Wednesday, April 7, 2010

Orang Lain Dah Lama Maju

Semalam selesai mesyuarat dgn klien di Mont Kiara aku bergegas ke Sg Buloh. Rakan aku mengajak aku bertemu dgn tauke perabot di kilangnya di sana. Aku sampai dalam pukul 4 ptg. Tidaklah berapa sukar nak cari kilang/opis dia. Ianya terletak di belakang gelanggang futsal di kawasan perindustrian Sg Buloh.

Rakan aku telah sampai terlebih dulu. Sebaik aku turun dari CRVku, dia ajak aku melihat kilang. Dia buat mcm rumah sendiri. Dia mmg pakar tentang perabot dan menerangkan kpd aku proses membuat perabot. Aku pun dah mula faham selok belok pembuatan perabot ini setelah melawat beberapa buah kilang sebelum ini.

Selesai meronda di kilang kami pun ke opis. Aku disambut mesra oleh tauke kilang tersebut. Seorg lelaki Cina dalam pertengahan 40an. Tak lama kemudian datang seorg lagi lelaki Cina berbadan besar. Dia merupakan salah seorg pengarah syarikat perabot ni tetapi lebih tertumpu kpd operasi mereka di Thailand. Dah 17 tahun dia duduk di sana. Dengarnya isterinya pun org Siam hehehe.

Tauke ini dulu kerja dgn beberapa sykt perabot antarabangsa spt Artright sebelum mengambil keputusan membuka kilangnya sendiri di Vietnam. Kilangnya di sana jauh lebih besar dari yg di Sg Buloh. Ada 1200 pekerja di sana. Tauke ini beriya2 mengajak aku melawat kilangnya di Vietnam minggu depan kerana dia akan ke sana juga. Aku agak keberatan kerana jadual aku agak padat minggu depan. Lagipun aku belum tentu beli perabot dari sykt dia utk projek aku. Pegawai dia telah memberi sebut harga utk beberapa jenis perabot yg aku perlukan spt set meja makan, set bilik tidur dan ruang tamu. Harganya agak kompetitif tetapi selepas berbincang dan menerangkan keperluan dan spesifikasi, dia berjanji akan melihat semula harga tersebut dan memberi sebutharga yg lebih baik.

Sebenarnya kilang dia di Sg Buloh itu merupakan pengeluar perabot bagi Courts. Setiap bulan jualan kpd Courts saja sudah hampir sejuta ringgit. Tetapi ini kecil jika dibandingkan dgn operasi di Vietnam, Thailand dan Singapura. Jualan mereka tahun lepas RM230 juta.

Selain dari perabot, tauke ini juga ada 6 buah restoran di KL. Dia memberitahu aku dia memang minat sangat bidang ini. Dia akan membuka sebuah restoran Jepun di China tak lama lagi. Modal nak buka restoran tu RM2 juta. Bulan depan sykt Adidas akan mengadakan pelancaran produk baru mereka di salah sebuah restoran dia di KL. Ramai bintang2 terkenal akan hadir.

Lama juga kami berbual semalam. Dia nampak selesa utk bekerjasama dgn aku. Dalam bisnes sikap saling percaya itu sangat penting. Mungkin dia lihat muka aku ni muka inesen hehehe

Pukul 6:15 baru aku bertolak balik. Dalam perjalanan pulang aku terfikir org lain dah lama maju walaupun ramai di antara mereka ini yg bermula dari bawah. Aku ni baru nak start enjin.

39 comments:

  1. sekurang2nya YB dah start enjin gak, cuma nak tukar gear aje lagi

    moga YB akan menjadi tokey besar amin...

    ReplyDelete
  2. YB da start enjin ok jugak...aku yg blom jumpe kunci pun lagi..hehehhehe...

    ReplyDelete
  3. Eja,
    alaaa baru nak start enjin. Lepas tu nak panaskan enjin lagi. Nanti bila nak masuk gear, budak2 pula nak ikut ngeeeee

    ReplyDelete
  4. ~O~,
    ko letak kat mana kunci tu? Itulah letak kunci merata tempat kah kah kah.

    Ko takpe sbb masih muda lagi. Belum kahwin pun lagi. Tauke tu masa mula buka kilang umur dia 28 tahun.

    ReplyDelete
  5. dari perabot buka pula restoran. jauh dua bidang tu.

    ReplyDelete
  6. better late than never dan tak mengapa cepat kalau selamat !

    ReplyDelete
  7. sI tEDI,
    perabot sbb dulu dia kerja bidang itu. Restoran tu 'passion' dia. Dah minat dia ke situ nak buat macamana? Tapi org bangsa dia ni, 'passion' mereka boleh jadi duit. Kalau kita kegemaran kita ni banyak menghabiskan duit huhuhu

    ReplyDelete
  8. al-lavendari,
    ayat penyedap hati tu bang. Org lain dah jauh kita baru tersedar. Semoga generasi kita yg kemudian termasuk anak2 kita bermula pada peringkat awal.

    Ayat penyedap hati yg selalu saya pakai: "tak kira di mana anda bermula, yg penting di mana anda berakhir" konon2 akhir esok tu bestlah hehehe

    ReplyDelete
  9. err...cam tak pecaya pekataan inesen tu bang. hahaha

    ReplyDelete
  10. Tijah,
    ada ke muka aku ni muka penyamun nok? Kan nampak mcm muka org baik2 hehehe

    ReplyDelete
  11. YB patut bersyukur sebab dah ade enjin dan kunci tuk start enjin. macam aku, usahkan nak start enjin, enjin pun takde lagi.huhu..

    ReplyDelete
  12. dah start jangan u-Turn..
    kita doakan...makin berkembang bisness YB..

    ReplyDelete
  13. muka inesen ek?

    hmm boleh lah.. muka budak baik, hi hi hi

    ReplyDelete
  14. kalau dah ada enjin tak perlu kayuh lagi... huhu

    ReplyDelete
  15. Penyuk,
    enjin ko kena curi jugak ke mcm enjin jet tu? hehehe

    DrSinga,
    jalan tak sentiasa lurus doc. Kadang tu bengkang bengkuk, kadang tu beralun. InsyaAllah saya cuba tak berpatah balik selagi saya dijalan yg betul.

    ReplyDelete
  16. Che'Pit,
    itu yg saya rasa berat aje nak letak perkataan tu. Mesti ada yg cuba mempertikaikan huhuhu

    Nasib baik awak menyokong hehehe

    NL,
    betul tu.

    ReplyDelete
  17. Sebelum start pastikan enjin tu ada, dunia skerang ni macam2 perkara pelik buleh berlaku :P

    ReplyDelete
  18. YB nak buka kilang perabut juga ke nanti.. nanti boleh buka kilang di thailand juga hehe

    ReplyDelete
  19. tak lama lagi yb pun macam ni

    ReplyDelete
  20. Bila dah start enjin..kena pula tengok minyak..cukup lagi ke idak..

    ReplyDelete
  21. Salam YB,
    Nanti en YB boleh ler ikut jejak langkah dia pula... Semoga apa yang diusahakan diberkati hendaknya...

    ReplyDelete
  22. oklah tu YB... At least there's something daripada orang malas nak kerja langsung...

    Pelan-pelan kayuh aa YB... :D :D

    ReplyDelete
  23. masing masing ada bahagiannya...

    ReplyDelete
  24. sy percaya yb boleh berjaya dan lagi maju, nanti amik saya jadik tukang jawap tipon ya... eheeemmm :)

    ReplyDelete
  25. salam akhi YB..

    ada gak enjin walau br nk start . he he he

    ReplyDelete
  26. salam YB..

    org muka 'inesen' ni rezeki murah.. sbb org percaya.. hihi...

    jgn fikir pasal org.. fikir pasal peluang utk maju diri sendiri.. ok la tuh, ada peluang utk 'start enjin'.. beruntung la tuh.. daripada org lain yg tak terfikir pun nk start enjin dan tak dapat nk start enjin sampai enjin sendiri padam.. huhuhu...
    hihihi..

    semoga Allah merahmati usaha YB.. amiinn..

    ReplyDelete
  27. Bila tengok gambar-gambar YB...saya tengok, YB ni pun tak kurang 'maju'nya....




    Boleh dapat anugerah pingat 'PJK'!

    ReplyDelete
  28. Tak lama lagi dah boleh pasang turbo dah enjin tu. Nampak kencang sekarang :D

    ReplyDelete
  29. harap2 bukan enjin 2nd hand... klu pepagi lg susa nk idop, haha...

    ReplyDelete
  30. juliet,
    aku dah pastikan enjin tu ada. Aku tengah press2 minyak ni vroooom vroooom

    Ko nak tumpang tak? Maksud aku ko nak kerja dgn sykt aku. Aku nak cari org buat akaun mcm ko ni. Ko roger aku. No hp aku ada kat kawan kita yg satu opis dgn ko tu hehehe

    ReplyDelete
  31. zino,
    buat masa ni takde cadangan nak buka kilang sbb modal yg diperlukan besar. Jadi risikonya juga besar. Saingan pula sengit terutama perabot kayu.

    Kalau saya nak buka kilang mungkin kilang perabot metal. Kemudian cuba mendaftar sebagai pembekal kpd MOF.

    ReplyDelete
  32. Daun Bidara,
    amin. Semoga makbul. Tapi realitinya tauke tu pun ambil masa berbelas tahun utk sampai ke tahap ini.

    relevan,
    minyak ada banyak. Saya kan dulu kerja dgn sykt kulit kerang hehehe

    ReplyDelete
  33. Atikah,
    wsalam.
    mungkin saya tak ikut jejak dia 100%. Cukuplah dia sbg pemangkin.

    syah,
    ok ok. Yg penting lepas start enjin kena bergerak. Hari ni aku bergerak sampai ke Hulu Selangor hehehe

    ReplyDelete
  34. ONE ZABA,
    betul tu. Tapi kalau tak diusahakan mungkin bahagian kita setakat yg ada ni lah huhuhu

    Mak Su,
    terima kasih atas kata2 semangat tu.
    Takkan maksu nak jadi tukang jawab tepon aje? Maksu boleh menyumbang lebih lagi dari itu saya percaya.

    ReplyDelete
  35. ummi,
    wsalam.

    Kebanyakan dari kita mmg ada enjin dlm diri kita. Cuma ada yg besar cc nya dan ada yg kecil. Tapi kalau cc besar tak digunakan pun membazir aje....

    TINY,
    wsalam.

    Terima kasih di atas pandangan ikhlas awak tu. Saya dah memilih jalan ni (kerja sendiri) kenalah kuat berusaha. Lainlah kalau makan gaji (tetap kena kuat berusaha) kerana cukup bulan ada gaji. Mcm saya ni kalau malas nak bergerak alamat tak berasaplah dapur. Adam bolehlah minum susu emak dia. Yg lain tu nak makan apa huhuhu.

    Semoga Allah merahmati usaha awak juga dan usaha rakan2 yg lain.

    ReplyDelete
  36. ckLah,
    sebahagian dari 'kemajuan' tersebut diperolehi semasa saya kerja dgn sykt kulit kerang dulu. Selalu kena meraikan klien dan pihak berkuasa. Akhir saya yg hampir2 menjadi korban.

    Mungkin ini yg dipanggil "occupational hazard" hehehe

    ReplyDelete
  37. Akmal,
    gerak perlahan2 dulu. Nanti kalau dah stabil bolehlah pasang turbo.

    Taklah kencang mana. Mungkin kalau baca blog ini rasa mcm yok yok oh aje. Hakikatnya biasa aje huhuhu

    Teja,
    enjin recond ok apa? Banyak kereta mewah pakai enjin recond hehehe

    ReplyDelete
  38. Pinjam kunci jap...nak duplicate bole? huhu... Tp nak start ape eh..enjin pon tadak..

    ReplyDelete
  39. Jaja,
    kan awak ada 3 buah kereta. Start aje lah yg mana satu hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails