Tuesday, April 13, 2010

Emak Aku Masuk Hospital

Pagi tadi mak aku dibawa ke Pusrawi kerana muntah2. Bila doktor check tahap gula dia 17.2. Kira manis 17. BP ok. Tapi badan dia kering. Doktor saran dia masuk wad utk beberapa hari. Adik aku kata bolehlah dapat MC hehehe

Gambar menunjukkan jururawat sedang memberi ubat.

Ramai nurse yg cun kat sini ngeeee
Sent via BlackBerry from Maxis

45 comments:

  1. sweet 17 tuh yg jd dehydrated tuuuu...

    hope she will get well soon...

    cun mmg cun yb, kalo lebih2 ko yg carik penyakit... :P

    ReplyDelete
  2. chitt... ayat last sungguh tak bleh blah... hahahah :P :P

    Semoga makcik cepat sihat... nanti bleh jumpak sama Imran lagi... Heheheheh :D :D

    ReplyDelete
  3. ayat last tu kelihatan sungguh miang kuda..hahaha

    sampaikan salam kat mak YB

    ReplyDelete
  4. Semoga nenek cepat sembuh, errr..nenek? :P

    jgn plak yb asek dok panggil nurse je :P

    ReplyDelete
  5. Amboiiii! sempat dia cucu mata lak yea..he he he

    Sepital maner tuh YB??

    Moga ibu YB cepat sembuh..

    ReplyDelete
  6. 17 tu tinggi YB, smg cepat turun ke paras normal dan orgtuanya dpt kembali berehat di rumah.
    Bayangkan klu YB dlm wad tu..tak terlayan nurse muda cun melecun tu dibuatnya. Mesti macam2 karenah dan titah perintah yg dibuat-buat agaknya..

    Kawan suami saya yg selalu keluar masuk hosp paling suka kena tahan di wad Pantai Medical,Bangsar. Katanya seronok dilayan mcm raja oleh misi-misi cun. Lastly, dia kena buang kerja oleh syarikat. Pelik..ada juga org suka tinggal dlm wad.

    ReplyDelete
  7. mata lelaki memang gitu...

    cepat je nampak yang cun. yg tak cun buat tak nampak je.

    ReplyDelete
  8. Kirim salam kat semue nurse yang cun melecun tu ye yB..

    apa apa pun semoga ibu yB cepat sembuh..

    ReplyDelete
  9. haku pun kebetulan hantar emak haku gi hospital sejak kebakangan nih, nurse2 memang cun2 belaka, biasanya haku senyum saja kat dorang, dan dorang pun membalas senyuman haku, kehh

    salamm yunus,

    ReplyDelete
  10. gatallllllllllll

    - pB -

    ReplyDelete
  11. awak memang kelakar .. mak sakit pun boleh melawak lagi !

    ReplyDelete
  12. sakit di dalam hati ada org tau........ hampeh kan... semoga makcik cepat sembuh......

    ReplyDelete
  13. semoga ibu YB cepat sembuh.

    ramai nurse yg cun? err..kalu kita tak sakit tapi saje² nak masuk wad bleh tak? hehe..

    ReplyDelete
  14. innalillahiwainnailaihirojiun....

    cepat sihat ya emak... ;)



    .
    .


    psssttt... kim slm ngan doktor yg hensem2 :D

    ReplyDelete
  15. moga cepat sembuh :D
    errr....bukan yb..tp mak yb hihihi...

    ReplyDelete
  16. jgn terbawa-bawa dgn nurse2 kat situ YB....hehehe. apapun semoga ibu YB kembali sembuh & cergas...

    ReplyDelete
  17. YB, sila fokus kpd subject iaitu Mak.
    Nurse cun tu hiasan jek

    ReplyDelete
  18. semoga cepat sembuh,errmmm..
    mak sya pun ada kencing manis :(

    ReplyDelete
  19. leh cari calon menantu YB??


    kalo cari calon isteri pun ok gak..hehehe

    moga mak YB cepat sembuh

    ReplyDelete
  20. PnConfused,
    dulu pernah sampai 22 tapi lepas tu turun. Tiba2 ni datang balik sbb makan minum tak kontrol. Mcm ko bila tengok pisang goreng tadi tu lah hehehe

    I hope too.

    Ko ni tak bagi can langsung huhuhu

    ReplyDelete
  21. syah,
    saya tulis apa yg saya lihat. Tengok yg baju putih dlm gambar tu. Cun kan budak tu. Umur paling2 dlm 20 tahun hehehe

    Kalau dah baik emak saya tentu masih tak larat nak main dgn Imran sbb budak tu boleh tahan lasaknya ngeee

    ReplyDelete
  22. citahrudin,
    kuda tu miang ke? Ini mesti kes makan pil kuda hehehe

    InsyaAllah.

    juliet,
    ko panggil emak aku tu nenek sbb ko nak tackle cucu dia yg pakai camry putih tu ke? wakaka

    Saya tak panggil pun nurse2 tu asyik datang. Terpaksa saya balik rumah utk menenangkan keadaan ngeee

    ReplyDelete
  23. Marina Monroe,
    dah ada kesempatan terhidang di depan mata heheheh

    Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak yg depan IJN tu.

    Amin.

    ReplyDelete
  24. salam YB
    semoga ibu cepat sembuh.

    ReplyDelete
  25. aiseh..sempat tgk nurse lagi..hee..papepon sy doakan moga mak yb cepat sehat :)

    ReplyDelete
  26. DAMAI IMPIAN D'BANGI,
    mmg tinggi tapi petang tadi dah turun 16.3. Lepas tu doktor pun dah bagi insulin. Harap2 turun ke paras yg lebih rendah dan dapat kembali ke rumah.

    Kalau saya yg duduk hospital tu mesti rajin nurse2 tu datang ke bilik saya. Untung2 masuk muka mereka dlm blog ni hehehe

    ReplyDelete
  27. ONE ZABA,
    kita mmg dah dilatih mcm tu. Itu normallah hehehe

    relevan,
    malam ni nurse yg cun ramai yg dah balik ke asrama mereka di Sentul. Mereka ni pelatih. Tak dibayar gaji atau elaun pun. Tapi rajin sebab semangat masih tinggi.

    Terima kasih di atas doa awak tu.

    ReplyDelete
  28. moga makcik sempat sembuh.. ke kesan terkejut ngan camry tu?????

    er... dah tugas diorg bg muka n senyuman manis.. sila jgn perasan.!
    kalau muka x senyum manis, karang pesakit makin parah.. peneman pesakit jugak akan jiwa luka....
    hehehehhehehehhehehee..

    ko panggil msk byk2kali pun diorg layan.. cuba baca report diorg, pasti ada note :hati2 anak lelaki pesakit ni miang! <-- daku menabur fitnah!

    ReplyDelete
  29. Semoga dikembalikanNya kesihatan yang baik...
    Semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  30. tunbegia,
    patutlah awak rajin melawat emak awak tu. Ada agenda tersembunyi hehehe

    wsalam TB.

    pB,
    takkan jeles kot???? ngeh3x

    penyuk,
    terima kasih di atas doa ko tu. Amin.

    Kalau tak sakit nak masuk wad boleh juga. Ko jadilah doktor atau attendan hospital hehehe

    ReplyDelete
  31. al-lavendari,
    dah mcm tu perangai saya nak buat mcmana? Abg kan dah kenal saya huhuhu

    Anonymous,
    sakit dalam hati siapa yg tahu tu?

    Terima kasih kerana mendoakan emak saya.

    ReplyDelete
  32. kts,
    emak tanya kenapa ko tak datang ziarah dia. Aku cakap ko segan dgn emak Adam wakaka

    Tak nampak pulak doktor yg hensem kat situ setakat ni. Doktor yg rawat emak tu doktor perempuan. Dr Fazilah.

    ReplyDelete
  33. Ms.Lilies,
    amin. Minta2 saya janganlah sakit sampai kena masuk hospital. hehehe

    S-a-B-r-I-n-A,
    alhamdulillah masa kami melawat dia malam tadi nampak dah bertambah sihat. Dah boleh gelak walaupun belum lalu nak makan. Kalau makan sikit, muntah.

    Nurse dah inject ubat tahan muntah kat tube saluran air drip.

    ReplyDelete
  34. nahmy,
    maksud awak jangan bawa balik nurse2 kat situ ke?

    Hish takdelah. Saja suka tengok nurse2 yg comel2 tu. Rupanya kebanyakan mereka belum habis belajar lagi. Duduk kat asrama di Sentul hehehe

    Syida,
    inilah yg dikatakan multiskilling hehehe

    ReplyDelete
  35. Eja,
    amin. Semoga dia cepat sembuh.
    Biasalah kalau umur dah meningkat. Mcm2 penyakit mula hinggap. Harap2 kita yg lebih muda ni takde penyakit.

    ~O~,
    calon menantu biarlah anak2 yg cari sendiri.

    Berapa ramai nak buat calon isteri ni? wakakaka

    ReplyDelete
  36. sI tEDI,
    cikgu pun ok jugak! muahaha

    AZANI,
    wsalam.

    Begitulah yg kami harapkan. Terima kasih di atas doa awak tu.

    ReplyDelete
  37. Erina,
    dah mereka asyik lalu ke sana ke sini. Takkan tak nak tengok kot?

    Semalam masa saya lalu depan busstop saya tengok punyalah ramai nurse yg nak balik. Rasa2 nak jadi pemandu bas pulak! wakakaka

    Pn Kartini,
    terima kasih. Saya beritahu emak saya ramai rakan2 blogger mendoakan kesihatannya kembali pulih. Dia senyum.

    ReplyDelete
  38. zonaku,
    Amin.....
    Emak saya belum tengok Camry tu lagi sejak dah tukar kaler dan bentuk ni. Mmg mau dia terkezut bila tengok kereta tu nanti. Dah tak mcm Camry hehehe

    Oh mcm tu ke? Ko pun senyum semasa bertugas sbb dah masuk dlm job scope? Kalau aku singgah spital ko, ko mesti senyum kat aku tau ngeee

    Hari ni aku nak cuba baca report nurse2 tu. Entah2 mereka tulis, "rajin2lah masuk bilik no 14 sbb anak dia rajin tulis blog. Nanti muka kita masuk blog dia" hehehe

    ReplyDelete
  39. salam YB..betul kata SyidaMislan nurse tu cuma cadangan hiasan je anyway kak ct doakan semoga Wak Imah cepat sembuh

    ReplyDelete
  40. kak ct,
    wsalam.

    Nurse tu lebih dari hiasan. Mereka yg tolong merawat dan yg best kat Pusrawi tu mereka ni jugalah yg tolong emak wudhu dan nak solat Maghrib semalam masa kami belum sampai. Siap pusingkan katil ke arah kiblat lagi.

    Terima kasih mendoakan emak cepat sembuh. Esok insyaAllah boleh discharge.

    ReplyDelete
  41. Semoga cepat sembuh...

    Sempat menjeling nurse2 kat situ ye...

    ReplyDelete
  42. aNIe,
    insyaAllah esok dah boleh keluar kalau takde muntah2 atau cirit birit.

    Bukan setakat jeling2 tapi tanya nama terus hehehe

    ReplyDelete
  43. kalau ness comel2 mmg best... hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails