Sunday, April 24, 2011

Hotplate Yee Mee

Kalau semalam makan rangka ayam, hari ni kami makan sizzling yee mee utk dinner.

Dah berkurun rasanya tak ke Giant Hulu Klang utk makan yee mee ni. Dulu sebulan atau dua bulan sekali mesti dtg sini. Bangla yg berniaga tu pun dah tukar org. Yang sombong sebelum ni dah balik kg tanam jut agaknya. Yg skrg ok sikit.

Harga dah naik. Semua brg naik harga kecuali gaji huhuhu.
Satu bekas RM5. Kalau ada telur RM5.50.

Yang penting famili aku happy.
Sent via BlackBerry from Maxis

22 comments:

  1. assalamualaikum akhi YB...

    yummy yummy hmmm sedapnya..

    tengok pinggan tu, teringat nk makan chicken chop le plak.

    ReplyDelete
  2. YB saya hari minggu ni tak kemana2 so tengahari tadi masak nasi ayam dan petang pulak buat mee kari lagi pun 2 anak saya yang diUIA kuantan dan abangnya yang duduk diKL balik.

    Malam tadi pagar rumah saya digunting lagi tapi anak bongsu saya dengar dan kejutkan abangnya pergi kedapur dan living room, mungkin penyamun terperasan lampu dari hp anak bujang saya dan lari.

    Sekarang ni bila hari nak malam je saya mula takut, padahal dulu kalau suami keoversea seminggu saya tinggal berdua je dengan anak bongsu langsung tak ada perasaan takut.

    ReplyDelete
  3. bukan barang je naik, darah tinggi pun boleh naik kalau semuanya naiiiiiiiiiiiiiiik

    huuhuuh

    ReplyDelete
  4. yang penting seronok makan bersama anak beranak kan?

    ReplyDelete
  5. Ummi Humaira,

    Wsalam ummi.

    Yee mee ini mmg faberet famili kami sekeluarga. Banyak2 tempat, kat Giant Hulu Klang ni yg paling best.

    Ummi makan chicken chop sizzling ke guna bekas macam tu?

    ReplyDelete
  6. mendatak hijau,

    eh sedap. Habis 4 pinggan tadi + satu mangkuk mee kongfu.

    ReplyDelete
  7. Waqheh,

    Bolehlah cuba kalau datang KL ni.

    Saya pun nak cuba mee yg awak citerkan tu hehehe

    ReplyDelete
  8. IM pun dah lama tak makan sizzling. orang tua kata makan dalam periuk nanti kahwin hari hujan. makan dalam kuali?

    ReplyDelete
  9. saya dulu ghajin ke giant hulu kelang tu..sebab rumah kawan baik saya masa di sekolah teknik dulu di taman permata..:)

    ReplyDelete
  10. sharifah rosidah,

    Wah rajin awak masak. Maklumlah anak2 balik ke rumah. Yg di UIAM Kuantan tu buat medik ke? Tahun berapa? Anak saya yg sulung pun di UIAM tapi di Gombak.

    Bahaya ni kalau perompak asyik target rumah awak. Pasanglah spot light keliling rumah yg guna sensor. Kalau ada pergerakan, ianya akan menyala. Sekurang2nya akan buat perompak lari.

    Risau juga saya dengar ni. Suami awak pun selalu outstation w/p mungkin tak ke overseas sekerap dulu.

    Harap awak mengambil langkah2 keselamatan yg sesuai seperti pasang alarm. Mungkin nak juga cuba 'dipagar' rumah tu sebagai ikhtiar.

    ReplyDelete
  11. AiTotYati,

    Kalau semua naik termasuk gaji, mungkin darah tinggi tak naik sangat. Yg tak sedap harga barang semua naik tapi gaji tak naik2 huhuhu

    ReplyDelete
  12. Eja,

    Betul tu. Lama dah tak bawa mereka ke situ. Jadi ada masa terluang ptg tadi bawalah mereka makan di samping beli barangan dapur dan cari seluar hitam utk Haikal buat persembahan di sekolah esok.

    ReplyDelete
  13. Insan Marhaen,

    Sizzling tu ada bekas khas dia. bukan periuk dan bukan kuali.

    Betul ke kalau makan dlm periuk bila kahwin hujan? Mungkin org tua cakap begitu kerana tak manis kita makan dlm periuk. Org dulu kan suka cakap berlapik dan berkias.

    ReplyDelete
  14. Lieya,

    awak sekolah teknik mana masa tu? Teknik Cheras ke?

    Lain kali kalau ke rumah kawan awak tu, singgah sekali rumah saya tau sebab dah tak jauh.

    ReplyDelete
  15. rindu sizzling yee mee kat uia dulu. sedapppp sgt!

    ReplyDelete
  16. Saya suka Hot Plate mee di Tesco Semenyih..


    Kalau sekali nak dua kali...

    ReplyDelete
  17. gadisBunga,

    Jom kita ke sana makan. Saya belanja awak. Saya pun tak pernah cuba yee mee kat UIAM tu huhuhu

    ReplyDelete
  18. a.z.r.i.n.a,

    Oh kat situ sedap ya? Lain kali nak try yg itu pulak lah hehehe

    ReplyDelete
  19. ada 'telur' dua boleh mintak naik harga ka?

    ReplyDelete
  20. Rozami,

    Sebiji telur 50 sen. Kalau 2 mesti dia cas seringgit hehehe

    Telur bawa sendiri tak kira tau hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails