Saturday, August 1, 2009

Apa2pun Biarlah Seronok

Dah hampir seminggu aku tak update blog aku ni kerana sibuk sikit disebabkan 'benih2 yg aku tanam' selama hampir 6 bulan sudah mula tumbuh dan ada yg dah hendak 'berbunga'. Tapi nak tunggu dapat 'buah' nya masih memerlukan masa. Ini cabaran kalau bekerja sendiri. Kalau makan gaji hujung bulan dapat gaji tapi kerja sendiri kita tak tahu bila hasilnya akan tiba. Mungkin berbulan2 dan mungkin juga bertahun. Macam petani atau peladang jugalah. Benih atau anak pokok yg mereka tanam akan mengambil masa sebelum mengeluarkan hasil. Yang penting mereka berusaha memastikan benih itu terus tumbuh subur semoga bila tiba masanya ia akan memberi hasil yg diharapkan. Dan sepanjang tempoh itu mereka mestilah SERONOK utk bertani.

Begitulah lebih kurangnya aku. Dah agak lama bekerja kesana kemari menyemai dan membaja 'benih' walaupun belum mengeluarkan hasil tetapi aku SERONOK kerana percaya bila tiba masanya Allah akan memberi aku rezeki yg aku harapkan.

Begitu juga berblog. Hari ini aku SERONOK nak update maka aku pun duduklah depan lappy ni.

Bercerita tentang SERONOK, isteri aku mengajak aku dan anak2 utk night shopping di Jalan Hj Hussein kat kawasan Chow Kit pada malam Rabu lepas. Kami keluar rumah pukul 10:30 malam. Bagi kebanyakan kedai biasa mereka dah nak tutup waktu macam tu. Tapi bila kami sampai ke tempat yg dituju, mak ai meriahnya. Tengok gambar di bawah ni.

Kebanyakan pengunjung adalah pelancong samada dari dalam negara atau dari luar. Kami yg org KL ni pun jarang2 ke sini.

Cewek 4 org ni (berbaju oren semuanya) dari Universitas Palembang. Saja aku tak tunjukkan gambar muka mereka takut korang nak ikut mereka balik ke sana hehehe

Macam2 barang ada dijual di sana. Isteri aku dan Atikah berminat dgn beg tangan ni

Untuk Adam, dia memilih katak ni untuk dipadankan dgn basikal katak yg kami beli di Golok Malaysia tempoh hari.

Haikal tergila2 benda ni. Mula2 beli satu RM9 kat satu gerai. Lepas tu pergi gerai satu lagi sebiji RM9 tapi kalau dua RM15. Beli lagi dua biji huhuhu

Selain barang2 ni ada juga barang seperti cincin batu akek dan barang2 dari tanduk kerbau.

Setelah puas membeli belah kami pulang menjelang dini hari dgn perasaan SERONOK.

20 comments:

  1. Dinasihatkan janganla 'rajin' benor nak ke tempat2 awam ni....aku kat umah ni pun naik takut dengan serangan vius yang tak menentu sasarannya...anak2 aku balik dari Kl & Seremban suruh mereka beli mask ,pakai bila naik public transport ni...He3x ...esok, kena hantar lah Mohd balik ke TUC....

    ReplyDelete
  2. aku pun tumpang seronok tengok korang anak beranak seronok. kalu satu - seronok , kalu banyak - beronok-ronok.

    ReplyDelete
  3. takkan cincin aku beli kat situ YB??? huks3...

    ReplyDelete
  4. aku pong tumpang seronok membacanya...

    macam karangan UPSR pun ada....

    ReplyDelete
  5. beronok2 mmg best...tp bak kata kak sonata...berhati2 le kuwar beronok2 tu d public mcm ni...

    ReplyDelete
  6. haiii. bila la rambutan aku nak berbuah ni bang

    ReplyDelete
  7. sonata,
    Kami pun jarang ke tempat2 awam secara berkeluarga. Apapun terima kasih atas nasihat awak. Tapi setakat ni kami belum pakai topeng lagi ngeh3x.

    Esok kami balik kampung ada kenduri aruah utk pakcik adam yg meninggal aritu. Kalau tak boleh ajak singgah.

    Penyubiru,
    Ko lah sahabat yg baik hehehe

    Teja,
    Itu dah kira nasib baik. Kalau aku beli yg kat tikam2 tu apa mcm? hehehe

    ReplyDelete
  8. ONE ZABA,
    Kiranya aku dah berjaya membuat ko jadi SERONOK.

    Berapa markah aku boleh dpt utk karangan kali ni cikgu?

    INTAN,
    Kalau mcm tu kena berseronok dlm rumah ajelah huhuhu

    Tijah,
    Aku rasa dlm 2-3 tahun berbuahlah rambutan ko tu. Tapi ko kenalah rajin membela dan membelainya sehingga ko rasa seronok.

    psst - kalau dah berbuah jgn lupa bagi aku rasa taw.

    ReplyDelete
  9. dalam n3 YB yang seronok kali ini ada 5 perkataan seronok yang ditaip tebal... tapi 4 warna hijau cerah dan satu lagi warna hijaukebiruan heheheee...

    apakah maksud yang tersembunyi atau sengaja disembunyikan hehehee

    satu kelebihan apabila bekerja sendiri ialah dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga...

    jadinya YB beli pokok solar tu jerlah untuk diri sendiri huhuhu

    ReplyDelete
  10. amboiii semai benih... 6 bulan tunggu baru tumbuh... semai benih kangkung 3 hari je tumbuh... 2 minggu lepas tu dah boleh makan.... hehehe

    ReplyDelete
  11. kakpah SERONOK tengok ko SERONOK.

    ReplyDelete
  12. NL,
    Mata ko cukup tajam. Mmg sengaja yg satu tu aku lainkan warnanya. Biarlah ia menjadi rahsia buat sementara ini hehehe

    Samada bekerja sendiri atau makan gaji, ianya terpulang kpd kita utk meluangkan masa berkualiti dgn keluarga. Kerja sendiri adakalanya lebih sibuk dari PM huhuhu

    Pokok solar tu utk Haikal. Aku tak beli apa2 utk diriku. Aku seronok melihat ahli keluarga seronok hehehe

    Shifu,
    6 bulan tu baru nak tumbuh. Ada yg dah nak berbunga. Nak tunggu berputik dan berbuah mungkin makan masa lagi. Tak semua org sabar menanti.

    Kangkung cepat tumbuh tapi cepat jugak habis dimakan ngeh3x

    zino,
    Saya juga seronok dengar awak seronok membaca cerita ini hehehe

    kakpah,
    Saya lagilah seronok kerana kakpah seronok hikks

    ReplyDelete
  13. bukan mata yang tajam cuma mata saya belum lagi rabun warna huhuhu...

    tapi betul ker warna yang saya nampak tu...?! erkkkkkkkk



    hmmmmmmmm YB pun mmg sibuk juga melawat kawasan hehehehe.. mau tidak sampai kedah piginya huhu...



    aik... takkan sampai 3 biji untuk dia sorang pokok tu hmm....


    memang seronok dapat shopping... peniaga pun seronok juga hheeeee

    ReplyDelete
  14. aku pki mask p tesco ritu, bis drg pandang aku cam alienn.. huhuhuhuh...

    takpe.. ko kena sabor byk2, kurang2 dah berbuga, tak lama lagik berbuahlah tuh.. ada kazen aku tunggu dekat 2thn baru berbuah.. hehehhe.. takpe, janji seronot kan?? :)

    ReplyDelete
  15. dpt brg mmg la seronok, tapi org yg keluarkan duit tu yg tak berapa seronok...
    kan??? hehe

    ReplyDelete
  16. aku rasa beronok2 baca komen entry ni. Ngeeee...

    ReplyDelete
  17. apa2 pekara
    buat bersama isteri
    konpem seronok

    ReplyDelete
  18. NL,
    Betul warna2 yg ko nampak tu.

    Saya bukan melawat kawasan mcm wakil rakyat. Cuma cari pembekal yg boleh memberi barangan yg kami cari dgn harga yg kompetitif.

    Satu dia nak beri sbg hadiah harijadi kawannya. Yg dua tu pasal lebih murah beli 2, maka terbelilah dua huhuhu

    Org pompuan seronok betullah dpt shopping walaupun di tempat yg tak glamer mcm tu. Aku tumpang seronok aje.

    cik konfius,
    mereka nak tengok muka ko yg cun tu. Ko pakai mask tak dptlah mereka berbuat begitu ahaks.

    2 tahun baru berbuah? Aku rasa 'pokok' aku pun lebih kurang mcm tu jugak. Aku kena buat tanaman kontanglah mcm ni. Kalau tak kami nak makan apa? huhuhu

    ckLah,
    Bukan mcm pasar malam yg biasa tu.

    Kami ini tak mampu nak shopping kat Sogo atau One Utama mcm org lain huhuhu

    Chekgu BH,
    Aku tak kisah berbelanja sedikit utk keluarga kalau itu boleh merapatkan hubungan kami sekeluarga. Sekali sekala keluar duit sikit apa salahnya kan?

    Teja,
    Aku pun seronok baca komen ko yg seronok tu hehehe

    joegrimjow,
    betul cakap ko!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails