Monday, October 12, 2009

Apakah Yang Kita Tunggu?

Semalam aku sibuk beraya dari pagi sampai malam. Pergi rumah emak2 dan bapa saudara aku. Jadi satu2 rumah tu agak lama. Siap mereka masak semua - maklumlah anak sedara datang beraya. Jadi tunggulah mereka siap masak.

Hari ini pula, dari pagi aku dah sibuk. Tak sempat nak update blog. Selalunya sementara menunggu temujanji di luar aku akan buat posting baru atau setidak2 jawab komen2 kawan2. Kalau sempat aku blog hopping.

Pagi tadi selepas aku menghantar Atikah balik ke UiTM Shah Alam aku terus ke tapak projek di Saujana Utama kerana ada pemeriksaan tapak oleh Bomba. Dalam perjalanan rakan aku telefon kata Bomba nak tunda lawatan ke hujung bulan.
Aku beritahu dia, "mana kita boleh tunggu sebab nak cepat kejar CCC. Tolong beritahu mereka kalau dapat kena ON jugak hari ni."

Akhirnya lawatan pemeriksaan diteruskan.

Selepas makan aku dan staff aku mahu ke Klang melihat tapak baru dan berjumpa dgn pihak berkuasa. Sementara menunggu mereka menyambung kerja sebelah petang, lebih baik aku menunggu waktu Zohor masuk di masjid berhampiran. Aku ke Tasik Biru, Kundang sebab dah lama tak ke sana.

Pemandangan Tasik Biru dari belakang masjid sementara. Masjid baru masih dalam pembinaan

Lepas solat kami pun ke Klang. Mula2 kena cari tapak baru yg dikatakan itu. Peta yg diberi tak berapa jelas tapi tak mengapa kerana aku dah biasa cari tapak utk stesen minyak ni. Pernah rakan dari real estate beli tapak dalam tasik!

Tapak ni sudah tidak digunakan utk tanaman kelapa sawit. Tuanpunya tidak perlu menunggu lama kerana telah ada pembeli yg sanggup menawarkan harga yg baik utk tanah ini utk dimajukan sebagai stesen minyak.

Dari tapak ini aku dan staff aku ke MPK utk berbincang dgn Pegawai Perancang Bandar. Kena tunggu giliran utk bertemu dgn mereka tu biasalah. Tapi satu perbincangan yg baik hari ini.

Selepas itu kami ke Bahagian Bangunan utk bertanya keperluan bahagian tersebut. Kena tunggu jugak lagi. Kali ini aku sengaja menyuruh staff aku yg berbincang dgn pegawai yg bertugas sbg latihan sambil kerja. Kalau nak tunggu aku hantar dia berkursus dlm hal spt ini, entah bilalah.

Selepas selesai di MPK, kami ke JKR Daerah Klang utk mengetahui keperluan JKR utk serahan jalan. Malangnya menurut kakak yg menjaga kaunter, semua pegawai sedang mesyuarat. Jadi kalau nak jumpa kenalah tunggu! Nak balik dah alang2, nak tunggu org mesyuarat ni tak tentu berapa lama. Mungkinkah kami akan jadi spt burung2 ni?

Apakah yg kalian tunggu tu?

Nasib kami hari ni mmg baik. Tak lama kami menunggu, salah seorg pegawai yg saya kenali balik dari mesyuarat. Terus saya 'tangkap' dia dan kami pun dijemput ke bilik beliau utk berbincang tentang projek baru kami tu dan juga dua buah projek yg sedang dalam proses kelulusan.

Kita sering menunggu bermacam perkara di dalam hidup ini. Menunggu itu mungkin satu penyeksaan bagi kebanyakan orang tapi bagi kami itu sebahagian dari rutin kerja. Kalau tak tunggu mungkin kita terlepas keretapi . . .

Peluang tak akan menunggu kita seperti mana keretapi ini tidak akan menunggu penumpang yg lambat

30 comments:

  1. jangan jadik penunggu dah le.hehe

    ReplyDelete
  2. MASA tak akan tunggu kita, jika terlepas maka melepaslah...

    ReplyDelete
  3. PenyuBiru,
    Aku nak jadi penunggu biar berhantu sikit ngeee

    kenari,
    Tapi ada masanya kita kena tunggu spt nelayan terpaksa tunggu air pasang utk balik ke bagan ngeh3x

    Kalau tak tunggu, mahu sangkut bot kat beting pasir di muara.

    ReplyDelete
  4. penungguannnnnn satu siksaaaa... yang tidak tertanggungg...

    tunggu bila la pulak baru boleh gi rumah ko... tungguuuuu

    ReplyDelete
  5. harap keje2 menunggu ni, taklah tunggu sampai kucing ke apa ke bertanduk....memang tak bertanduk punya...ngeh3x

    ReplyDelete
  6. Cerita bab menunggu ni, benda seminit pun kita rasa macam sejam...

    Sebab tu orang kata penantian satu penyiksaan...

    Yang penting... S.A.B.A.R.

    ReplyDelete
  7. Saya nak pergi sekolah ni. Tunggu saya balik sekolah nanti baru sambung komen ya....hiks!

    ReplyDelete
  8. salam YB
    masa @ waktu...
    kalu ada sesuatu yg kita tunggu , terasa lambat je berlalu , tapi kalu tak de apa2 yg ditunggu , betapa sekejap jer waktu itu berlalu , 2009 jap jer akan meninggal kan kita .

    ReplyDelete
  9. kalo masyuk juta juta hinggit bebaloii tewww abang yb weiiiii.. ihiks

    ReplyDelete
  10. tertunggu untuk melihat hasi yang di tunggu...tapi tunggu pun kena usaha kalo x mmg x maju la..

    ReplyDelete
  11. jangan tunggu lama-lama... nanti lama-lama.. dia diambil orang..

    hihihihi

    ReplyDelete
  12. klu asyik kena tunggu, ada potensi jd hantu penunggu... hikssssssssss

    ReplyDelete
  13. Daku menunggu hasilnya...
    Tak sanggup tunggu lama2 nihhh...

    Biar aku menunggu ko, jgn ko menunggu aku....sbb aku tak pernah buat org menunggu aku. (Ni pun salah satu prinsip hidup aku.....)

    Tungguuuuuuuuu.......

    ReplyDelete
  14. sedar tak sedar usia tak menunggu kita. jadi...kita kena bergerak di depan barulah menunggu...itupon tak boleh cepat berpuas ati. takut bila menunggu...tengok2 keretapi terus lalu di depan dan tak berhenti:(

    ReplyDelete
  15. saya tak tau apa yang saya tunggu kat kompeni sekarang... heheheheh :D :D

    ReplyDelete
  16. Salam YB..

    Fuhh... saya baca pun dah separuh napas . Memang sibuk kann..

    sibuk MENUNGGU !

    Heheee

    ReplyDelete
  17. Shifu,
    jiwang pulak ko malam tadi ngeh3x

    aku tunggu kedatangan ko tu dgn tangan terbuka.

    sonata,
    Kerja jadi runner ni ironi nya banyak menunggu dari berlari. Yg paling tak sedap bab menunggu bayaran dari klien setelah kita selesaikan tugas huhuhu

    Na Shari,
    Mmg menyeksakan kalau takde apa yg nak dibuat selain menunggu tu. Tapi bagi saya janji ada hp saya boleh buat kerja2 lain sambil menunggu tu. Kalau ada internet lagi bagus hehehe

    ckLah,
    OK saya tunggu petang nanti.

    ReplyDelete
  18. ummi humaira,
    wsalam.
    Betul cakap awak tu. Itulah sbbnya ada org yg sanggup bayar lebih utk tidak perlu menunggu. Jadi satu pekerjaan pulak utk org macam saya ni pergi menunggu ngeh3x

    en_me,
    tak lah sampai berjuta2. Setakat ribu2 lemon aje ngeh3x

    ~O~,
    ya betul. setelah penat berusaha tunggu ajelah hasilnya. Dah dpt hasil nanti sambung kerja balik. Lepas tu tunggu hasil lain pulak.
    Putaran hidup.

    ReplyDelete
  19. kts,
    sapalah yg ko maksudkan tu? Harap2 dia ada baca komen ko ni hehehe

    kts lagila,
    hantu penunggu pun rasanya bnyk yg dah pencen sbb tak tahan menunggu hikks

    Zyma,
    Ko tunggu hasil dari projek ko yg mana ni? Aku doakan kejayaan cemerlang utk ko.

    Kalaulah semua org ada prinsip mcm ko tu, senang sikit kerja aku ni huhuhu

    ReplyDelete
  20. cHeRyNa PiRes,
    Samada kita sedar atau tidak kita semakin hampir dgn maut. Jadi gunakanlah 5 perkara sebelum dtg yg 5 lagi.

    Keretapi tak akan berhenti kalau bukan di stesennya. Begitu juga rezeki, tak akan menjadi milik kita kalau bukan utk kita.

    syah,
    ko tunggu peluang yg lebih baik di tempat lain sblm ko melompat tu...

    Put your ears to the ground. There are still lots of opportunities out there.

    eh apasal aku tulis omputih dgn ko ni? Sengallah aku ni hehehe

    LiNda,
    wsalam.
    Itu baru sehari dlm hidup seorg runner mcm aku ni. Mujur muka aku ni muka welfare agaknya maka mereka layan. Kalau tak sampai ke tua lah menunggu ngeeee

    ReplyDelete
  21. sabar menunggu... ermmm kalau tak sabar... memang takkan dapat nak menanti....

    janji pukul 10... tungu punya tunggu pukul 11 baru muncul itu biasa...

    ReplyDelete
  22. NL,
    Tapi semalam aku puji pegawai2 Bomba tu. Yg dari balai Bestari Jaya pukul 9:45 dah sampai. Bos dia dari balai Sg Buloh yg nak minta tunda lawatan tu dtg pukul 10:15 pg. Kira ok sgtlah sbb kalau tak kena jadualkan semula pemeriksaan ke hujung bulan.

    Citer punya citer mcm kami dah kenal lama. Projek aku yg akan dtg yg kat Ijok tu insyaAllah senang sikit sbb aku dah ngam dgn mereka hehehe

    ReplyDelete
  23. aku tunggu je kut-kut kengkawan nak naik melancong atas ni ha...

    ReplyDelete
  24. saya pun teruja nak menunggu2 bila baca entri ni

    ReplyDelete
  25. ONE ZABA,
    Aku bercadang nak naik atas sana cuti sekolah hujung tahun nanti. Ko ada ke masa tu?

    Mak Su nak tunggu dapat hadiah cabutan bertuah ke?

    ReplyDelete
  26. hoh, YB spiking london sama ai laa pulak... hik hik hik hik :D :D

    saya pun tetiba rasa sengal nak jawab ape nih... har har har har :P :P

    ReplyDelete
  27. aku naik pening tgk perkataan tunggu.. haihhh

    ReplyDelete
  28. salam ziarah.

    perihal tunggu menunggu tulah yg buatkan org2 yang dok line cam kite ni sangat bizi menunggu. dah wat appoinment siap2 pon kene menunggu...
    inikan pulak datang aci terjah je..

    isk..

    ReplyDelete
  29. dlm tasik kundang byk motor & keta curi yg dibuang.

    dah lama tunggu nak komen, arini baru bleh,hehehehehhe.

    ReplyDelete
  30. syah,
    Mungkin disbbkan terlampau bnyk makan almond london kot ngeeee

    cik konfius,
    ko pun menunggu jugak. Menunggu hari bahagia ko dgn EnCayang.

    mrs. azmi,
    Salam perkenalan.

    Mmg dah begitu adat dunia. Kalau kita tak dikenali, org tak pandang sgt. Sabar ajelah huhuhu

    juliet,
    ingat ko dah merajuk sampai aku nak emel tanya ko. Aku takde emel ko pulak. Boleh bagi kat aku tak?

    Kalau masa besi mahal dulu mau aku pegi pancing rangka motor dan kereta tu. Lagi untung dari mancing ikan kat situ hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails