Monday, October 18, 2010

Mineral Water - The Biggest Con Job of the 21st Century (The Real Story)

Terima kasih kpd rakan2 yg sudi membaca dan lebih2 lagi kpd yg rajin memberi komen kpd n3 aku semalam yg belum siap tu.

Tajuk n3 ini aku petik dari kata2 bos no 1 sykt aku kerja dulu. Beliaupun hairan mcmana air mineral boleh menjadi satu fenomena global.

Satu perkara yg aku sangat tabik dan hormat kat bos aku tu dia bukan setakat cakap aje. Dia pandai mengambil kesempatan dari fenomena tersebut. Apa yg dia lakukan?

Dia juga menjual air mineral! Ya sykt tempat aku kerja dulu mengeluarkan air mineral mereka sendiri. Dengan rangkaian kedai di stesen mereka yg hampir 1000 buah di seluruh negara, sykt aku dulu tu dalam beberapa tahun saja telah berjaya menjadi penjual ke 5 terbesar air mineral di Malaysia. Bos aku dan pasukannya mmg terer.

Tahukah anda kos mengeluarkan sebotol air mineral tak sampaipun 10 sen. Kalau dah disejukkan boleh jual seringgit sebotol.

Lebih untung dari jual minyak petrol atau diesel.

Moral of the story: Kenal pasti apa yg orangramai hendak dan cari jalan utk membekal atau menjualnya kpd mereka. Bertindaklah dgn cepat. Jangan asyik cakap kosong aje. Sampai bilapun tak kaya kalau cakap tanpa bertindak.

38 comments:

  1. sskkkkkkreeeeeeeeeeeeeettttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. dpt pun.. lama x rebut first place ni...

    ReplyDelete
  3. setuju!!!!



    er.. k la.. jap lagi nk g interview.... amik inspirasi dr citer ni.. bertindak!

    ReplyDelete
  4. betul lah, penah dengar pasal bisnes air mineral ni. modal kecik, tp untung manyak.

    tp ada byk faktor penyumbang kan. kena buat SWOT analysis jugak.

    hehe.

    ReplyDelete
  5. aku dah lama tengok air kat lombong2 ... punya la banyak.. kalu jual dlm botol untung besar ni

    ReplyDelete
  6. zonaku no 1,

    Opocot! Nasib baik puteri ko tu tak langgar aku hehehe

    ReplyDelete
  7. zonaku no 2,

    berjaya juga ko akhirnya setelah lama menyepi dari berebut no 1. Kalau aku buat posting weekend mmg takde berebut.

    Semalam ko jadi ke dtg KL? Senyap aje.

    ReplyDelete
  8. zonaku no 3,

    Banyak lagi kisah di sebalik air mineral sykt aku dulu tu tapi aku nak ke surau solat Zohor tadi. Itu yg aku potong mcm tu aje. Harap masih memberi inspirasi kpd ko dan pembaca lain.

    Semoga ko berjaya dlm interview ko ni.

    ReplyDelete
  9. GaDis CoMeL,

    Mmg banyak faktor penyumbang dan telah dilakukan SWOT analysis. Siapa sangka sebuat sykt minyak boleh berjaya menjual air mineral dgn bnyknya. Sykt minyak lain pun dah tiru skrg. Hatta sykt konsesi lebuhraya pun keluarkan air mineral.

    ReplyDelete
  10. Shifu,

    Aku terbayang ko kena kejar org ramai mcm citer DoReMi yg jual air longkang sbg ubat.

    Kalau ya pun jgnlah guna air lombong.

    ReplyDelete
  11. cap Bonda Adam (eh sori tertolong jawab). ngeeee

    ReplyDelete
  12. dulu penah beli air mineral, baca puncanya bersebelahan hospital sg.buloh,terus tak lalu nak telan :P

    ReplyDelete
  13. bukan semua jual air mineral... ada yang cuma jual drinking water... yang tu kos dia murah lagi kot... hohohohoh :D :D

    ReplyDelete
  14. otak kena kreatip jugak YB, baru boleh meniaga :))

    ReplyDelete
  15. ehh kenapa lain macam jer ayat semalam dgn ayat arini ??/.. ermmmm

    ReplyDelete
  16. lagi satu, semua outlet shell dilarang jual air mineral jenama lain.kena jual air mineral jenama shell saje kan.

    aku pernah kene sekali masa diorang spot check,aku jual air mineral jenis lain.lepas kena marah terus aku kuarkan semua air mineral lain dan jual air mineral shell saje.huhu

    ReplyDelete
  17. al-lavendari,

    Saya tak jual air mineral. Yang jual air mineral tu sykt tempat saya kerja dulu. Cap dia sama dgn nama kedai serbanekanya tu.

    ReplyDelete
  18. gadisBunga,

    Bagus juga cadangan tu kalau saya nak jual air mineral satu hari nanti. Kalau nak jual susu guna nama tu pun ok jugak kot hehehe

    ReplyDelete
  19. juliet,

    Itu kira ok jugak lagi. Ada satu sykt tu sumber airnya tak jauh dari jirat Cina. Seram nak minum

    ReplyDelete
  20. syah,

    Betul tu. Mmg ada yg jual drinking water. Sykt saya dulu tu mmg jual air mineral. Sumbernya di Kota Tinggi. Utk membezakan air sykt kami dgn pesaing (product differentiation) botol kami 600 ml vs 500 ml bagi sykt lain.

    ReplyDelete
  21. "Moral of the story: Kenal pasti apa yg orangramai hendak dan cari jalan utk membekal atau menjualnya kpd mereka. Bertindaklah dgn cepat. Jangan asyik cakap kosong aje. Sampai bilapun tak kaya kalau cakap tanpa bertindak"

    abg tahulah air mineral yang syarikat lama awak tu jual.

    yang abg tanya tu adalah merujuk kepada moral of the story awak yang seolah-olahnya awak dah pun mula menjual air mineral.

    apa kata kita buka syarikat jual air mineral nak .. kat bukit tepi jalan nak sampai ke lebuhraya LEKAS tu berderet2 orang tadah air gunung .. kat Bukit Tangga pun ada. kita proses air tu jer .. itu betul2 air mineral.

    ReplyDelete
  22. Rozita,

    kalau dah nak jadi rezeki sambil baring pun datang ilham. Tak mesti buat benda yg besar2 mcm air mineral ni.

    Selamat berfikir.

    ReplyDelete
  23. T@sh Sch@,

    Lain macamana tu? Saya tak perasan pula. Harap dapat terangkan supaya saya boleh jelaskan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  24. Penyuk,

    Betullah apa yg ko cakap tu. Sama juga dgn minyak pelincir. Semua stesen kulit kerang dan pusat servisnya tak dibenarkan jual jenama lain. Ini diamalkan oleh semua sykt rasa saya. Takkan Giant nak jual barang Tesco atau Mydin.

    Tak tahu pula yg ko ada stesen minyak kulit kerang tu. Kat mana stesen ko tu? Entah2 aku pernah terlibat membina atau membesarkannya kalau jualannya laris hehehe

    ReplyDelete
  25. al-lavendari,

    Maaf kerana salah faham soalan abg yg asal tadi.

    Buat masa ni saya memilih utk tidak memasuki pengeluaran atau penjualan air mineral kerana saya tak rasa boleh bersaing dgn sykt2 sediada. Saya sudah kenal pasti bidang lain yg boleh diterokai dan telah mula mengorak langkah.

    Air dekat Bukit Putus tu mmg tak putus2 org ambil. Semalam saya lalu dah pukul 8:20 mlm pun org masih berbaris nak ambil air tu. Mungkin cadangan abg tu boleh dipertimbangkan jugak.

    ReplyDelete
  26. chop! nak menyampuk!
    .
    .

    nak join abg al jual air mineral bole tak??

    jom aar yb! kita jual air mineral :P

    ReplyDelete
  27. kts,

    Tadi minat saya nak jual air dah malap tapi bila ko kata nak join semangat mula datang balik. Jom kita jual air mineral.

    Aku tahu kat mana nak cari bottler dan sumber air kita gunakan yg disarankan oleh abg Al.

    Lepas tu kita iklankan kat blog kita. Ko dan abg Al ramai pengikut dan pembaca.

    ReplyDelete
  28. tapi tak boleh guna nama -

    "air mineral ku tak sempurna" ..

    kompom tak laku !

    ReplyDelete
  29. al-lavendari,

    betul tu bang.

    Agak2nya kita nak guna nama apa?

    ReplyDelete
  30. tapi tak boleh guna nama -

    "air mineral ku tak sempurna" ..

    kompom tak laku !


    kompom ke?? alaaaaaaaaaaaa... tak rock aar dorang kaan.. takpe! takpe! kita cuba guna "air mineral al-laaaaaa vendari" plak.. tgk laku ke tak.. tak pun yunussss taiiyyoob :P

    ReplyDelete
  31. patutlah melambak org jual air mineral...murah giler kosnya..

    ReplyDelete
  32. pernah terbeli drinking water yang airnya berbau hanyir, nasib baik tak minum lagi

    ReplyDelete
  33. agreed. dalam business perlu ade demand yang kuat. baru jalan..

    ReplyDelete
  34. kts,

    Air mineral Yunus Taiyoob tu kalau jual di padang pasir mesti laku hehehe

    ReplyDelete
  35. Idalara,

    Mmg murah giler. Air tu mereka dapat free. Cuma kos nak mengeluarkan dari bawah tanah dan kos membotolkan termasuk harga botol plastik yg nipis tu.

    ReplyDelete
  36. ibuintan,

    Anak2 saya pun memilih juga kalau nak beli air mineral atau drinking water kerana mmg ada yg berbau hanyir. Kalau yg berjenama tu mahal sikit. Beli yg di stesen minyak atau jenama pasaraya lebih murah.

    ReplyDelete
  37. MasZuber,

    Kalau demand yg kuat belum ada, kita kena ciptakan demand tu. Dan selagi demand tu ada, kenalah kita rebut pasaran tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails