Wednesday, July 1, 2009

Aku Dah Pulang

Mungkin sebahagian dari kalian tahu aku ke JB hari Isnin yg lalu kerana ada tugas di sana. Aku baru saja pulang ke KL petang ni.

Terima kasih yg sudi menjenguk 'rumah' ku sepeninggalan aku. Aku membawa pc aku bersama aku kali ini tetapi kerana kesuntukan masa dan tambah menjengkelkan tiada talian di dalam bilik walaupun ianya hotel terkenal. Hampeh. Sewa satu malam RM220! Nak ngendeng kat Starbuck di sebelah hotel tu aku masih boikot sykt kopi tu.

Dari KL kami singgah di Seremban utk makan tengahari di sebuah restoran ye terkenal dgn masakan NS.

Antara lauk tghari itu pelanduk masa lemak cili api, rusa masak yg sama dan ayam kampung goreng

Ada yg tambah sampai 2 pinggan. Maklumlah tak pernah merasa makan pelanduk. Mereka nak datang lagi ke situ lain kali.

Lepas makan nasi kami makan durian dari jenis kampung dan hutan. Lebih kurang 10 biji kami (8 org) bedal.

Kami sampai di tempat yg kami tuju di luar JB lebih kurang pukul 4 ptg. Setelah melihat aktiviti di situ dan berbincang dgn tuan punya sykt, kami telah ke Taman Ungku Tun Aminah utk melawat tempat ke2. ( Tak payah saya tunjukkan gambar kedua2 tempat ni ya).

Sebelum kami check in di hotel, kami pekena mee rebus Stulang kerana ada yg tak pernah merasa mee rebus yg femes ni.


Lepas minum petang (makan mee rebus dan otak2) kami ke hotel penginapan kami di kawasan Bebas Cukai ini Malam itu kami dijamu makan di kedai ayam penyet kepunyaan seorg penyampai radio wanita yg terkenal oleh abg selebriti itu. (Penyampai radio tu kat KL masa kami di JB - jadi tak dapat jumpa. Kalau abg dia pergi KL dia ajak kami pergi ke kedainya di Ampang. Aku suruh dia pastikan adik dia tu ada sekali kalau kami datang ngeh 3x). Beliau dah jadi kawan aku yg agak rapat dan mungkin rakan perniagaan aku satu hari nanti. Kami meninggalkan kedai itu lebih kurang pukul 10:30 mlm apabila pasaraya tempat ia beroperasi dah nak tutup. hehehe

Sampai di hotel kami ke lounge utk minum2 (bukan mabuk2 tau) sambil berbincang dan berborak kerana selain aku, ahli rombongan aku belum pernah jumpa rakan aku ini. Dapatlah mereka lebih saling kenal mengenal. Pukul 12:30 malam baru kami balik ke bilik masing2.

InsyaAllah aku akan sambung kisah aku di JB di n3 akan datang.

33 comments:

  1. aku tak pernah makan daging pelanduk

    ReplyDelete
  2. Lepas makan nasi kami makan durian dari jenis kampung dan hutan. Lebih kurang 10 biji kami (8 org) bedal.

    iskk..isk... korang bela hantu raya ke ape! heheh


    saje komen banyak² nak lepaskan gian.lama tak komen kat sini.hehe

    ReplyDelete
  3. aku penah makan.. abah aku pi menembak kt utannn.... heheheheh

    ReplyDelete
  4. tk singgah pon ye... pueh aku nunggu mcm pungguk nunggu bulan... huhu!

    ReplyDelete
  5. 8 orang makn 10 je?
    semalam gi dgn hazwan, mesti dia dah cerita..9 biji 4 orang balun..

    best..thanx to him, dapat makan puas2 dengan RM10 je

    ReplyDelete
  6. ko beli la celcom broadband. Dalam kereta pun ko boleh update entry . Nak harap hotel puya memang camtu. aku dah tekena dah.

    ReplyDelete
  7. pelanduk?,,erk~~
    ku dgr kalau makan pelanduk b0leh jadik pandai,,betul ker?

    ReplyDelete
  8. ko mmg suka ayam kampong yer bang? huhuhu

    ReplyDelete
  9. lama x makan rusa ni

    dulu pernah makan... hasil buruan gitu

    ReplyDelete
  10. selamat kembali..ehem..trip yg membuahkan hasil tak?..hehe

    wah..lauk exotic nih..pelanduk..rusa..ermm..kenari dan kancil tadek ke? ahakkss..

    ReplyDelete
  11. rasa daging pelanduk atau napuh tu sikit-sikit macam ayam kan kan... ugh long time ago dah tak ingat... kecik2 dulu penah makan tu pun sebab jiran ayah kat kampung suka berburu bila dia dapat 2-3 ekor dia bagilah sikit tuk kitaorang merasa.

    ReplyDelete
  12. kat sini pun ada doreyan hehe

    ReplyDelete
  13. PenyuBiru,
    Penyu mana makan pelanduk? Ko makan hidupan laut sudahlah hehehe

    PenyuBiru Gian,
    sejak bila hantu raya makan durian? Kalau tak lepas makan nasik, setakat 10 biji tu aku sorang boleh habis ngeh3x

    cik konfius,
    maksud ko pelanduk? Untunglah ko dpt makan fresh and free! Kat situ semangkuk pelanduk tu RM40! huhuhu

    Teja,
    Bukan aku tak nak singgah tapi aku takde kontek ko. Berapa ramai org yg kerja kat sebelah Jusco AK tu. huhuhu

    zaren,
    bukan setakat puas aje, uncle dengar zaren sampai muntah2 hehehe

    ReplyDelete
  14. kakpah,
    Selalunya aku jarang bawak komputer sbb takut hilang. Tapi kerana sbb2 tertentu aku bawak pulak kali ini tapi takde line.

    Kat rumah dah ada streamyx jadi tak perlulah beli broadband lagi satu. fulus kurus huhuhu

    una,
    Kawan2 aku yg 7 org tu tak pernah makan pelanduk. Aku pernah jugak makan dulu2. Mungkin tulah sbbnya dulu aku pandai. Lepas ni mau pandai semula kuang3x

    Tijah,
    Ko ada supply ayam kampung ke? Jgn org panggil ko ibu ayam sudahle larikks

    kapten,
    di Sabah aku dengar mmg banyak rusa. Masa aku pergi Lahad Datu tak lama dulupun aku dihidangkan dgn daging rusa hehehe

    ReplyDelete
  15. tchersally,
    Baru bunga aje. Harap2 lepas ni ada putik dan buah. Projek jangka panjang. Hasilnya sekurang2nya 2 tahun lagi huhuhu
    (kalau jadi insyaAllah lebat!)

    Tempat tu mmg banyak makanan eksotik. Kali ni takde pulak landak dan napoh. Tapi otak lembu ada - cuma kami tak order ngeh3x

    adnel,
    Rasa pelanduk tu lebih sedap dari ayam. Dagingnya lembut dan siratnya halus yummy 3x.

    Terer jiran ko berburu! Tapi sekarang nak dpt seekor pun susah agaknya.

    zino,
    dah musim durian sekarang. Kat mana2 pun ada cuma kawan saya gian nak makan durian kampung katanya. Saya sarankan kita pegi Segamat minggu depan utk makan durian kat sana tapi dia tak boleh nak tunggu.

    ReplyDelete
  16. YB,
    Restoran Nelayan kah?Hehe tak try daging rusa or kijang?uhuhu..

    yana slalo gak mkn situ.best;)

    ReplyDelete
  17. haha...mmg muntah sebaik tiba di rumah..

    yang lain pun mabuk2..
    sebab dah makan nasi dulu..kalau tak, mana cukup 9 bijik..

    ReplyDelete
  18. Yana,
    Pandai pun Yana teka. Saja saya tak nak siarkan nama restoran tu.

    Kami makan lauk rusa hari tu tapi kijang takde. Landak pun tiada.

    Kawan2 yg tak pernah makan kat situ dah gian nak pergi lagi hehehe

    zaren,
    ala baru 9 bijik dah muntah hehehe
    Itulah sbb kami tak sebat banyak2 takut sendawa sepanjang jalan nak ke JB hari tu ngeh3x

    ReplyDelete
  19. pertama : dah lama tak jejak ke JB. Last rasanya enam tahun yang lalu.

    kedua : belum pernah makan daging pelanduk atau pun rusa.

    ketiga : masih lagi boikot kopi tu...hi hi hi padahal tak pernah minum pun.


    keempat : tak pernah makan mee rebus Stulang


    ke lima : Ini acara Jalan Jalan Cari Makan ker ???

    ReplyDelete
  20. err... bawak PC ke bawak laptop YB??

    Mee rebus? Err... kalau ganti dengan mihun buleh?? Heheheheheheh :P :P

    ReplyDelete
  21. apasal saya tau tau pun kat stulang ada mee rebus pemes. kg sendiri tu..

    kedai linda off yer...

    ReplyDelete
  22. tak mahal ke daging pelanduk? rasa nak cuba tapi takut kalo dah oder tak lalu nak makan pulak.

    ReplyDelete
  23. tak perasan plak ko takde 2, 3 hari ni... hikkkksssss
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    ayam kampung,
    durian,
    mee rebus...

    errr.. semua tu aku tak makan... makanya, selamat aku daripada menelan air liur pagi ni... :D

    ReplyDelete
  24. Wah...Makan pelanduk!

    Kali pertama makan pelanduk ni 7 tahun yang lepas...Pelanduk masak kicap.

    Hmm...teringin nak makan landak pulak la...

    ReplyDelete
  25. perut masuk angin le uncle hehe..
    tapi tu pun last2 minute..ingat dia kata SS2 wangsa maju..

    SET!

    tup2 kat PJ..haha

    ReplyDelete
  26. makan pelanduk tak ingat aku...! sedih tau! :(

    hahaha....

    ReplyDelete
  27. pB,
    1. mak oi lamanya. Last sy lawat JB sebelum ni mungkin 6 minggu lalu hehehe.

    2. Cubalah sekali. Satay rusa ada jual kat Hj Samuri.

    3.Eloklah tak pernah minum kopi tu. Penyokong kuat Yahudi.

    4.oh rugi sungguh hehehe

    5. macam tu lah lebih kurangnya. ngeh3x

    syah,
    laptop Dell XPS|M1530. hehehe

    Aku tak nampakpun ada mee hoon. Ko tak makan mee kuning ke? Jadi lain kali kena bawak mee hoon sendiri ngeh3x

    ArPeGGiOS,
    ko buat malu org JB ajelah. Selain dr mee rebus Hj Wahid yg di Kotaraya, mee rebus Stulang nilah yg femes.

    Betul kedai dia. Abg dia yg kawan aku tu lagi ensem dari Fahrin!! Tapi dah kawin hehehe

    ReplyDelete
  28. juliet,
    Mmg boleh tahan mahalnya. Satu mangkuk RM40 utk pelanduk. Rusa RM35.

    Kalau ko nak rasa tapi takut tak lalu nak makan lepas order, ko ajaklah aku. Gerenti aku tolong habiskan. Tak elok membazir ngeh9x

    kts,
    mana ko nak perasan aku takde 2-3 sbb ko pergi bertapa lama sgt.

    Aku tahu ko tak makan benda2 yg sedap2 ni. Kalau aku nak goda ko aku tayangkan donut cukuplah hikkss

    ReplyDelete
  29. Na Shari,
    lama tu tapi masih boleh ingat ya. Betul agak org kata makan pelanduk jadi pandai ngeh3x.

    Saya pernah makan landak - mmg sedap. Tapi jgn bayangkan duri2 dia tu takut tak lalu nak makan pulak.

    zaren,
    asudalaaa tak terer makan durian nak act. Ni lah jadinya! wakakaka

    tasik,
    org Melaka mana boleh makan binatang rasmi negeri? Lain kali aku ajak ko makan landak boleh?

    ReplyDelete
  30. alahai..bukan tak terer..tapi xsampai hati nak makan durian tu cantik2 isinya..

    kuning pekat, manis berlemak..
    pergh..

    tapi sedap lg mingo2 (??)

    ReplyDelete
  31. YB...
    Pelanduk?...Rusa...?

    Lama betul tk makan masakan ni.
    Dh YB cerita, kena carilah nanti. Nanti kempunan plak

    ReplyDelete
  32. bukan tak makan mee kuning, tapi tak boleh makan... heheheheh :D :D

    Err... tukar dengan spaghetti buleh?? Hahahahahah :P :P

    ReplyDelete
  33. zaren,
    Kalau mcm tu ko beli aje durian yg dlm bakul tu sbb tak berapa cantik hehehe

    Mingo2 takde perisa durian huhuhu

    ragbar,
    Kat Kuantan kat mana boleh dpt pelanduk dan rusa ni? Mungkin boleh try tempat tu kalau aku ke Kuantan lain kali.

    syah,
    ko pun banyak pantang mcm kts jugak ke?
    Spaghetti rasanya ok jugak kalau buat mee rebus tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails