Thursday, January 13, 2011

Nasi Arab Dan Malam Jumaat

Inilah dia nasi Arab rezeki aku malam ini

Setiap malam Jumaat di surau tempat aku diadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil. Lepas solat Isyak biasanya ada makan2. Malam ni menunya spesel tajaan famili Pengerusi Persatuan Penduduk. Anak lelakinya akan mula berkhidmat sebagai doktor di Pahang. Nasi ini dimasak oleh doktor muda tersebut yg sebelum ini menuntut di Jordan.

Sambil makan aku berborak dgn jiran2. Mcm2 topik disentuh. Antaranya:
1) Renovate rumah
2) Tissue culture utk anak pokok pisang dan gaharu
3) Piliharaya kecil Tenang
4) Nak cari tanah nak beli rumah kat Bangi

Fuyoo! Hebat jiran2 aku ni. Lepas solat semua citer dunia.
Sent via BlackBerry from Maxis

54 comments:

  1. nak la jugakkk nasik arab tu...

    ReplyDelete
  2. hari tu anak sulong saya balik cuti dah puas dah makan nasi Arab nih...! mungkin anak saya kenal doktor muda tu...sebab kalau buat medic di Jordan mesti satu U dgn anak saya...
    siapa nama dia?

    ReplyDelete
  3. Tijah,

    Datanglah cepat. Ada lagi tak habis tu.

    psst - bila ko nak turun KL lagi? Tiny nak ajak kita makan.

    ReplyDelete
  4. nurazzah8,

    Anak Azzah pun pandai masak nasi Arab ni ek? Lain kali kalau dia balik cuti bolehlah masakkan utk kami ngeeee

    Kalau tak silap nama doktor muda tu Firdaus. Adik beradik dia semua lelaki dan nama semua mula dgn huruf F. Dia baru habis houseman kat HKL.

    ReplyDelete
  5. kat mana tu nampak sedap tu..

    ReplyDelete
  6. YB,

    Saya duduk sebelkah Imam tadi, cerita dunia juga, tapi pasal main badminton je...hihihi.

    ReplyDelete
  7. zino,

    kat surau di taman perumahan kami.
    Ada 4 talam nasi Arab ni tadi. Boleh makan sampai rebah hehehe

    ReplyDelete
  8. pergh... nasi arab.. dah lama tak makan..

    ReplyDelete
  9. Zabs,

    iya ke? Malam bila mereka nak main? Lama dah tak turun hehehe

    ReplyDelete
  10. Faaein Himura,

    Kalau mcm tu esok awak kena pergi cari kedai yg jual nasi Arab. Nak ajak awak ke sini, org dah habis balik rumah huhuhu

    ReplyDelete
  11. Saya kalau nak makan nasi arab... akak ke Seksyen 7 Shah Alam.. di D'Arab Cafe...

    ReplyDelete
  12. aNIe,

    Sedap ke nasi arab kat situ? Saya pernah lalu tempat tu tapi tak pernah makan di situ huhuhu

    ReplyDelete
  13. Monalea,

    Boleh tahan sedapnya. Pandai juga doktor tu masak.

    Dengar citer dia masih belum berpunya. Sesiapa ada anak dara bolehlah kalau nak cari menantu doktor hehehe

    ReplyDelete
  14. YB,
    YB kan ada anak dara jugak...ke Atikah sudah berpunya? hehehe

    nurazzah8

    ReplyDelete
  15. YB,
    belum pernah makan nasi Arab tu ya? ok..lain kali nak datang Shah Alam roger saya... nanti saya jamu dgn nasi Arab D'Arab Cafe... dekat aja dgn rumah saya tu...

    nurazzah8

    ReplyDelete
  16. kaklong dah makan nasi arab,malam selasa ari tu...adik ipar belanja..tapi dia tapau jer untuk kami sekeluarga.....boleh tahan la sedapnya...tapi agak berlainan sedikit dari gambar yb tunjukan tu...!

    ReplyDelete
  17. pasal topik yg no.4 tu...dengar cerita kat bangi memang banyak lot tanah yang kosong,siap dengan banglo..tak sampai 1juta kot...dari apa yang kaklong dengar la...

    ReplyDelete
  18. Button Planet,

    Budak2 skrg dah pandai cari sendiri. Mana nak ibubapa yg aturkan? hehehe

    ReplyDelete
  19. kat surau sini malam jumaat ada gak tahlil n bacaan yassin tapi jarang sangat ade makan-makan .. tambah tambah lagi nasi arab kegemaran saya

    ReplyDelete
  20. huh?? lom ada yg punyer??
    blh la sangat dijodohkan dgn juliet.. kehkehkeh!!

    juliet,
    ko nak tak???

    ReplyDelete
  21. huh?? lom ada yg punyer??
    blh la sangat dijodohkan dgn juliet.. kehkehkeh!!

    juliet,
    ko nak tak???

    ReplyDelete
  22. Paman,

    Sedap tu.. ingatkan beli dari restoren, rupa2nya air tangan bakal doktor ye.

    Anyway, Ina memang notice, ramai jugak students kiter yg pernah belajar kat middle east, pandai memasak, esp masakan middle east. Teringin juger nak blaja masak masakan sana ni. Selalu sgt makan kat restoren, kopak poket. Hahaha..

    ReplyDelete
  23. aku banje nasi lemak ngan teh tarik je la.. kehkehkehkeh...

    ReplyDelete
  24. Button Planet,

    Azzah,
    Ha'ah nasi arab kat kedai tu belum pernah cuba. Kalau awak nak belanja saya tak menolak hehehe

    Petang ni saya ke UiTM nak ambil Atikah. Dia habis kelas pukul 4:30 ptg.

    Mcmana nak roger awak? No pun takde huhuhu

    ReplyDelete
  25. tasek,

    Lauk ayam dimasukkan dalam nasi tu sekali mcm briyani gam tu. Selain tu ada salad dari tomata dan timun serta yogurt.

    ReplyDelete
  26. Kak Erna,

    Sekali sekala makan sedaplah. Kalau hari2 tak berapa nak jalan kot. Sedap lagi nasi putih dgn lauk2 yg biasa ni.

    Itu kalau ikut selera saya yg bukan lidah arab ni. Nasib baik tak kahwin dgn emak Arab atau Lubnan hahaha

    ReplyDelete
  27. kak long,

    Dia beli kat mana tu?

    Saya punya nampak lain sbb saya ada letak kuah dalca kat tengah2 tu. Nasi arab yg biasa tiada dalca ni rasanya.

    ReplyDelete
  28. kak long,

    Salah seorg jiran yg bercerita dgn saya malam tadi nak cari lot rumah kat kawasan Bangi. Dia tanya berapa ringgit sekaki persegi. Dia kaya sebab suami isteri bekerja. Dulu dia jiran Reen kat BTP. Skrg dia sedang renovate rumah dia yg kat kawasan kami ni. Tiba2 malam tadi dia nak cari tanah nak buat banglo pula.

    Rezeki masing2.

    ReplyDelete
  29. nasi arab tu,dia beli kat restorant arab di cyberjaya...kaklong pun tak pernah pergi sana...tapi dia selalu..

    ReplyDelete
  30. semalam i mkn nasi ambeng.beli kat tg karang.lps balik dr pej daerah sabak bernam.mak i suruh tapau,maka malam pun makan nasi ambeng juga.terserlah kejawaan kami.

    ReplyDelete
  31. Nasi Arab SyRia kat seremban pun bagi sesetengah orang rasa sedap..mai lah cuba..tak jauh dari area rumah Lavendarian..

    ...adat manusia;
    dari makan nasi kampung nak makan nasi arab
    dari rumah teres nak rumah banglo
    dari kereta kecil nak kereta besau..
    dbini dari satu nak dua tiga empat..hah sudahnya terus merempat!

    ReplyDelete
  32. doktor muda yg pandai masak nasi arab? Hurrmmmmmm :P

    ReplyDelete
  33. Chik Na,

    Kalau mcm tu datanglah ke surau tempat saya ni. Mlm Jumaat insyaAllah ada makan. Kalau takde org taja, pihak surau yg akan sediakan makanan. Tujuan utk jemaah dapat bergaul mesra sambil makan dan minum tu.

    ReplyDelete
  34. kakngah,

    Juliet nampak berminat tu. Nanti saya cuba aturkan pertemuan mereka.

    Banyak dapat pahala tolong org bina masjid. Kak ngah pun dpt juga sbb ini semua idea kakngah hehehe

    ReplyDelete
  35. S-a-B-r-I-n-A,

    Kalau surau kami ni biasa masak sendiri atau kadang2 gotong royong masak di surau. Jarang sgt beli kat kedai.

    Student kat luar negeri biasanya tahu masak. Yg pandai masak pun ada sebab nak jimat belanja. Jadi bagi yg di negara Arab tak hairanlah kalau mereka tahu masak nasi Arab. Rasanya tak susah sgt kot. Bolehlah Ina cuba. Kalau dah terer jgn lupa jemput kami datang makan hehehe

    ReplyDelete
  36. sepet,

    Sedap juga nasi Arab tu cuma smlm saya kontrol makan. Tak berani nak tambah sbb dah beberapa hari tak exercise - hujan huhuhu

    ReplyDelete
  37. TINY,

    Spt yg aku beritahu ko tadi nasi lemak aku tak nak. Paling koman pizza. Jgn lupa tolong hantar ke rumah aku. Kalau Rizal tak nak, ko ajelah yg hantar ekeke

    ReplyDelete
  38. kak long,

    Dia duduk kat Cyberjaya ke kaklong? Bolehlah saya cuba kalau2 ada kerja kat sana.

    Tapi biasanya saya suka makan briyani gam Putrajaya yg tepi SKVE sebelum Hospital Serdang tu. Mahal juga harganya. Sepinggan RM10.

    ReplyDelete
  39. Syida,

    Ada projek apa pulak kat Sabak tu?
    Awak beli nasi ambeng yg kat Sg Gulang2 tu kan. Itu mmg makan 2 org tak habis.

    Esok kami nak balik Tg Karang. Terserlah kejawaan bila di sana hehehe

    ReplyDelete
  40. ikan emas,

    Teringin juga nak cuba nasi arab Syria tu. Siapa yg boleh bawa saya ke sana - abg al atau IE? Kalau abg al, saya harap dia nak belanja saya. Kalau IE, biarlah saya yg belanja hahaha.

    Dah mmg adat manusialah tu. Dah ada yg baik nak yg lebih baik. Tapi yg ke4 tu saya tak pasti sama ada itu yg lebih baik ehem ehem.

    ReplyDelete
  41. juliet,

    Kalau berminat, saya boleh tolong rekomenkan. kakngah pun suruh jodohkan dgn awak hehehe

    ReplyDelete
  42. donat malam jumaat takde?

    .
    .

    kita suka donat. nasi arab kurang suka

    ReplyDelete
  43. mencari dunia selari dengan akhirat...heheheh

    sedap nasi tue

    ReplyDelete
  44. kts,

    donut takde tapi kalau kuih keria kadang2 ada. Tapi kalau awak nak, saya boleh bawa awak pergi JJ lepas Isyak. Mlm Jumaat depan datanglah.

    Tak payah cakap pun saya tahu awak suka donat lebih dari apa2 makanan lain ngeeeee

    ReplyDelete
  45. jedi,

    Betul tu. Jgn citer dunia dalam surau sudahlah. Citer dunia kat dewan makan ok kot.

    Awak suka nasi arab jugakah? Lain kali kalau ada yg nak sponsor lagi, bolehlah saya roger awak.

    ReplyDelete
  46. Im not sure if the nasi arab as pictured taste the same like in here :D

    ReplyDelete
  47. lepas makan nasi arab patut nye bukak citer pasal arab la kan.. baru ada rasa keakhiratan ye dak..

    ReplyDelete
  48. topik ke 2 tu nampak macam benda baru dan IM minat juga nak tahu. boleh cerita..?

    ReplyDelete
  49. bagus juga belajar medic kat Jordan ni ye..selain boleh cakap arab, boleh masak nasik arab....hehhee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails