Saturday, March 19, 2011

Gotong Royong

Pagi ini satu majlis gotong royong perdana telah diadakan di taman perumahan aku. Perancangan rapi telah dilakukan oleh pihak penganjur iaitu Persatuan Penduduk dan juga surau di sini. Beberapa mesyuarat telah dijalankan sebelum majlis pagi ini agar semuanya berjalan lancar. Hasilnya pihak PBT menghantar 6 buah lori dan 10 org pekerja kontraktor pembersih kawasan ini untuk sama2 turun padang.

Kerja dijalankan mengikut jalan masing2. Jalan dekat rumah aku ni sepatutnya menumpukan kpd membersihkan longkang. Tapi bomba takde utk tolong pancut air dan bersihkan mana2 yg tersumbat.

Maka kami beralih mencantas pokok2 yg dah rimbun.

Satu org kerja (yg baju oren di atas pokok tu) dan yg lain jadi mandor

Tak patut sekadar tengok2 aje. Ok tolong tarik dahan tu guna tali rafia supaya tak kena pagar rumah jiran. Tapi dahan ni gugur menghempat paip lalu menyemburlah air ngeeee


Tolong masukkan dahan yg dah dicantas ke dalam tong sampah ni ramai boleh buat. Eh apasal dua orang aje? Yg lain segan nak masuk dlm blog ni.

Mencantas dahan rambutan yg telah ke rumah jiran. Macam kenal aje rumah yg sebelah kiri tu hehehe


Nak tebang lagi ke? tanya abang berbaju oren. Parang dia memang tajam. Yang lain tu termasuk aku depan dan belakang parang sama aje tumpulnya

Kerja gotong royong berakhir pukul 1:00 tadi. Ini kira laporan terkini. Tak sempat keluar kat Buletin 1:30 lagi

15 comments:

  1. orang yang buat entry ni main BB je ek?

    :P

    ReplyDelete
  2. heheheh...

    aktifnye persatuan penduduk kat sini..

    YB yang mana ye..mcm xde aje..curik tulang ek..hehhe

    ReplyDelete
  3. nasib pokok rambutan tu tak berbuah. klu tak, kompem sume duk berlonggok bwh pokok tu. duk mkn buahnya


    :D

    ReplyDelete
  4. AiTotYati,

    Bapaku pulang dari kota,
    Bapaku belikan kereta . . .

    ReplyDelete
  5. AiTotYati lagi,

    Org yg buat n3 ni pemberita tak rasmi taman kami ni hehehe

    ReplyDelete
  6. cikceriacorner,

    Persatuan agak aktif tapi ada juga penduduk yg tak aktif. Org dok bersihkan depan rumah mereka buat tak kisah aje. Suruh alihkan kereta pun ada yg buat dek huhuhu

    Saya ni pemalu sikit org nya. Itu sebab takde dlm gambar hahaha

    ReplyDelete
  7. kts,

    Pokok tu berbuah juga tapi kali ni tengah datang bulan hahaha.

    Kalau nak rambutan kat chow kit tu 3kg RM10

    Rumah awak pun banyak pokok. Nak kami tolong cantaskan ke?

    ReplyDelete
  8. tak nampak pun muka awak .. atau awak jadi jurugambar rasmi atau mata saya dah kabur !

    ReplyDelete
  9. Abang baju oren tu memang rajin..

    Masa meeting AJK tempohari, YB dapat tugasan sebagai jurugambar yer...tak payah turun dlm longkang, tak payah tarik dahan....ekekekekeke

    ReplyDelete
  10. al-lavendari,

    Mcmana nak nampak bila saya yg jadi jurugambarnya. Saya jadi jurugambar tak rasmi. Jurugambar rasmi guna DSLR dan bukan kamera cap ayam mcm saya.

    Surau dan Persatuan Penduduk kami pun ada blog hehehe

    ReplyDelete
  11. Daddy Ziyyad,

    Abg baju oren tu jiran sebelah rumah saya. Dia mmg rajin dan peramah.

    Masa meeting hari tu saya dilantik jadi ketua blok. Masa tu saya tak datang. Kalau saya ada, mesti saya tolak.

    ReplyDelete
  12. bayang2 yb pun tak nampak...membelit...

    ReplyDelete
  13. MENTIBANG LAUT,

    Tak nampak dalam gambar tak bermakna tak buat kerja ngeeee

    ReplyDelete
  14. gotong royong? ala kat telok panglima garang ni pun selalu buat, kita orang duduk tanah lot kita buat sendiri cuma kat kawasan taman perumahan je yang selalu buat, ada ke patut kawasan tanah lot kita buat sendiri tapi bila buat kat kawqasan perumahan kita pun diajak sama? tapi kenapa kat rumah kita diorang tak tolong kan tapi tak pe lah kira amal jariah je.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails