Tuesday, August 25, 2009

Pasar Ramadan Datuk Keramat

Sambungan kisah semalam . . . .

Setelah puas dan buas membeli belah di Jalan Masjid India, aku membawa famili aku singgah di pasar Ramadan di kampung aku. Tak kisahlah kalau ada antara korang tak nak iktiraf itu sbg kampung. Aku dilahirkan di situ dan tempat itu dipanggil Kampung Datuk Keramat. Jadi bagi aku itulah kampung aku hehehe

Pasar Ramadan ini antara yg terkenal di KL ni. Bukan saja banyak pilihan tapi banyak menyebabkan kesesakan lalulintas jika di bulan puasa. Mujurlah sekarang dah ada lebuhraya AKLEH dan DUKE.Gerai pertama kami singgahi ialah gerai menjual kuih muih. Kami beli kuih badak berendam

"Cukupke tu Mak?" tanya Haikal (berbaju biru) kpd emaknya (terlindung dlm gambar ni).

Setiap tahun mesti beli ayam percik dari gerai ni. Nak tunggu ayam percik Tijah entah bila dia nak buatkan huhuhu

Ayam percik yg sedang dipanggang - pergh. Jangan tenung lama2 takut nanti terasa lapar pulak ngeh3x

Ada lebih 50 jenis kuih di gerai ni. Org yg nak beli (yg sebelah kiri) pun berkerumun

Kami beli air soya kat gerai ni

Gerai yg mendapat sambutan hangat setiap Ramadan tentulah gerai ikan bakar ni. Gambar kelam kerana banyak asap (jgn percaya alasan ni)

Cukuplah catatan aku utk kali ini. Rasa lapar pulak ni huhuhu

37 comments:

  1. byk sungguh juadah
    tk tau nak beli apa ek

    ReplyDelete
  2. Rozita,
    Untuk mengelakkan rambang mata dan terlebih beli, selalunya kami dah rancang dari rumah apa nak beli.

    Hari Ahad tu mood aku tengah baik, free for all. Nasib baik semua yg dibeli habis dimakan kecuali roti john yg tak berapa kick tu hehehe

    ReplyDelete
  3. tengahari rembang nih tunjuk mknnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!


    aku murkaaaaaaaaaa!!!

    hahahahahah.. ptg nih mak haikal masak kuih apa?

    ReplyDelete
  4. produktif sungguh uncle d bulan puasa ni..
    setiap hari ade n3 baru,ade g jalan2,mcm2 r..
    err...bleh x kalo tukar rangka ayam tu ngan ayam percik????
    hehehe

    ReplyDelete
  5. cik konfius,
    Itulah aku sensor gambar2 makanan yg lazat2. Kecuali ayam yg sdg dipanggang tu gambar lain saja tak tunjuk dgn jelas makanan.

    Jgnlah murka tuan puteri hehehe

    Menu ptg ni belum diwartakan oleh emak Haikal. Tapi tadi diajak aku pergi Chow Kit nak beli barang. Inilah untungnya org kerja kat rumah. Kalau nak cari apa2 barang ajak aje ngeh3x

    siddiq,
    Kebetulan tengah rajin nak update ni. Nanti kalau tengah malas mau bersawang blog ni huhuhu

    Boleh2. Jom ikut uncle pergi pasar keramat bila senang.

    ReplyDelete
  6. banyak-banyak menu. apa yang jadik peberet yb di bulan ramadhan..?

    ReplyDelete
  7. ok2....no hal...
    hehehe..
    kopak r uncle....

    ReplyDelete
  8. ArPeGGiOS,
    Saya suka bubur lambuk. Tak payah nak kunyah ngeh3x

    psst - semalam jiran kami beri sebungkus lagi bubur lambuk Kg Baru. Pergh. Tengok kat Mingguan Msia kesian seksa nak ambil bubur tu.

    siddiq,
    Bulan puasa ni elok banyak bersedekah hehehe

    ReplyDelete
  9. klu aku g PARAM...aku cari PARAM yg kecil2an dan x ramai pengunjung....sbb aku menyampah nk cari parking nk bersesak2 nk membeli makanan...

    ReplyDelete
  10. INTAN,
    OK jugak taktik ko tu. Kalau kat sini tepi2 jalan pun ramai org berniaga di bulan puasa ni.

    ReplyDelete
  11. selamat berbuka puasa abang yb ittewww..

    ReplyDelete
  12. hehehe. ok la tu bang. ko nak tunggu ayam percik dr senawang sampai umah nanti dah sejuk tak sodap....

    ReplyDelete
  13. en_me,
    Zohor pun belum dah ucapkan selamat berbuka hehehe

    tijah,
    tapi ayam rosmeri tu aku masih tunggu. Jgn biarkan aku tertunggu2 huhuhu

    ReplyDelete
  14. huhuhu...
    YH tanak buat bukak puasa terbuka kew???
    sy ni org bujang,,
    on jew kalau ade org nk buat rumah buka puasa terbuka..

    ehehehhe

    ReplyDelete
  15. sejak kena ikan bakar mentah 2, 3 tahun dulu, saya dah tak berani nak beli ikan bakar kat pasar ramadhan....

    ReplyDelete
  16. melihatkan gambo2 yg yb tangkap kat param..tu dah mula lah sy berfikir2 nak buka apa nanti.

    bila gi param..nampak mcm sedap je...makanan yg dijual tapi bila mkn indah khabar dari rupa.

    ReplyDelete
  17. kerriiuuukkkkkk..berbunyi perut ku dek kerana n3 ini..

    ReplyDelete
  18. cam ni punya aktiviti petang... kecundang la Cabaran Tukar Saiz Seluar hehehe

    ReplyDelete
  19. Salam YB, erm.. kuih badak berendam tu yng mana satu ya, tak ingat plak saya.. sbb selalu main beli je.. hehe. Ya Dato Keramat tetap kampung..

    ReplyDelete
  20. una,
    Saya dan jiran2 akan mengadakan majlis berbuka puasa pada 22 Ramadan bersamaan 12 Sep (Sabtu) di surau tempat kami. Dgn ini saya menjemput semua rakan2 blogger termasuk una. Datang tau jgn tak dtg.

    Mak Su,
    Mmg ada peniaga di PARAM yg jual makanan sebegitu. Ada yg jual makanan yg apabila kita nak makan waktu buka dah basi terutama yg ada santan. Kadangkala rasa masin terlampau.


    zue,
    tak sedap sbb ada yg baru belajar nak meniaga. Kebanyakan pelanggan pun once off aje.

    Masak sendiri dah tentu lagi best dan bersih.

    ReplyDelete
  21. tchersally,
    lain kali sahur tu makan banyaklah sikit. Ini setakat ambik syarat aje kot. Kan dah lapar hehehe

    Zaidon,
    Badak berendam tu mcm koci tapi tanpa dibungkus dgn daun. Ini direndam dlm santan pekat. Ada org panggil puteri mandi hehehe

    Yes! terima kasih kerana menyokong saya.

    Shifu,
    Itulah sbbnya saya tak nak sahut cabaran tu! ngeh3x

    ReplyDelete
  22. dah berapa hari puasa ni, saya belum dapat bubur lambuk lagi... Tiba-tiba rasa kecur... Kalau nak kena ambil kat masjid lepas Asar... Tapi saya masih kerja... Huhu~~

    Tapi kalau ambil pun, saya sorang jaa makan... Incik Firdaus bubur-bubur nih memang bukan makanan dia... Hik hik hik hik :P :P

    ReplyDelete
  23. tahun dpn kot baru nk merasa bazar ramadan.. hik3x..

    ReplyDelete
  24. syah,
    Hari ni aku dpt bubur lagi. Kali dari surau berdekatan tempat aku tinggal (bukan surau kat rumah aku ni). Nampak mcm sedap aje hehehe

    Rugi Incik Firdaus tak makan bubur. Dia makan yg keras2 aje ke? wakaka

    Jard,
    Kenapa nak tunggu tahun depan? Ko dah nak kawen ke masa tu dan malas masak kalau utk makan setakat 2 org? ngeh3x

    ReplyDelete
  25. apa istimewa bubur lambuk... erkkkk tak suka tak suka hehheheee


    bila bulan puasa macam2 dibakar huhuhuhuhuu...

    ReplyDelete
  26. NL,
    Bubur lambuk dibuat dari bermacam2 bahan. Tak semua org suka tapi bagi yg suka silakan.

    Selain dari makanan yg dibakar harap dosa2 pun terbakar hehehe

    ReplyDelete
  27. Salam...

    Asal pegi bazaar Ramadhan, sy mesti rambang mata. Semua nak beli dan telan. Huhuhuhuhu.....
    Perut ai macam perigi buta..... tapi tetap kurus tanpa isi gak....
    lalalalaalala....

    ReplyDelete
  28. yep selera kita berbeza-beza... walaupun sama bergaya dengan kasut
    made in Gombak ngeeeeeeeee



    sudah pasti dosa2 akan terhapus bagi mukmin yang ikhlas berpuasa... dan Allah janjikan syurga untuknya...


    errr bila YB nak turun padang masak kat dapur pulak...

    ReplyDelete
  29. Salam yb..
    xsempat lagi la nak pegi bazar..huhuhu

    ReplyDelete
  30. errr?? maju nye kampung ko eh... :P

    .
    .
    .


    aku mmg tak galakkan diri sendiri pergi ke bazar ramadan... rambang mata nanti... mulalah tak hengat dunia... LEBIH BAIK AKU MASAK SENDIRI JE...

    ahaaakkkssss...

    ReplyDelete
  31. haha..

    YB suka bubur lambak ekh..
    namanya mudah.. tapi nak buat bukan main susah . bahan kena complete , baru sedap .

    Hermm.. minggu depan nak terjah Pasar Datuk Keramat . Banyak nostalgia disitu sblm ianya akan berpindah . (jadik ke )

    ReplyDelete
  32. salam subuh YB, lhaaa... ko tk tau ke psl masjid baru kat SGG tu?? aku igt tu slh 1 projek amal jariah ko kt kg aku.... hehe

    slmt brpuasa utk hari ke-6.... moga brjaya!

    ReplyDelete
  33. owh! n3 ni kena baca lepas berbuka.baru tak tergugat.hihi

    ReplyDelete
  34. Zyma,
    Anak aku pesan kalau pergi param beli tu biar banyak jenis jangan banyak sejenis. Maksudnya kalau beli kuih tu biar sebiji2 tapi sampai 5 -6 jenis sbb baru RM2 tapi jgn beli sejenis aje sampai RM2.

    Untunglah ko sbb makan banyakpun tak nak gemuk. Jeles ai dengar huhuhu

    NL,
    Kita pakai kasut made in Gombak ke? Kasut aku buat kat Klang ngeh3x

    Kecuali Ahad lepas, hari2 lain emak adam masak sendiri. Akulah yg tukang tolong. Tolong tumbuk bawang, tolong kacau dan tolong makan hehehe

    ~O~,
    Bulan Ramadan masih awal. Ada masa lagi nak ke param. ngeee

    ReplyDelete
  35. kts,
    Itulah sbbnya ada yg jeles tempat tu masih dipanggil kampung. Berapa buah kg aje kat Msia ni yg ada LRT ahaks. Siap ada 2 buah stesen lagi hehehe

    Sejak bila ko pandai masak? Cuba ko hantar hasil kerja tangan ko ke rumah aku ptg ni. Ada berani? ngeh345x

    LiNda,
    Saya suka bubur lambuk yg sedap aje spt bubur masjid kg baru. Semalam yg dari surau kureng kaw sbb nak jimat santan kuang3x.

    Hari apa ko nak pergi pasar keramat tu? Boleh kita memborong sama.

    Hari tu mcm dah nak pindah ke tempat baru tapi semalam masa aku lalu kat tempat baru tu mcm takde tanda2 nak digunakan segera. Dengarnya peniaga pun ramai yg tak nak pindah. Entahlah.

    Teja,
    wah kat SGG pun ko boleh bertenet lagi.

    Oh masjid tu dah boleh digunakan ya. Tak perlulah pergi ke masjid yg dah usang kat seberang jalan tu.
    Sykt tempat aku kerja tahun lepas ada buat amal derma aircond kat beberapa masjid. Sebuah masjid dlm RM350K - 500K. Tauke aku org Islam. InsyaAllah satu hari nanti aku pun nak buat mcm dia.

    PenyuBiru,
    Baca pagi2 ok lagi kot. Jgn baca waktu tengahari ketika perut mula terasa lapar hehehe

    ReplyDelete
  36. cuba rasa ayam percik kat kedai yang jual ikan bakar tu plak.. confirm tak menyesal!!

    ReplyDelete
  37. haf,
    ok lain kali aku try yg kat situ pulak. Nampak mcm sedap tapi ramai sgt org berbaris nak beli huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails