Friday, April 16, 2010

Dia Dah Pindah

Lepas solat Jumaat tadi aku bergegas ke Pusrawi. Niat nak bawa emak aku balik. Aku ajak Atikah yg baru balik dari Shah Alam utk tolong aku.

Bila aku ke bilik emak aku, aku tengok dia rilek aje. Dia tak tahu boleh keluar ke tidak sebab doktor tak datang utk check dia. Dah pukul 3 lebih masih tak datang!

Sementara itu pesakit yg sebilik dgn emak aku pindah ke single room. Dia kata senang anak dia nak melawat. Tapi aku saspek dia tak tahan tengok kami berkelah kat bilik ni setiap malam.

Masa nak pindah tadi bukan main ramai nurse datang tolong angkat barang. Dapatlah cuci mata hehehe Dalam gambar tu tinggal 2 org mengemas katil.

Aku tak tahulah berapa lama lagi nak kena tunggu doktor datang. Sementara tu layanlah BB aku ni. . .
Sent via BlackBerry from Maxis

23 comments:

  1. dah sampai masanya awak cuci mata tu .. sebab agaknya dah macam2 "benda" awak tengok !

    ReplyDelete
  2. lagi lambat doktor datang lagi bagus kut....

    ReplyDelete
  3. Eh, baru teringat. Rasanya anak sulong arwah Abang Ali pun nurse juger kat Pusrawi tu.. ;)

    ReplyDelete
  4. eh, lum kuar lagik? boringnyer dok sepital :(

    ReplyDelete
  5. salam akhi YB..

    dah dah tu , ummi dengar emak Adam dok panggil YB dr dapur ... he he he

    ReplyDelete
  6. ku pun saspek benda yg sama

    .
    .


    makan dah la tak ajak dia.. pastu buat mcm rumah sendiri.. pastu ... err.. pastu... byk la lagi..

    tu yg dia tak thn tu


    hahaha :P

    ReplyDelete
  7. kenapa aku tgk takde pun nurse yg duk pandang ke arah ko

    hikhikhik

    .
    .




    :P

    ReplyDelete
  8. Yb ada no phone nurse tue x???ekekekkeke

    ReplyDelete
  9. Al-lavendari,
    Kalau lambat emak keluar boleh cuci mata satu round lagi masa mereka tukar sif. Barulah bersih betul mata saya ni

    ReplyDelete
  10. ambik gambar curik,org nak gambar dok sebelah nurse,ehehehehe

    nenek,bebaik ye jaga diri tu :P

    ReplyDelete
  11. hik hik mesti dia bengang n jeles sbb korang duk berkelah ramai2.. dia nak join tapi morg x ajak.. tu yg minta pindah haha

    ReplyDelete
  12. aritu..appointment pagi..smp kul 5 ptg br doktor muncul..
    mcm hampeh jek..

    ReplyDelete
  13. cuci mata...
    ajer... tak best... hahahaaa

    ReplyDelete
  14. ONE ZABA,
    aku ingat nak tidur kat situlah malam ni kalau emak aku tak discharge jugak lagi.

    Tapi doktor kata boleh keluar pulak huhuhu

    ReplyDelete
  15. S-a-B-r-I-n-A,
    oh ya ke? Nape tak suruh dia jumpa kita org?

    Ish mcmana nak cari kalau tak bagi no bilik dan tingkat. Dah keluar pun. Lain kalilah kalau ke situ lagi hehehe

    ReplyDelete
  16. Mak Su,
    Mula2 kata semalam boleh keluar tapi semalam kata tambah sehari lagi. Tambah rupanya sampai petang.

    Memang boring. Kalau tahu lama kena tunggu utk check out tu, saya bawa pc. Broadband ada.

    ReplyDelete
  17. bnaim,
    wsalam.

    alaa kacau sikit2 aje. Emak Adam tak tahu pun wakaka.

    ReplyDelete
  18. kts,
    apa yg aku saspek itu jugaklah yg ko saspek. Mcm sehati sejiwa pulak. Nampaknya ko dah mula memahami perasaanku ngeh3x

    Tapi kalau dia tahu emak aku keluar petang tadi mesti dia tak jadi pindah. Satu bilik tu dia punya sorang malam ni. Nak berkelah ke nak buat kenduri ke lantak dialah hehehe

    ReplyDelete
  19. kts lagi,
    nurse tu segan muka masuk blog. Ini kan kali pertama.

    Tapi masa mereka berbual dgn aku ok aje. Bukan setakat tengok muka aku, ada yg tenung mata aku hehehe
    (harap jgn percaya)

    ReplyDelete
  20. ~O~,
    takkan semua nurse ko nak sapu? Cukuplah yg kat hospital Lady Templer tu hehehe

    ReplyDelete
  21. juliet,
    kalau aku tunjuk gambar aku duduk sebelah nurse tu mesti ko jeles. Jadi aksi yg itu aku tak rakamkan ahaks.

    ReplyDelete
  22. Che'Pit,
    kami nak ajak dia berkelah tapi tikar tu dah tak muat. Jadi dia baring ajelah di katil dia. Sekali sekala tu lalu depan kami utk ke tandas hehehe

    ReplyDelete
  23. hanie,
    ada appointment mcm takde appointment kan? Mmg bengang kalau mcm tu. Mcmlah kita ni takde kerja lain yg nak dibuat huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails