. Yg kedua sebaya dgn Haizam. Ada juga anak dia yg kembar. Suami dia dah meninggal. Nasib baik janda tu ada pekerjaaan. Bolehlah tampung keluarga.

    ReplyDelete
  29. kak long,

    Tempat bernama Janda Jahat takde tapi janda yg tak baik ada rasanya. Yg gatal pun ramai. Itu yg ramai pandang serong dgn mak J ni hehehe

    ReplyDelete
  30. kak long lagi dan lagi,

    keras sebab ada makhluk halus. Tak tahulah betul ke tidak tapi mcm tu lah cakap sesetengah org.

    Jalan tar dia pun keras. Batu sungai lagi keras hehehe

    ReplyDelete
  31. tasek,

    masa aku siapkan kopi ko tak datang. Masa aku ke Shah Alam ko datang. Dahlah tu aku sangkut kat jam pula sampai 2.5 jam huhuhu

    Nanti bila jumpa aku belanja ko minum kopi. Kat Subaidah ok tak?

    ReplyDelete
  32. Syida,

    Saya pun anak janda!

    Kita yg dah ada anak sendiri, tak sama macam budak yg belum baligh ngeeee

    ReplyDelete
  33. aNIe,

    Itu tandanya ada peluang kedua kalau percubaan pertama tak berjaya

    Second hand pun second handlah

    hahaha

    ReplyDelete
  34. gadisBunga,

    Ada juga janda yg takde anak. Janda berhias pun ada.

    Dan ada juga org sekarang yg masih anak dara (eh dah tak dara) maksud saya belum kahwin tapi dah ada anak.

    ReplyDelete
  35. sharifah rosidah,

    Semalam masa baca komen ni guna BB saya senyum sendiri. Sampai mcm tu sekali ke cik abg awak tu? Oh kirim salam kat dia.

    Udang masak gulai tu masak lemak letak daun kunyit. Malam tadi sampai dua kali saya tanya emak Adam sehingga dia pun hairan kenapa saya tanya berkali2. Saya nak pastikan gulai tu ialah masak lemak. Udang yg digunakan tu yg sebesar ibu jari kaki. Perghhhhh Malam tadi adik kpd emak Adam sekeluarga datang rumah kami. Dapatlah mereka merasa udang masak lemak tu.

    Tahniah dah dapat LO dari kerajaan Perak. Berbaloilah berulang alik kesana.

    Dataran Jelatek tu dekat sangat dah dgn rumah kami. Seberang jalan dan landasan LRT tu kawasan rumah kami. Alaaa yg teres tu. Lain kali bolehlah singgah rumah kami.

    Semalam ptg kami takde kat rumah sebab ke Shah Alam mengambil Atikah dari UiTM. Kalau tak boleh ajak awak sekeluarga singgah.

    ReplyDelete
  36. ibuintan,

    Kenapa tak bagi tahu awal2? Sebelum ni kan saya selalu ke arah sana masa Afifah belajar di Serting. Skrg dah takde lagi lah


    wakaka

    ReplyDelete
  37. zino,

    InsyaAllah. Semalam tak telefon tu tandanya ok lah tu kot.

    Dulu masa saya ada kursus kat sana, mmg takde line tepon. Kalau nak call kena guna public phone. Tapi kotak duit dia dah penuh dgn syiling sehingga tak boleh buat call lagi hehehehe

    ReplyDelete
  38. Insan Marhaen,

    Ini utk pelajar2 sekolah aje dgn diiringi oleh guru2 mereka.

    ReplyDelete
  39. Along pun takde. Perkhemahan di sekolah aje.

    ReplyDelete
  40. alahai...sebut2 pasal 'janda' ni rasa 'terasa' pulak maklumlah kita ni MJ...

    ReplyDelete
  41. Minggu depan pun saya nak Janda Baik..:)

    ReplyDelete
  42. a.z.r.i.n.a,

    Skrg ni biasa buat perkhemahan di kawasan sekolah aje. Kalau hujan tidur dalam bilik darjah.

    Eloklah dari segi keselamatan utk murid2.

    Tapi tak mencabar mcm saya masa sekolah dulu hehehe

    ReplyDelete
  43. nyanyisunyi,

    oopsss maaflah kalau awak 'terasa'. Tiada niat utk mengusik golongan MJ.

    Salam kenal dan terima kasih kerana sudi menjadi pengikut blog saya yg tak seberapanya ini.

    ReplyDelete
  44. Lieya,

    Berapa hari awak kat sana? Ada kursus ek?

    Situ ada banyak pokok durian. Lupa pula nak tanya Haizam durian sedang berbuah ke?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails