Sunday, August 9, 2009

From Taiping With Love

Khamis lepas selepas selesai tugas di Sg Siput, kawan aku mengajak aku dan seorg rakan lain ke Taiping. Tujuannya utk membeli ikan discuss. Bagi yg tak tahu, macam ni ha rupa ikan discuss tu

Ada bermacam2 jenis ikan discuss ni. Ada melon, malboro, leopard dll. Di tempat yg kami pergi tu iaitu sebuah banglo Cina ada lebih kurang 20 jenis.

Ini discuss jenis leopard

Kerana cintanya terhadap discuss, kawan saya ni sanggup bersusah payah ke tempat itu. Dia telah membeli sampai 5 pasang utk dibuat induk. Yg leopard aje dia beli seekor jantan dan dua betina. Kira bermadulah tu hehehe

Ikan yg ini dgn anak2nya.

Sepasang yg biasa dlm RM400 - 500. Kalau jenis albino RM2000 seekor dan platinum pula RM3000 seekor. Tapi nasib baik dia tak beli yg tu.

Dan kerana cintanya terhadap ikan2 tersebut dia telah membelanjakan hampir RM2K utk beli ikan pada hari itu. Dan lebih teruk lagi kawan saya sanggup tidur dgn ikan2 tu di bilik hotelnya di IpohGambar yg sempat saya curi di bilik dia. Tidur bertemankan 4 bungkus ikan discuss.

Itulah sikit kisah cinta kawan aku dgn ikan dia di Taiping! Ala2 From Taiping With Love hehehe

Sikit gambar2 Taiping

Muzium Perak

Kami solat jamak qasar di Masjid India ni

Bangunan Majlis Perbandaran Taiping berlatar belakangkan Bukit Larut yg masih belum larut walaupun dah bertahun2 kena hujan dan panas ngeh3x

32 comments:

  1. ooopppsss..
    ingatkan kartun from taiping with love :D

    ReplyDelete
  2. berbaloi ke belanja byk2 utk ikan??

    errr... lebih baik beli kasut, beg, baju... lagi berbaloi..

    hikhikhik

    ReplyDelete
  3. kalau 2K tu bg kat aku, mcm2 aku boleh borong dr mydin... huhu

    YB2, bila nak bwk aku gi mydin?? ngeeeee....

    ReplyDelete
  4. kts,
    ko pun tahu kartun Rashid Aswawi tu? Jadinya ko taklah muda sgt kerana org muda mana ada baca kartun tu hehehe

    kts lagi,
    kawan aku tu kata berbaloi sbb dalam masa beberapa bulan aje dia dah boleh recovery duit tu bila ikan2 tu beranak. Nanti dia bela dan jual anak2 ikan tu. Dia dah selalu buat mcm tu. Setakat ni dia dah belanja RM700K utk ikan!! Aku rasa dia ni jutawan walaupun umur dia 2 tahun muda dari aku huhuhu

    Ko cubalah tackle dia kalau ko nak beg tangan atau kasut. Banglo dan kereta pun rasanya dia boleh bagi ko kalau ko berjaya ngorat dia ngeh3x

    Teja,
    Mydin mana ada standard. Kena lah pegi Pavilion. Jom ikut aku ke sana minggu depan ni hehehe

    ReplyDelete
  5. g tepen...x singgah dolly ke?

    ReplyDelete
  6. ikan???? kata org bagus bela.... tp aku mls nk tukar air dia.....
    ko nk bawak teja jer ker ke pavilion??? ajak la aku, kts, cikkompius, syah etc sama... buat rombongan!

    ReplyDelete
  7. Huhuhu, ajak2 ayam ke ajak2 itik tu, aku ni mmg pntang org ajak nak aje aku ekot... lebih2 klu YB yg ajak. ekekeke!

    pssssttt, YB, nak cari ape kat pavilion tu? cincin ke?? ngeeeee...

    ReplyDelete
  8. Lagi, ko lupe nak ke surau ke YB? hehe...

    trtidur keletihan ye? muahahaha....

    ReplyDelete
  9. Nasib baik dia dok giler beli ikan...kalau dia suka benda lain , lagi haru...kucing ke ( riuh dalam hotel...) , dia buat zoo ikan ke?

    ReplyDelete
  10. Uish..Mahalnya. Agak2 kalau mati la ikan2 tu, mau meroyan kawan YB tu :)

    ReplyDelete
  11. errkkk...goreng masak kicap, sedap tak ikan tu. kalau sedap, aku nak beli 4 ekor.

    ReplyDelete
  12. me tak pernah sampai taiping lagikkks.. kuala sepetang jerrr.. ehehe

    ReplyDelete
  13. INTAN,
    Kalau ko ada hendak jugak aku singgah dolly tu hehehe

    zonaku,
    Ko buatlah mcm Cina tempat jual ikan tu. Siap pasang paip utk air keluar masuk. Jadi tak susah nak tukar air.

    Pegi pavilion ramai2 mana romantik? Buang duit aku aje. Mula2 aku bawak teja, lepas tu ko, lepas tu kts. Amacam?
    cik konfius aku takut EncikCayang jeles kat aku. Syah pulak tak elok banyak berjalan shopping masa berbadan dua ni ngeh3x

    Teja,
    aku ajak2 angsa hehehe

    cincin kan dah beli kat cina tikam2 aritu? Takkan ko dah hilangkan! huhuhu

    ReplyDelete
  14. Teja lagi,
    Aku nak hantar Atikah balik UiTM lah. Jadi kami solat berjemaah kat rumah aje.

    Hari ni ko tak buat apa2 takkan letih? Aku ni lainlah hehehe

    sonata,
    Kalau kucing, mesti org hotel tu tak bagi bawa masuk.

    Kat opis dia mmg banyak tangki ikan. Ada satu spesis tu dia order dari Brazil. Seekor RM600. Tapi dah sampai sini dia boleh jual RM1000.

    ReplyDelete
  15. Na Shari,
    RM200 - RM300 tu kira taklah mahal sgt bagi dia. Ikan kelisa dia sampai beribu2 hinggit seekor.

    Baru2 saya dengar mati seekor. Mengamuk sakan kawan saya tu ngeh3x

    ONE ZABA,
    Tengok pada ikan tu mcm sedap aje. Kalau dah masak yg 4 ekor tu jgn lupa bagi aku 2 ekor. Aku pun nak rasa juga hehehe

    en_me,
    Hairan jugak saya sbb org yg banyak travel mcm en_me ni tak pernah sampai Taiping. Taipei dah pernah kot?

    ReplyDelete
  16. kenapa ikan tu kena tutup ngan surat khabar... ikan tu ikan air masin ker?



    comel ikan tu patut ler dia jatuh cinta heheheee...

    nasibler tadek ikan yang ada bulu ketiak jual kat situ huhuhuhu

    ReplyDelete
  17. NL,
    ikan tu tutup suratkhabar sbb fish like to read because they always swim in school hehehe

    Yg sebenarnya (mcm tajuk lagu Yuna pulak) biar ikan tu tak terkejut tengok dunia luar masa dibawa ke sana kemari.

    Ikan tu ikan air tawar.

    Comel bagi yg tahu menghargai ikan jenis tu.

    Ikan apa yg ada bulu ketiak NL?

    ReplyDelete
  18. kapten,
    otak ko mmg pinklah. Kalau dah boring berdiskusi baling aje mcm discus hehehe

    ReplyDelete
  19. lain orang, lain hobi, lain macam 'pengorbanan' masing masing. ada berbelanja beribu-ribu kat kereta, ada pulak kaki kamera, ada jugak shopping, kaki pancing, mat motor...apa lagi yang ada??
    asal jangan sampai ke tahap sengkek sebab hobi sudeyh~~~ :D

    ReplyDelete
  20. Akmal,
    Ada org boleh buat duit dari hobi ni. kawan uncle tu rasanya mcm tulah.
    Ikan tu dia nak biakkan lepas tu jual anak2nya.

    ReplyDelete
  21. owh Taiping!! atau 'Tepen' sebutan org tempatan..hehe..tempat jatuh lg d kenang..ni kan pulak tempat den jatuh chenta..ngeh3x..

    isg..ish..ape ke hey nye yop! sampaey 2k beli ikan ghoper itu..( eh..sorry..keluor slang Perak le pulok..)..dulu teman peghenoh juge mbele ikan ghoper itu..sempat juge ler btelor..tp..hmmm..manjenye lebih..x bole silap sikit..innalillah..hikkss..

    ..2k bawok pegi shopping d MEGA SALE pun meriah!! huhu..hobi manusia ...

    ReplyDelete
  22. whoaaa that fish is going to school and can read the newspaper its so impressive and exlusive!

    yer saya pun baru tau pasal ikan tu.. rupa2nya byk ikan tu berasal dari amazon... dan agak cerewet utk membelanya...

    tapi yang best pasal ikan tu dia mudah dapat anak huhuhuhu dan ikan tu mmg sangat2 menjaga anak2 mereka...




    kenapa YB tak berminat ngan ikan tu?



    ikan yang ada bulu ketiak macam Maya Karin ler, cuma Maya dah buang bulu ketiak dia hehehheee (so jgn percaya dalam filem tu sbb sepatutnya bulu ketiak dia panjang hheheheheehe)

    ReplyDelete
  23. Haihh YB, sila baca post ini >>> http://syahna-husna.blogspot.com/2009/08/ralat.html

    Err... berbaloi ke rasanya beli ikan mahal-mahal nih? Huhu~~ Baiklaa saya simpan fixed deposit ke, amanah saham ke... Huhu~~

    Haihh... dah lama tak jalan-jalan kat taman tasik taiping...

    ReplyDelete
  24. adeh..mahalnyer ikan tu...

    lama tak jejak taiping...

    ReplyDelete
  25. ape kelas cincin tikam kedai cina tu YB? huhu... klu dgn YB paling cikai pun mesti mau jenguk kedai 'pak habib'

    baru nnt leh mengaku YB yg bg, baru kelas gitu... ekeke!

    ReplyDelete
  26. laaa..masa YB p meneman kawan YB beli ikan tu, takkan tak perasan ade ikan bulu ketiak kut..ade..TAUKE IKAN lah ikan berbulu ketiak hikkss..

    ReplyDelete
  27. tak yah bela ikan ...susah..beli je kat pasar..hikhikhkk...

    ReplyDelete
  28. tchersally,
    Sally jatuh cinta dgn siapa kat Tepen tu? Bukankah jumpa dgn darling kat USM! ahaks.

    Yg gila ikan tu nasib bukan saya tapi kawan saya. Lantaklah dia hehehe
    Apalah sgt 2K bagi dia. Sebelum ni dia dah keluar 700K utk bela ikan.

    Syg ikan Sally dah bertelur tapi tak biakkan. Anak yg kecik tu pun laku RM20 -50 seekor mengikut jenis.

    Ecece ko jgn dengar sgt apa yg aku cakap ni sbb aku bukan pakar ikan hehehe

    NL,
    Ikan2 tu baca suratkhabar Cina aje sbb yg bela mereka org Cina wakaka.

    Wah rajin ko buat kajian ya. Setahu aku ikan ni cepat membiak. Itulah sbbnya kwn aku tu beli yg dah nak bertelur. Dia nak jual anak2nya melalui internet. Dia konfiden boleh dpt balik modalnya dlm beberapa bulan aje. Tambah kayalah dia hehehe

    Ikan duyung aku tak minat. Lebih baik aku main dgn dugong hikks

    Syah,
    Aku dah baca n3 ko yg tu. Ada aku komen sikit. Take care and be strong.

    Kawan aku tu kiranya melaburlah jugak dgn ikan2 itu walaupun mmg hobi dia bela ikan. Kalau kena gaya, pulangannya lebih besar dari FD atau ASN hehehe

    Jom kita buat rombongan cik Kiah ke Taiping. Ko bolehlah jadi penganjurnya hikks

    s@y@ngh@sni,
    Bagi org mcm ko atau aku ni anggap ikan tu mahal. Tapi bagi peminat2 nya itu harga kira patut. Itulah kawan aku tu bersusah payah ke Taiping kerana harga tu kira murah jika dibandingkan harga di KL.

    Kalau nak pegi Taiping ko bolehlah join rombongan cik Kiah yg Syah akan anjurkan nanti muahaha

    ReplyDelete
  29. Teja,
    Semalam letih aku tunggu ko dekat De Palma Ampang pasal nak pergi jengok 'pak habib' tapi kenapa ko tak dtg? hehehe

    Rozita,
    Ko pun minat dgn yg kaler biru tu ke? Seekor cuma RM300 hehehe

    tchersally,
    Tauke tu pakai baju ada lenganlah. Itulah sbb tak nampak hehehe

    tasikmerah,
    Org kaya mcm kawan aku tu main dgn ikan discuss, tapi org tak kaya mcm aku ni main dgn ikan koi huhuhu

    DaliaLiyana,
    Minat org berbeza2. Ada yg suka pancing ikan, ada yg bela ikan dan ramai yg suka makan ikan aje hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails