Tuesday, March 22, 2011

City vs Siti

Haikal: "Ayah, apa beza antara bandar dan bandaraya?" tanya dia semasa kami dalam perjalanan ke Putrajaya nak tengok belon panas Ahad lepas.

Aku: "Bandaraya tu lebih besar dari bandar. Penduduknya lebih dari sejuta orang dan pendapatan dari cukai kena melebihi paras tertentu yg ditentukan oleh KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) utk diiktiraf sebagai bandaraya. Ada lagi kriteria lain tapi Haikal google lah sendiri" panjang lebar aku cuba menerangkan.

Haikal: "Oh kiranya bandaraya ni besarlah?" balas dia separuh ternganga kerana mungkin terkejut dgn istilah spt KPKT yg aku lontarkan.

Saja nak kejutkan dia. Entah betul entah tidak yg aku goreng tu.

Aku: "Kalau kecik lagi dari bandar dipanggil pekan."

Haikal: "Hah Pekan yg kat Pahang tu?" tanya dia belumpun sempat aku menyambung ayat aku tu.

Aku: "Itu tempat PM. Namanya Pekan dan memang taraf pekan pun." jelas aku.

Tak mustahil Pekan akan jadi bandaraya satu hari nanti kalau FDI terus mencurah2 ke situ.

Aku: "Bandar dalam bahasa omputih dipanggil town manakala bandaraya dipanggil city." tambah aku.

Aku lagi:" Emak kau ni pun city (Siti) jugak hehehe." kataku buat lawak bodoh.

Emak Adam: "Ha'ah city mcm DBKL tu. Sampah sarap dan tempat yg kotor semua dia bersihkan. Macam emak kau ni, sapu sampah, basuh baju kotor, basuh pinggan mangkuk, lipat kain semua emak buat!" katanya mencurahkan perasaan.

Ambik kau YB. Buat lagi lawak bodoh!


34 comments:

  1. 1- Kesian YB, sekali kena mesin gun dek emak Adam..hehehehe..

    2- Penerangan YB tentang bandar VS bandaraya kpd Adam tu cukup bagus..kalau saya jelaskan, satu besar, satu kecik..itu aje..heheh

    ReplyDelete
  2. Saya tak pernah ke Pekan. Status dia majlis daerah atau majlis bandaraya?

    ps: dalam gambar rugby tu, saya duduk barisan depan sekali, no.4 dari kanan, yang ada kawan saya peluk leher saya tu(dia pegang bola ragbi)

    ReplyDelete
  3. Daddy Ziyyad,

    1. Mungkin emak Adam dah lama cari peluang nak lepaskan tembakan. Ada peluang apa lagi, tak bagi can huhuhu

    2. Kata org if you can't convince them confuse them. Bagilah penerangan yg nampak mcm terer.
    Sebenarnya saya terangkan kat Haikal iaitu abg Adam. Adam tak kisah benda2 ni sebab dia baru 2 tahun lebih. Apa barang nak pening2 dgn semua ni kan Adam? hehehe

    ReplyDelete
  4. hehehehe.terkena sebijik...hihihi

    ReplyDelete
  5. Daddy Ziyyad,

    Masa saya buat projek di Peramu Jaya beberapa tahun dulu, pekan masih taraf majlis daerah. Mungkin sekarang dah naik taraf jadi majlis perbandaran.

    Oh yg itu ke DZ? Nantilah satu hari kita jumpa.

    ReplyDelete
  6. monalea,

    Nasib baik nama dia Siti. Kalau tak takde chance nak tembak hehehe

    ReplyDelete
  7. yeah!



    sekali mak adam berbicara!

    ReplyDelete
  8. debush kene sebijik dengan emak adam dan haikal..

    heheh

    ReplyDelete
  9. tepuk tepuk tepuk paling gemuruh utk emak Adam.


    tepuk dahi jela YB oiii

    :P

    ReplyDelete
  10. score 1 untuk mak adam ~!
    seketul untuk abah adam :)

    ReplyDelete
  11. hidup mak adam!

    k.siti,
    give me 5!

    ReplyDelete
  12. sesekali berbicara ...bisa!!!!!!!

    heh heh heh!!!

    ReplyDelete
  13. zonaku,

    Emak Adam setiap hari berbicaralah. Cuma kisah dia jarang masuk kat blog aku ini hehehe

    ReplyDelete
  14. ~mrs azmi~,

    menyesal pulak buat n3 ni. huhuhu

    ReplyDelete
  15. gadisBunga,

    ish awak pun nak sorakkan saya.

    Tak jadi nak belanja minum pagi kat Klanglah hehehe

    ReplyDelete
  16. AiTotYati,

    nyampes lah awak ni Yati.

    Ada lori ada bas . . .

    ReplyDelete
  17. Akmal,

    eh org lelaki pun sokong emak Adam?

    Tak nak genglah mcm ni huhuhu

    ReplyDelete
  18. kakngah,

    nasib baik dah lama emak adam tak baca blog. Kalau tak mesti senyum sampai ke telinga dia.

    Roti High 5 nak?

    ReplyDelete
  19. DrSinga,

    Bisa menusuk jiwa.

    Nasib baik bukan malam Jumaat hehehe

    ReplyDelete
  20. Tie,

    Jgn sokong bawa rebah sudahlah.

    Citi never sleep.
    Siti kat sini pun tidur2 ayam aje ngeee

    ReplyDelete
  21. YB secara tak sengaja terkena balik peluru yg dilepaskan bt mak adam..hehehehe

    ReplyDelete
  22. syabas..
    kpd mak adam..


    psttt..apa kata YB carikan bibiek buat kawan mak adam tu

    ReplyDelete
  23. salam YB
    bagus penerangan YB, saya pun baru tahu ada benda yang saya tak tahu,thanks.

    ReplyDelete
  24. siti mak adam blh lawan dato siti nurhaliza...!
    cayok cayok...!!!

    ReplyDelete
  25. salah eja la..bukan bandaraya tapi bandar raya...hehe

    ReplyDelete
  26. YB..sama macam anie..tak sedo tergelak besar dah..tak pe nama pun YB..sesekali harus kena jugak kan..

    ReplyDelete
  27. hahaha..
    tolong2 lah cik siti kat rumah tu..
    kesian dia penat..

    ReplyDelete
  28. eekekekekek

    skali emak adam becakap..fuhhhh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails