Monday, May 4, 2009

Birthday Dinner

Sempena harijadi Haikal yg ke8, kami sekeluarga telah pergi makan malam di sebuah restoran steamboat & BBQ di Melati Utama yg terletak di tepi MRR2. Restoran milik pengusaha bumiputera.

Kebetulan semua anak2 saya ada di rumah hujung minggu lepas. Hazwan sedang cuti sem (hari ni dah mula short sem yg baru), Atikah masih belum memulakan pengajian di IPTA (alhamdulillah dah dapat tawaran dari UPU dan matrikulasi - terpulang kpd dia nak pilih yg mana lebih sesuai) dan Afifah balik dari MRSM kerana cuti Hari Pekerja.

All in the family. Gambar saya takde pulak. Eh blogger mana suka letak gambar mereka kan? Ada yg tunjuk separuh badan/muka, ada yg letak gambar kartun, ada yg letak gambar anak. Jadi saya pun nak buat mcm itulah.

Ini anak2 bujang saya. Semua baju hitam kecuali Adam

Ini pula anak2 dara saya. Dua2 pakai tudung hitam

Adam dan ibunya (juga berbaju hitam) di tempat memilih makanan

Sebahagian ahli keluarga saya sedang sibuk memasak utk makan malam. Bayar mahal2 kena masak sendiri hehehe

Tak cukup air limau satu jug, milo segelas dan air masak mati, order pulak ais krim soda cap ayam ni. Abaikan gambar org yg cuba enteframe tu

Alamak dah kosong restoran. Patutlah dah pukul 11:30 malam. Perut dah kenyang jom kita balik. Birthday Haizam bulan depan kita pergi makan lagi!!

36 comments:

  1. ingatkan takdok gambor langsungg.. ammvoiii abang yb interframe ghiteww

    ReplyDelete
  2. en_me,mmg ingat taknak letak gambar langsung tapi takut ada yg rindeww hehehe

    ReplyDelete
  3. anak sudah 6...
    wife pun sweet...

    aaa...

    akak...tijah akan tolong akak pantau yb yer. ikhlas nih. kalu dia nakal2 kat blog nanti tijah report akak okie???

    hehehehee...
    tijah @ space cop gaban

    ReplyDelete
  4. kata tanak entepremmm.. entepremmmmmmmmmmmm jugookkk!! heheheheh

    ReplyDelete
  5. Tijah,anak masih sorang...
    suami pun hensem ...

    aaa

    carl... aku akan tolong ko pantau tijah yer. aku pun ikhlas nih. kalau dia nakal2 kat blog nanti aku report kat ko okie???

    hehehehehe
    YB @ space cop gaban

    laa satu dept rupanya kita tijah
    ngeh 7x

    cik konfius,aku nak tunjuk botol ais krim soda tu. Sapa suruh ko tengok gambar org sebelah belakang tu hehehe

    ReplyDelete
  6. Waaahhh..pasukan All Black nih..Happy Bday kpd bday boy!!!

    Nyum..nyum..steamboat & BBQ..

    ReplyDelete
  7. Restoran Tok Sabak yer? Rasa2 macam nak tegur tapi takut salah org :D Saya mkn kat nasi lemak antarabangsa.

    ReplyDelete
  8. Saya selalu inteprem muka saya haha..tak kisahlah.

    Untuk yang sambut besday. Happy besday.

    ReplyDelete
  9. makan ramai2 camni mmg best...

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah...harmoni kehidupan berkeluarga tu..

    ReplyDelete
  11. kalau seamboat saya lebih suka fresh meat and fresh veggies berbanding bebola-bebola itu suma... Hihihihihihih :P :P

    Dah lama gile tak makan stimbot & BBQ... Last time cuma stimbot saje tanpa BBQ... Takpe, sok-sok saye buat BBQ... Hihihihihih :P :P

    ReplyDelete
  12. tchersally,mengembalikan kenangan semasa majlis perpisahan saya dgn rakan2 di Genting Highlands tidak lama dulu. Masa tu kami pakai baju hitam hehehe

    juliet,tajam mata ko! kenapa tak tegur?

    Ko makan dgn sapa kat NLA tu? kts ke?

    Water Lily,lain kali saya bolehlah belajar teknik inteprem yg berkesan dari awak.

    Mx.Lilies,makan ramai2 bayar sorang2 huhuhu.
    Tapi tak mengapa, asalkan semua hepi.

    ReplyDelete
  13. sat sat nak tenyeh mata ...
    eeehhh gambr tuan punya blog ada la... mata sy silap ker?

    ReplyDelete
  14. nahmy,antara nikmat hidup berkeluarga di dunia ini.

    syah shah,kami lebih suka udang dan sotong. Malam tu takde ketam huhuhu

    bila ko nak buat BBQ jgn lupa panggil kengkawan termasuk aku ya? nnt aku bawak lah apa yg patut hehehe

    Dreambusterz,sekali sekala makan bersama seisi keluarga mestilah meriah hehehe

    kuIna,dah bangun tido ke? Maklumlah penat bercuti di Pangkor.

    Ooh dah bangun . . . sbb boleh nampak tuan blog dlm gambar hehehe

    ReplyDelete
  15. hoho...sekali sekala enteprem apa salahnya..tuan punya blog pun nak glemer gak hehehee

    ReplyDelete
  16. eh itu bukan gambar YB ker

    hehehe

    ReplyDelete
  17. lar silap ruang komen lerrr

    ReplyDelete
  18. Cinta Cukulet,aku takut nanti org kata aku giler glemer. Lain kali nak low profile aje lah.

    kapten,gambar pekerja kedai tu kot? hehehe

    pB,ko nak komen apa sebenarnya? jgnlah segan hehehe

    ReplyDelete
  19. err... jangan bawa air kosong lagi sudahlaa... Hahahahahah :P :P

    ReplyDelete
  20. tektik seorang blogger...kata xmo inteprame ..tp TERinterprem secara x sengaja.....kamu x sengaja kan incik YB?...ahaks

    ReplyDelete
  21. pakai kaler hitam memang di rancang atau secara kebetulan..

    ReplyDelete
  22. keluarga besar makan pun kn besar ya tak?....moga bahagia sokmo ngn famili...

    ReplyDelete
  23. arh arh arh arh... eh, naper aku gelak ek.

    eehhheemm, selamat hari jadi buat anak YB

    p/s: sebab yb enterprame jugak...ahaks.

    ReplyDelete
  24. boleh le pegi makan tiap bulan ke sana tu hehe...

    nampak macam meriah je tempat tu.. nak juga menerai.. hehe

    ReplyDelete
  25. syah shah,aku bawak hotdog boleh? Nak bawak ayam kts tak makan ayam - takut dia kecik hati sekecik hati ayam hehehe

    kts - jgn marah kalau ko baca ni. Ko nak bawak apa?

    INTAN,pandai ko. mmg aku tak sengaja (tolong jgn percaya) hehehe

    ArPeGGiOS,hitam mmg dirancang cuma Adam belum ada baju hitam. Ada ke pakaian baby warna hitam?

    shaliza,keluarga besar = makan besar = belanja besar huhuhu

    Mak Su,saya suka gelak Mak Su kali ni. Ada kelainan keh keh keh

    zino,kami cuba cari tempat makan yg berbeza setiap kali utk kelainan.

    Kalau zino nak try tempat tu elok jugak. Tak susah nak cari tepi MRR2 selepas stesen Esso yg baru bukak tu.

    ReplyDelete
  26. hahhahaaa...

    mana aciii!

    walupun kita satu dept. tapi motto adalah berlainan.

    takde..takde...

    sila tulis komen lain. hahahha

    ReplyDelete
  27. huiii, sonok btl aku tgk org gi mkn2... malaysia mmg mewah, tp aku konpius ngan botol yg ade kat dpn tu... jgn ade mabuk2 darat udah le.. ngeeeeee!

    ReplyDelete
  28. amboi meriahnya....lupa orang kiri kanan! hepi besday...mai melaka lak...ramai "anak2 sedara" sambut besday akhir2 bulan / awal2 bulan...pandai pilih tarikh!

    ReplyDelete
  29. Tijah,ko takut aku report kat abg carlos ko ke? Jgn risaulah aku tak buat nyanya kat kawan satu dept hehehe

    soca,makan sementara kita boleh makan!

    air tu ais krim soda dlm botol oren kampung. Masa aku kecik dulu, mana mampu nak beli coke, fanta atau F&N. Jadi 'oren' kampung mcm nilah yg jadi pilihan. Jamin tak mabuk.

    ReplyDelete
  30. sonata,dah semua ada kat rumah - meriahlah.
    pandai sonata buat planning tarikh lahir anak2. Senang sekali sambut. hehehe

    ReplyDelete
  31. Amboiiii...YB ader jgak yerr... Ingatkan betul2 tak nak tunjuk gambor tadi. Mcm Kirana kat blog tunjuk gambor katun jer.. Maklum le misteri. Jemput le ke blog Kirana. Ade entri baru tau! Lama YB tak dtg menjenguk....

    ReplyDelete
  32. kirana,bukan nak masuk sgt tapi dah semua ahli keluarga ada dlm gambar, rasa rugi pulak kalau tak mencelah hehehe

    ya la. lama tak ke sana. Dah terlupa jalan sbb jauh sgt nak ke Swak tu. Tadi dah singgah kejap. Sempat jumpa nenek kirana. Dia kata nak bagi hp kirana kat saya biar kirana tak main game aje hehehe

    ReplyDelete
  33. dari mula masuk, ramai...sampai takde org...lamanya korang melantak, bang!..ha ha ha

    (aku konfius, mana haikal, mana adam..ha ha ha)

    ReplyDelete
  34. one happy family at restaurant :D

    haikal,
    nasib akak tak ikut...
    klu tak, mmg akak terpinggir... steamboat tu mmg bukan selera akak... hikkkssss
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    aku cuba jd komentor yg terakhir :D

    ReplyDelete
  35. Cikgooden,dah alang2 bayar makan biar puas. Sebenarnya masa kami nak balik tu ada satu lagi keluarga baru sampai. Malam minggu restoren to tutup pukul 12:30 malam.

    Haikal yg abg berumur 8 tahun pd 2/5/09. Yg hang lukis kartun tu lah Haikal. Adam Hakimi yg kecik sekali. Baru genap 8 bulan hari ni.

    kts,alhamdulillah, nikmat Allah memberi kebahagiaan kpd kami. Semoga kekal hingga akhir hayat.

    Kalau ko ikut ko tak terpinggirlah. Emak Adam dan anak2 dara aku kan ada. (aku pun ada hehehe). Kalau ko tak makan steamboat ko boleh makan nasi goreng dan telur BBQ. Maaf donut takde kat situ.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails