Pada petang Isnin selepas aku selesai urusan dgn JKR, JPS dan MDKS aku balik ke rumah mertuaku sekejap. Hujan teramatlah lebat ketika itu. Sampai di Sungai Gulang2 (kampung Herman Tino dan juga Teja) aku singgah di masjid baru kampung tersebut utk solat Asar. Lepas Asar baru aku sambung perjalanan utk balik kampung.
Dari kampung aku pun memulakan perjalanan balik ke KL. Tetapi kerana aku belum makan tengahari (kesiankan kerja jadi runner ni sampai tak sempat nak makan lunch huhuhu) aku pun singgah di kepsi Kuala Selangor. Sebelum ke situ aku cuba call rakan blogger yg kerja dan tinggal di pekan KS ni. Kebetulan dia baru keluar pejabat. Dia setuju nak jumpa aku kat kepsi.
Sekian untuk kali ini.
