Thursday, September 17, 2009

Tutup Kedai

Ini n3 terakhir aku bulan Ramadan ni. Ya aku nak tutup kedai blog ini buat sementara utk memberi tumpuan menambahkan amal di Ramadan yg tinggal beberapa hari saja lagi ni. Selain itu aku juga akan sibuk membantu persiapan menyambut Syawal yg akan tiba tidak lama lagi.

Sempena n3 terakhir ini, aku ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
kpd kalian semua.

Aku juga dgn rendah diri ingin memohon maaf zahir dan batin dari anda semua di atas segala kesalahan yg telah aku lakukan samada secara sengaja atau tak sengaja, samada secara sedar atau tidak sedar dan samada secara terang atau tersembunyi.

Bagi yg akan memandu utk balik kampung, memandulah dgn cermat. Ingatlah mereka yg tersayang.

Aku juga mengambil kesempatan ini utk menjemput kalian semua ke rumah aku sepanjang Syawal ini. Roger aku dulu sebelum korang datang. Kalau ko takde no tepon aku bolehlah emel aku di yunus.badawi@gmail.com atau YM aku di yunus.badawi.

Semoga kita bertemu lagi di Syawal nanti.

34 comments:

  1. Selamat pulang ke kampung,YB.
    Hati2 di jln raya. Pandu cermat, jiwa selamat!! Ingat pd yg tersayang. :)

    SElamat hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin.
    Kosong = kosong

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. :)

    ReplyDelete
  3. Zyma,
    Selamat pulang ke kg kpd ko jugak. Balik mana tahun ni? Raya mesti ramai org nak set rambut. Ko tutup kedai ko jugak ke?

    Maaf zahir batin. Kita buka buku baru hehehe

    ReplyDelete
  4. Na Shari,
    Ucapan yg sama kpd KM. Kalau buat rumah terbuka jemputlah saya ngeh3x

    ReplyDelete
  5. YB
    selamat hari raya aidil fitri maaf zahir batin..

    sepanjang persahabatan maya ini kalau ada sebarang kesalahan dan kesilapan yang saya lakukan bila memberi ulasan di blog YB atau mana mana blog yg menyebut YB saya mohon ampun dan maaf..

    saya juga ingin menjemput YB dan keluarga datang berhari raya ke rumah kami..

    ReplyDelete
  6. selamat ari raya utk ko sekorga....bhati2 memandu d jln raya sempena hari raya....kalau ada duit xtra....hulur2 le ke aku..kih3...aku sudi menerimanya

    ReplyDelete
  7. ku tak mau roger, ku mau terjah terus,hahahhahha.

    Slmt hari raya maaf zahir batin dgn pertanyaan, kalo pegi raya rumah YB buleh dpt duit raya ke? :D

    ReplyDelete
  8. zino,
    saya pun macam tu jugak.

    Hari apa yg paling sesuai utk saya dtg rumah zino? Ada ajak blogger lain ke?

    INTAN,
    InsyaAllah aku akan sentiasa berhati2 ketika memandu. Ko dan hubby ko pun mcm tu jugalah hendaknya. Perjalanan balik kg ko lebih jauh dari aku hehehe

    Duit xtra takde rasanya. Kuih mungkin ada xtra ngeh3x

    juliet,
    mcmana ko nak roger aku sedangkan no tepon aku ko belum ada. Susah2 ko emel aje no tepon ko tu biar aku yg roger ko.

    Aku juga mintak maaf kat ko kalau ada komen2 aku yg ter'over'.

    psst - kalau ko tak segan berbaris dgn budak2 kecik, ada can ko dpt duit raya hehehe

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Aidilfitri, YB. Maaf zahir dan batin. Moga gembira menyambut syawal.

    ReplyDelete
  10. ONE ZABA,
    Aku akan cuba bergembira sekadar yg termampu sbb raya tahun ni kali pertama aku takde gaji huhuhu

    ReplyDelete
  11. salam aidilfitri bang. maaf zahir batin kalu ada terbegurau terkasar bahasa atau terlezer. hehehe. drive kefuli ok. jumpa lagi lepas raya.

    adios...

    ReplyDelete
  12. yb, selamat hari raya, selamat bergembira :)

    maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  13. selamat hari raya pak yunus!
    semoga hari raya menjadi hari yg bahagia buat anda dan keluarga. insyaAllah:)

    ReplyDelete
  14. Salam YB ...

    mohon maaf dan mohon halalkan segala galanya ..

    moga bahagia di aidilfitri ini ...



    salam dari Kota Bharu

    ReplyDelete
  15. Tijah,
    Aku pun sama jugaklah ya. Ko takde hardfeeling kan. Apapun aku minta maaf zahir batin.

    Masa ko balik dr Penang tu singgahlah rumah utk hilangkan penat.

    Mak Su,
    Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin dari saya juga. Tak nak jemput saya dtg rumah mak su ke?

    cHeRyNa PiReS,
    Semoga raya ini raya paling menggembirakan utk awak. Kalau makan tu ingat2 sikit hehehe

    pB,
    Bila pB dah balik KL esok bolehlah buat rombongan cik kiah ziarah rumah blogger.

    ReplyDelete
  16. salam wak yunus,
    saya pun sama, nak susun spuloh jari, mintak maaf banyak-banyak, kira 0=0 balik, kalu sekiranya terkasar bahasa, terbuat lawak tak kelakar dan lawak tak cerdik sepanjang kita berbual di dunia blog dan chatting, macam kita tengah buat kat Gtalk sekarang ni hehehehe :D
    Selamat Hari Raya :)

    ReplyDelete
  17. Akmal,
    Uncle pun mcm tu jugaklah ya.

    psst - jgnlah sebut psl Gtalk. Nanti ramai yg chatting dgn uncle pulak ahaks.

    ReplyDelete
  18. yb selamat mengemas rumah dan slmt hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  19. zue,
    Alhamdulillah dah siap kemas rumah. Ko dah siap ke?

    Slmt Hari Raya dan maaf zahir batin dari aku juga.

    ReplyDelete
  20. Eleh...tutup pintu depan je...pintu belakang bukak ...


    Hiksss....


    Errr...kulo njalok kluputan....njalok ngapuro sing akeg-akeh karo kakang yo...

    ReplyDelete
  21. ckLah,
    mcm bank jugaklah. Tutup pintu tapi kat dalam masih bisnes mcm biasa hehehe

    Apiklah kueh njalok ngapuro seng akeh2 karo ku. Yo kakang pun kayo kuwi jugak.

    ReplyDelete
  22. selamat hari raya gak
    tersilap kata, terkasar bahasa
    mohon diampun segalanya...

    hari raya nie byk kedai 2tup...

    ReplyDelete
  23. YB....

    Malam raya aku kene ON jugak....
    ramai yg booking.....
    Rambut pun nak rayeeeee.....
    aku suruh hubby aku dtg teman.....
    e2 pun kalau dia nak....

    Aku raya di Kedah....sbb semua adik-beradik aku balik Kedah.

    :) Yg penting masyukkkkk ($$$$)
    Ngeh....3x

    ReplyDelete
  24. selamat pulang ke kampung...pandu cermat jiwa selamat....selamat hari raya untuk awak sekeluarga - maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  25. kuina,
    Semoga ko berbahagia dan bergembira di samping org2 tersayang di hari lebaran ni.

    Kedai bnyk tutup. Site ko tutup berapa hari? hehehe

    Zyma,
    Rezeki jgn ditolak. Kalau kerja sendiri mcm tu lah. Org lain sibuk bakar lemang, bakar kuih, bakar mercun dan bakar duit ko sibuk cop duit. Alhamdulillah semoga rezeki ko murah tahun ni. Pelangganpun tentu gembira dpt buat rambut di saloon ko sedangkan saloon lain dah tutup. Mereka inilah yg akan jd regular customer ko nanti.

    Meriahlah Kedah tahun ni dgn adik beradik ko hehehe

    sonata,
    Malam raya adik aku sekeluarga akan pulang ke rumah aku utk berbuka sama2. Emak aku mmg tinggal dgn aku sejak ayah meninggal dunia 16 tahun lalu. Utk solat Isyak dan bertakbir kami yg lelaki akan balik kampung aku di Datuk Keramat (hehehe). Lepas tu balik rumah aku semula.

    Terima kasih mendoakan keselamatan aku di jalanraya walaupun jarak rumah aku dgn kampung aku cuma 2 km ngeh3x

    ReplyDelete
  26. selamat hari raya. maaf zahir batin. :)

    ReplyDelete
  27. Selamat Hari Raya YB... Maaf zahir dan batin... nanti dah balik sini saya roger YB... nak serbu kacang raya... Har har har har har :P :P

    ReplyDelete
  28. tasik,
    slmt hari raya. Bila ko pergi rumah mertua kat kayuhijau tu jgn lupa singgah tempat aku. Pakai DUKE 8 minit dah sampai. hehehe

    syah,
    ok aku tunggu ko roger aku. Kalau ko nak no tepon aku ko mintaklah kat kawan2 kita tu. Sebahagian mereka ada no aku.

    ReplyDelete
  29. Selamat Hari Raya
    Semoga terus mencoret pengalaman hari raya pula...
    Maaf zahir Batin

    ReplyDelete
  30. ragbar,
    InsyaAllah kalau rajin saya akan coret pengalaman hari raya. Tapi buat masa terdekat ni biarlah saya tutup kedai dulu (makna takde n3 baru).

    Slmt Hari Raya kpd awak jugak. Raya di Kuantan aje ke?

    ReplyDelete
  31. Jard,
    Aku nampak ko online malam tadi tapi tak sampai hati nak kacau ko. Ko kat mana mlm tadi?

    Adam tanya mana dia duit raya dia yg ko kata nak hantar tu? huhuhu
    Yg sampai kad raya ko aje hehehe terima kasih.

    Selamat Hari Raya.

    ReplyDelete
  32. Selamat Hari Raya.... jom makan tart nanas...

    ReplyDelete
  33. Shifu,
    Semalam aku kenyang makan yg heavy2. Dah seminggu raya esok baru nak makan tart nenas hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails