Terlebih dulu aku nak minta maaf kepada rakan2 yg telah beberapa kali menjengah ke blog aku hari ni utk mengikuti kisah aku ke Fraser's Hill semalam. Memang aku bercadang nak buat n3 tu petang tadi tapi aku ada urusan di Klang sampai pukul 6 ptg tadi. Balik rumah adik kembar aku pula ada di rumah sampai dekat Maghrib tadi. Malam ni aku sempatkan utk buat n3 itu.
Kali terakhir aku ke Bukit Fraser lebih 20 tahun lalu. Masa tu anak kami baru seorang. Kami tinggal di banglo milik sykt tempat aku kerja masa tu. Sewa murah aje utk staf tapi hanya dibuka kpd kakitangan kanan. Nasib baik aku dikira kakitangan kanan.Semalam selepas habis urusan di KKB aku membawa 3 org anak aku yg kesemuanya lelaki ke Bukit Fraser. Pada asalnya emak Adam dan Adam nak ikut sekali tetapi Adam demam pula. Tak jadilah mereka ikut.
Sebelum memulakan perjalanan dari KKB kami makan dulu di pekan KKB kerana takut di atas bukit tak banyak pilihan dan mungkin harganya lebih mahal. Kami tak makan nasi. Cuma makan megi goreng dan rojak kerana perjalanan yg berliku2 boleh membuat ramai org mabuk cinta darat. Kalau makan nasi, bila muntah takut tak muat plastik Giant utk menadah muntah tu.
Beberapa km pertama perjalanan lancar. Kami melalui tepi empangan di Sg Selangor di Pertak.
Kali terakhir aku ke Bukit Fraser lebih 20 tahun lalu. Masa tu anak kami baru seorang. Kami tinggal di banglo milik sykt tempat aku kerja masa tu. Sewa murah aje utk staf tapi hanya dibuka kpd kakitangan kanan. Nasib baik aku dikira kakitangan kanan.Semalam selepas habis urusan di KKB aku membawa 3 org anak aku yg kesemuanya lelaki ke Bukit Fraser. Pada asalnya emak Adam dan Adam nak ikut sekali tetapi Adam demam pula. Tak jadilah mereka ikut.
Sebelum memulakan perjalanan dari KKB kami makan dulu di pekan KKB kerana takut di atas bukit tak banyak pilihan dan mungkin harganya lebih mahal. Kami tak makan nasi. Cuma makan megi goreng dan rojak kerana perjalanan yg berliku2 boleh membuat ramai org mabuk
Beberapa km pertama perjalanan lancar. Kami melalui tepi empangan di Sg Selangor di Pertak.
Tasik buatan yg terbentuk apabila Sg Selangor diempang. Jambatan itu sebahagian jalan ke Bukit Fraser
Selepas jambatan itu jalan mula bengkang bengkok. Anak2 aku dah mula pening. Aku pula risau kalau tak sempat sampai ke Gap sebelum jalan naik ditutup. Kalau dah tutup kena tunggu sejam lebih sebelum dibuka semula. Dari Gap ke Bukit Fraser jalan satu lorong saja dan kenderaan dibenarkan dari satu arah utk tempoh sejam. Jam berikutnya kenderaan dari arah bertentangan pula dibenarkan lalu.
Jadual kawalan lalulintas di antara Gap dan Bkt Fraser. Kalau korang nak ke sana kena pandai2lah timing.
Dari Gap ke Bkt Fraser cuma 8 km. Tapi jalannya kalah ular kena palu. Kalau nak bawa kereta ala2 Camel Trophy ialah tempatnya. Tekan aje minyak sebab takde kereta dari arah bertentangan. Tapi kalau penumpang anda muntah, sendiri mahu ingat.
Setelah kami sampai di puncak kami telah ke beberapa tempat menarik di atas sana. Kita layan gambar2 yg sempat dirakamkan.
Setelah kami sampai di puncak kami telah ke beberapa tempat menarik di atas sana. Kita layan gambar2 yg sempat dirakamkan.
Kanak2 riang di luar bangunan Mentafsir Burung. Antara kegiatan utama pelancong ke sini ialah melihat burung (tak padan lompat2 salah seorg dari mereka muntah kayak masa dlm perjalanan pulang)
Suhu semasa kami ke sana taklah sejuk. Kalau malam mungkin sejuk sebab tempat ini masih diselaputi hutan dara dan di paras 1500m dari aras laut. Kalau nak honeymoon kat sini mesti best.
Setelah merayau2 di atas kami pun turun semula. Kali ni anak sulung aku yg memandu kerana semasa pergi dia dah muntah kerana menjadi penumpang. Biasanya pemandu tak muntah jika dibandingkan dgn penumpang.
Rupa2nya anak aku yg ke4 pula tak tahan masa balik tu. Di salah satu selekoh sebelum sempat abgnya membawa kereta ke arah bahu jalan, dia dah muntah.
Bertabur habis di atas jalanraya.
Keluar semua megi gorengnya.
Setelah merayau2 di atas kami pun turun semula. Kali ni anak sulung aku yg memandu kerana semasa pergi dia dah muntah kerana menjadi penumpang. Biasanya pemandu tak muntah jika dibandingkan dgn penumpang.
Rupa2nya anak aku yg ke4 pula tak tahan masa balik tu. Di salah satu selekoh sebelum sempat abgnya membawa kereta ke arah bahu jalan, dia dah muntah.
Bertabur habis di atas jalanraya.
Keluar semua megi gorengnya.
Kalau tak nak tengok kesan kejadian tersebut ok.
Kalau nak sangat tengok, risiko tanggung sendiri.
punyer la lama duk sini sejak thn 99, baru ngase naik fraser bln 12 thn lps.. padahal >< 50-60km jek dr rumah...
ReplyDeleteSaya belum pernah menjejakkan kaki di Bukit Fraser lagi...
ReplyDeletecantik pemandangan dan tempat tu mcm kat oversea aja...sejuk tak?
salam akhi YB..
ReplyDeleteummi pernah juga kesana masa baru kawin dulu ,, 19 thn yg lalu...
eeiiii tak sanggup tengok gambar yg terakhir tu , coz ummi pun 2x5 juga ler nasibnya kalu perjalanan berliku2 mcm ulaq kena palu...
kakpah dah lama gak tak pegi FH. Orang kata dah upgrade.
ReplyDeletesaya tak pernah lagi pergi FH. Posing sakan YB....sesekali.takpe.....
ReplyDeletetak pernah gak pegi....
ReplyDelete'mamat' kat dalam gambar tu ensem ar...!
hepinya YB..
ReplyDeletestakat megi goreng kluar takpe lagi jgn yang hijau tu keluar... pedih hulu hati...
saya pun dulu2 alah juga dengan jalan bak ular dipalu tu, skarang okey dah..
salam . kalau I jadi penumpang sure muntah jugak ... oklah kot I tak payah pegi pun tak pe sebab YB dah tunjuk tempat2 menarik disana siap dengan model2nya yang kelas gitu :)
ReplyDeleteYB... cantik2 pemandangan kat sana... bangunan dia pun cantik... saya tak pernah pergi lagik... kalau pergi pun mesti mabuk giler sebab saya memang tak boleh tahan jalan belok2 tu...
ReplyDeleteModel kanak2 1 gambar je... model lelaki dewasa tu yang banyak...hehehe
hhehhee... amka ku kata aku x leh kawen ngan org balik pulau, karang pengantin muntah.
ReplyDeletekiranya cameron n bukit fraser pun dalam senarai y sama la camni kan.....
maaf la yer orang area sana, nk buat camna.... badan x tahan
kakngah,
ReplyDeleteDari rumah kakngah mmg tak jauh. Dari KKB pun cuma 45 km.
Berapa hari kakngah ke sana tu? Kalau lama2 boring sbb tak banyak benda nak buat melainkan nak buat anak!! hahaha
nurazzah8,
ReplyDeleteMmg tak ramai org ke BF jika dibandingkan dgn Cameron. Kalau ke sini aktiviti utama jalan2 dlm hutan dan melihat flora dan fauna terutama burung2 yg banyak di sini.
Suhu skrg dah tak sejuk mcm masa saya mula2 pergi dulu. Sejuk lagi kat Genting.
Ummi,
ReplyDeleteWsalam.
Kira honeymoonlah tu ya? Kalau ada peluang bolehlah ke sana lagi bawa anak2 pula.
Kalau nak pergi elok makan pil tahan mabuk. Kami pergi CH banyak kali takde masalah tapi pergi BF semua pening dan 2 org anak saya muntah. Mereka ni bukanlah jenis yg selalu mabuk darat.
kakpah,
ReplyDeleteTakde upgrade sgt sbb saya difahamkan tiada pembangunan baru dibenarkan di FH.
salam
ReplyDeletesekali sudah cukup
Monalea,
ReplyDeleteMungkin lepas ni boleh bercuti ke sana pula. Tak jauh sgt dari KL tapi 20 km terakhir mmg mencabar isi perut hehehe
Saya suruh anak posing tapi mereka tak berapa minat. 'Terpaksa'lah ayahnya yg jadi model ngeh3x
kak long,
ReplyDeleteBolehlah ke sana lain kali kalau sanggup tahan muntah hehehe
Awal pagi dah memuji ni kaklong. Ada apa2 ke? Ai like
ibuintan,
ReplyDeleteKalau pergi makan angin ni kenalah hepi. Kalau tak penat aje yg dapat huhuhu.
Muntah sekali keluar megi. Itu yg warna merah. Kalau muntah banyak kali mahu keluar yg hijau. Nasib baik lepas muntah dia tidur dlm kereta sampailah kat highway PLUS.
ibuintan dah biasa sbb selalu lalu kat Bukit Putus tu agaknya hehehe
silversarina,
ReplyDeleteWsalam.
Tak sama tengok gambar dgn pergi sendiri. Tapi kalau tak tahan muntah mmg tak digalakkan pergi BF ni. Cameron Highlands masih kira jalannya lebih elok.
Itu model sambilan. Jgn jadi jurutera terlampau sudahlah hahaha
aNIe,
ReplyDeletePemandangan di sana mmg cantik. Saya tak sempat nak rakamkan lebih banyak gambar. Kena pergi sana kalau nak menikmati ini semua.
Model kanak2 tak nak jadi glamer. Gambar yg satu tu pun sebab model dewasa tak boleh nak lompat setinggi itu hahaha
zonaku,
ReplyDeleteNampaknya ko kena cari org Relau atau Kg Melayu ajelah.
Tapi kalau dah mabuk cinta, apa sangatlah mabuk darat ni hehehe
pB,
ReplyDeleteSekali mana cukup? Dua kali baru puas hehehe
aduiii, bab muntah tu yg malas tu
ReplyDeleteMak Su,
ReplyDeleteItu sebab saya beri tajuk the real story.
saya tak penah naik lagi bukit fraser... kat mane eh? huhu~~
ReplyDeletewah, muntah wanewani... hihihihih :P :P
syah,
ReplyDeleteBukit Fraser tu di negeri Pahang tapi bagi kita yg tinggal di Lembah Klang ni jalan naik melalui bandar Kuala Kubu Baru. Susah2 awak google aje hehehe
Muntah wanawani sebab keluar semua yg dimakan tengahari tu. Tak sempat kereta nak berhenti dah bertabur atas jalan. Nasib baik tak termuntah dlm kereta. Kalau tak mesti semua org pening bau muntah tu huhuhu
bahan bukti muntahh tewww.. uhuhu
ReplyDeleteen_me,
ReplyDeleteBukan saja sbg bahan bukti tapi peringatan bagi yg nak pergi sana hehehe
seumur hidupku tak pernah jejak fraser hill ni.mcam jauh sgt kat oversea jeeee....
ReplyDeletetak pernah ke sana, dan risau kalau ke sana, coz saya muntah kalau naik Cameron(ikut jalan lama).Kalau naik ikut simpang pulai, OK la sikit.
ReplyDeletepyh gak yer nak g adhoc sbb kena timing nak lalu jln Gap ke fraser hill...
ReplyDeletepakcik saya 10tahun keje kat pejabat pos tu. :D
ReplyDeleteCameron Highland kami selalu pegi dah , daki ikut Simpang Pulai tak rasa pening langsung dan I love it . Rasanya memang tak pegilah BF ni .
ReplyDeletebtw, gambar model 'jurutera terlampau' boleh jadi cover magazine tu ..hihi .
Salam YB,
ReplyDeleteAuntie suka dengan Mamat sibuk enterframe tuh...boleh tahan jugak kacaknya...maklulah dia tak muntah...ekekekkk!
caitt!!!!!!!
ReplyDeletegambar muntah pun enter frame!!!
Syida,
ReplyDeleteLepas ni boleh buat keputusan nak ke sana ke tidak. Tempat kat atas tu cantik tapi nak pergi dan balik sgt mencabar bagi yg mabuk.
Jarak dari Keramat 102 km. Dah boleh nak jamak qasar.
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteKalau ke Cameron ikut jalan Tapah pun awak muntah, mmg sah awak akan muntah kalau ke BF.
Ikut Simpang Pulai ke Cameron jauh kalau dari arah selatan. Saya baru sekali ikut jalan baru tu. Itupun sbb nak ke Ipoh dlm perjalanan balik tu.
tulah yang takut nak pergi tu yb. mcm g cameron ke jlnnya? pergi cameron klu ikut simpang pulau ok lagilah.kalau ikut tapah....adi...pening lea yb.
ReplyDeletekswsk,
ReplyDeleteBetul tu. Kena bajet masa sebelum bertolak. Kalau sampai masa laluan baru saja ditutup alamat kena tunggu 1 jam 20 minit. Bukan ada apa2 aktiviti nak buat kat Gap tu.
Kalau dari atas nak turun takde masalah sgt sbb jalan masuk dgn pekan dia cuma 100 m.
juliet,
ReplyDeleteawak ada ke sana ke masa dia kerja di pejabat pos tu? Bolehlah duduk rumah dia aje hehehe
psst - jgn bagi tahu dia apa yg saya tulis tentang staf pejabat pos tu ya ngeeee
silversarina,
ReplyDeletePergi CH ikut Simpang Pulai kacang. Sejujurnya bagi saya CH tempat yg lebih menarik utk dilawati berbanding FH. Tapi kalau nak merasa, bolehlah cuba ke FH. Jgn lupa bawa tempat utk tadah muntah kalau tak nak berlambak atas jalan mcm dlm gambar tu.
Jurutera terlampau tu nak jadi model majalah apa ek?
Auntie Yan,
ReplyDeleteWsalam.
Mamat tu dulu kerja kat laut. Itu sbb dia tahan tak muntah agaknya hehehe
DrSinga,
ReplyDeleteItu sebab mamat tu jurutera terlampau hehehe
Monalea,
ReplyDeleteJalan ke CH w/p dari Tapah masih kira bagus dibandingkan dgn jalan ke FH. Sangat berbengkang bengkok terutama dari Gap ke puncak. Jalan hanya selorong utk 8km terakhir tu dan takde tempat nak berhentikan kereta kalau emergency spt nak muntah dsbnya.
Tapi bagi yg nak thrill bolehlah cuba ke FH.
ye ke tb? kereta nak kena perform betul ni. takut jgak kllu gitu.trun dr cameron ikut tapah pun saya dah rasa semacam dah. kalaulah ada flight kesana....
ReplyDeleteMonalea,
ReplyDeleteJalan antara Gap dan puncak tu mmg sempit dan cuma selorong. Itu sebab ianya sehala. Kalau rosak kat situ mmg problem sbb kereta dari belakang tak tahu kereta kita mati di tengah jalan melainkan kita turun dan tahan kereta belakang tu.