Malam tadi sebelum menonton bolasepak Piala Dunia aku buka emel aku. Ada satu emel dari konsultan yg dihantar pada pukul 9:30 malam. Projek kami di Shah Alam akan dimulakan minggu depan dan ada tindakan yg diperlukan dari aku. Ek alah macam tak boleh tunggu esok pagi.
Pagi ini bila aku buka emel aku, ada satu lagi emel yg dihantar oleh konsultan pada pukul 1:22 pagi berkenaan dua projek kami di Klang. Tak tidur ke mamat ni atau saja nak kacau aku sementara dia nak tengok bola yg pukul 2:30 pagi tu.
Malam tadi juga aku sempat chatting dgn seorg rakan di fb. Dia kata baru balik kerja (waktu tu dah pukul 12:20 tengah malam). Dia baru online kerana nak tengok emel yg dihantar oleh stafnya.
Ini antara contoh mcmana penggunaan emel merubah cara dan masa kita bekerja.
Aku dulu pun rajin buat kerja di luar waktu pejabat. Terlampau banyak kerjakononnya sehingga aku menjadi seorg jurutera yg terlampau. Bila aku dah bekerja sendiri ini aku cuba kurangkan melakukan perkara tersebut. Nak berhenti terus memang susah kerana dah membudaya dalam masyarakat kita.
Pada aku ini budaya yg kurang sihat. Cukup2lah setakat di opis tu. Kalau terbawa2 sehingga malam dan awal pagi, bila masa kita nak rehat dan bersama org tersayang? Kadang tu tak cukup pada hari bekerja, hujung minggu pun emel kerja ni banyak berterbangan di alam maya.
Pagi ini bila aku buka emel aku, ada satu lagi emel yg dihantar oleh konsultan pada pukul 1:22 pagi berkenaan dua projek kami di Klang. Tak tidur ke mamat ni atau saja nak kacau aku sementara dia nak tengok bola yg pukul 2:30 pagi tu.
Malam tadi juga aku sempat chatting dgn seorg rakan di fb. Dia kata baru balik kerja (waktu tu dah pukul 12:20 tengah malam). Dia baru online kerana nak tengok emel yg dihantar oleh stafnya.
Ini antara contoh mcmana penggunaan emel merubah cara dan masa kita bekerja.
Aku dulu pun rajin buat kerja di luar waktu pejabat. Terlampau banyak kerja
Pada aku ini budaya yg kurang sihat. Cukup2lah setakat di opis tu. Kalau terbawa2 sehingga malam dan awal pagi, bila masa kita nak rehat dan bersama org tersayang? Kadang tu tak cukup pada hari bekerja, hujung minggu pun emel kerja ni banyak berterbangan di alam maya.
kerja untuk hidup @ hidup untuk kerja ..??
ReplyDeletepB,
ReplyDeleteBagi workaholic dia hidup utk kerja. Kalau tak buat kerja dia boleh mati hehehe
hhhmmmm... adat la....
ReplyDeletetp biasanya y terlaku penting sj layak dilayan. y biasa, abaikn sj. tgu ms bekerja br layan.
mandai2 jer kan.. padahal bkn aku kerja pun skrg ni
zonaku,
ReplyDeleteBetul tu. Sudah jadi mcm adat. Siapalah yg mulakan ni?
Masa aku kerja dulu sehari aku dapat dalam 50 -100 emel. Nak baca pun tak larat. Mungkin itulah sebab aku tak blogging masa tu ahaks.
Kalau penting pun takkan tak boleh tunggu sebelah pagi esoknya? Ini bukan kes hidup atau mati mcm kat hospital tu.
Aku doakan ko dapat kerja baru yg lebih membahagiakanmu. Amin.
YB..iklan tu ganggu lagi la..tgh2 baca dia kuar, pantang gerak mouse sket.
ReplyDeletesebabtu saya tak berblog selepas keje dan juga pada hari minggu,ekekekekeke.
ReplyDelete7.40 - 2.00pm..ptg sekali sekala bila ada xtra class..other than that, i'm all 'yours'..
ReplyDeleteyours=family
saya tak layan emel lepas office hours....they can wait.emel tu takkan menjerit suruh bukak pun.unless jika anda pengguna henpon yg canggih manggih....aku ni yg menggeh (slang jawa).
ReplyDeleteMENTIBANG LAUT,
ReplyDeleteYa ke? Nanti saya minta pembantu saya (anak saya lah) tolong buangkan benda tu.
Sebarang kesulitan amatlah dikesalkan. Ayat skema betul hehehe
juliet,
ReplyDeletesebab tu juga saya malas nak komen kat blog awak di luar waktu pejabat ahaks.
Mai sini no hp. Boleh saya kacau lepas waktu pejabat hehehe
mamayaya,
ReplyDeleteBaguslah kalau boleh maintain mcm tu. Hidup ini bukan setakat kerja aje. Banyak perkara lain yg kita nak buat.
Syida,
ReplyDeleteHaah jgn dilayan lepas waktu pejabat. Masa saya kerja kat situ dulu pun macam tu jugak hahaha
Lepas ni henpon ko akan bertukar dari menggeh ke canggih manggih jugaklah ya?
haah...apa nk komen ye..?
ReplyDeletekaklong surirumah,tak tau pasal semua ni...
eerrr....
kaklong balik dulu ye...he3
kak long,
ReplyDeleteapasal nak balik cepat sangat ni? Duduklah dulu sembang2 dan minum2 dgn emak adam hehehe
dulu-dulu sebelum ada e-mel atau henfon, hidup kita lebih aman.
ReplyDeletetetapi masa berubah. teknologi berkembang. apakah kita dapat membebaskan diri darinya ?
al-lavendari,
ReplyDeletebetul tu bang. Kerja siap juga masa tu. Tapi org skrg kalau tertinggal hp menggelabah kalahkan mcm tertinggal bini hehehe
Mungkin kita tak dapat membebaskan diri darinya tapi jgn lah sampai kita terjerut kerananya ngeee
Hi YB,
ReplyDeleteSaya pun mengalamai masalah sama dengan konsultan tuh!! Email 2 3 pagi tentang kerja.
Haish, kadang2 cuba utk mengelak tapi susahnya. Bila kita buat tak tahu, esok esok pergi opis kena hentam sebab tak follow up.
And pernah 2 3 kali, boss saya SMS pasal kerja pada pukul 3 4 pagi. Huh? Macam mana tuh??
Sungguh tertekan.. Budaya ini memang membunuh kami! ;)
+a.z.i.e+
ReplyDeleteKonsultan biasa kerja mcam ni ke? Saya pun pernah melaluinya. Lebih teruk lagi sebab masa tu bos2 saya ada di merata dunia sebab sykt kami sykt MNC. Bila buat telecon, waktu dia pagi tapi kita tengah malam.
Budaya yg mcm awak terangkan tu tak mampan (not sustainable). Saya khuatir ada yg kecundang kalau diteruskan. Duduk dan bincang dgn bos dan klien cara terbaik utk semua. Bukan mudah tapi kena cari sesuatu yg boleh diterima oleh semua pihak.
Salam Wak Yunus,
ReplyDeleteterpanggil utk komen kali ni. Mmg betul ape yg wak ckp, kerja ni biarlah setakat waktu pejabat saje. Pade saye beruntunglah org2 yg dpt working hours mcm tu. cume maybe ade antare kite (cth saye) yg slalu dpt email kerja siang dan mlm even weekend. semate2 utk memenuhi tuntutan kerja. nasib la.
feruz8,
ReplyDeletewsalam.
Kalau muda lagi mcm Feruz dan tak banyak komitmen keluarga dsb ok jugak lagi tu. Kalau setakat emel tu boleh tahan jugak. Tapi kadang tu nak kena pergi opis atau tapak projek time2 cuti atau hujung minggu.
Apapun kita yg memilih kerja mcm tu. Nak buat mcmana? huhuhu
ikut cara golongan cina bekerja, sharp 5 pm depa cabut. esoknya, masuk kerja awl.
ReplyDeleteKerja untuk saraan diri dan kehidupan keluarga..tapi jangan sampai tak ingat dunia.. kerja dihujung jari mudah leka..
ReplyDeletework from home memang best YB!!
ReplyDeletehebat YB..workholic tue
ReplyDeleteItu jaja yg keje mkn gaji gomen, kalau private tak dapek la nak nolong..kena make urself worth every cent yg boss spend byr utk gaji. Papayaya dulu keje ngan company obersea, enpon mmg d haramkan off, mlm buta pon boss dok call,sms n email..anyway it was a great experience, now that papayaya keje comp sendiri br la tau knp ex bisses dulu keje bagai nak rak..
ReplyDeletehehehhehee..... harap2 laaaa....
ReplyDeleteoh-oh..
ReplyDeletememang saya buat camtu kalau nak balik cepat. sambung keje kat umah tapi malam2 sikit lah..
sekarang tengah cuba kurangkan.
blogging keeee....check e-mel!!!???
ReplyDeletedah!!! MakAdam panggil tu!!!!
waktu mlm adalah waktu utk sy dan famili.. so takleh kacau
ReplyDelete.
.
errr.. klu ngan kanda takpe.. hihihi
itu pasal incik Firdaus kalu dah sampai rumah, tengok henpon caller nama bos, supervisor, budak-budak workshop, tuttttttttttttttttt dia tutup tipon terus... saya tak suruh eh, dia sendiri buat... :D :D
ReplyDeletegadis comel,
ReplyDeleteTak semua Cina kerja mcm tu. Yang saya kenal kerja sampai lewat petang atau sampai malam. Mereka takpelah tak sembahyang. Org kita pun ada yg ikut tak solat huhuhu
relevan,
ReplyDeleteMula2 kerja utk saraan diri dan keluarga. Tapi lama2 utk kumpul harta mcm nak hidup 1000 tahun.
Dulu2 org kerja bawa cangkul dan tajak atau gergaji dan pahat. Skrg org pergi kerja bawa laptop. Alat juga tu. Cuma gunakan jari aje utk bekerja hehehe
HEMY,
ReplyDeletehaah. Pakai kain pelekat aje pun boleh buat kerja. Silap2 kain pun boleh terbang kalau kena 'kacau' hahaha
sahromnasrudin,
ReplyDeletesaya dah puas kerja tak ingat dunia. Skrg kerja sendiri pasal nak rilek. Pagi2 boleh baca al-Quran. Zohor dan Asar boleh berjemaah kat surau.
Makan boleh dgn famili sambil borak2. Kalau penat kerja (eh penat ke) boleh main dgn Adam atau emak Adam hahaha
mamayaya,
ReplyDeletemungkin itulah sebab org kata kerja cikgu banyak time rehat hehehe.
Dulu papayaya kuat kerja ya? Skrg bertambah kuat. Eloklah sementara masih muda dan bertenaga.
Saya pun kerja sendiri tapi buat setakat yg termampu. Bisnes kecil mcm ni lah hehehe
zonaku,
ReplyDeleteaku konfiden ko boleh dapat punya. Jgn lupa belanja aku tau hehehe
a.z.r.i.n.a.03.07,
ReplyDeleteawaklah antara culpritnya ya? hahaha
Bila awak emel malam2, org akan cuba jawab malam yg sama juga. Kalau tak org kata tak kuat kerja. Nanti awak pula kena balas tengah malam tu. Akhirnya sama2 tak cukup rehat hehehe.
Eloklah kalau dah cuba kurangkan.
Don't spoil the market hahaha
DrSinga,
ReplyDeleteMacam tahu2 aje awak ni. Bukan setakat blogging tapi YM dan fb juga. Itu yg emak Adam bising huhuhu
psst - awak cakap dari pengalaman sendiri jugak ke? ngeh3x
kts,
ReplyDeletemalam tak berani nak kacau takut bapak ko marah. Siang ko kacau aku takpe ahaks.
kanda tak kisah asalkan dinda gumbira hehehe
En asben selalu gak bawak balik kerja . Tapi bukan dia yang buat . saya jugaaaa ... dia terbongkang tidur kat tepi printer ! ekeke
ReplyDeletesyah,
ReplyDeletekalau boleh tak jawab call takpelah. Ada kerja yg memerlukan kita standby spt kerja2 maintenance huhuhu.
Saya dulu kalau on duty tak boleh pergi jauh dari opis. Kena berada di sana kalau ada kecemasan dlm masa 15 minit.
LiNda,
ReplyDeletekalau ada 'pembantu' mcm tu saya pun rajin bawa balik kerja hehehe.
Nape tidur tepi printer. Tidur dalam bilik kan lagi best? ahaks
incik Firdaus adalah dalam line maintenance & service... memang anytime hatta tetengah malam buleh dapat call suh pi keje... selalu dia malas nak jawab.. sebab dia pun memang dah most of the time asek kerjaaaaaaa aje...
ReplyDeletesyah,
ReplyDeleteSetahu saya Incik Firdaus awak mmg line maintenance. Dan kerja dia pun long hours. Takkanlah bos nak suruh dia kerja mcm robot. Dia pun nak rehat juga. Eloklah kalau bila dah balik tak jawab panggilan.
YB, saya letak link entry ni kat entry saya. Ada kena-kena sikit.
ReplyDeletejangan sampai lupa update blog.. ehehe
ReplyDeletekerja tanpa sempadan tempat dan waktu..
ReplyDeleteJue,
ReplyDeleteterima kasih letak link tu. Kena-kena sikit tentang sibuk bekerja tu takpe jgn yg pasal kuat makan tu. Kita kan sama2 suka makan hahaha
en_me,
ReplyDeleteBlog mana boleh tinggal lagi setakat ni. Itu yg emak Adam bengang huhuhu
zino,
ReplyDeletecara bekerja di alaf baru. Kalau dihargai dan dapat anugerah bagus jugak. Yg masalahnya org tak pandang pun huhuhu