Thursday, April 22, 2010

Kisah Tunggu Nanti Buat (TNB)

Semalam aku ada beritahu aku nak pergi mesyuarat dgn TNB di Port Klang. tunbegia bagi komen ini:
Anonymous tunbegia said...

TNB = Tunggu Nanti Buat,
kalo dulu LLN = Lambat Lambat Naik,

goodluck yunus,
salamm

Aku ingat nak buat n3 tentang TNB tapi terpanggil pula nak cerita kisah "Tunggu Nanti Buat" dulu. Jadi kisah TNB tu lain kalilah ya itu pun kalau aku rajin
Di awal career aku di sykt kulit kerang di KL (sebelum tu aku dah 10 tahun dgn sykt kulit kerang di Sarawak termasuk 5 tahun dipinjamkan ke Petronas Carigali), aku ditugaskan meroboh dan membina semula stesen2 kami yg usang atau yg jualan minyak terlalu bagus sehingga memerlukan stesen yg lebih besar. Untuk itu kami akan melantik jurutera perunding utk mereka bentuk (design) dan mengemukakan pelan ke pihak2 berwajib seperti PBT, Bomba, JKR (atau LLM kalau stesen itu di lebuhraya), TNB, Telekom, JBA, JAS dan IWK. Dan di setiap PBT itu pula ada banyak jabatan.

Dari segi teknikal kira straight forward. Kami ada standard template dan bangunan cuma setingkat. Aku sebelum itu telah terlibat mereka bentuk, membina dan memasang pelantar minyak dan gas yg jauh lebih besar dan komplikated. kiranya ini chicken feed hehehe.

Oleh itu teknikal bukanlah cabaran utama kami walaupun memang ada stesen agak sukar kerana kami kena memotong bukit yg tinggi atau mengalihkan laluan sungai kerana 'tanah' yg dibeli itu adalah sungai pada asalnya. Cabaran yg lebih besar ialah mendapatkan kelulusan dari pihak berwajib.

Setiap bulan kami ada mesyuarat yg dipengerusikan oleh GM kami yg juga MD sykt kulit kerang. Beliau seorang yg sangat detail dan mahu mengetahui perkembangan setiap projek.

Pernah beliau tanya aku "YB apa status kelulusan projek X ni?"
Aku pun jawab, " kami dah kemukakan pelan ke PBT dan sedang menunggu kelulusan."
Mendengar jawapan aku itu dia melenting dan dgn mata yg terjegil dia, berteriak "kamu jangan tunggu kelulusan tapi kamu mesti kejar!!!!!"

Aku terkesima dan terkedu. Aku rasa org lain yg dlm mesyuarat tu pun terkejut juga apabila big boss melompat macam tu.

Setelah mendapatkan semula kekuatan aku pun cakap kat dia, "yes sir, I will CHASE for the approval and report back to you on the outcome."

Aku dapat beberapa pengajaran dari peristiwa itu.
1) jangan tunggu walaupun berurusan dgn pihak ketiga ini memakan masa dan luar bidang kuasa kita utk mengawalnya.
2) berhati2 bila melaporkan kpd pihak atasan. Jangan beri impression macam kita tak buat kerja atau tak cukup berusaha.

Dari pengajaran di atas aku mengkaji semula modus operandi kami (aku dan jurutera perunding) supaya pelan yg kami kemukakan ke pihak berkuasa bergerak lebih pantas. Aku mula berkawan rapat dgn ramai org di jabatan2 yg aku perlukan kelulusan. Selain dari berbincang dgn mereka tentang status projek dan mengambil tindakan yg sewajarnya aku juga pergi makan minum dgn mereka. Main bola, main bowling, main badminton dgn mereka. Lawat mereka selalu - tak cukup di opis pergi ke rumah. Kalau mereka sakit lawat mereka di hospital. Paling tidak hantar buah tangan. Kalau mereka kahwin aku pergi. Bawa emak Adam sekali. Bulan puasa yg paling letih - bukan kerana berpuasa tapi kerana mengadakan majlis berbuka utk jabatan2 ini. Satu Malaysia aku pergi utk berbuka sehingga jarang benar aku berbuka di rumah kecuali hari pertama dan hari2 terakhir Ramadan huhuhu. Bila tiba bulan Syawal, merata pula aku hadiri majlis rumah terbuka jabatan2 ini. Bila aku dah jadi bos kecil aku suruh jurutera2 aku buat perkara yg sama.

Jadi istilah Tunggu Nanti Buat (TNB) telah lama padam dari kamus aku.

47 comments:

  1. bila dengar modus operandi ko,tertiba aku rasa nak keje kat jabatan yg ade kaitan ngan kelulusan projek ko.dpt makan minum free dan bila sakit ade org dtg melawat.hehe

    ReplyDelete
  2. ye betul gak tu, tak boleh tunggu, tp ketuk selalu, kuat kuat baru boleh jalan ;p

    ReplyDelete
  3. ya.. aku percaya istilah Tunggu Nanti Buat dah lama padam dr kamus hidup ko...



    .
    .



    ko kan org yg tak reti putus asa...

    go go chaiyok!!
    semoga kejayaan sentiasa mendampingimu


    amin

    ReplyDelete
  4. terime kasih YB...

    amat bermakna entri ini pada ku

    ReplyDelete
  5. ahaha, haku pulak disebutnya, kahh

    baguslah kalo sudah padam kan, kanns

    salamm yunus

    ReplyDelete
  6. Penyuk,
    kalau ko betul2 berminat, ko kerja dgn MBSA. Banyak projek aku kat situ tahun ni dan tahun depan. Kalau boleh ko minta masuk Jabatan OSC atau Perancang hehehe

    ReplyDelete
  7. eja,
    ketuk mmg kena ketuk tapi tak boleh kuat2. Nanti melantun balik. Kerja dgn cara berhemah. Satu skill yg kena belajar dari yg dah otai.

    ReplyDelete
  8. kts,
    seseorg akan percaya sesuatu apabila dia telah melihat sendiri perkara tersebut. Aku tahu kenapa ko percaya bila aku cakap istilah itu tiada dlm kamus aku.....



    aku bukan tak reti putus asa cuma aku tak mudah putus asa. Pengalaman mengajar aku. Ko pun apa kurangnya hehehe

    Terima kasih kerana memberi aku semangat baru.

    Semoga ko didampingi oleh org yg ko sayangi (dan dia juga menyayangi ko)

    ReplyDelete
  9. ~O~,
    org yg sama lain mcm kita yg akan lebih memahami perkara ini dan lebih relevan.

    Satu lagi nasihat aku: technical must be sound and PR must be excellent. You can go far!

    ReplyDelete
  10. Salam YB,
    Itulah ciri org yang berjaya.. tiada istilah TNB...

    ReplyDelete
  11. tunbegia,
    sebab komen ko semalam beri aku idea nak tulis perkara ini.

    Mana aku tak padamkan istilah TNB tu. Kalau pekerja baru aku rasa dah terkencing masa kena jerkah tu.

    Wsalam

    ReplyDelete
  12. Atikah,
    wsalam.

    Betul tu. Tapi banyak lagi ciri org yg berjaya.

    ReplyDelete
  13. betullah y.b..

    boss pun salu jek suh " chase them..call them..till they get fed up..sick of ur voice. baru kerja tu cepat. "

    aihhh...

    ReplyDelete
  14. sy suker..terutama yg no 2 tuu..


    ...tp jgnlah anggap pemberi kelulusan dok lahap sgt nak makan free !!!

    ReplyDelete
  15. amin


    .
    .

    insyaallah.. saling sayang menyayang :D

    ReplyDelete
  16. hanie,
    saya nak bagi awak tip kalau awak sudi nak terima.
    Mmg kena kejar dan call atau jumpa mereka selalu tapi jangan sampai mereka sick of ur voice. Cari jalan mcmana nak kasi mereka suka dengar suara awak. Satu cara ialah jadikan mereka ini kawan awak.

    Tak rugikan kalau ramai kawan.

    ReplyDelete
  17. ikan emas,
    betul tu. Tak semua yg memberi kelulusan tu lahap sgt nak makan free. Saya pun banyak memberi kelulusan kerana masa saya kerja dulu saya ada ramai kontraktor dan pembekal yg sentiasa nak belanja kita makan. Kadang2 saya menyorok atau keluar sebelum mereka datang.

    Kalau semua ok kelulusan tetap juga dapat. Buat kerja kita (do our homework) baru senang org nak bagi kelulusan.

    ReplyDelete
  18. kts,
    Syukur alhamdulillah. Aku harap ko tak kecewa lagi kali ini.

    Bila ko nak kenalkan kanda ko tu kat aku?

    ReplyDelete
  19. hahaha yb..
    tu boss yg ckp. tapi sy x ikut pun. mmg sy jadikan diaorg kawan. esp. dr MOE..sb selalu kena berhubung..jd bila dh jd geng..resultnya..nk minta ape pun..senanggg jek..proses pun cepat jek..

    ye la..kena la berbahasa kan.. :P

    ReplyDelete
  20. hahahahaha.. wpun dlu aku bukan org marketing, tp aku slalu dpt kuar mkn hari terbuka hr raya....


    best...

    cam besa, satay musti ada...

    ReplyDelete
  21. hanie,
    kalau mcm ni awak boleh ambil tempat bos awak tak lama lagi.

    Kalau dah jadi kawan kadang2 tu kita belum tanya dia dah call bagi tahu apa yg kita nak tahu. Kalau fail menimbun, fail kita laju aje mcm ikut lorong smarttag hehehe

    Mungkin saya boleh belajar sesuatu dari awak. Hope to meet up with you one day.

    ReplyDelete
  22. PnConfused,
    Rumah terbuka hari raya biasanya sesiapa pun boleh pergi. Kalau tak segan ko gate crash aje.

    Masa pergi Raya open house ni dulu aku akan wajibkan staff aku pakai baju rasmi sykt sbb lambang kulit kerang tu powerful. Kami selalu dapat duduk meja utama dan di serve lagi sedangkan org lain terpaksa berbaris utk dapatkan makanan.

    ReplyDelete
  23. Paman,

    Tabik kat Paman.. diakui bukan senang nak buat yg Paman cakap tu. Lagi2 orang macam Ina yg sungguh anti-sosial nih. :D

    Sebab tu kalau kata nak buat business sendiri, kena pk byk kali.. kalau sanggup dan mampu buat macam Paman tu, masa tulaa baru berani nak berbisnes sendiri.. kalau idak, lupakan jela kan?

    ReplyDelete
  24. alaaa y.b..patutnya sy yg belajar dr y.b..org senior..lg banyak pengalaman..hehehe..

    cuma antara prinsip utama utk komunikasi...lets people hear our smiling. br la sejuk hati nk berurusan. kl ckp pn mcm rimau.. mmg borang kita yg paling last la kot dia proses..ekekeke..

    tu pun kot nasib x masuk shredder machine.. :P

    ReplyDelete
  25. masa kecik2 dulu

    LLN - Loncat Lonacat Naik
    JKR - Jual Katak Rebus @ Janda Kena R-g-l

    hihi maaf, x berniat menyinggung mana2 pihak.. mengimbau kenangan masa kecik2 dulu

    ReplyDelete
  26. betul gak cara tu..tp perlu byak tenaga, masa dan uwang juge mungkin

    ReplyDelete
  27. S-a-B-r-I-n-A,
    takyahlah tabik. Bukan apa sgt pun. Ada org tu pergi jumpa org2 besar utk minta projek berjuta2 dan dapat pulak tu. Itu baru kena tabik.

    Setakat nak dapatkan kelulusan pelan bangunan itu kerja biasa. Bos pernah cakap "I'm not interested in problems, I just want the result!"
    Org macam paman ni dibayar gaji utk menyelesaikan masalah hehehe

    Tak semua org boleh berniaga. Kalau Ina tak konfiden nak berkecimpung dlm dunia perniagaan, teruskan lakukan apa yg Ina buat skrg.

    ReplyDelete
  28. saya sekarang banyak TNB... sebab semua datang bertimpa-timpa... yang mengarah ramai, yang buat keje sorang... Yang paling menyampah, bos suruh dia buat, dia pass orang lain suruh buat... memang tak menang tangan betul... tensen... kekadang saya buat dek aje... biar dia kena marah... hahahahah :P :P

    ReplyDelete
  29. hanie,
    org senior kalau buat benda yg sama aje berulang kali tak bertambah kepandaian dan pengalamannya. Bos saya dari S'pore pernah cakap kalau kita buat perkara yg sama selama 5 tahun itu bukan pengalaman 5 tahun tapi pengalaman setahun diulang 5 kali.

    Org muda mcm Hanie mungkin ada cara yg org lama mcm saya belum pelajari.

    ReplyDelete
  30. Che'Pit,
    kali pertama dengar JKR tu janda kena r*g*l.

    Memang gatal yg buat ungkapan tu ngeh3x

    ReplyDelete
  31. HEMY,
    mmg memerlukan banyak masa, tenaga dan sedikit wang. Perlukan banyak wang kalau nak rasuah org. Jgn buat mcm tu - berdosa dan tak berkat serta salah di sisi undang2.

    Masa saya kerja dgn sykt kulit kerang dulu, saya dan anak2 buah saya yg buat semua ni. Skrg mereka dah serahkan kpd sykt PMC utk lakukan. PMC melantik management agents utk menguruskannya. Saya pun tawarkanlah perkhidmatan saya sbb kepakaran dan network dah ada hehehe

    ReplyDelete
  32. syah,
    awak kena buli lagi ke? Alaaa ciannya.
    Itulah kalau dekat boleh awak kerja dgn saya. Saya dah ambil staff baru minggu lepas. Boleh tahan rajin dan cekap budak tu.

    ReplyDelete
  33. saya suka berurusan dgn sykt kulit kerang berbanding petronas...opppsss...terlepas pulak..ehehehe.

    kts..bocor suda..hahahhaha.

    ReplyDelete
  34. juliet,
    sykt kulit kerang lebih professional bila berurusan.

    Eloklah ko bocorkan sikit2.

    psst - tapi ko tak tahu apa yg kts dah bocorkan kat aku!!! hehehe

    ReplyDelete
  35. yeah,caiyuk2, semoga terus berjaya yb! :)

    ReplyDelete
  36. RTM lak org kata Rancangan tak menarik.. kui kui kui..

    engineer perunding? die dari JKR ke hapa?

    ReplyDelete
  37. Mak Su,
    kadangkala kita nak kena shock treatment mcm tu baru berubah atau membuat anjakan paradigma ecece

    Jard,
    berani ko cakap mcm tu. Dengar anak yatim tu mahu ko kena cold storage hehehe

    Engineer perunding tu konsultan yg dilantik oleh sykt utk mengemukakan pelan2 pembangunan. Kami tak perlu gunakan arkitek kerana bangunan stesen minyak tu cuma setingkat.

    ReplyDelete
  38. lately malas nak melawan, buat aje selagi mampu... hohohohoh

    ReplyDelete
  39. syah,
    semoga awak diberi kekuatan (samada utk buat kerja yg bertimbun2 tu atau utk melawan)

    ReplyDelete
  40. sungguh blank hari ini..walaupun untuk mengomen
    penunggu ofis hari ini YB??
    :)

    ReplyDelete
  41. betullah YB, ikut cara otai
    yelah pengalaman mengajar erti untuk monang

    ReplyDelete
  42. Opps! Ngomongnya pelan pelan..big boss saya dlm rumah ni pegawai TNB sejak LLN dulu..he..he..

    Selamat maju jaya YB, mereka yg sabar dan berusaha pasti berjaya!

    ReplyDelete
  43. patutlah pelabur taknak dan tak suka nak melabur lagi dimalaysia...


    byk kerenah dan birokrasi tu belum campur lagi kroni heheheh

    ReplyDelete
  44. DrSinga,
    sel2 otak tak berapa nak bersambung hari ni agaknya. Kena banyakkan makan makanan yg ada DHA hehehe

    ReplyDelete
  45. eja,
    kita jgn malu belajar dari mereka yg telah berjaya. Lepas tu kita improvise supaya jadi lagi baik.

    Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  46. DAMAI IMPIAN D'BANGI,
    Awak wong Jowo po?

    Saya takde niat nak burukkan mana2 pihak terutama TNB dlm n3 ni. Cuma kebetulan singkatan n3 tu adalah TNB.

    Mesti hubby awak dah jadi bos besar TNB sbb dah lama kerja. Kalau ada masalah dgn TNB bolehlah saya berbincang dgn dia hehehe

    Selamat maju jaya kepada awak juga.

    ReplyDelete
  47. NL,
    itu antara sebab diadakan PEMUDAH iaitu utk memudahkan org buat bisnes dlm negara kita. Tapi masih belum mudah. Kalau org dah fed up mereka cari tempat lain utk melabur termasuk pelabur dari dlm negeri.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails