Ini sambungan kisah lawatan aku sekeluarga ke utara baru2 ni. Citer di Perlis sudah dan di Kedah pun sudah. Takkan kat Penang tak buat. Walaupun dah bertukar tahun aku tulis jugalah utk rekod. Mana tahu 10 tahun dari skrg anak cucu aku baca blog ini (kalau masih adalah) dptlah gambaran lengkap.
Kami sampai di jeti lebih kurang pukul 4 ptg 19/12/09. Setelah menunggu sebentar kami dpt naik feri di dek sebelah atas. Bertambah terujalah anak2 aku. Elok aje kereta ditarik brek tangannya, aku pun turun laksana seorg pelancong lalu diikuti oleh anak2 aku. Dah berapa puluh kali aku naik feri masa kerja - tak kisah nak turun dari kereta pun tapi kerana ini aku bercuti dgn keluarga kenalah gaya org bercuti.
Kebanyakan penumpang feri masa tu pun org yg sedang bercuti. Ada 4 buah aje kereta plat Penang.
Ambil gambar depan feri, tepi feri dan dalam feri. Sayangnya banyak yg gelap - kena pergi kursus ambil gambarlah lepas ni.
Dari pengkalan feri kami terus ke Eastin Hotel yg baru dibuka di Queensbay Mall. Masa aku booking online tu pun bilik tinggal 3. Itu pun yg mahal. Standard dan deluxe dah habis. Hotel lain yg aku check dah penuh semuanya. Tak jadi nak ambil 3 bilik. Ambil dua aje. Bajetlah sikit. Tak lama lagi budak2 nak buka sekolah nak pakai duit juga.
Nampak laut dan Pulau Jerjak dari bilik kami. View ni pun kena bayar extra. Adam peduli apa huhuhu
Sebelah malam tu kami pergi makan ke tempat niRamai org terkenal termasuk artis2 pernah makan di sini. Harga boleh tahan mahalnya. Dah alang2 melancong, bayar ajelah huhuhu
Ramai yg menjamu selera di sini terutama org luar. Kami duduk di pondok sebelah dalam. Mula2 kami sekeluarga aje yg di situ tapi tak lama lepas tu datang lagi satu kumpulan. Mungkin sykt mereka buat meeting di Penang.
Makanan kami malam itu. Yang penting semua gembira dan puas hati
Lepas makan malam kami bersiar2 di tepi pantai
..... bersambung........
x pernah naik feri yg betul2 feri.
ReplyDeleteg langkai naik feri. tapi bukan macam feri.
macam bot. panggil feri.
ekekeke
kat mana restoran tu YB, aku nak singgah apabila ke penang nanti, macam mengancam je
ReplyDeletesI tEDI,
ReplyDeleteciannya ko tak pernah naik feri yg betul2 feri (mcm feri Penang tu lah ya). Seronok taw. Dapat pulak yg sebelah atas hehehe
anjang,
restoran tu kalau turun dari jambatan Penang menghala ke bayan lepas ianya kat sebelah kiri tak jauh dari jambatan. Kat jeti polis marin di batu uban. Ada beberapa kedai makan kat situ. Yang Nurul Ikan Bakar ni sebelah belakang sikit. Boleh makan atas pokok kalau nak. Boleh juga makan dgn bersila.
Aku harap kalau tauke dia baca dia bagi aku diskaun lebih sikit lain kali. Hari tu ciput aje diskaun dia huhuhu
kita pun pergi penang juga.tapi lame dah...
ReplyDeleteybtoo,
ReplyDeletekenalah pergi lagi cuti depan. Baru best. Jgn lupa naik keretapi bukit bendera - itupun kalau dptlah hehehe
naik feri ke pulau pinang lebih fun drpd naik feri ke langkawi atau pangkor. itulah uniknya feri penang, dulu ada ura2 nk mansuhkan tapi nasib baik tak jadi
ReplyDelete19/12... pukul 4 ptg, aku tengah tido bawah pokok depan dewan pelajar kat usm... tunggu mem habis exam
ReplyDeletetak sanggup nak naik feri, takut lekat kat jalan pasal lukman & geng2 dia tengah merempit dekat area tu.
kenari,
ReplyDeleteferi Penang boleh bawa kenderaan di samping penumpang tapi feri Langkawi dan Pangkor hanya membawa penumpang. Lebih mcm bot besar. Itu yg kurang fun hehehe
Kalau feri Penang dimansuhkan, hilanglah daya penarik pulau mutiara.
Shifu,
ReplyDeleteNasib baik ko tak balik ke tanah besar ikut feri sbb jalan mmg jam masa tu. Tapi dari feri nak ke Queensbay jalan OK.
Kalau aku tahu ko ada kat USM, boleh aku ajak ko beronggeng ngeee
last pegi penang seminggu sebelum tsunami..bernasib baik betul..
ReplyDeletezino,
ReplyDeletewah dah lama jugak tu - dah 5 tahun. Kira nasib baiklah sbb terselamat dari tsunami.
Makan angin tak hengat dunia, YB!!!
ReplyDeleteBest2 gitewwww......
Tahun Baru 2010, semoga tahun yg cemerlang utk ko, YB.
;)
Zyma,
ReplyDeletePasal ingat dunialah aku makan angin dlm negeri aje. Kalau tak ingat dunia, aku melancong ke angkasa lepas ahaks.
InsyaAllah tahun ini akan jadi tahun yg cemerlang. Dah nampak bayangannya hehehe
Semoga 2010 juga tahun yg cemerlang buat ko.
seb baik ku dah kenyang,so tak tergugat ngan godaan gambar² berikut.hehe
ReplyDelete