Sunday, May 24, 2009

Kalau Nak Buat Amal Jgn Tunggu Lepas Pencen

Saya menghadiri mesyuarat agung tahunan masjid di kariah kami pagi tadi mewakili surau di taman perumahan saya. Ada 12 buah surau yang bernaung di bawah masjid ni. Majlis telah dirasmikan oleh wakil rakyat DUN kawasan ini. Di dalam ucapannya YB ADUN memberitahu mulai tahun ini kerajaan negeri menetapkan umur maksimum bagi nazir atau AJK masjid seluruh Selangor ialah 60 tahun. Dengan itu, nazir sediada iaitu Ustaz Salleh yg juga jurunikah bagi kawasan kami terpaksa melepaskan tanggungjawab kepada org yg lebih muda. Walau bagaimanapun, beliau akan terus menjadi jurunikah. Sesiapa yg berhajat mendapatkan khidmat beliau boleh terus berhubung dgn beliau. Penting tu! ngeh 3x

Saya lihat yg hadir hari ini kebanyakannya yg dah berumur malah ramai yg dah pencen. Mungkin inilah antara sumbangan mereka kepada masyarakat di usia senja dan sementara mereka masih hidup ni. Melihat mereka, saya tiba2 terasa muda hehehe

Kita hidup ini bukan setakat utk diri sendiri dan keluarga. Kalau dapat, hendaklah kita menyumbang kepada masyarakat dan agama sebagai saham kita untuk Akhirat. Tetapi mungkin kerana kesibukan kerja dan aktiviti lain, ada di antara kita beranggapan untuk melakukan kebaikan ini setelah kita bersara. Dengan arahan baru dari kerajaan negeri, eloklah kita mula lebih awal. Tanpa arahan ini pun perkara baik tak elok ditunda2 kerana kita tak tahu bila kita akan dijemput pulang.

29 comments:

  1. hmmm

    betul tu

    orang muda sibuk dengan aktiviti dunia

    aku ler tu

    ReplyDelete
  2. hehe nak tanya. khidmat jurunikah tu untuk diri sendiri ke untuk anak.
    kalau tuk sendiri alamat tak cukup tanahlah berlari kena kejau bini wakaka....

    ReplyDelete
  3. ye betollll.... hidup YB!!!! klu nk buat amal jgn pilih2 pulak... biya same rata same rasa... jgn dok bantu ibu tunggal je, kacau bilau nnt... hehe

    ReplyDelete
  4. yeay! no 5!!peh ni br comment!

    ReplyDelete
  5. YB,
    tu la kan..kita ni selalu fikir 'ahhh..muda lagi..nantilah'..semua nak postpon lepas pencen..cewahhhh..mcm tau bila nak arwah..hikksss..

    ReplyDelete
  6. Saya pun masuk dalam golongan yang lalai...huhuhu

    ReplyDelete
  7. TMFH,ko tunggu aku buat apa? Ko proceed aje hehehe

    kapten,Dunia dunia jugak, akhirat kena usaha jugak. Kita tak tahu bila kita mati. Sekadar mengingatkan diri saya sendiri huhuhu

    kakpah,Khidmat tu biasanya utk yg ada anak dara yg nak dinikahkan di kariah kami ini. Tapi masa ucapan penangguhan, Ust Salleh ada menyebut siapa nak khidmat utk yg no 2 atau 3 pun boleh jumpa dia!
    Bukan saya cakap tapi beliau yg bagi jalan muahaha

    soca,Betul kita kena membantu semua yg memerlukan. Tadi timbul isu kutipan utk anak2 yatim yg tidak habis dibelanjakan kerana dpt sumbangan banyak tapi anak yatim kawasan ini tak ramai. Kalau nak bantu yatim kematu mcm aku ni adalah hehehe

    tchersally,cian setakat dpt no 5. Saya jadi pengomen no1 dan no2 kat n3 sally sekejap tadi. Boleh dpt hadiah ni hehehe

    tchersally lagi,Mmg kita tak tahu bila nak aruah. Yg sedihnya walaupun umur panjang dah pencen tak buat amal jugak ngeh3x

    ~O~,Itulah sbbnya kita disuruh pesan memesan di dalam perkara kebaikan ni.

    ReplyDelete
  8. "....Melihat mereka, saya tiba2 terasa muda hehehe...."

    Mesej: Pergilah Masjid selalu, supaya sentiasa rasa muda.


    Sungguh!!!

    ReplyDelete
  9. ckLah,Kalau pergi surau aje sentiasa rasa muda jugak tak?
    Saya bimbang kalau semua org ke masjid, surau kami pulak kosong. Sungguh.

    ReplyDelete
  10. haaaa ada pun tuan umah... igtkan tadi schedule posting heheehe


    goment pencen 55... AJK masjid pencen 60,
    jadinya tok kadi jer yang tak pencen sampai bila2 hmmmmmmmmm menarik!

    betul tu tambah saham untuk akhirat... lagi menarik

    YB kata tetiba rasa muda... hmm
    pun menarik jugek... minum T.ALi sikit dah panas... Haikal minum rilex jer.... haih......

    ReplyDelete
  11. betul tu.. lakukan dengan kesempatan yg ada tak perlu tangguh...

    ReplyDelete
  12. salam...satu peringatan yg baik bagi org2 muda spt saya ahahaa...tapi katsurau tu byk sangat politik...berebut kuasa la...nak tunjuk pandai la...songlap duit la...kekadang niat nak membantu memajukan surau kawasan pun terbantut...malas nak terlibat

    ReplyDelete
  13. hehe... ye le tu YB, org da kawen pon kira anak yatim jugak ke?? yatim kematu tu btol laaa...

    ReplyDelete
  14. nak buat kerja amal, tak payah kena tunggu arahan baru nak beramal...beramal bila2 masa yang mampu berbuat demikian...

    tapi tu la...orang gomen ni...madang sibuk dengan tugas hakiki...kang tak berasap dapur!

    ReplyDelete
  15. bang. kalu aku pegi masjid tu misti ko dah tak rasa muda lagi...

    sbb aku lagi muda trang tang tang..

    ReplyDelete
  16. Aku rasakan...
    Orang lelaki Jawa memang rajin ke Masjid/Surau setiap kali masuk waktu. Dari pemerhatian aku sajelah...jangan ada yang marah aku pulak... sbb aku membesar dlm klgn para lelaki Jawa. Skrg kena bercampur dgn yg bkn Jawa....memang lain sikitlah...

    -xiiinam-

    ReplyDelete
  17. hmm buat baik sementara masih ada kesempatan kan, mati tak kira muda ke tua huhu

    ReplyDelete
  18. TMFH,Saya jarang buat scheduled n3. Kebanyakan citer terkini dan sensasi (ayat perasan).

    Gomen sekarang pencen 58. Jadi kalau nak jadi AJK masjid sempatlah 2 tahun aje. Tok kadi tak pencen2 jadi kenalah buat baik dgn dia hehehe

    Saham Akhirat penting kerana di sana tak berguna harta dan pangkat dunia.

    Saya rasa muda kerana kebanyakan yg hadir mesyuarat pagi tadi dah berumur. Saya tak membandingkan kekuatan fizikal atau kekuatan lain ngeh3x.

    zino,Rebut 5 perkara sebelum sampai 5 perkara.

    arsaili,wsalam.
    Inilah cabaran kalau ada yg campur adukkan politik kepartian dan kepentingan peribadi atau kumpulan dgn urusan keagamaan. Tapi kita kena hadapi dan tangani dgn sewajarnya dan jgn lari dari cabaran ini.

    soca,Ramai sgt yg nak mengaku jadi anak yatim kerana nak dapatkan bantuan. Yatim kematu rasanya tak layak hehehe

    sonata,Nak beramal mmg tak perlu tunggu masa. Nak menyumbang kpd masyarakat dan agama juga tak perlu tunggu tak bz.

    Ada org sanggup menghabiskan banyak masa utk hobi tapi tak ada masa utk kerja2 amal jariah. Sayalah antaranya tu huhuhu

    Tijah,Kalau ko ada pagi tadi lagilah aku rasa muda sbb makcik2 yg dtg tu ramai yg dah monopous wakaka

    ckLah,ko kena spam lagi ke sampai kena pakai yg tak bernama? Cian.

    Aku sokong pendapat ko tu. Hidup Jawa!

    psst - bagi anak2 dara yg nak cari pasangan jgn lupa cakap ckLah ni hehehe

    ReplyDelete
  19. Cinta Cukulet,Hisablah diri sebelum kita dihisab. Rasanya kalau kita mati malam ni cukup tak amal kita? Aku takuuuuuut

    ReplyDelete
  20. hehehee citer2 YB mmg sensasi apalagi yang ada tajan power root itu hahahaaa... saya oun jeles!

    oh... dah jadi 58 ker baru buleh bersara... saya bukan kerja ngan gomen pun heheh

    klu kekuatan lain tu... oohhh ermmmmmmmmmmm... tak per saya tak nak tahu lebih2 hehehe

    ReplyDelete
  21. Memang pun YB, masa saya keje dulu lansung takder masa, kalau ada pun masa, letihlah pulak. Tapi sekarang ni dah pencen, banyak sangatlah pulak masa!

    ReplyDelete
  22. mungkin afdalnya amal tu lebih sikit bila dibuat lepas pencen kott??...aduss...mcm2

    ReplyDelete
  23. me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih.. salamm abang yb ittewww

    ReplyDelete
  24. TMFH,Sapalah saya nak tulis citer2 sensasi? huhuhu
    Bagus jugak kalau ada penaja. Apakata ko jadi aku punya manager utk cari penaja. Utk permulaan ko tunjukkan n3 aku yg hari tu ke skyt yg buat minuman yg jadikan aku panas tu.

    Kakitangan awam sekarang pencen 58. Mungkin lepas ni 60. Lepas tu 65, 70, 75. Kira kerja sampai padam lah ngeh3x (jgn marah wahai penjawat awam)

    tattibau,Biasalah org kerja - terkejar2 dari pagi sampai senja kadang2 sampai malam. Hujung minggu sibuk urusan keluarga.

    Kalau dah pencen atau kerja sendiri mcm saya ni, banyak masa. Jadi kita kena gunakan sebaiknya kerana itu modal kita utk akhirat.

    nahmy,Lepas pencen boleh fokus utk buat amal, agaknyalah. Tapi takut tak sempat pencen huhuhu

    en_me,Kita semua ada kelemahan dan kekurangan. Yg penting kita menyedari hakikat ini dan cuba membaiki diri. Salam buat me jugak.

    ReplyDelete
  25. laaaa... maksimum umur 60??
    jawabnya takde AJK masjid la kat umah aku lps ni..
    semuanya veteran2..


    errr... tapi ok gak.. ambik yg muda2..
    ramai la ank dara yg rajin ke surau lepas ni... hikkkksss


    pssstt... kirim slm perkenalan pada Ustaz Salleh eh :D

    ReplyDelete
  26. untuk jadi manager YB no hal nyer hehee... nanti saya try ushar power root dan super power nyer CEO huhuhu

    klu lah betulkan YB kuar kat tv jadi jucakap product tu hehehehee

    tag line dia mesti TIAP TIAP MALAM PANAS! heheheheheee

    ReplyDelete
  27. kalu sempat pencen takper..takut plk nanti belum sempat pencen dah selamat...camno tu hehehehe

    ReplyDelete
  28. oit mana buleh bagi si liza tu last heheheehee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails