Thursday, August 12, 2010

Sudah Rezeki Dia

Pagi tadi selepas balik menghantar Haizam ke sekolah utk pergi membuat latihan sempena Hari Kemerdekaan, aku mengaji. Niat nak khatamkan 30 juz sepanjang Ramadan tahun ni.

Haikal pula menonton kartun di dalam bilik sementara menunggu utk ke sekolah agama. Tiba2 aku terdengar macam ada org makan kerepek. Aku syak mesti Haikal sedang makan Mr Potato yg dia bawa ke dalam bilik malam tadi. Betul sangkaan aku.

"Kau puasa kenapa makan Mr Potato tu?" tanya aku.

"Ha'ah lupalah!" jawab dia terpinga2 kerana dia pun mesti tak ingat dia berpuasa.

"Berhenti makan tu. Pergi kumoh2. Lepas tu boleh sambung puasa," kata emak Adam (emak Haikal juga).

Kalau tak diingatkan mahu habis satu bekas ni

Kalau kita lupa, makan atau minum kira rezeki yg Allah beri kpd kita. Hari ni rezeki Haikal lah kiranya.

Semalam aku ada mesyuarat tapak di Bukit Kemuning. Projek baru nak mula.

Kerja2 menanam cerucuk baru nak dimulakan. InsyaAllah sebelum hujung tahun ni nampaklah stesen minyak yg baru di situ

Sebahagian besar yg ada dalam mesyuarat tu org bukan Islam. Tetapi mereka tahu semalam dah mula puasa. Air mineral pun mereka tak letakkan atas meja sebagai tanda hormat kpd kita yg berpuasa ni. Kebiasaannya kontraktor akan belanja kami makan tengahari kalau ada mesyuarat tapak macam ini. Kalau mereka tak tahu semalam dah mula puasa dan aku pula lupa (maklumlah hari pertama) mahu kenyang aku tengahari semalam.

Tapi silap haribulan mahu aku naik van jenazah!

44 comments:

  1. patutnya biarkan jer lah haikal tu makan. itu kan rezeki dia sebab dia terlupa.

    ReplyDelete
  2. al-lavendari,
    Kalau saya tak sedar mmglah boleh dibiarkan dia terus makan. Ini saya dah terperasan, kenalah tegur.

    psst - kalau habis Mr Potato tu saya nak makan apa pulak malam ni hehehe

    ReplyDelete
  3. salam Ramadhan YB...sesekali teringin juga naik van jenazah tue huhuhuhuh

    ReplyDelete
  4. boleh bayangkan ccm ner la si haikal tu makan sambil nonton tv...he3
    mcm mkn popcorn masa tgk wayang..
    ngeee...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Sib baik YB pon tak lupa dan join sama..ngeh3x..

    ReplyDelete
  7. bab rezeki mkn tu best.... rezeki nek van jenazahhhh lagiiiiiiiiiiiiiiiii bets

    ReplyDelete
  8. org bukan Islam skrg ni udah prihatin. dia org tahu bila kita mula puasa, jgn berangan nak naik van jenazah pulak hahhahah

    ReplyDelete
  9. salam akhi YB...

    seb baik Haikal tak tercekik plak coz tak sempat nk hirup air ...he he he

    ReplyDelete
  10. salam yb..

    org bkn Islam skrg mmg tau hormatkn buln puasa tp yg tak tahannye mereka jugak yg menyibuk kt bazar ramadhan..

    adakah kerana semangat 1Malaysia?

    ReplyDelete
  11. bila nk belanja aku buka puasa ni bang...?

    he he.


    .

    ReplyDelete
  12. Jom challenge nak?..
    Sapa dapat khatam quran bulan ni akan dibelanja oleh kengkawan.. buleh??.

    Baca sendiri-sendiri jer..
    Allah saksinya.. buleh??..

    Lepas raya nanti kita reveal.. sapa kalah, belanja yg berjaya habiskan 30 juzuk.. amacam?.. menarik tak offer aku??..

    ReplyDelete
  13. bukan senang org bernyawa nak dapat naik van jenazah :P

    ReplyDelete
  14. saya skang salu pi kepsi kat situ, sebab dopopatjam... enitaimmmmm...

    err... komen luar topik tak nih kiranya? hahahahahah :P :P :P

    ReplyDelete
  15. oooooo... emak adam tu emak haikal juga ya... ingatkan emaknya lain2...

    hikkssss


    :P

    ReplyDelete
  16. Tiba2 aku terdengar macam ada org makan kerepek.



    .
    .


    telinga lintah yu...

    ReplyDelete
  17. malu gila babas kalo kena angkut naik van mayat semasa idup. kalo tak tak bernyawa tu,lain lah.

    ReplyDelete
  18. Salam yb..selamat berbuka..wah..mr potato sedap nampak haikal makan..bapa haikal tidak tumpang sekali ka?..

    ReplyDelete
  19. kesian haikal. mesti kering tekak dia lepas makan mr potato tu.


    sebelah mr potato tu katak ke apa..


    wah...boleh oda concrete kat saya.
    hehehe.. *macamlah co sendiri.

    ReplyDelete
  20. sahrom,
    kalau naik van tu kerana menghantar jenazah eloklah tu. Jgn naik kerana didenda tak puasa. Buat malu org kampung hehehe

    ReplyDelete
  21. kak long,
    Hebatlah kak long membayangkan. Tapi mmg lebih kurang mcm tu lah. Cuma tak sempat nak habiskan Mr Potato tu dah kena tegur huhuhu

    ReplyDelete
  22. Sally,
    Kalau saya lupa dan join sama, gerenti habis satu bekas tu. Mungkin sempat minum air lagi hahaha

    ReplyDelete
  23. Alimaz - Kembara Terasing,
    Rezeki tahap kerepek kentang ngeee

    ReplyDelete
  24. PnConfused,
    Ko rasa pegawai Jab Agama tu boleh terima tak kalau aku kata aku lupa lepas makan kenyang dgn kawan2 bangsa asing?

    ReplyDelete
  25. Rozita,
    Itulah mereka skrg dah ambil perhatian. Yg tak sedapnya ada org Melayu tak tahu Rabu tu dah mula puasa.

    Saya berangan makan sampai kenyang di bulan puasa kerana terlupa. Bukan berangan nak naik van jenazah hahaha

    ReplyDelete
  26. Ummi,
    Wsalam.

    Waktu pagi air liur dia banyak lagi agaknya. Bolehlah clear kan tekak dari kerepek kentang tu hehehe

    ReplyDelete
  27. kak ct,
    kebanyakan org bukan Islam dah tahu tentang puasa kerana pengetahuan tersebar luas dek ICT agaknya.

    Mereka suka ke pasar ramadan mcm org kita juga sbb banyak jual makanan di sana. Tapi param kawasan Melayu spt di Dato Keramat hampir semua pengunjung org Melayu + Indon hehehe

    ReplyDelete
  28. tasek,
    Ingat nak belanja ko minggu depan tapi ko dah nak cuti pulak masa tu. Aku belanja ko megi ajelah hahaha

    ReplyDelete
  29. TINY,
    sungguh menarik offer ko tu. Aku sahut cabaran tu.

    Dalam perkara begini tak boleh cengelat. Allah tahu. Jadi aku tak risau ada yg main tipu hehehe.

    psst - ko dah berapa juz ek? Aku pulun pagi ni utk catch up semalam punya. Dah habis 3 juz skrg. Kira on time lah.

    ReplyDelete
  30. Hamizah,
    Setakat Mr Potato tak berbaloi buat2 lupa hehehe

    ReplyDelete
  31. juliet,
    drebar van jenazah tu kan masih bernyawa. Senang aje pun dia naik van tu setiap kali bawa jenazah ahaks

    ReplyDelete
  32. syah,
    Lepas ni bukan setakat kepsi tu yg 24 jam tapi stesen minyak yg baru tu pun akan buka 24 jam. Senanglah awak. Lepas kenyang perut, kenyangkan tangki kereta pulak.

    Komen boleh diterima sbb ada gambar kepsi tu. Cekap juga mata awak ya!

    ReplyDelete
  33. kts,
    ko nak tawarkan diri jadi emak kpd adik Adam ke? wakaka.

    Aku tak nak nanti ada yg patah hati ngeee

    ReplyDelete
  34. kts,
    bilik aku dgn meja kerja aku sebelah menyebelah. Jgnkan lintah, badak (yg pekak badak) tu pun boleh dengar hahaha

    ReplyDelete
  35. GaDis CoMeL,
    kalau tak nak malu jgnlah makan minum di khalayak ramai waktu siang di bulan puasa ni. Tapi ramai juga yg masih berdegil. Di Akhirat nanti jawablah.

    ReplyDelete
  36. relevan,
    Selamat berpuasa. Dah masuk 3 hari dah.

    Ayah Haikal tak dapat join sbb tak lupa mcm Haikal huhuhu

    ReplyDelete
  37. a.z.r.i.n.a,
    Haikal ok aje sbb dia belum makan banyak semasa saya tegur dia tu. Lagipun air liur dia masih banyak di sebelah pagi. Kalau makan lepas balik sekolah mungkin tersekat kat anak tekak hehehe.

    Ha'ah yg itu katak. Belikan Adam di Chow Kit tak lama dulu. Ada kisahnya dalam n3 saya ngeeee

    Kalau dekat boleh saya minta kontraktor tu order konkrit dari awak. Grade 30 berapa harga? hahaha

    ReplyDelete
  38. sebab kenal kawasan tu, jadi boleh tahu... hahahahah... kalu dak, haram tak tahu apemende tu... kikikikikik :P :P :P

    ReplyDelete
  39. Nanti saya tengok n3 tu. sbb masa baca semalam Adiq ada kat sebelah. Dia tanya..


    cash term ke?
    G20 sekarang RM200+/-
    G30 tambah rm19

    boleh supply dari Plant USJ.

    ReplyDelete
  40. syah,
    Senanglah kalau awak nak isi minyak lepas ni. Saya tengah nak lobi Shell buka sebuah stesen di Jalan Kebun tapi takde tanah di tempat yg mereka kehendaki. Kat area Mardi tu.

    ReplyDelete
  41. a.z.r.i.n.a,
    Adiq tanya ttg katak tu ke? Baru2 dulu pun Adam suka main dgn katak tu tapi sekarang dah tak hairan huhuhu.

    Kredit term tak boleh ke? Tak dapat 60 hari 45 pun boleh konsider hahaha.

    Kalau awak boleh dapat komisen menjual konkrit kpd kontraktor2 Shell boleh kita buat pakatan strategik. Saya boleh tolong ayat.

    ReplyDelete
  42. wah!rezeki bulan puasa tu...Alhamdulillah..

    ps tak dpt bygkan muka YB masa (kalau)naik van jenazah tu ngeeee...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails