Wednesday, July 22, 2009

Harta Yang Dicari Lain Pula Yang Diperolehi

Hari Ahad lepas anak sulong kami menyertai peraduan mencari harta karun, Econs Sprint (ala Explorace) di Tasik Perdana anjuran kuliyyah tempat dia belajar. Jadi dia tak ikut kami ke majlis perkahwinan sepupu aku. Sebaik aku hendak turun kereta di tempat pengantin, aku mendapat panggilan telefon dari Hazwan.

Slow aje dia cakap.
"Jangan terkejut ya. Hazwan ada kat Hospital Ampang Puteri. Kaki Hazwan terkoyak tak tahu kena apa. Mungkin kayu mungkin kaca," Hazwan memberitahu keadaannya.

"Teruk ke?" tanya aku.

"Kalau istilah perubatan tu dah stabil. Kawan2 yg bawak ke sini tadi. Tapi jangan risau tentang bayaran hospital sbb Hazwan dan check dgn takaful. Mereka akan cover semuanya. Untuk pesakit luar sehingga RM1500," terang Hazwan.

Bila pulak budak ni ambil perlindungan takaful? Kalau tak bukan kaki aje yg rabak, poket pun rabak jugak kalau masuk hospital pakar mcm tu!

"Nanti kawan2 akan bawak balik kereta Hazwan sbb Hazwan akan terus balik kampus dari hospital ni." katanya tentang perancangannya.

"Kalau sempat nanti kami lawat ko tapi mungkin tak sempat sebab nak hantar Atikah balik Shah Alam malam ni." kataku.

Ahad malam Isnin itu kami tak sempat melawat Hazwan.

Pagi Isnin semasa aku telefon dia, dia di klinik UIAM sedang membersihkan luka di kakinya. Dia kata doktor beri dia cuti 2 hari dan dia minta aku jemput dia di kampus kerana dia tak boleh nak memandu pulang kerana kereta dia kereta manual. Jadi pada Isnin malam Selasa selepas aku pulang dari menghantar Afifah ke Serting, aku ke UIAM pula untuk menjemput Hazwan pulang. Isteri aku dan adik2 Hazwan yg lelaki semua ikut. Sebenarnya bukan menjemput dia pulang sebab Hazwan telah memandu kereta aku pulang (kereta auto) dan aku membawa balik kereta dia.

Hari ni Hazwan sepatutnya menyambung kuliahnya tetapi dia kata susah nak jalan jauh dan naik tangga (dia pakai tongkat sekarang). Akhirnya dia lepak aje kat rumah. Ini gambar kaki dia yg sempat aku snap pagi tadi semasa dia tidur di sofa.





Dengar cerita profile picture kat facebook Hazwan ni pun dah tukar kononnya. Cari perhatian si gadis-gadis ke? Ececece...

39 comments:

  1. Moga adik Hazwan cepat sembuh n rajin2 makan ubat ya.

    ReplyDelete
  2. YB turun pangkat sikit ar naik keta anak yang manual. mujur tak terlalu serius..

    ReplyDelete
  3. Yup ! zaman sekarang kena ada cover perubatan . Kalu idak parah weii ...

    ReplyDelete
  4. kereta kak juliet auto, kalo Hazwan nak pinjam buleh tapi tetap ada syarat,kakakakaka. Kena apa sampai dapat cuti lama gitu, ini seriyessss.

    ReplyDelete
  5. sakura,
    Terima kasih. Dia kena rajin buat dressing lukanya itu takut kena jangkitan.

    ReplyDelete
  6. err... dedulu time kekecik selalu terpijak paku... tapi tak penah bitau kat mak... dalam hati duk doa janganlaa dapat kancing gigi... kikikikik :P :P

    Err... Semoga kaki Hazwan tu lekas sembuhnya supaya boleh kembali kuliah macam biasa... :D :D

    ReplyDelete
  7. ArPeGGiOS,
    Malam tu aje aku pakai kereta manual tu. Time kerja aku pakai balik kereta auto aku. Kalau Hazwan nak pakai yg auto dia kenalah bawak Nazaria pergi kampus.

    LiNda,
    Nasib baik dia baru ambil takaful tu tak sampai sebulan. Duit dia sendiri. Masa kerja dgn sykt kulit kerang semua bil perubatan boleh claim. Sekarang dah kerja sendiri, sendiri tanggung.

    Jadi betul kata ko, sekarang kena ada cover perubatan utk kebanyakan dari kita yg tak dicover oleh kompeni atau gomen.

    juliet,
    Ini kereta yg ko bawak pergi CH ke? Bila ko nak cuti panjang tu?

    ReplyDelete
  8. ermmmm.... kesiannn, moga cpt pulih.

    tkde mood la arini ni YB
    rasa mcm nk balik tido je
    huhu... mencikkkkkkk!!!!

    ReplyDelete
  9. syah,
    Ganaz jugak ko masa kecik2 dulu ya. Nasib ko tak kena kancing gigi. Kalau tak, tak jumpa dng Incik Firdaus hehehe (jgn marah gurau aje)

    ReplyDelete
  10. Teja,
    Rasalah pakai tongkat si Hazwan tu. Semoga menimbulkan keinsafan berapa susahnya mereka yg tak mampu berjalan.

    Semalam aku tengok bukan main ceria ko. Apa dah jadi? Kalau dekat aku boleh tengok ko kejap hehehe

    ReplyDelete
  11. alaaaa.. sian nyaaaaaa...

    takpe2... muga cepat sembuh...

    ini entry insaf semenet aku... :P

    ReplyDelete
  12. hope everything is alright.. sempat amik kaki yg luka plak tu..ehehe

    ReplyDelete
  13. mood aku ikut cuaca, cni ujan... maka aku ikut ujan... hehe

    ReplyDelete
  14. ..kete camry tu?
    ..atleast kaki dia xde la teruk sgt..
    ..uncle xamek takaful ke?

    ReplyDelete
  15. p/s: terlupa td..

    boleh ke tumpang uncle balik kl kalau ncle amek atikah?

    ReplyDelete
  16. cik konfius,
    Rasa dia akan ok. Budak lelaki kena kuat.

    Kenapa ko insaf seminit aje?

    ~O~,
    Harap mcm tulah supaya dia tak mengelat pergi kuliah ngeh3x

    Jard,
    aku ambil masa dia tertidur balik kat sofa pagi tadi. Dia tak tahu ni. hehehe

    Teja,
    Kalau hujan lebat mau ko hanyut dibawa mood ko tu ngeeee

    zaren,
    Camry tu manual. Jadi dia bawa balik CRV hari tu.
    Dia kata kaki dia lebih teruk dari masa kena kaca kat padang sekolah dulu.
    Uncle ada takaful hayat aje. Perubatan dulu kompeni tanggung. Sekarang nak kena tambahlah nampaknya.

    zaren lagi,
    Nak tumpang takde masalah kalau uncle ambik Atikah tapi Jumaat ni mungkin tak dapat sbb uncle nak pegi Perak dan Penang.

    ReplyDelete
  17. mak aih wan. ni treasure hunt ke, tak pakai kasut ke ni? macam dalam aje luka tu.
    kena selalu bersihkan. takut infection pulak nanti.

    ReplyDelete
  18. salam..iskkk napa tak insured kan si hazwan tu..ahahha sib baik dia insured sendiri :p ...penting insurance ni...moga dia cepat sembuh....

    ReplyDelete
  19. semuga si hazwan cepat sembuh.. ehh sama pulak dengan nama hazwan kat rumah ni hehe

    ReplyDelete
  20. Get well soon Hazwan!! Be more careful next time eh!!

    phewittt!! bergaya ngan CRV la si bujang tu ya..

    ReplyDelete
  21. memang menarik perhatian gadis2...

    hikhikhik...
    add saya kat facebook hazwan ya... boleh kita berkenalan dgn lebih rapat...

    hikkkkssss
    .
    .
    .
    .
    .
    .



    yb, boleh tak??
    bolehlaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  22. lupa nak ckp...

    get well soon hazwan...

    lepas ni cari harta banyak2 lagi ya... tp jgn cari ngan kaki lagi ... :P

    ReplyDelete
  23. ..kena tambah jugaklah.
    kalau tidak teruk nak menanggung..
    nak ambik insurans, nak masuk senang, nak keluar susah..

    ReplyDelete
  24. ..ada lagi, takpe, jumaat ni mungkin takleh balik pun..

    keje dah start bertimbun..projek dah macam-macam..

    rajin uncle berjalan? tapah siddiq dah tanya tu..hehe

    ReplyDelete
  25. ganas ke? mana ada... saya sungguh supan santun lagik lemah lembut serta ayu tawww... muahahahahahahah :P :P :P

    ReplyDelete
  26. itu barulah adventure namanya... setakat luka2 tu biasalah...


    kalau tak luka tak best heheheheee

    tapi walau apa sekali pun sakit tetap sakit, mata yang memandang gambar ajer nih tak rasa apa2 yang empunya kaki terluka jualah yang sakitnya terasa... just hoping so much that YB's son will get well soon...

    speaking london tu berjangkit ngan Tsally lah ni heheee...


    * YB nak pi perak hari jumaat ker.. saya bary jer balik dari Malim Mawar... sempat lagi saya tangkap gambar stesen minyak kerang itu hehehe

    ReplyDelete
  27. ala kesian kat Hazwan - serupa lagi dengan anak saya! Si Fahd ( form 2 ) sebenarnya last week terpaksa bawa ke klinik kerana kuku anak jari kaki habis tercabut - terlanggar ape ke mende - habis terkopak - terpaksa pegi cuci , buat dressing - doktor kasi cuti 2 hari - baru sat tepon, ubat dah habis - dok berbalut & pegi sekolah pakai selipar !

    Semoga Hazwan cepat2 semboh ....

    ReplyDelete
  28. Akmal,
    itulah uncle kata konon cari harta tapi lain pulak yg dia dpt. Kasut dia tembus. Lain kali kena pakai safety shoe yg ada besi kat sebelah bawahnya tu.

    Uncle pun dulu masa sekolah treasure hunt jugak sampai ke kubur cina malam2 tapi taklah sampai luka mcm ni. hehehe

    tasik,
    kuat apanya? kuat tidur adalah huhuhu

    arsaili,
    insuran utk penyakit yg kronik adalah. Yg kecik2 mcm ni takde - bajet bro. Kalau dia tak ambik insuran hantar pegi GH ajelah huhuhu

    zino,
    Hazwan kat rumah awak anak bongsu, Hazwan kat sini anak sulong. ngeeee

    ReplyDelete
  29. nasib baik tak teruk....ilang ensem nanti..

    ReplyDelete
  30. uncle,berhati2 ngan zaren
    ada niat len tu
    heheh
    hazwannya kaki mmg sensitif
    sng sgt pijak benda2 tajam..
    tp kre ok r,mse form 2 dl dia blk2 ckp "mak,kaki koyak"

    ReplyDelete
  31. tchersally,
    Malam ni dia dah pergi majlis penyampaian hadiah treasure hunt dgn CRV ayahnya. Ayahnya pulak terpaksa tumpang kereta kawan nak pergi jumpa org malam ni huhuhu

    kts,
    Pergilah ko masuk facebook dia. Eh ko ada facebook jugak ke?

    kts lagi,
    Kalau ko nak tambah femes ko aku boleh tolong buatkan satu n3 ttg ko. Nak tak? Tapi ko kena emel kat aku gambar ko yg paling cun dan mengancam hehehe

    zaren,
    nanti uncle bincang dgn ajen insuran uncle.

    zaren lagi,
    Ok Jumaat depan kalau jadi bagi tau.
    Tapah mungkin tak pergi lagi buat masa ni tapi tadi uncle pergi MPKlang. Ada perbincangan dgn pegawai perancang bandar. Esok ada OSC meeting.

    syah,
    Nanti aku tanya emak ko kalau aku jumpa dia. ngeh3x

    ReplyDelete
  32. NL,
    Jangkit cakap London dr Sally takpe sbb dia cikgu BI. Ada kelas English dia.

    Esok saya pergi Penang. Jumaat pergi Kulim dan Perak. Bersawanglah blog saya 2 hari ni. Ini yg malam2 balas komen kengkawan yg sudi bertandang sejak siang tadi.

    Stesen kerang kat Malim Nawar tu kecik aje. Nak tengok yg besar di Perak tunggu yg di Tapah tu siap hehehe

    sonata,
    Budak lelaki sekarang agaknya mcm tulah. Dulu saya pun pernah koyak ligamen masa main bola masa di U.

    suhaila,
    ensem dgn kaki tu jauh rasanya hehehe

    Tijah,
    Yg dah anak dara pun ada hehehe
    Ko kena bagi CEM tu makan banyak2 supaya cepat besar hehehe

    kapten,
    aku rasa aku lagi ensem masa muda2 dulu. Kalau tak takkan emak Adam tersangkut kat aku wakakaka

    siddiq,
    apa niat dia? Nak tackle Atikah? Rasa dah terlambat kuang3x

    ReplyDelete
  33. errr memang saya pergi malim mawar dan kampung gajah tapi stesen kulit kerang kat tapah itu ler yang saya tangkap gambar...

    stesen dekat RR tu... masa tu kami berhenti makan... memeng dah uzurlah nampaknya stesen minyak tu kalau dibandingkan stesen minyak nasional kat sebelah dia hehehhee

    ReplyDelete
  34. aduh..watpelah nak tackle atikah ngeh3

    ReplyDelete
  35. salam YB

    moga cepat sembuh kaki anak tu....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails