Sunday, May 23, 2010

Macam2 Pakaian Ketika Bersolat Jumaat

Jika kita perhatikan di Malaysia ni macam2 pakaian dipakai oleh jemaah ketika pergi solat Jumaat. Di tempat lain seperti di negara Arab atau di India/Pakistan rata2 jemaah memakai pakaian yg sama. Kalau di negara Arab hampir semuanya memakai jubah termasuk org kita yg pergi buat haji atau umrah. Kalau di India dan Pakistan mereka pakai kuta yg macam org tabligh pakai tu. Tapi di sini macam2 fesyen. Ini kerana kita mempunyai latar belakang berbeza.

Aku sendiri memakai pakaian yg berbeza ketika pergi masjid utk solat Jumaat mengikut keadaan. Aku ingin berkongsi pengalaman aku dalam hal ini sejak aku bekerja di KL. (Zaman sekolah dan masa kerja di Miri dan JB tak payah ceritalah. Nanti panjang sangat pula n3 ni)

Mula2 aku kerja di sini dulu aku terpaksa pakai kemeja dan bertali leher. Jadi bila aku pergi solat Jumaat aku smart semacam. Aku fikir kalau aku kena pakai smart semasa urusan dunia apa salah aku 'menyemart' semasa menghadap Allah. Tapi untuk mengelakkan tie aku rukuk dan sujud bersama2 pergerakan aku, maka aku masukkan tie tu dalam baju di antara butang no 2 dan no 3. Bila aku fikir apa hal smart mcm tu, aku pun buka tie aku masa solat.

Setelah beberapa tahun kerja di KL kami dapat Pengerusi baru. Dia ni 'paksa' semua pekerja pakai baju batik bila hari Jumaat. Maka aku pun berbaju batik ketika solat Jumaat mcm org Indon huhuhu.

Beberapa tahun kemudian polisi sykt bertukar lagi. Kami digalakkan memakai kemeja T bila hari Jumaat. Santailah konon pada hari terakhir bekerja dalam seminggu. Maka aku pun pakai t shirt yg siap lambang sykt lagi setiap Jumaat. Ada pendapat kata tak baik pakai baju yg ada gambar binatang terutama ketika sembahyang. Malangnya t shirt aku semua ada lambang binatang sebab aku kerja dgn sykt kulit kerang. Kerang tu kan binatang ngeee

Sekarang bila aku kerja sendiri, kebiasaannya aku akan pakai baju Melayu dan berkain pelikat bila ke masjid pada hari Jumaat bila aku ada di KL.

Cuma aku belum pakai baju Melayu sepasang siap dengan kain samping aje pada hari Jumaat. Aku risau orang salah anggap pula kalau aku pakai macam tu hehehe



26 comments:

  1. "butang baju aku mana pah?"

    "jamil, jamil yang mana bang?"

    "jamil di ofis besar tu, engkau mana tau engkau asyik main mahjong saja tak ingat berbetan lagi,.. butang baju aku mana pah?"

    **kes dok mntk butang baju melayu~ wahhhhhh~

    ReplyDelete
  2. org lain takkan salah sangka kalau ko pki baju melayu siap ngan kain samping, melainkan emak adam

    .

    .

    hikksssss

    ReplyDelete
  3. elok2 pki tie... takut terjerut leher..

    hihihi

    ReplyDelete
  4. Jules,
    dialog Madu Tiga. Satu pun cukuplah.
    Takut nanti terjun jambatan hehehe

    ReplyDelete
  5. kts,
    itu yg aku paling takut. Nanti dia ingat aku buang tebiat pulak hehehe

    ReplyDelete
  6. kts lagi,
    aku dah tak pakai tie lagi kalau pergi kerja. Habis smart pakai kemeja lengan panjang. Itu pun jarang2. Bukan ko tak pernah tengok aku pakai apa? ahaks

    ReplyDelete
  7. aah.. kan ke ko selalu tyg gambr ko kat blog ni...

    tp tak perasan ada tie ke tak sbb slalunya ko bergmbr mesti dukung adam... errr... nak cover apa eh?? TeeeeeeeeeeeeeeeeT

    :P

    ReplyDelete
  8. kts lagi sekali,
    aku tayang gambar aku sbb takde apa nak sorok terutama dari ko ahaks.

    Gambar aku mana ada yg pakai tie. Cuba ko tengok balik...

    ReplyDelete
  9. salam akhi YB...

    kalau hari raya jatuh pd hari Jumaat mesti ramai orang kita berbaju melayu siap berkain samping lg.

    apa salah nya pakai begitu setiap jumaat kan ,emak Adam tak kan bperangsangka lain coz dia kenal hati budi suami dia...

    ReplyDelete
  10. isy....tak baik salah sangka tu..asal aje pakai samping lengkap, ingat yang ituuuu aje..

    apa kata begini..

    kan nama uncle ni YB..
    apa salah pakai macam Yang Berhormat betul2 kan.. heheh..

    sehari seminggu aje..

    ReplyDelete
  11. hehehhee.......


    bagus apa kalau pakai lengkap. baru segak. kalau ke majlis ko pakai sehabis segak, apalah salahnya ke solat jumaat pakai lengkap bersamping??????????

    ReplyDelete
  12. tetiba teringgat enpakwe kena pakai baju melayu sepadang siap setiap jumaat dulu
    sya ngusik dia
    sayang nak g kerja ke nak g pejabat agama?
    hehehehe...tp segakkan pakai baju melayu sepasang..sangat segak ;o

    ReplyDelete
  13. Ummi,
    wsalam.

    Ada juga ramai org yg solat raya siap baju melayu bersamping tapi bila solat Jumaat sebelah tengaharinya pakai baju melayu tapi samping dah tak pakai. Itu ok lagi. Yg tak pergi solat Jumaat sbb kata dah solat sunat raya pun ada.

    Saya segan nak pakai baju melayu sepasang yg siap dgn samping utk solat Jumaat takut AJK masjid terkejut sbb mereka pun tak pakai mcm tu hehehe

    ReplyDelete
  14. zaren,
    dah kebiasaannya mcm tu yg terjadi. Tengok baru2 ahli politik yg kahwin artis tu pun pakai baju Melayu sepasang keh keh keh.

    YB skrg dah jarang pakai baju Melayu pergi solat Jumaat. Ada takde, PM dan TPM aje yg pakai baju Melayu bila melawat kawasan pada hari Jumaat. Nak ambil hati org Melayu agaknya hehehe

    Uncle belum sampai tahap tu ahaks.

    ReplyDelete
  15. zonaku,
    siapa kata tak bagus? Tapi kat masjid kampung aku ni beberapa kerat aje yg pakai mcm tu. Nanti org ingat apa pulak kalau aku pakai baju Melayu yg lengkap.

    ReplyDelete
  16. Eja,
    hah tengok tu. Awak pun cakap mcm tu. Nak pergi pejabat agama nak buat apa tu? Dibuatnya dia pergi ke sana betul2, kelam kabut awak wakaka

    Kenapa enpakwe tak teruskan pakai baju Melayu lengkap tu kalau hari Jumaat skrg?

    ReplyDelete
  17. hb aku pakai jubah hr jemaat, dia ckp syg jbah byk2 beli ms umrah dlu....



    akupon xkisah....



    dia xske pki baju melayu...




    xpe lah, sbb kalo tetiba dia pki tuh.. de makna tuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  18. YB
    kalau dia pergi pejabat agama sya ikutlah sekali
    jadi pemerhati sambil makan hati..
    huhuhu tak sangguplah lagi..

    sekarang dah bertukar PM jadi arahan tu dah bertukar lah pulak..., cuma yang kekal berbaju batik setiap khamis ;o

    ReplyDelete
  19. pakai aje, tak salah pun.. kalau niat kita baik, toksah peduli cakap orang... :D :D

    ReplyDelete
  20. PnConfused,
    baguslah hb ko ikut sunnah. Dia pakai serban sekali ke?

    Mestilah ko tak kisah. Takkan nak pergi nikah pakai jubah hehehe

    Bukan dia aje yg tak suka pakai baju melayu ni. Org Jawa mcm aku ni pun tak suka pakai baju Melayu melainkan ada function ngeee

    Belum2 ko dah nak syak dia mcm tu kalau dia pakai baju Melayu. Tak baik tau....

    ReplyDelete
  21. Eja,
    Kalau awak ikut nanti kecoh kat pejabat agama tu hehehe.
    Saya rasa enpakwe awak takkan buat mcm tu. Dia sayang kat awak dan anak2.

    Sekali bah sekali pantai berubah. Tapi Khamis kalau org pakai batik tandanya dia kerja gomen hehehe

    ReplyDelete
  22. syah,
    niat mmg baik tapi rimas pulak nak kena bersamping bagai.

    ReplyDelete
  23. berbaju melayu sepasang, bersampin lagi, wah,kang orang ingat abang hazwan,ehehehehe.

    ReplyDelete
  24. tak de sapa yg anggap yg bukan2 bang.. ko tu je yg gatal nk anggap yg bukan2...

    ha ha.



    .

    ReplyDelete
  25. juliet,
    apa salahnya org ingat aku abg hazwan? Kena aku bawa kemri pulak. Ko pun mahu tergoda hahaha

    ReplyDelete
  26. tasek,
    mahunya org tak anggap yg bukan2 kalau selama ini aku tak pernah pakai baju melayu sepasang bila pergi solat Jumaat. Cuba tiba2 Darren pakai mcm tu Jumaat depan ni. Mesti ko pun naik risau kan? ngeeee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails