Sunday, June 28, 2009

Masa Terus Berlalu . . . . .

Semalam aku, isteriku dan Adam menghantar Atikah mendaftar di UiTM Shah Alam. Haikal dan Haizam tak dapat ikut serta kerana ada sekolah ganti.

Kami sampai lebih kurang pukul 1:45 tgh. Selesai mendaftar di Kolej Melati, kami membawa barang2 ke bilik Atikah yg kebetulan di tingkat bawah.

Kain rentang mengalu2kan kedatangan pelajar2 baru ke Kolej Melati

Satu bilik 2 org. Kawan Atikah pelajar dari Kajang.

"OK jugak bilik kakak ni. Bila besar Adam nak belajar kat sinilah," mungkin itu yg cuba disampaikan oleh Adam

Bagi mereka yg kelaparan, ada gerai oleh pelajar senior yg menjual makanan dan minuman. Selain itu ada juga gerai telefon, bantal, sarung tilam dan cenderahati.

Memupuk semangat keusahawanan di kalangan pelajar

Pada pukul 2:15 ptg semua pelajar2 baru dikehendaki berkumpul utk sesi taklimat. Setelah mengucapkan selamat tinggal kpd Atikah kami pun pulang ke rumah.

Malam tadi usai solat Maghrib aku berbual dgn isteriku. Kami terasa ketiadaan Atikah setelah 7 bulan dia duduk di rumah selepas tamat peperiksaan SPMnya pada Nov tahun lepas.

Sekarang dia telah meninggalkan keluarganya sekali lagi. InsyaAllah dalam masa 4 tahun akan datang ini dia akan meneruskan pelajaran di UiTM. Selepas itu insyaAllah dia akan mula bekerja. Dan kalau ada jodoh dia akan berkahwin dan tinggal bersama suaminya.

Isteriku mengatakan begitulah kalau anak2 dah besar. Bagi mereka yg bersekolah di asrama spt Atikah dan adiknya Afifah, kami 'kehilangan' mereka lebih awal iaitu dari mereka berusia 13 tahun.

Nasib baik masih ada 3 org Muhammad (iaitu adik2 Atikah dan Afifah) di rumah. Kalau tak sunyilah rumah ini. Tapi mereka juga sedang membesar dan satu hari nanti akan meninggalkan kami juga. Masa terus berlalu ......

32 comments:

  1. begitulah..lama2 tinggal berdua je..

    ReplyDelete
  2. zaren,
    mcm tulah nasib ibubapa ni. Mula berdua kembali berdua huhuhu

    ReplyDelete
  3. hoho, dh kena duk hostel pulak... maknye dh xde org bantu kat dapo... ayhnye kena tulun la...

    aku doakan, Atikah terus berjaya... bila dh tkde baru terasa 'kehilangan' ye??? hehe... lumrah alam gitu le.

    ReplyDelete
  4. ..mcm tulah..kat sini 3 dah pergi tinggal sorang je lagi..

    ReplyDelete
  5. yg kecil akan membesar...
    tambah la yg kecil-kecil...ada la kawan sokmo!!!

    ReplyDelete
  6. haihhh....anak saya baru masuk darjah 1 pun dah terasa dia akan tinggalkan saya....rasa kalo boleh tak nak dia membesar haha

    ReplyDelete
  7. ada nada2 sayu dlm n3 ni..lantas teringat masa Sally lepas SPM dulu..bila apply ke obersi..mak siap mogok..merajuk..takut2 dapat pergi,semua gara2 sebab kakak dah pergi study di US..hmmm..bila apply local U..ada syarat pulak..mesti USM..kalau x dpt USM..tak yah masuk U..fuhhh sib baik dpt..

    mcm tu lah putaran hidup..masa pantas berlalu..walau ramai mana anak pun..satu hari tinggal berdua jugak..dan akhirnya kita semua akan 'bersendirian'..huhu..

    kalau form one dah ke asrama..mmg parents actually dah 'kehilangan' anak2..padahal time tu lah paling precious and fragile dlm hidup seorang insan..wah..sori ..terover d blog nih..hehe..

    ReplyDelete
  8. "Masa terus berlalu ......"
    memang ada nada-nada sayu...dan memang sayu! dua-dua blah punya lah. yang kat rumah satu. yang pergi pun satu. nak nak pulak kalau anak emak atau anak bapak.
    tapi uncle, UITM shah alam? dekat aje tu... :)

    ReplyDelete
  9. Tak pe la biarlah diorang menuntut ilmu kita doakan yang terbaik je untuk diorang. bUKAN jauh Shah Alam dekat je...

    ReplyDelete
  10. ..uitm je kan..boleh jenguk tiap2 minggu ape..cuma tak digalakkan balik sendiri..letih nak meredah kesesakan LRT dan komuter serta rapid huhu..

    tapi melati ni memang laluan zaren la nak ke kelas..kolej baru..senang la kalau dapat kat situ..

    ReplyDelete
  11. YB... bila dah tinggal berdua nanti buleh ler romantik lebih2 sikit huhhhu

    ReplyDelete
  12. Teja,
    Semasa ada Tikah pun ayahnya dah selalu tulun ke dapur membantu apa yg patut ngeh3x.

    Kali ni rasa 'kehilangan'nya kerana 7 bulan dia kat rumah sejak habis exam hari tu.

    zaren,
    kat sini 3 dah pergi tinggal 3 lagi.hehehe

    ONE ZABA,
    Geliga idea ko ni. Kami dah tambah Adam. Tengok jarak dia dgn abg dia 7 tahun.
    Ko jgn lupa tambah jugak hehehe

    kapten,
    Sedihlah jugak. Tapi kalau dibandingkan masa dia kat MRSM, Shah Alam ni lagi dekat. Boleh balik tiap minggu.

    ReplyDelete
  13. Ms. Lilies,
    Kalau mcm tu takde peluanglah ko nak lepaskan anak ke asrama.

    Dulu ibubapa saya pun tak kasi saya dan adik saya ke asrama tapi lepas Form 5 kami dua beradik dihantar ke USA. Menangis tak berlagu ayah saya.

    tchersally,
    Sampai mcm tu sekali? Tapi ada hikmahnya kan belajar di USM. Bukan setakat dlm ijazah tapi dpt bertemu jodoh sekali kah kah kah.

    Itu sbb kami tak memaksa kalau anak2 tak nak masuk asrama lepas darjah 6 mcm Haizam tu. Tapi bagi yg layak dan berkemahuan, kami tak sekat.

    Tak perlu sorry kerana terover. Saya suka org memberi komen dan berkongsi pandangan di blog saya ini.

    Akmal,
    Uncle teringat masa Atikah masa kecil. Dia ikut kami berpindah dari satu tempat ke satu tempat kerana Uncle bertugas di merata tempat. Lepas kami settle di rumah sekarang, dia pulak merantau - mula2 di Pendang, kemudian di Trendak dan sekarang di Shah Alam.

    SA mmg dekat kalau dibandingkan dgn tempat tawaran lain yg dia dpt spt di Arau, Cendering atau Kuantan. hehehe

    adnel,
    kami mmg mendoakan yg terbaik utk mereka demi masa depan mereka juga. Semalam kami cuma mengenang nasib kami di masa akan dtg apabila anak2 sudah dewasa huhuhu

    ReplyDelete
  14. zaren,
    Kawan dia bagi tahu kalau nak balik lebih senang ambil bas sampai ke KL Sentral dan dari situ naik LRT terus sampai rumah. Kalau naik komuter, lambat.

    Zaren lalu Melati sbb itu kolej aweks kan? wakaka

    NL,
    takkan nak tunggu tinggal berdua baru nak romantik lebih2 sikit? Sekarang pun boleh. ngeh3x

    ReplyDelete
  15. Huhu..teringat masa muda2 dulu...study di Applied Science.. asrama chempaka.. Dulu tak de kolej melati.. barulah tu..

    Tahniah kepada Atikah.. belajarlah rajin2, nak! Macam makcik dulu, ekekeke....

    ReplyDelete
  16. kayteeze,
    Saya harap Atikah akan baca pesanan ni.

    Ko dulu pun belajar di UiTM jugak rupanya.
    Kolej Melati tu kolej baru.

    ReplyDelete
  17. hahaha sukalah statement , kalau nak romantik , sekarang pun boleh .
    takyah tunggu anak besar and pergi jauh .

    wah.. itupun dah mengoda !

    ReplyDelete
  18. LiNda,
    :)

    rajin awak baca komen2 tu ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  19. Itu la yang terbaik untuk anak2...

    Ini lah permulaan diorang untuk membalas balik segala penat jerih ibu ayah membesarkan diorang dulu... :)

    ReplyDelete
  20. takper YB
    mungkin 4-5 tahun lagi dapat menantu dan cucu pulak. meriah balik dengan kehadiran ahli keluarga baru

    ReplyDelete
  21. shah alam-keramat taklah jauh mana. Kalo saya ada lalu kat itm buleh saya jenguk atikah,hehehe.

    ReplyDelete
  22. mak and abah aku pon slalu ckp gitu.. seb bek skang aku dah duk penang.. tetiap mgu blk kg... :)

    ReplyDelete
  23. huhu,... hrp ibu bapa aku tak berdua nnt...... hrp2 ade cucu yg menemani.. ehehe

    ReplyDelete
  24. anak2 tak kat umah.. leh la dating cam dulu2... hehehe

    ReplyDelete
  25. tapi kalu peak hour, mana2 pun sama lambat..lmbat journey n lmbat nk tggu bas jalan..naik rapid u80 rm2..

    xlah,alu situ psl mkn kat DC sebelah tu..xminat la budak2 baru huhu..yg matang2 baru bet..

    ReplyDelete
  26. nak kena tambah adik2 atikah dan afifah kat rumah tewww.. ekeke

    ReplyDelete
  27. Mr.YB ok lgi masih ada anak2 kecil & tinggal serumah...mak sy dulu sorang2 je lps ayah takder,ank2 semua pompuan dan ikut laki masing2...sb tu sy putuskan nk keje kat kampung then dpt tinggal ngn dia...klu tak makan pun suka hati dia jer...klu rasa taknak mkn tak makan...tp skrg dia dah ok sb cucu pun sorang tinggal ng dia. Org tua ni dia cpt kesunyian.

    ReplyDelete
  28. Salam


    ala bukan jauh pun .....

    ReplyDelete
  29. Setakat Shah Alam, bukannya jauh mana pun YB...

    Err... YB, takpe, sudah-sudahlaa... Jangan tambah lagi... Nanti kasihan anak-anak masih kecil, tapi ibubapa dah takde... Uhuks~

    ReplyDelete
  30. YB,
    sy sekeluarga mmg bersekolah asrama, tp percayalah, ini hanya transisi, abih pengajian kami, kami pulang ke pangkuan keluarga.

    syukur, walaupun kami diasing²kan semasa belajar, selesai pengajian, kini kami lebih menghargai parents kami.

    ReplyDelete
  31. sebenarnya masa bersama antara kita dgn anak2 tak lama kan...?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails