Friday, July 24, 2009

Salam Dari Penang

Alhamdulillah aku selamat sampai ke Pulau Pinang pukul 1:15 tgh. Terima kasih kpd yg mendoakan keselamatanku sepanjang perjalanan.

Hentian pertama aku, Nasi kandar Pelita di Chai Ling Park. Mamak tu cas aku 16 hinggit utk menikmati nasi kandar dia. Lauk daging hitam, sotong, telur ikan dan sayur bendi.

Lepas makan aku naik feri utk ke pulau. Rasa mcm pelancong pulak.

Aku duduk di sebuah hotel di Persiaran Gurney. Petang tadi aku membantu rakan aku dalam e-bidding utk satu kontrak dgn sebuah sykt microchip terbesar dunia. Sykt dia pun sykt antarabangsa. Setelah melalui beberapa fasa yg mendebarkan akhirnya sykt dia berjaya menjadi pembida terendah. Nilai kontrak hampir setengah juta ringgit. Sebagai meraikan kejayaannya dan utk menghargai 'sumbangan' aku menyusun strategi, dia telah membelanja aku makan malam di restoran seafood. Macam2 makanan yg dia order. Bilnya RM266 utk 3 org. Jadi nasi kandar RM16 siang tadi itu nothing lah. hehehe

Lepas makan seafood, kami singgah di sebuah icecream and pancake parlour. Punyalah lama nak tunggu makanan pencuci mulut yg kami order. Pukul 10:15 malam aku baru balik ke hotel - itupun kerana aku kena menyiapkan sebut harga utk sebuah projek di Hulu Langat. Projek tak berapa besar - sekitar RM4.5 juta. ngeee

Esok insyaAllah kami akan ke Kulim, Kedah dan Sg Siput sebelum pulang ke KL.

Nota: aku cuba upload gambar2 aku sepanjang hari ini tapi ada masalah. Lain kali kalau aku rajin aku tunjukkan gambar2 itu.

24 comments:

  1. aiskrim tu telah menggoda aku...............
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    mak aiiiihhh... korang makan apa smpi bil rm266 tu... 3 org makan utk 15 org punya hidangan eh...
    hikkkkkkssssssss...

    klu selalu camtu, asyik tukar saiz seluar la jawab nya :P

    ReplyDelete
  2. kts,
    ko belum tengok lagi gambarnya ko dah tergoda? Tapi mmg sedap walaupun harganya mahal. Org belanja takpelah.

    Kami bukan makan bnyk pun tapi tahulah Penang ni tempat pelancong. Yg mahal tiram, ikan groupa dan udang lipan. Apalah sgt dua ratus lebih tu dibandingkan dgn nilai kontrak yg bakal mereka dpt. Aku tahu berapa margin mereka. hehehe

    ReplyDelete
  3. bagus la dapat membantu kawan... bertambah murah rezeki YB..

    ReplyDelete
  4. kedai seafood mana korang g? ce kabo?

    suh aku roger.....mcm le aku leh x-ray no tipon ko bagai kan...

    ReplyDelete
  5. huhuuu.... YB, sampaikan salam sy pada kampung halaman sy tu...

    huhuuu.. nk blk kg.......

    ada jumpa sikompius y bermahrajalela di sana x?

    ReplyDelete
  6. Penang? nasi kandaq? aiseyman..terkenang zaman kampus..huhu

    ReplyDelete
  7. Eh..YB..blog YB kena virus chombi ka kat penang tu?? Sally post sekali comment aje..tetiba dia berdesup pegi 5 kali..uikss..mungkin rezeki YB pun akan 5 kali ganda kut???..

    ReplyDelete
  8. gud luck... sy mendoakan kejayaan kengkawan...

    nasi kandar tu kekadang cekik darah gak...

    ReplyDelete
  9. makan nasi kandar sesetengah tempat rega dia tak semahal tu, tapi sedap... setengah tempat dah le tak sedap, mahal yang amat... Hik hik hik hik

    Err... balik jangan lupa bawak JAJAN tauuu... Hahahahahah :P :P

    ReplyDelete
  10. wah ...
    bizness besar..
    projek besar..
    senyum besar..
    makan pun BESAR !

    owh..bahgianya..

    ReplyDelete
  11. mak aaiii dia punya makan tu tak boleh belah! hahaha :D
    tahniah kepada kawan uncle. bagus tolong kawan ni. tambah elok networking yang dah hebat tu huhu...

    ReplyDelete
  12. huhuhu...salam dari Penang - dulu aku dok kat Penang 4 taung....masa tu jambatan sedang rancak menghiaskan dirinya...masa tu aku dok umah papan je...orang kampung katakan ....time tu aku naik feri gak....he3x macam2 nama feri ye...

    ( walaupun ada jg umah batu ). Dengar cite dah beberapa taung aku kuar - habis direbehkan terus roboh umah kampung - ganti umah batu seme....ntah apa rupa la 'kampung'aku tu le ni...he3x
    ( nostalgia dok kat kampus....)nanti la aku senang aku cite kat gallery aku....

    ReplyDelete
  13. sampai sungai siput jgn lupa bergambar ngan MR samy yer.ngeh3

    ReplyDelete
  14. siap mkn eskem tuhhhhhhhhhhhh... :P

    ReplyDelete
  15. YB makan tak hingat eh... itulah makanan yang tak pernah saya makan hehehee...

    tapi ikan tu rasanya say apernah makan... pelik ajer rasanya... sedap lagi sirip ikan jerung huhuhuhu

    ReplyDelete
  16. '....Kalau aku tebiat dan ada masa aku cuba update dari sana....'

    Err...ayat biru itu dipetik dari entri "Izinkan Aku berkelana"


    Saat terpandang entri 'Salam dari Penang' ni....aku jadi terfikir....



    ...adakah bermaksud.....




    Errrrr...te....teb...tebi..
    errr.....

    Ahhh...tak sampai hati nak teruskan..


    hiksss...

    ReplyDelete
  17. nasik kandar kat situ memang mahai uncle..

    dulu duk penang, takleh makan selalu..
    kopak le nanti..huhu..

    p/s: tak bawak teropong ke malam2 kat gurney drive n padang kota tu? hehe

    ReplyDelete
  18. zino,
    semalam saya bantu dia lain kali mungkin dia pulak bantu saya. Pengalaman menyertai e-bidding sykt antarabangsa itu juga berharga bagi saya.

    Murah rezeki sbb dapat dibelanja makan malam dan dessert hehehe

    INTAN,
    Kami pergi Bali Hai di Persiaran Gurney. Jalan kaki aje dari hotel sbb dekat. Aku bukan tak nak belanja ko tapi aku sendiri pun kena sponsor malam tu hehehe

    Ko bagilah aku no hp atau emel ko. nanti aku kontek. Kalau ko nak emel aku ko boleh hantar ke yunus.badawi@gmail.com

    zonaku,
    Maaflah aku tak sempat pi kpg hang. Lain kali no

    Cik konfius menyorok dari aku takut EncikCayang dia jeles hehehe

    tchersally,
    Masa kat USM dulu ko makan nasi kandar yg mana?

    ReplyDelete
  19. tchersally,
    Kalau kena virus combi semua komen mesti jadi 5. Ini komen ko aje. Rasanya virus cik siti wan kembang kot hehehe

    InsyaAllah semoga doa ko tu makbul.

    kuIna,
    Aku terharu di atas ingatan dan doa ko tu.

    Nasi kandar mmg selalu cekek leher terutama kalau dia nampak kita dtg dgn kereta mewah huhuhu

    syah,
    nasi kandar harga tak seragam. Cas ikut suka. Itu yg aku malas nak makan nasi kandar kadang2 tu. Tapi baru2 ni kawan aku tu gian pulak nak rasa nasi kandar pelita yg ori tu.

    Jajan ada aku bawak sikit semalam. Bila ko nak dtg rasa? Lambat2 habis hehehe

    LiNda,
    Sykt kawan aku tu mmg besar. Tahun lepas turnover sykt dia kat Msia RM3.6 Billion! Tu sbb RM0.5 juta tu kira kecik.

    Skyt aku kecik aje. Baru nak bertatih mcm Adam anak aku tu jugak.

    Tasik,
    Taklah. Makan tiram, udang, ikan kerapu, udang lipan dan sayur.

    Akmal,
    Dah org belanja, uncle tumpang kenyang ngeh3x

    Network kawan uncle ni mmg extensive. Semalam lawat kilang di Kulim tu pun melalui jaringan dia.

    ReplyDelete
  20. sonata,
    kat mana kampung yg ko katakan tu? Lain kali bolehlah aku jengok dan update ko kalau ko tak sempat nak ke sana.

    Aku tunggu n3 ko tempat hidup ko di kampus USM dulu. Pengalaman siswi dulu dgn sekarang tentu berbeza hehehe

    PenyuBiru,
    Belum sempat aku nk bergambar dia dah ke Penang pulak. Mungkin dia ingat aku ada lagi kat sana. Dah tak dpt jumpa aku gamaknya yg dia pegi kerja dgn org sana. hehehe

    cik konfius,
    kalau aku tahu no kontek ko bolehlah aku roger ko sekali. apa no ko? hehehe

    NL,
    Saya ingatlah sampai sempat ambil gambar.
    Ikan kerapu ini ada macam2 jenis.

    ckLah,
    Ko nak cakap aku tebiat kan? Mmg pun kalau tak takkan pukul 1:42 pg buat n3 tu.
    Tapi aku dah selamat sampai ke rumah. Terima kasih kpd yg mendoakan termasuk ko.

    zaren,
    Mmg mahal kalau sepinggan sampai RM16. Itu tak masuk air minum lagi. Sekali sekala oklah sbb kawan nak rasa.

    Tak payah pakai teropong pun dah nampak banyak kereta rosak dan motor rosak hehehe

    ReplyDelete
  21. ..ingatkan uncle tak faham maksud bawak teropong tu hehe

    ..tu la port kitorang melepak time cuti..

    ..bosan, ada jugak la tempat 'cari ilham'

    ReplyDelete
  22. zaren,
    oh kerja korang skodeng ya hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails