Monday, December 20, 2010

Betulkah Orang Sekarang Lebih Romantik Dari Orang Dulu?

Baru2 ini salah seorg rakan blog yg juga rakan FB aku menyambut harijadinya. Kerana ada tarikh harijadi dia di FB ramailah rakan2 termasuk aku yg mengucapkan selamat hari lahir. Dia beritahu suaminya belanja makan satay malam tu sempena harilahirnya.

Aku tanya sama ada masa muda dulu mereka pergi candle light dinner bila tiba harilahir. Dia kata tak pernah. Mereka pasangan senior yg sudah lebih dari 20 tahun berumahtangga.

Org2 sekarang selalu kata org dulu tak romantik. Kalau jalan bersama, jarang nak pegang tangan. Kalau panggil pasangan pun tak panggil "sayang, darling atau manja" dan yg sewaktu dengannya macam org muda2 sekarang.

Anak aku ada cakap org dulu takde cium isteri atau suami mereka secara terang2an. Ceit. Apa dia ingat nak buat mcm budak dua ekor yg bercium tepi jalan kat KLCC tu ke?

Bagi aku org dulu bukan kurang romantik. Mereka cuma tak mahu pamerkan kemesraan berlebih2an di khalayak ramai. Mereka lebih bersopan dan bersusilaan (ada ke perkataan ni?)

Kalau buat lebih2 nanti ada yg terkezut beruk pula. Bukannya org muda yg terkejut tapi pasangan kita sendiri! dah tebiat ke org tua ni?

31 comments:

  1. sokong tu YB...

    kita romantik tak tayang depan orang kan...sendiri mau tau juga

    ReplyDelete
  2. ye betul..nak menunjuk kot..kat rumah xpulak ye..

    ReplyDelete
  3. kesimpulannya, yb romantik ke tak??


    .
    .


    .
    .
    .


    .
    .

    ooppsss... bukan ko yg patut jawab soalan ni. emak adam yg patut jawab

    :P

    ReplyDelete
  4. sorok2 membawa bahagia...

    tunjuk2 sndiri jawab le...


    psstt..

    yg 1st tu tak teruja ke?

    ReplyDelete
  5. ala, kalo dh kawin pun bukan boleh tunjuk keromantikkan kita kt depan org ramai pun, kaver2 lah sikit. malu kat budak2 yang tengok. kan???

    ReplyDelete
  6. betul jugak tu...kang takut disebab kan ada yg terkejut beruk ada pulak yang bengkak lebam bijik mata...hahahaha!!!!

    ReplyDelete
  7. org dulu2 menjaga tatasulisa pergaulan waima suami isteri. tu psl tak bermesra terang2an dpn anak2 :p

    org srkg2??
    sendiri mau ingt la..

    ReplyDelete
  8. Kazaztan Team,

    Itu tanda org beriman ecece

    ReplyDelete
  9. i love u abang..!
    muahhhhh..!

    sent via mobile...!


    huhhuhuhu...!

    ReplyDelete
  10. ibuintan,

    Terima kasih kerana menyokong.

    Mungkin sebab itulah org dulu kekal bahagia rumahtangga w/p dari luar nampak kurang romantik. Org skrg nampak aje romantik tapi kahwin tak sampai setahun dah bercerai berai.

    ReplyDelete
  11. Hamizah,

    Depan org saja lebih2 sampai org naik meluatpun ada. Sampai rumah masing2 sibuk dgn fb dan chatting

    hahaha

    ReplyDelete
  12. kts,

    bukan emak adam aje yg boleh jawab tapi ko pun kan boleh jugak ahaks

    ReplyDelete
  13. kak ct,

    Betul tu. Sudah terbukti. Jgn kebahagiaan tu pun tersorok juga sudahlah. Kena diserlahkan.

    Yg tunjuk2 lebih sangat tu nanti org kata miang ngeee

    Yg first tu belum teruja kerana first time jadi yg first. Mungkin belum tahu org lain berebut2 nak jadi yg first ngeeeee

    ReplyDelete
  14. - GC -

    Wah cakap dari pengalaman nampak. Cayalah GC. Kalau dah balik rumah, nak romantik mcmana pun silalah. Takde yg jeles sbb awak suami isteri aje kannnn.

    Kawan awak si GB tu bila nak kahwin? hehehe

    ReplyDelete
  15. gadisBunga,

    ganas punya beruk tu sampai lebam mata org dikerjakan hehehe

    Sila rujuk soalan saya utk awak sebenarnya yg saya tulis di komen balas saya kpd GC. Sila jawab kalau sudi.

    ReplyDelete
  16. kakngah,

    itu sebab org skrg ingat org dulu kurang romantik.

    Org skrg belum kahwin pun kalah org dulu yg dah kahwin. Bila baru kahwin pula lagilah lebih2. Blueek kata org dulu.

    Tapi lepas setahun dua, mereka lebih tak romantik berbanding dgn org dulu.

    ReplyDelete
  17. kak long,

    cik abg awak baca blog saya ke?

    Anyway, sungguh romantik ucapan utk cik abg awak tu. Siap muahhhh lagi mcm kat radio Sinar sebelah tu hehehe

    ReplyDelete
  18. sally,

    kalian berdua pasangan romantik dari dulu lagi. Cuma ada gerhana sekejap utk menguji kekuatan cinta dan kasih sayang.

    ReplyDelete
  19. :) suami lea masuk kategori mcm org dullulah kot yb.depan org susah na dia nak tunjuk keromantikannya.tapi bila kat rumah..hihihih

    ReplyDelete
  20. Public Display Affection yang berlebihan memang x seswai. sikit2 ok kok YB :)

    ReplyDelete
  21. menjaga adab sopan n tatasusila dalam masyarakat....

    ReplyDelete
  22. Monalea,

    Saya rasa itu lebih sesuai dan manis. Tapi ada ketikanya kita kena juga pamerkan romantika d' amour di depan org lain terutama anak2 utk memberitahu keadaan sebenar ie kita sayangkan pasangan kita.

    Kalau kat rumah nak pulun tu silakan hehehe

    ReplyDelete
  23. MasZuber,

    kalau tak silap saya PDA tu merupakan satu kesalahan di sisi undang2. Ada seorg rakan saya pernah disaman polis kerana memeluk isterinya ketika mereka dlm kereta di lebuhraya.

    ReplyDelete
  24. zonaku,

    Selalunya yg lebih menjaga adab sopan dan kesusilaan ini mereka yg dah kahwin. Yg belum kahwin selamba aje peluk2 depan org. Ceit.

    ReplyDelete
  25. sesekali jadi romantik takpekan :P

    ReplyDelete
  26. seetakat pegang-pegang tangan ke, pi dinner tu saya pun tak kisah sangat... paling-paling hebat pun time berjalan paut bahu wife ke, cakap bisik-bisik kan... tapi kalu dah masuk bab sesuka diorang nak cium-cium tengah public, rasa cam nak je sound suruh pegi booking bilik hotel... hahahahah :P :P

    ReplyDelete
  27. mula2 nok komen entri sebelum ini fasal belangkas.

    abg risau bila awak dah boleh mendengar belangkas menyanyi ..!

    tentang entri hari ini .. betul memang orang sekarang lebih gemar dan terbuka menampakkan keromantikan mereka. itu hakikat !

    samada perkahwinan mereka kekal lama atau tidak, itu satu isu yang berlainan.

    ada juga yang tak tunjuk romantik yang berantakan dan sebaliknya.

    ReplyDelete
  28. Orang dulu PENYAYANG, sama macam org sekarang, cuma maybe tak tahu tunjukkan,so dipanggil tak ROMANTIK.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails