Saturday, April 4, 2009

Rezeki Elok Dikongsi Bersama

Alhamdulillah kebanyakan dari kita di Malaysia ini hidup dalam keadaan selesa jika dibandingkan dgn mereka di tempat lain. Menginsafi hakikat ini, AJK dan ahli jemaah surau di tempat saya telah mengadakan kutipan derma utk membantu saudara2 Islam kita di selatan Thai.

Pada malam Jumaat yg lepas sebanyak RM999 telah berjaya dikutip dari ahli jemaah. Pihak surau pula telah mendermakan sebanyak RM1000 dari dana surau bagi pihak ahli kariah yg telah menderma ke tabung surau utk disampaikan kpd anak2 yatim di sana.

Satu majlis ringkas telah diadakan di surau kami pada malam Jumaat yg baru lalu. Dua org wakil dari Tarbiah Anak2 Yatim Kampung Kue, Naratiwat telah hadir. Salah seorg dari mereka telah memberi sedikit penerangan tentang keadaan di sana. Di rumah anak2 yatim tersebut terdapat 100 org anak2 termasuk yg kehilangan ayah atau ibu kerana dibunuh oleh musuh2 Islam. Perbelanjaan harian mentadbir rumah kebajikan tersebut mencecah 3000 Bath. Mereka tidak ada sumber kewangan yg tetap dan sangat berharap kepada derma ikhlas saudara2 Islam mereka termasuk dari negara kita. Untuk jangka panjang mereka juga bercadang utk membeli sebidang kebun getah utk dijadikan sumber tetap. Itupun bergantung kpd sumber kewangan atau wakaf dari insan yg perihatin.

Wakil dari rumah anak2 yatim sedang memberi sedikit penerangan

Setelah mendengar taklimat tersebut, ada lagi jemaah yg terbuka hati utk menyumbangkan bantuan kewangan. Pihak surau akan mengadakan kempen mengumpulkan pakaian terpakai utk disumbangkan kpd rumah anak2 yatim ini. Kepada yg ingin berbuat demikian bolehlah dihantar ke surau atau menghubungi mana2 AJK surau.

Pengerusi surau menyampaikan cek sebanyak RM2210 kpd wakil dari rumah anak2 yatim

11 comments:

  1. kesian dorng kan..
    nasib kiter baik la sbb negara kita aman damai huhu..

    ReplyDelete
  2. tangan yg memberi lebih baik dr tangan yg menerima..alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. ie3za,
    menurut wakil mereka yg datang malam tu, takde masjid yg air cond di Selatan Thai. Di Msia itu sudah biasa hatta surau pun ada yg ada air cond (mcm surau kami). Sayangnya masih berat org nak datang solat berjemaah huhuhu

    Rozita,
    alhamdulillah kerana kita diberi berbagai kemewahan olehNya.

    syah shah,
    kalau ko ingin menderma, saya boleh bagi no akaun Maybank mereka. Baru saja mereka buka di cawangan stesen KTM Khamis lepas. Kalau nak melalui saya pun boleh. Kerja baik takpe kita bantu membantu.

    ReplyDelete
  4. dalam rezeki kite, ade bahagian mereka...
    bersedekahla...

    ReplyDelete
  5. insyaAllah, derma yang disumbangkan oleh penduduk setempat area uncle akan dinilai oleh Allah.
    orang islam kat selatan thai memang terseksa hidup mereka. syukur, kita kat malaysia ni tak perlu lalui semua kesusahan tu. tapi jangnla pulak kita leka.

    ReplyDelete
  6. Chekgu BH,
    acapkali kita lupa bahagian mereka yg di dlm rezeki kita kerana kita dikaburi cita2 mengumpul harta menggunung. Tidak akan berkurangan harta kerana bersedekah.

    Akmal,
    Mungkin Akmal telah melihat sendiri keadaan mereka yg daif itu. Menurut beberapa org jemaah yg berkesempatan ke sana, mmg hidup mereka amat susah. Makan nasi tidak berlauk kecuali sayur kangkung yg dikutip di tepi parit.

    ReplyDelete
  7. rakyat malaysia ni pemurah.

    pernah satu masjid kat kg pakcik aku kat kedah, dapat derma satu cek kosong.masa tu bulan pose. AJK masjid umumkan masa solat jumaat. aku tak pasti baper amaount ajk masjid nak taruk kat cek kosong tu.

    ReplyDelete
  8. PenyuBiru,
    org yg beri cek itu sungguh ikhlas. Alhamdulillah masih ada org macam itu di kalangan masyarakat kita walaupun yg tahi hidung masin pun ramai jugak hehehe

    ReplyDelete
  9. semuga segala usaha murni akan mendapat balasan dari Nya... amin..

    ReplyDelete
  10. zino,
    hidup kita perlu bantu membantu. InsyaAllah kalau hari ini kita membantu saudara kita, satu hari nanti akan ada org lain membantu kita di saat kita perlukan bantuan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails