Wednesday, June 30, 2010

Kita Tak Sama - Jangan Segan Minta Tolong

Malam tadi lepas solat Isyak di surau tempat aku, ada sebuah Toyota Hilux hitam cuba keluar dari perkarangan surau. Kebetulan malam tadi ada banyak kereta di surau - mungkin kerana gerimis mengundang. Semua yg bawa kereta tu org taman aku. Jarak rumah mereka dalam 100 -200m aje dari surau. Dah ada kereta tu gunakanlah. Nanti takut dikatakan kufur nikmat pula.

Memandangkan ada banyak kereta, Hilux tu kenalah keluar secara mengundur sehingga ke jalan. Para jemaah yg baru keluar semua tertumpu kpd Hilux tu kerana asyik ke depan ke belakang tak dapat nak keluar walaupun laluan masih agak luas. Ada seorang jemaah lelaki yg menawarkan diri menjadi budak jaga kereta.

"Boleh lagi. Himpit kiri sikit," katanya memberi arahan kpd pemandu.

Hilux tu masih lurus ke sebelah kanan.

"Opps tak boleh. Cuba ke depan balik. Pusing stereng biar ke kiri lepas tu," katanya lagi memberi saranan.

Hilux tu pun ke depan semula tetapi bila undur masih menghimpit ke kanan sehingga nak masuk longkang.

"Ke depan semula. Nanti pelan2 ambil kiri. Banyak lagi ruang kat sebelah kiri tu," bertambah semangat dia memberi tunjuk ajar.

Masa tu jemaah lain dah mengelilingi Hilux tersebut sementara beberapa jemaah lain dah standby dalam kereta masing2 utk keluar dari kawasan surau.

Pemandu Hilux itu ke depankan semula kenderaannya dan perlahan2 mengundurkannya ke arah pintu pagar. Tapi kali ni masih seperti sebelumnya. Terlampau banyak ke kanan.

Tiba2 aku dengar pemandu tu meminta tolong kepada lelaki yg menjadi juru pandu arah tak bertauliah itu.

"Nak tolong turunkan barang ke?" tanya lelaki itu separuh terpinga2.

"Bukan. Nak minta tolong keluarkan kereta," jawab pemandu itu selamba.

Maka turunlah pemandu tersebut. Seorang jemaah WANITA!

Laaa patutlah ke depan ke belakang masih tak boleh keluar.

Tiada niat aku memandang rendah kebolehan wanita memandu kenderaan tetapi hakikatnya kebanyakan wanita kurang dari segi mengagak jarak.

Mungkin mereka kurang dari segi ini tetapi mempunyai kelebihan dalam perkara lain jika dibandingkan dgn lelaki.

Wanita dan lelaki dijadikan berbeza. Ada lebih ada kurangnya supaya kita saling memerlukan.

72 comments:

  1. hehehehee......
    lebih2 lagi bila ramai memandang saja...

    kalau aku, trs jer awal2 aku soh org tolong, kalau x, ada harapan org soh ke kiri, aku ke kanan

    ReplyDelete
  2. ketara aku x keja kannn......
    tgu je org update blog

    ReplyDelete
  3. zonaku no 1,
    mula2 aku tak perasan drebar tu wanita. Bila ramai yg pandang tu dia jadi nervous kot.

    Kereta ko taklah sebesar Hilux tu. Malam tu aku tengok ko ok aje bawa kereta tu masuk parking hehehe

    ReplyDelete
  4. zonaku no 2,
    tahniah! first time ke ko jadi no 1 kat blog aku ni?

    ReplyDelete
  5. zonaku no 3,
    tak lah ketara sgt.
    Tapi aku ni ketara jugak kerja yg mcm tak kerja. Pagi2 dah update.

    Samalah kita walaupun kita berbeza ahaks.

    ReplyDelete
  6. betul tu,lelaki & wanita memang berbeza sebab itu saling memerlukan...saya pun mmg kureng dari segi mengagak jarak ni...selalu kena marah ngn abang.

    ReplyDelete
  7. shaliza,
    Maha Suci Allah yg menjadi lelaki dan wanita berbeza.

    Tak baik tahu abg awak marahkan awak. Bukan awak minta kekurengan dari segi mengagak jarak tu. Suruh dia tolong lain kali hehehe

    ReplyDelete
  8. salam...kes ni la saya segan memandu.....

    ReplyDelete
  9. mungkin wanita tu saje nk tunjuk hilux dia kot...
    hihihi..!

    ReplyDelete
  10. pB terror bawak kereta tauuuuu...

    sekarang kelajuan maxima 60~80km/j sahaja. tak leh bawak laju laju , peninggggggggggg

    ReplyDelete
  11. alamak..jd no 11 ke???..klu dr awal tahu driver wanita, mesti ramai yg nak menolong kan..:-)

    ReplyDelete
  12. bukan masalah jantina, tapi sebenarnya, ramai pemandu macam gitu... sebab bila duk dalam kereta, kita tak nampak apa yang orang di luar nampak... saya sendiri dulu, tengok orang kuar masuk parking macam susah sangat, once I get into the car, then I knew... perspektif yang dilihat orang didalam dengan orang diluar itu adalah tidak sama, hence the kuar-masuk seploh kali tak lepas-lepas... hihihihihih :P :P

    tapi kekadang bergantung pada pikap orang tu jugak... kalu lampi, memang gitu lah jadinya... regardless of their gender... heheheheheh :D :D

    ReplyDelete
  13. mula baca jer saya dah tau yang tu mesti pomfuan .. instinct !

    tak nak setujulah YB!
    pasal saya tak camtu ...huahuahua...

    tu lesen kopi o kott..

    ReplyDelete
  14. dedulu masa br dpt lesen, biasa jek aku thn incik2 lelaki suruh tolong kuarkan kete..

    buang sgl kemaluan.... hihihihi

    ReplyDelete
  15. tapi sekarang......

    .
    .

    incik2 lelaki yg mintak tolong aku kuarkan kete dorang


    hahahaha.. buang sgl kemaluan :P :P

    ReplyDelete
  16. bagus tu...jangn jadi mamat dalam entri masy..mau masy maki YB..ahahaha

    ReplyDelete
  17. chop... ralat

    kemaluan = malu


    :)

    ReplyDelete
  18. salam YB ....

    tu ler pasalnya sampai sekarang ummi jd tak berani bawa kereta kt KL ni walau boleh bawa kereta tapi hati kecut bila selalu dgr komen dr mulut2 kaum lelaki ,, huuuuuh PEREMPUAN ..patut ler...

    he he he

    ReplyDelete
  19. Ade lekuk keciiiiik d bumper belakang bimmer, lambang kebenaran tanggapan YB ttg ladies kureng dr segi mengagak jarak..apatah lg bila me-reverse..hehe..nak2 pulak byk jejaka2 macho sedang merenung gitu..auw..tak rela you..

    ReplyDelete
  20. penah sekali kot sblm ni....

    itu cikPuteri aku... mmg la.....

    tp ini saiz berbeza.... plus kalau nk reverse, aku sgtla senget

    ReplyDelete
  21. YB,
    i drive ok je kan?
    sila balas secara jujur.
    kalau tak.....

    ReplyDelete
  22. salam yb...

    Alhamdulillah... sume di atas ade lesen..

    jgn jd kak ct bwk keta takde lesen..

    ReplyDelete
  23. salam,

    mungkin masa tu dia agak panik apatah dikerumuni ramai orang dan kereta tu pun terlebih panjang..

    ReplyDelete
  24. Alimaz - Kembara Terasing,
    kat Perlis ok juga sbb tak berapa banyak kereta kecuali time cuti sekolah di Padang Besar hehehe

    ReplyDelete
  25. kak long,
    tak jugak kot sebab dia keluar awal sementara org solat sunat hihihi

    ReplyDelete
  26. pB,
    awak mmg ganaz oppss terer bawa kereta. Kat KESAS boleh tekan sampai 140 km/j.

    Eloklah lebih berhati2 ketika memandu skrg sbb dah berbadan dua.

    ReplyDelete
  27. sahromnasrudin,
    Pagi ni ramai pulak yg nak komen. Terima kasih. Tak kisahlah no 11 ke no berapa, setiap komen saya hargai.

    Kalau pemandu tu tk minta tolong, org pun segan nak hulurkan bantuan. Takut disalah anggap pula.

    ReplyDelete
  28. syah,
    Apa yg awak cakap tu ada benarnya kerana ada wanita yg mmg cekap membawa kereta dari lelaki. Dan tak kurang juga lelaki yg lampi bawa kereta mengalahkan org perempuan.

    tapi menurut hasil kajian, pada kebiasaannya kaum wanita mmg kurang dari segi mengagak jarak. Kajian itu kata kebiasaan. Jgn rasa rendah diri. Mungkin ada hikmah Allah jadikan wanita mcm tu.

    ReplyDelete
  29. a.z.r.i.n.a.03.07,
    hebatlah instinct awak! Bolehlah saya menuntut ilmu tu dari awak.

    Saya tak paksa utk sesiapa setuju. Ini hanya pendapat saya. Mungkin awak termasuk dalam kategori wanita yg terer memandu kereta. Tengoklah tu - pergi CH driving sendiri hehehe

    Mungkin bukan lesen kopi O tapi dah kurang cekap nak buat camna. Bawa kereta besar pulak tu

    ReplyDelete
  30. kts,
    nasiblah lelaki2 yg tolong ko tu tak ambil kesempatan dalam kesempitan hehehe.

    Kalau ko minta aku yg tolong mesti dah lain jadinya lebih2 lagi ko dah buang segala kemaluan kah kah kah

    ReplyDelete
  31. kts lagi,
    aku nak minta ko tolong keluarkan kereta aku boleh kan?

    Tapi aku tak nak buang segala kemaluan. Masih nak digunakan hahaha

    ReplyDelete
  32. haaa...

    dah agak daa jawapannya !!

    tu la IE pernah tulis bab ni kat sini:-


    http://aksarapower.blogspot.com/2009/06/prejudis-persepsi.html

    ReplyDelete
  33. HEMY,
    apasal mamat tu? nanti aku nak pergi cari n3 masy tu hehehe

    ReplyDelete
  34. kts lagila,
    ceit. Betul buat malu lah ko ni. Kalau ckLah baca mesti dia suruh ko masuk kelas dia balik hahaha

    ReplyDelete
  35. Ummi,
    Wsalam.

    Oh ni kes takut nak bawa kereta kat KL bukan saja sbb banyak kereta sbb takut kena cemuh lelaki2 mulut tak insuranlah ni hehehe.

    Anggaplah itu semua sbg cabaran. Ummi bukan takde lesen kan?

    ReplyDelete
  36. mamayaya,
    saya tabiklah dgn awak sbb berani mengaku kekurangan dlm hal ni. Tak ada apa nak disegankan kalau dah mmg itu sifat yg diberi Tuhan kpd kita.

    Org lelaki yg tak terer pun gelabah juga kalau ramai gadis2 cun merenung mereka pandu kereta terutama masa nak buat reverse parking. Bagi yg terer, itulah peluang nak tunjuk lagak hahaha

    ReplyDelete
  37. zonaku,
    bukan adik ko ke yg bawa cikPuteri hingga kemek tu?

    Susah2 ko beli kereta yg ada sensor keliling dan siap pasang cctv mcm yg ada kat kemri aku tu hehehe

    ReplyDelete
  38. Hamizah,
    awak tak keseorangan hehehe

    ReplyDelete
  39. Syida,
    sejujurnya saya rasa seriau bila awak nak keluarkan kereta dari parking kat basement tu. Tempat tu kan sempit dan penuh dgn kereta.

    Saya dah cakap jujur ni jgnlah awak nak bakar rumah saya pulak hahaha

    ReplyDelete
  40. kak ct,
    wsalam

    takde lesen kalau tak aksiden takpe juga.

    Emak Adam takde lesen pun berani bawa kereta juga. Tapi kereta sorong Giant ajelah! hahaha

    ReplyDelete
  41. penjejak maya,
    wsalam.

    Mungkin jugalah bila dia nampak semua mata dah tertumpu kpd dia. Tu tak masuk lagi yg dah tekan2 minyak kereta nak cepat keluar kerana lama tunggu dia nak reverse tu hehehe

    ReplyDelete
  42. ikan emas,
    nak buat macamana?
    Women are from Venus,
    Men are from Mars

    ReplyDelete
  43. nasib semalam ai naik kemri :P

    psttt...apsal komen kts lain macam je, ada berbau porno di situ. Yb kena selalu bagi tazkirah kat dia, biar insaf sikit.

    ReplyDelete
  44. kihkihkih...
    *mengetawakan komen KTS dan Juliet*
    *bukan mengetawakan pemandu wanita itu*

    ReplyDelete
  45. saya sndr berani pandu MPV kat hiway je. jalan biasa, ada cuak sikit..
    bila balik kampung bergilir drv, saya akan amik part hiway jek.. hihihih!!

    tapi, jgn rusty blue wira saya tu... setakat rvsd parking, kacang jek.. eceh!!~

    ReplyDelete
  46. Salam YB
    Sya kalau parking sebaris memang boleh' jem' sikit, tp boleh buat cuma lambat sikittt lah

    dan ada jugak mintak tolong org lain kalau rasa memang tak boleh nak keluarkan kereta dari parking
    daripada perabih tenaga dan minyak keluar masuk keluar masuk tp tak boleh keluar gak, baik mintak tolong orang kan?

    ReplyDelete
  47. opss lupa nak tambah
    tp tang bawak kereta
    enpakwe kata u ni tak sayang harta..
    hehehehe

    tp kalau bawak kereta dia, kenalah bersopan santun sikit
    tak boleh pecut semacam atau langgar semacam yo
    nanti enpakwe 'menyanyi' dokek telingo

    ReplyDelete
  48. hihi.sy setuju ni kalo ke depan or ke belakang, kemudian ke kiri dan ke kanan. itu mmg kerja perempuan. tp tak semua. parking mau perfect. betulkan stereng, tak boleh kasi senget2. kereta kena pandu dgn berhemah,tetapi ada jugak lelaki memandu sgt perlahan kt penang ni.sila pandu di sebelah kiri jika nak makan angin. kasi jalan sama gadis comel mau rempit dan dapat speed trap buat kali ke 2.



    hehe.

    ReplyDelete
  49. uhuk ! uhuk !

    Saya pun bawak spesis hilux tauuu..

    Memanglah bab nak masuk and keluar parking susah .. dah dia besar, nak buat camner kannns..

    ReplyDelete
  50. bukan apa YB.

    kat ofis ni adalah dua tiga orang yang citer sanggup bayar pasal nak lulus masa peksa on the road dulu.


    saya gurau jer tuh !nanti ada pulak orang yang terasa.

    ReplyDelete
  51. juliet,
    gara2 ko naik kemri, kts kena bawa kereta sendiri pergi Giant tgahri semalam.

    Amacam mengacam tak kemri tu? hehehe

    kts tu kena badi peterporn kot. kalau tak pun kerana pms hahaha

    ReplyDelete
  52. DrSinga,
    tak baik ketawakan gadis 2 org tu. Biarlah mereka bergumbira.

    Kalau ketawakan pemandu wanita tu lagi tak baik. Itu dah kira ketawakan kaum sejenis ngeee

    ReplyDelete
  53. kakngah,
    alaaa kat hiway letak auto cruise anak saya pun boleh pandu. Bukanlah si Adam tapi abg dia yg sulong dan kakak dia yg no 2 tu sbb dua2 pun dah ada lesen hahaha.

    Oklah gilir2 pandu. Setidak2nya bolehlah abg kakngah tu berehat sementara kakngah bawa.

    Teringin jugak nak tengok kakngah buat reverse parking mcm Kiki.

    ReplyDelete
  54. Eja,
    Wsalam.
    Ramai org jem parking sebaris ni termasuk lelaki. Yg saya bengang parking mcm ni kalau tiba2 ada pulak org letak motor di depan atau belakang kereta kita antara 2 buah kereta. Jarak tu cukup2 utk kita keluar tapi kalau dah ada motor mcmana nak keluar.

    Awak mengambil tindakan yg bijak dgn meminta tolong org keluarkan kalau susah sgt. Jgn yg diminta tolong tu pun tak terer udah le. hehehe

    ReplyDelete
  55. Eja lagi,
    takpe boleh tambah mcm nasi kalau lauk sedap hahaha

    Kiranya awak ni ganaz jugaklah kalau bawa kereta. Banyak ke kesan2 perjuangan di badan kereta tu? hehehe

    Bagi org lelaki kalau dia sayang keretanya jangankan kemek, tergaris sikitpun dah boleh naik angin tahu hehehe

    ReplyDelete
  56. Tolong menolong amalan mulia..

    ReplyDelete
  57. gadis comel,
    awak biasalah tengok pemandu wanita buat mcm tu ya? Kiranya boleh pakailah andaian saya ni.

    Bukan kat Penang aje ada lelaki yg pandu kereta mcm pergi bersiar2 tapi kat KL ni pun. Semalam ada kereta kancil bukan main slow di lorong kanan di highway DUKE. Lepas saya potong rupanya seorg lelaki sedang khusyuk gunakan hp. Ceit.

    Awak dah kena saman sekali? Oklah tu. Saya yg bukan org Penang pernah kena saman 2 kali kat sana huhuhu

    ReplyDelete
  58. LiNda,
    teringin yg tengok wanita genit mcm awak ni bawak spesis hilux tu. Mesti mengancam hahaha

    ReplyDelete
  59. a.z.r.i.n.a.03.07,
    betul ke mereka tu nak guna lesen terbang? Untuk jangka panjang mereka juga yg rugi kerana tak cekap pandu kereta.

    Harap kawan2 awak takde yg baca blog saya ni hehehe

    ReplyDelete
  60. relevan,
    tepat sekali. Jgn segan minta bantuan kalau memerlukannya.

    ReplyDelete
  61. hik hik hik, kalau saya memandu keta gedabak, siang2 dah mintak tolong dgn yb, siapalah saya ni, lemah dan longlai dan lembik ;)

    ReplyDelete
  62. ayat yang akhir2 tu macam nak cover line jer !

    ReplyDelete
  63. Salam YB....

    Hidup saling memerlukan...

    :)

    ReplyDelete
  64. Mak Su,
    Kalau awak bawa kete gedabak belum minta tolong pun saya dah tolong sbb saya pun nak rasa bawa kerera besar hehehe

    ReplyDelete
  65. al-lavendari,
    kenalah cover line. Itu pun dah ada yg sound huhuhu

    ReplyDelete
  66. Catwoman,
    wsalam.

    Itulah sebabnya kita dijadikan berpasang2an. Subhanallah.

    ReplyDelete
  67. Perempuan tak pe lagi ek...tapi kalau lelaki buat macam tu...malu besar tuuu!

    ReplyDelete
  68. hazeleyed lady,
    Betul tu. Buat malu kaum lelaki betul. Eloklah pakai kereta kecik aje kalau tak cekap hehehe

    en_me,
    haah

    ReplyDelete
  69. kereta kecil warna merah..boleh ku bawa kesekolah.... ;p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails