Friday, November 26, 2010

Bilik Tidur Aku Wangi Kalah Bilik Pengantin

Semasa aku balik dari solat Jumaat tadi, Atikah memberitahu Haikal dah lari dari rumah! Dia ada meninggalkan nota. Lalu nota itu pun dihulur kpd aku. mcm citer drama swasta pula . Emak Adam cepat2 memberitahu Haikal tak kemana. Cuma menyorok dalam bilik kerana dihantui rasa bersalah. Fuh lega. Ingat dah lari ke Lombok masa org sedang solat Jumaat tadi.

Menurut emak Adam, Haikal telah memecahkan sebotol minyak wangi dalam bilik tidur aku. Kerana takut hendak bersemuka dgn emak Adam (eh emak Haikal juga), dia telah menulis di atas sekeping kertas. Dia ada minta maaf kpd emaknya.

Benda dah pecah nak marah pun tak guna tapi Haikal tetap menangis. Hati tisu betullah budak ni. Itu sebab dia menyorok dalam bilik.

Bila aku masuk ke dalam bilik tidur aku, memang semerbak mewangi. Kalah bilik pengantin. Bila aku masuk bilik air, lagi wangi. Ini kerana Haikal menggunakan seluar tidurnya utk mengelap tumpahan minyak wangi itu dan seluar itu diletakkan di dalam bilik air. Emak Adam kata biarlah seluar tu di dalam bilik air dua tiga hari ni. Kalau buang air besar pun mesti tak bau busuk hehehe.

Kerana bilik aku dah jadi wangi, mood aku pun dah berubah mcm pengantin baru. Kebetulan anak2 aku pergi menonton wayang "Ngangkung" di Wangsa Walk pukul 3:30 ptg tadi. Sampai sekarang mereka belum balik lagi.

"Hehehehe ada can" bisik hati kecil ku.

Sedang aku berkira2, Adam menangis dalam buaian pula tu. Emak dia lantas turun ke bilik bawah utk membuai Adam. Potong stim betullah budak ni. Rosak program huhuhu

Itu sebab aku update blog aje ni.

42 comments:

  1. wah...............
    wangi..................

    ReplyDelete
  2. NL,

    Kalau nak tahu betapa wanginya, dtg lah rumah saya malam ni.

    ReplyDelete
  3. yb....kalau ye pun tunggulah malam...hahahahahhaha

    ReplyDelete
  4. mak adam pakai minyak wangi ape? ngeeee

    ReplyDelete
  5. Monalea,

    Pengantin mana tahu nak tunggu malam. Tiba2 mood saya pun dah jadi mcm mood pengantin baru hahaha

    ReplyDelete
  6. gaidsBunga,

    awak nak pakai minyak wangi yg sama ke bertanya ni? ekeke

    ReplyDelete
  7. YB pakailah seluar Haikal yg diguna utk lap myk wangi tu

    mesti mood berpanjangannnnnnnnnnnnnnnn

    ngeee



    *bagus gak adam menangis, kalau tak dapat adik lagi si adam*

    lalalala

    ReplyDelete
  8. tetap wangi walaupun bukan malam jumaat...cuma hari jumaat jer...hehehe

    ReplyDelete
  9. tenet saya dah hokey...

    serbu sini duluuuuuu...

    ReplyDelete
  10. ok..malam2 nanti sambung.

    saya nak siapkan meja.

    nak makan malam ni...

    jom!

    ReplyDelete
  11. Selamat Pengantin Baru !!

    sampai sini bau wangi dari toilet YB ..hahaah .

    ReplyDelete
  12. ..Saya senyum sendrik bacha entri ni..tima kasih krn ia 'menghiburkan' ati yg sedang duka..ecechee..

    ReplyDelete
  13. heehehheee.........



    banyak lagi ker perfume dalam botol y dipecahkan tu?????

    ReplyDelete
  14. hahahaha!!!! x dapek den nak nolong....

    ReplyDelete
  15. yb...kadang2x lucu gak.tergelak sorang saya ni yb baca komen2x n jawapan yb

    ReplyDelete
  16. selalu tu, bilik tidur awak tak wangi ke ?

    bilik tidur abang sentiasa wangi. kadang2 bau shelltox, kadang2 bau ridsect ! hehe

    ReplyDelete
  17. salam
    Adam dan Haikal caya sama lu..buat lagi pas ni

    ReplyDelete
  18. AiTotYati,

    Bukan saya tak nak pakai tapi seluar tu kecil sangat - nak sarung pun tak muat hilang pula terus mood huhuhu.

    Adam belum nak dapat adik lagilah tu.

    ReplyDelete
  19. kak long,

    Malam ni masih wangi. Ok saya nak masuk bilik dulu kak long.

    Azrina dan yg lain2 esok ajelah saya balas komen ya? ngeeee

    ReplyDelete
  20. bahaya jugak klu bilik tidur terlebih wangi ni ye...emmm...lain pulak yg akan terjadi :(

    ReplyDelete
  21. salam YB. masa saya dulu...bilik pengantin mmg wangi...tp pengantin tido kat ruang tamu...habih camnooo..

    ReplyDelete
  22. a.z.r.i.n.a no 1,

    Kalau semalam terlupa bila2 boleh hehehe

    ReplyDelete
  23. a.z.r.i.n.a no 2,

    patutlah lama senyap aje. Tenet problem rupanya.

    Terima kasih kerana memilih tempat ni sbg port pertama. Saya hargai itu.

    ReplyDelete
  24. a.z.r.i.n.a no 3,

    minyak wangi enchanter yg warna kuning tu.

    (ejaan tu mungkin salah sebab botolnya dah kena buang tapi bunyinya lebih kurang mcm tu lah)

    ReplyDelete
  25. a.z.r.i.n.a no 4,

    Sibuk ke malam tadi? Saya tunggu sampai pukul 12 tghmalam tapi tak nampak pun huhuhu

    ReplyDelete
  26. silversarina.

    Terima kasih. Skrg ni ramai org buat majlis kahwin. Kami pun terasa mcm pengantin baru w/p Isnin depan ni genap 23 tahun kami nikah.

    Patutlah sampai sana wanginya sebab kami tak tutup tingkap tandas hehehe

    ReplyDelete
  27. khai,

    Baguslah kalau n3 ni sedikit sebanyak dpt menghiburkan hati awak yg sedang berduka tu. Ianya hanyalah asam garam hidup keluarga kami.

    Semoga hari ni awak sudah tak berduka lagi.

    ReplyDelete
  28. zonaku,

    Ada lebih setengah botol lagi huhuhu

    ReplyDelete
  29. wahida,

    Awak nak tolong Haikal atau ayahnya? hahaah

    ReplyDelete
  30. Monalea,

    Harap cik abg awak tak ingat sesuatu yg tak baik bila lihat awak gelak sorang2.

    Jawapan saya ni banyak yg spontan.

    ReplyDelete
  31. al-lavendari,

    selalu tu wangi juga bau Glade. Tapi semalam harum semerbak bau minyak wangi. Sungguh menusuk hidung dan perasaan.

    Banyak nyamuk ke kat tempat abg tu? Kena pasang net kalau mcm tu bang. Kat rumah saya tak boleh sembur Ridsect sgt sbb ada Adam.

    ReplyDelete
  32. b.r.u.t.a.l.s.o.l.o,

    Lepas ni kami akan pastikan perkara ni tak berulang. Dah ada pengalaman dari peristiwa semalam hehehe

    ReplyDelete
  33. Rozita,

    Kalau tak percaya cuba sembur bilik awak dgn minyak wangi petang ni. Tapi pastikan anak2 tak mengacau. Suruhlah mereka main kat padang ke apa ke hahaha

    ReplyDelete
  34. nahmy,

    Wsalam.

    Apa hal pengantin tidur kat ruang tamu? Mungkin mertua awak kurang sporting atau isteri awak nervous hahaha

    ReplyDelete
  35. Yb,
    dah 24 jam ni...wangi lagi tak baunya...

    tentu lena tido malam tadi kan?

    ReplyDelete
  36. ibuintan,

    bilik dah kurang wanginya sbb buka pintu tapi bilik air masih wangi sbb seluar yg digunakan Haikal utk mengelap tumpahan tu masih diletakkan di sana.

    Malam tadi mmg lena saya tidur. Tapi emak Adam tak lena sebab Adam batuk2. Takut dia muntah.

    ReplyDelete
  37. den tak leh tol dengan citer2 sensored dr YB ni .. sure buat den selalu gelak besau .... hahhhaha

    ReplyDelete
  38. T@sh Sch@,

    Kalau gelak tu ingat2 sikit. Nanti org ingat ada apa pulak hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails