Monday, November 22, 2010

Bila Rusa Disangkakan Kambing

Semalam aku membawa emak Adam dan anak2 kami ke Taman Rusa di Taman Tasik KL. Sudah lama aku tak membawa anak2 aku ke sini. Bagi emak Adam dan Adam ini adalah kali pertama mereka ke taman rusa ni.

Sebahagian dari rusa yg terdapat di taman rusa

Sesampainya kami di situ, Adam terus menyebut, "Kambing" bila melihat rusa2 tersebut. Maklumlah dia tak pernah melihat rusa. Yang dia tahu cuma kambing. Tak cukup dgn menyebut kambing, Adam mengembik. Pelawat lain yg berada di sekeliling kami menoleh ke arah Adam bila mendengar Adam mengembik. Kami pun menerangkan kpd Adam yg binatang tersebut bukannya kambing tetapi adalah rusa. Sesuatu yg baru bagi dia.

"Dah dapat seekor, nak tangkap lagi 2 ekor," kata Adam yang masuk ke dalam kandang rusa untuk melihat dgn lebih dekat lagi.

Dari tempat rusa kami membawa Adam ke kandang kancil pula. Bukan setakat Adam yg tak pernah melihat kancil tetapi abang dia Haikal pun tak pernah melihat kancil juga. Kereta Kancil pernahlah.


Cuba cari kancil (senang rasanya tu) dan Adam (yg ni terlindung sikit)

Nampaknya kami kena lebih rajin memberi pendedahan kpd Adam supaya dia lebih bersedia menghadapi dunia ini. Bukan saja Adam sebenarnya tetapi kami semua kena sentiasa terus belajar dan menambah ilmu kami.

31 comments:

  1. Kambing xpe lg..
    Anak saya dulu nmpk kambing terus jerit


    'Kudaaaaa!'

    ReplyDelete
  2. alahai comelnye Adam.

    dia ok lagi igt rusa tu kambeng...GB ni nampak anak anjing kat tepi jalan ingatkan anak kambing. aish...kene pakai spek dah ni....

    ReplyDelete
  3. Ms. Lilies,

    Nasib tak ditunggangnya kambing tu hehehe

    Anak awak pernah tengok kuda ke sebelum itu? Biasanya kita lebih biasa tengok kambing dari kuda.

    ReplyDelete
  4. pB,

    Wsalam.

    Welcome back. Lama tak nampak pB. Awak sihat ke?

    ReplyDelete
  5. gadisBunga,

    Terima kasih puji Adam. Hari ini dia lebih comel setelah gunting rambut tengahari tadi. Nampak bulat aje dia hehehe

    Eloklah GB pakai spek. Kalau tak pun pakailah kontek lens. Cari yg kaler. Baru tambah mengancam ngeee

    ReplyDelete
  6. hehehe....ku pun xpenah tgk rusa secara live...

    ReplyDelete
  7. hehehe....ku pun xpenah tgk rusa secara live...

    ReplyDelete
  8. jedi,

    Lepas ni awak bolehlah ke Taman Rusa tu. Masuk free aje.

    ReplyDelete
  9. YB.. itu sebab nya belajar secara praktikal lebih baik dari teori.. dok sebut2 kancil..rusa.. tapi tak tau kebendanya..tu yang jadik kambing tu..ekekek

    ReplyDelete
  10. YB, kang pakai kontek lens lagi haru...ayik tonyoh2 mata takut lagi taruk jadinya. tgk kete sendiri dah nampak mcm rupe kete buatan jerman. keh keh keh

    ReplyDelete
  11. adam..!!!sate rusa sedap!!!!!!
    gi ajak abah belanja!!

    ReplyDelete
  12. ok gak nampak rusa disebut kambing.

    tetiba adam kata,

    " eh mana perodua rusa ni? dah tak dihasilkan ke?"

    ok mmg dialog tipu.

    kehkeh

    ReplyDelete
  13. kancil dan pelanduk.. sama tak?

    rendang pelanduk best....

    ReplyDelete
  14. taman rusa... menarik ni... kena pi nanti..

    ReplyDelete
  15. aku nampak keduanya tanoa masalah, walau x pakai spek......




    budak zaman sekarang,.....ayam hidup dia kenal x? hehhehehee

    ReplyDelete
  16. Lieya,

    Dengar aje org cakap dgn lihat sendiri bendanya tak sama. Itu sebab kami nak beri seberapa banyak pendedahan kpd Adam dan anak2 yg lain.

    Budak baya Adam mmg ramai yg tak pernah tengok rusa. Yg mereka tahu kambing. Ada tu, kambing pun tak pernah tengok huhuhu

    ReplyDelete
  17. gadisBunga,

    Kalau mcm tu kita suruh tasek merah pakai kontek lens. Biar dia nampak kereta tempatan mcm kereta Jerman.

    ReplyDelete
  18. DrSinga,

    Adam tak pandai nak bezakan antara rasa sate lembu dan rusa. Tapi ayah kata kalau auntie nak belanja dia sate rusa, dia on aje hehehe

    ReplyDelete
  19. AiTotYati,

    Mungkin dari segi saiz dan rupa rusa tu mcm kambing. Manalah budak besar tu tahu beza keduanya bila dia tak pernah tengok rusa sebelum ni.

    Soalan yg awak bagi tu kalau keluar dari mulut Adam mmg boleh panggil TV3 masukkan rancangan Misteri Nusantara hehehe

    ReplyDelete
  20. ibuintan,

    Kancil dan pelanduk tak sama. Kancil kecil aje. Kakinya mcm lidi.

    Pelanduk tu besar. Kalau dapat seekor tak habis satu keluarga makan.

    Ibuintan pernah buat rendang pelanduk ke?

    Saya makan pelanduk di restoran nelayan di Seremban tu.

    ReplyDelete
  21. MULAN,

    Eloklah kalau pergi ke sana. Dulu lebih banyak rusa yg ada di situ. Mungkin dah mati atau dipindahkan ke tempat lain. Tapi masih berbaloi ke sana.

    ReplyDelete
  22. zonaku,

    Mata ko tajam lagi. Eloklah tu.

    Adam tak kenal rusa sebab dia kecil lagi. Kalau budak dah sekolah tak kenal rusa, itu aku risau.

    Mmg ada budak skrg tak kenal ayam sbb tak pernah tengok ayam hidup. Adam dah biasa tengok ayam sbb nenek dia bela ayam kampung.

    ReplyDelete
  23. anak2 bykbelajar melalui persekitarannya..

    ReplyDelete
  24. pandai adam mengira, besar nanti jd bisnes partner makcik ye... kihkihkih!

    ReplyDelete
  25. Hamizah,

    Betul tu. Oleh itu kita kena menyediakan persekitaran yg sesuai.

    ReplyDelete
  26. Za Nans,

    Lama lagi Adam nak besarlah makcik. Nak jadi bisnes partner boleh cakap dgn kakak Tikah. Dia sdg study CAT.

    ReplyDelete
  27. Ok tu Adam..jangan nanti buaya disangka Cicak..

    ReplyDelete
  28. relevan,

    Besar betul cicak tu kalau buaya disangka cicak.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails