Sunday, August 23, 2009

1 Hari Sudah Berlalu

Hari ini dah masuk hari kedua Ramadan. Sekejap aje rasanya sehari sudah berlalu. Berikut antara perkara2 yg terjadi di hari pertama:

Di Surau
Surau kami agak kecil. Cuma boleh memuatkan dalam 200 jemaah. Tapi kalau di beberapa tempat di Melaka, Pulau Pinang atau Sabah masjid pun sebesar itu aje.
Malam pertama jemaah penuh sesak di surau utk solat Isyak dan terawih walaupun malam semalam hujan lebat dari sebelum Maghrib lagi. Bagi yg tak dapat masuk, terpaksalah ke masjid atau surau lain yg berhampiran.

Lepas terawih malam pertama tu ada moreh tajaan salah satu keluarga di taman kami.

Di Rumah
Alhamdulillah semua ahli keluarga kami ada di rumah awal Ramadan ni. Afifah balik dari asrama sempena cuti sekolah ni. Hazwan dan Atikah pula cuti hujung minggu IPTA mereka.

Waktu buka semalam semua ada. Dan alhamdulillah semua dapat menyempurnakan puasa di hari pertama kecuali Adam yg belum setahun tu. Tahun lepas banyak ujian kpd keluarga kami.
Emak Adam dpt puasa 3 hari pertama aje. Adam lahir pada 5 Ramadan. Jadi kalau ikut kalendar Islam Adam akan menyambut ulangtahun pertamanya hari Rabu ni.

Emak aku pula sakit sampai pengsan pada hari ke6 masa kami melawat emak Adam dan Adam di hospital. Seminggu dia terlantar kat rumah.

Semalam semua puasa termasuk Haikal. Dah masuk tahun ke3 dia nak puasa penuh - dari dia tadika lagi.

Isteri aku masak mee hoon sup utk buka semalam. Siap dgn begedil. Di samping tu dia goreng karipap dan cendawan. Jiran aku pulak bagi sebungkus bubur lambuk Masjid Kg Baru yg femes tu. Dia ada kabel - senang sikit nak dpt. Kalau tak, sebelum Asar dah kena berbaris. Itupun dapat satu bungkus aje. Nak ambil buburpun nak kena ada kabel!!! hehehe

Lepas buka di rumah aku bergegas utk solat Maghrib di surau. Semalam jiran2 aku buat majlis berbuka di surau. Masak gotong royong dari tengahari lagi. Sudah jadi semacam tradisi kami adakan majlis berbuka di surau kalau hujung minggu. Penaja ikut jalan di taman kami.

Jiran2 yg tinggal satu jalan dgn aku akan adakan majlis berbuka pada 22 Ramadan. Aku dgn rendah diri menjemput kalian semua. Boleh emel aku utk dptkan detail.

Lepas solat Maghrib, ada makan berat di surau. Aku pun join sekali demi silaturahim dan semangat kejiranan. Semasa aku menyenduk nasi seorg jiran aku menegur, "ai sikitnya makan?"

Sambil tersenyum aku berkata padanya, "dah makan berat kat rumah tadi."

Semasa kami menikmati makan malam, terdengar bunyi bunga api dan mercun. Mak ai baru satu hari dah main bunga api. Yang tak sedapnya bunyi itu datang dari perumahan polis yg berhampiran dgn surau kami!

29 comments:

  1. yuhuuu, nnt raye aku dtg.. siapkn duit raye tebal sket taw... ekekeke!

    ReplyDelete
  2. Teja,
    duit raya utk budak2 aje. Ko dah nak jadi mak budah mana layak ngeh3x

    ReplyDelete
  3. aku tk kira.... nak jugak! tk bg aku seluk sndiri... ngeeeeeeee!

    ptg ni plan nak buka menu ape pulak YB?? aku rase2nye skodeng kat peringgit tgk ape yg ada utk brbuka... hehe,

    nk umpang kat umah ko jaoh pulak... kn elok kita brjiran... muehehehe!

    ReplyDelete
  4. Teja,
    Ko nak seluk kat mana? Nanti aku masukkan duit syiling aje biar ko dapat 50 sen hehehe

    Ptg ini mungkin nak beli aje kat pasar Ramadan. Lepas Zohor ni nak keluar jalan2 dan shopping2 sekeluarga. Jomlah ikut.

    ReplyDelete
  5. Teja,
    cepat start kereta. Kami dah nak keluar ni. Jumpa di sana .... di sana.... di sana

    ReplyDelete
  6. kita sempurnakan apa yang patut dalam bulan ramadhan ni..

    mercun?pedih tu uncle......tunggu tengok sape yang kuat sahur atas motor malam2...

    ReplyDelete
  7. YB,
    sehari dah berlalu..InsyaAllah tinggal lg 29..

    ReplyDelete
  8. Pak yunus, apa khabar?
    Seronok kalau surau atau masjid hidup. Baru ler ramai datang. Takde la macam setengah tempat tu. Jemaah pecah belah sebab fahaman politik. Aduiiiih~~~

    ReplyDelete
  9. zaren,
    Ya betul. Antara yg dituntut ialah khatam Al-Quran di bulan yg mulia ni. Masuk hari ni patutnya dah nak habis 2 juz. Uncle baru 1.75 juz. Nak kena sambung mengaji lepas ni.

    Kenapa pulak sahur atas motor malam2?

    tchersally,
    Kalau ikut kiraan puasa tahun ni cuma 29 hari. Jadi kena banyakan amal dari awal lagi ngee

    Akmal,
    Alhamdulillah uncle sihat.

    Walaupun ada juga perbezaan politik tapi pada umumnya surau kami diimarahkan oleh semua golongan. Uncle berharap dan berdoa surau kami dan surau serta masjid lain semeriah ini sepanjang masa - bukan di awal Ramadan aje.

    ReplyDelete
  10. Uncle, buka pose tu agak2 le jgn bg perabih sumer.... nnt trsandar tk larat nak terawih laks.... hehehe...

    uncle... ngeeeee!

    ReplyDelete
  11. hehehheee.. buka ngan kuih, blk terawih, mkn nasik n telur....

    penyakit mls msk n mls beli!

    lgpun, kalau g bazar tu.. serupa jer juadah!

    ReplyDelete
  12. Teja,
    Jgn risau uncle makan sikit aje sbb nak solat Maghrib kat surau.

    Solat terawih tak tersandar tapi terlentuk sbb mengantuk hehehe

    zonaku,
    Bulan puasa tak boleh malas2. Malam ni ko bangun sahur tak? Kalau setakat lauk telur tak berbaloi bangun ngeh3x

    ReplyDelete
  13. 22 ramadan nanti aku dtg eh..
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    .
    .

    tp make sure ada lauk ikan...... telur pun takpe..
    klu lauk selain yg 2 tu, terpaksalah aku tgk je....

    .
    .


    errr.. tp umah ko katne?? aku kurang fasih area KL... hikkksssss

    ReplyDelete
  14. oooo... adam dah nak setahun eh...
    dah besar daaaahhh

    .
    .
    .

    errr... thn depan boleh la merancang tmbh ahli keluarga lagi... kan adam kan... boring jadi anak bongsu ni..

    hihihi

    ReplyDelete
  15. kts,
    Kami tunggu ko dtg. Ajak kawan2 sekali. Juliet pun boleh dtg.

    Nanti aku pastikan ada telur dan/atau ikan. Selalu pun ada lauk tu selain ayam (ngee) dan daging.

    Bukan ko dgn Juliet dah skodeng rumah aku dulu ke? Siap buat n3 si Juliet tu ngeh3x

    kts lagi,
    haah kalau ikut kalendar Islam dah nak setahun 2 hari lagi. Tapi tak lah besar sgt. Dia kan comel mcm ko jugak ahaks.

    Kenapa nak tunggu tahun depan. Tahun ni pun boleh wakaka

    ReplyDelete
  16. naper aku x tau ko ada N3 baru...udah lambat kasi komen...

    ReplyDelete
  17. ooo..adam baru setaun umurnya ek....raya taun depan..adam leh dpt adik le kot...ngeh3

    ReplyDelete
  18. Salam Ramadhan YB

    Malam kelmarin ustaz di tempat aku kata, lebih banyak pahalanya buat jamuan berbuka puasa berbanding buat jamuan moreh... Betul juga...

    ReplyDelete
  19. err... saya tak boleh datang 22 Ramadhan... Tapi raya boleh... nak kutip duit raya... err.. untuk Imran... Hik hik hik hik :P :P

    ReplyDelete
  20. sib baik jauh
    klu tak..aku pun dah pi sana makannnnn

    ReplyDelete
  21. kita orang berbuka WAJIB makan nasi ....

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah..sama2 lah kita..

    sahur atas motor = merempit la uncle..bingit betul kat sini..

    kang ada yang tak sempat beraya..

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah..sama2 lah kita..

    sahur atas motor = merempit la uncle..bingit betul kat sini..

    kang ada yang tak sempat beraya..

    ReplyDelete
  24. INTAN,
    Aku tak tukar AM kpd PM pada jam dia. Jadi bila masuk kat bloglist korang dah berumur 12 jam n3 padahal baru publish.

    INTAN lagi,
    Kalau ikut kalendar Islam pada 5 Ramadan ni setahun tapi kalau ikut kalendar masehi 5 Sept nanti baru dia setahun.

    Rasa cukuplah tu 6 org adik beradik. Kalau ramai sgt aku kena pakai bas mini pulak kalau nak balik raya huhuhu

    JP,
    Salam Ramadan.

    Kalau kita memberi makanan atau minuman utk org berbuka puasa kita dpt pahala mcm puasa org tu. Kalau satu taman dtg berbuka, sudah berapa banyak pahala tu hehehe

    Jemputlah datang 22 Ramadan nanti. Aku teringin nak berkenalan dgn org Jowo yg pinter mcm ko ni hehehe

    syah,
    Ok aku tunggu ko dtg dgn Imran. Roger aku sebelum ko dtg nanti.

    ReplyDelete
  25. Rozita,
    Niat tu yg penting. Aku tolong makankan utk ko.

    Tapi raya nanti kalau ko dtg area rumah aku, jemputlah singgah.

    pB,
    Ini sudah kes berat hehehe

    Kami nasi cuma sunat aje ngeh3x. Maknanya apa2 pun boleh. Hari ni mee Bandung.

    zaren,
    Menganggu betullah kalau mcm tu. Takde tindakan ke terhadap mereka ni?

    Pagi tadi uncle hantar Atikah pukul 9:30 sbb dia ada kelas pukul 10. Dapatlah dia bersahur bersama2 famili malam tadi.

    Teja . . .

    ReplyDelete
  26. kat tempat saya belum lagi kedengaran
    bunyi mercun...

    harap2 tiadalah mercun tahun nih hehehehe... biasa raya hindu lebih byk mercun raya puasa atau cina tiadalah hebat sangat... tak tahu kenapa... ikut pengalaman tahun2 lepas ler.....

    ReplyDelete
  27. errr kenapa ngan Teja tu dah speechless heheheheee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails