Sunday, April 26, 2009

Misteri Ikan Puyu

Kisah ini terjadi beberapa bulan lepas.

Jiran sebelah rumah saya menjemput saya dan beberapa lagi jiran2 di lorong kami dan juga dari taman perumahan kami ke rumah beliau untuk menikmati sup tulang. Kami datang lepas Isyak. Kebanyakannya datang suami isteri kecuali saya yg datang seorng diri kerana isteri saya menjaga Adam yg sedang tidur. Nak bawa Adam pun tak selesa kerana dia masih bayi ketika itu.

Kami pun makan sup tulang (gear box) dan hidangan lain. Tujuan tuan rumah utk merapatkan silaturahim. Amalan yg baik dan selalu diamalkan oleh penghuni lorong kami.

Sambil makan dah tentu kami bercerita. Entah macamana salah seorg jiran saya memberitahu kami dia menjumpai seekor ikan puyu di hadapan rumahnya tengahari Jumaat sehari sebelum itu. Dia cuak kerana tak tahu dari mana datangnya ikan puyu tersebut. Dia bimbang kalau2 ada org iri hati atau berniat tak baik kpd dia atau keluarganya. Dia seorg caterer yg boleh dikatakan berjaya juga. Org kita ni selalunya tak senang melihat org lain senang. Dan antara cara jahat ialah menggunakan ikan puyu! Tak pernah pula saya dengar tapi kalau tak semena-mena ada ikan di darat, ada logiknya. Nasib baik belum nampak perkara tidak baik menimpa keluarganya.

Org2 yg hadir mula membuat berbagai spekulasi!

Apabila balik ke rumah saya ceritakan perkara ini kpd isteri saya. Dia tersenyum sambil berkata, "la, kat situ ikan puyu tu! Bibik basuh balang ikan tengahari Jumaat tu rasa seekor dari ikan2 kami terlepas masa dia bersihkan balang tu."

Kisahnya. Ikan kamilah tu. Patutlah saya tengok macam dah kurang ikan dalam balang tu. hehehe


Semalam saya membasuh balang itu lagi. Bibik sedang bercuti di kampungnya. Selalu pun kami basuh sendiri kecuali pada hari kejadian tersebut.

Balang berisi ikan yg terdapat di rumah kami

37 comments:

  1. haha,,,
    sy 1st!,,
    ikan puyu klu wat goreng pon sodap

    ReplyDelete
  2. muehehehehehehe
    muehehehehehehe

    izinkan aku gelak..


    pagi2 yg indah ni, aku dah berguling2 ketawa... tolonglaaaaa..



    muehehehehe.. muehehehehehe..

    ko tau tak nape aku gelak sgt??

    sbb aku tau bgmana ikan puyu tu tak selesa duk 'umah'yg ko sediakan... lain kali, bg la istana... kompem dia tak lari...



    muehehehehe... ikan puyu.. ikan puyu..




    pssssttt... org kita bukan je tak boleh tgk org senang, tapiiii..
    mudah bersangka buruk juga...


    :P

    ReplyDelete
  3. iwak puyu...
    goreng pun enak..








    pendek?
    err...KTS dah tuliskan panjang2 utk kakak dia...he..he..

    ReplyDelete
  4. una210,tahniah! tak sangka dpt jugak una jd no. 1 akhirnya.

    kalau dah dibela lama, tak sampai hati nak buat lauk huhuhu

    kts,gelaklah ko puas2. Ikan puyu tu pun tak kisah.
    Masa mula2 ditangkap di parit dulu ikan tu berwarna gelap. Lepas aku bela dah cerah dan ensem hehehe.
    Selain tu aku letakkan ikan bandaraya utk menjalankan peranan IWK. Tak untung ke ikan puyu aku walaupun tak duduk istana.

    Esok insyaAllah aku citer tentang istana ikan yg baru aku pindahkan dari rumah lama ke rumah sekarang. Ko nak dermakan ikan tak?

    ckLah,doyan po ckLah mangan iwak betuk goreng? Nek arek kaynay tak kae' rong ekor

    (sapa tak faham boleh mintak ckLah terjemahkan hehehe)

    ReplyDelete
  5. shaliza,eh apasal semua org yg komen kata ikan puyu goreng sedap? Betul ke sedap sbb saya tak pernah makan ikan puyu?

    ReplyDelete
  6. orang kata puyu baik untuk di bela...nak elak org niat jahat...

    ReplyDelete
  7. Hahahahah buat suspen orang ajelaa ikan puyu YB tuh... Kih kih kih kih :P :P

    Ikan puyu tu siang-siang, pastu bakar cicah kicap ngan cili makan sama nasik panas-panas pon sodapppp... Ikan sepat pun sedap gak wooo buat cenggitu... Hik hik hik hik :P :P

    ReplyDelete
  8. haha....tulah cepat sangat manusia buat telahan

    ReplyDelete
  9. Salm YB,
    Saya ikut ketawa macam KTS dan setuju sangat dengan komen dia yang lain2 tu. Haha..hehe..hahe...

    ReplyDelete
  10. aih!!! main sambung2 buat n3 binatang plak dah.

    hikhikhik

    ReplyDelete
  11. Ooo....tak pernah pulak dengar cerita ikan puyu ni diguna utk buat kat orang... hmmm..

    Yang Tie tahu, ikan puyu ni boleh halang pukau, sebab ia tak tido... entahlah..

    Kalau nak ikan puyu, kat rumah tie di klate ada kolam ikan puyu..haruan pun ada, he he..

    ReplyDelete
  12. kita ni memang suka buat spekulasi kan ;)

    ReplyDelete
  13. iwak betuk ke iwak betek?





    nek wes digawe iwak gereh barulah aku doyan....orak biso ngeleq iwak sungi....amis..he..he

    kat rumah ni pun ada sekor dalam balang...jumpa di halaman rumah masa hujan lebat..

    ReplyDelete
  14. ~O~,saya pun dengar mcm tu. Utk mengelakkan kena pukau pasal ilmu pukau tak lut kalau ada makhluk di rumah yg nak dipukau tak tido. Ikan puyu kan tak tido sbb takde kelopak mata hehehe

    syah shah,dah mendiang dah ikan yg buat saspen tu.
    Lain kali kalau ikan puyu aku hilang aku tahu sapa aku nak carik - ko lah hehehe

    Cinta Cukulet,dia takut ada org hasad dengki kat dia. Itu baru nampak ikan puyu, kalau nampak garam jantan atau beras kunyit mesti panggil bomoh nak counter attack hehehe

    Zabs,Wsalam. kts mmg pantang ada peluang nak kenakan saya. Sekarang dah ada penyokong makin semangatlah dia hehehe

    Tijah,takkan ko jeles kot Tijah. Ini semua kebetulan. (eh mungkinkah suratan? ngeh3x)

    Tie,saya pun baru dengar malam tu!
    Nak mintak ikan puyu Tie jauh sgt lah. takut mati dlm perjalanan hehehe

    kapten,itulah kelebihan org kita hehehe

    ReplyDelete
  15. ckLah,dua2 istilah pun boleh rasanya bergantung kpd Jawa dari mana.

    aku urong pernah mangan gereh betek. Nek gereh sepet selalu. Iwak sungei mmg amis. aku orak patek'e demen.

    ckLah tak takut ke ikan puyu yg ckLah jumpa tu org yg 'hantar'? ngeh3x

    ReplyDelete
  16. Siannnn puyu tu mati lemas di daratan..huhu

    ReplyDelete
  17. mmg best YB, dulu sy pun xmkn,tp bl kawin, abg suka jala ikan so dh biasa plk nk2 yg fresh2 tu then goreng garing2...huishh mkn ngn nasi panas2....nk rasa jemput la ke rumah...tp x tahu la plk 'KL boy' leh mkn ke idak hehehe....gurau je ya ampunnnn

    ReplyDelete
  18. salam..org kata ikan puyu ni elok untuk jaga rumah...entahla..sihat ker bro?

    ReplyDelete
  19. kate orang ikan puyu ni ade sikit sifat macam anjing... kalau ade orang tak dikenali nak masuk umah, terutama ade niat jahat, dia akan berbunyi kejutkan tuan umah... tatau laaa kan... ade orang cerita laa pengalaman dia...

    Err.. ngape plak kalo ikan puyu YB ilang saya yang dicari?? Saye ineseeeeeennnnnnnn~~~~

    ReplyDelete
  20. sally,ikan puyu tu tahan lasak. Dia boleh sampai ke rumah jiran yg selang dua rumah dan masih hidup ketika dijumpai.

    shaliza,kalau kena masaknya dan makan masa panas2 mesti bestkan. Nanti kalau saya ke rumah Shaliza, saya roger dulu supaya boleh rasa ikan sungai masakan awak.

    arsaili,wsalam. Mcm tulah org kata. Itu yg saya bela ikan puyu tu.

    Alhamdulillah sihat. Dah lama tak dengar berita dari Australia.

    ReplyDelete
  21. syah shah,mcmana agaknya ikan tu nak bagi tau tuannya? Kalau anjing boleh menyalak. ikan boleh apa eh? Entahlah.

    Aku carik ko kalau ikan puyu aku hilang sbb tadi ko kata ko nak siang2 dan bakar ikan puyu. Aku takut kalau ko tak dpt kat tempat lain, ikan puyu aku ko rembat hehehe
    (jgn marah)

    ReplyDelete
  22. So, masih menjadi misteri nusantara tak? Hehehehe....
    Uncle, bagik aquarium yang 6 kaki tu, jamin tak lari dari 'rumah' :D

    ReplyDelete
  23. hik hik hik..

    hamba dtg sekali lagi melepas rasa..

    hik hik hik..

    kelakar sungguh!!
    ikan puyu jadi bertambah cerah dan hensem??

    hik hik hik..

    guna fair & lovely kah??




    tumpang menyampuk tuan umah,

    abg zabs, (abg ke.. hikkss)
    terima kasih kerana setuju dgn hamba..
    hamba tahu hamba selalunya benar :)

    hik hik hik..

    ohhh.. salam perkenalan utk abg zabs drpd hamba, KTS :)

    ReplyDelete
  24. Ikan puyu memang tahan lasak...pernah melompat dari akuarium ! cari punya cari tersadai atas simen. Sekarang dah letak dlm kolam...

    ReplyDelete
  25. mujur ikan puyu yg cicir...kalau sotong kering mili YB, lagi haru.

    ReplyDelete
  26. ikan puyu tu lari dari umah....
    ko jer nak selindung..yer dak???

    ReplyDelete
  27. hahaha
    lor...
    punyela pikir macam yg tak elok...hehe

    ReplyDelete
  28. Akmal,dah bukan jadi misteri lagi bahkan dah jadi arwah ikan tu.

    kalau pakai akuarium yg 6' lebih baik uncle bela belut. Dpt jugak hasil yg lumayan hehehe

    cik kts,terima kasih kerana sudi bertandang buat kesekian kalinya utk melepas rasa. Kalau rindu harap dah terubat rindu itu hik hik hik

    Sungguh ikan2 itu cc co comot masa mula2 ditempatkan di balang tu. Tapi setelah selalu berenang di air yg jernih mereka jadi cerah. kts boleh cuba kalau nak kulit tambah cerah. Tak payah pakai F&L.

    sonata,org kata kalau masuk mulut boleh bawa maut kerana dia akan kembangkan dirinya. Org tu mati dianya tak mati. hehehe

    ONE ZABA,kalau sotong kering sapa pun tak nak mengaku hehehe

    dcrysz,ya ikan tu lari sbb tak tahan didera. Ikan tu kuat blogging tapi aku dah tukar password. Dia nak cuba pakai internet jiran aku tulah agaknya ngeh3x

    ReplyDelete
  29. chekgu BH,org melayu ni terlalu percaya benda2 pelik ini. mesti terpengaruh rancangan2 tv hehehe

    ReplyDelete
  30. tak taulah bunyi macam mana, tapi dia berbunyi laaa... saya takde pengalaman dengar bunyi dia... Heheheheheh :P :P


    Saya cuma kata jee... tu suma keje zaman budak-budak dulu... Dah penat mengagau parit, dah penat menangguk parit, itulah kejenye, bakar dan makannnn... Hik hik hik hik :P :P :P

    ReplyDelete
  31. syah shah,ada bunyi mcm ikan lumba2 kot? Nnt saya pantau ikan2 puyu tu.

    Lasak jugak ko masa budak2 dulu. Tak sangka bila dah besar baik pulak ko ni hehehe

    ReplyDelete
  32. salam yb..

    dulu teman pnah bela 4-6 ekor puyu- yg dipancing di anak sg bdekatn rmh. dr hari ke hari, ikan2 itu semakin bkurangan..ntah mcm mana la ikan2 puyu tu yg teman letak dlm baldi besar luar rmh, blh kuar..

    memg org kita pcya ikan ni blh mhalang sihir. tp teman tk pnah branggapan bgitu. bela pun sekadar bela, sbb tk selera nk makan.
    (tp dik syah shah pandai makan puyu ni..)

    itula kali trakhir teman bela ikan. tk sampai ati nk bela ikan ni..kalau pancing, lain crita!

    *suka baca komen yb n cklah brbahasa jawa, wp teman tk faham..
    :D

    ReplyDelete
  33. keh3, wat saspen org tuhja.. jenuh org tuh...

    ReplyDelete
  34. mungkin laa kot bunyinya gitu... saya pun tatau... tak penah dengar... Heheheheheh :D :D

    Biasala, zaman budak-budak... lagi-lagi pula saya diapit oleh seorang abang dan tiga adik lelaki, maunye tak lasak... Dah besar, dah ada perasaan malu itu, dia jadi baik sendiri la... Heheheheheh :P :P

    ReplyDelete
  35. amal,wsalam.
    Ikan puyu yg amal bela mesti melompat keluar sbb mereka kuat melompat. Ikan2 saya pun pernah melompat terutama ketika balang dibersihkan dan ada seekor tu mati sbb pendarahan dlm kepala!

    bela ikan puyu ni bukan bermakna kita percaya dia boleh melindungi keluarga kita dari pukau atau sihir tapi sekadar ikhtiar kita.

    Amal terer memancingkan. Panjing ikan aje tau jgn pancing yg lain hehehe

    cik konfius,manalah saya tahu ikan yg dia jumpa depan rumahnya itu ikan saya yg terlepas. Jauh jugak rumah dia dari rumah saya.

    syah shah,nasib ko tak jadi tomboy! Kalau tak Incik Firdaus pun takut nak tackle ko hehehe

    ReplyDelete
  36. menarik kisah ikan tu... tapi bisalah org kita klu ada yang pelik2
    terus jer buruk sangka. org nak jampi ler org nak menderem ler org dengki ler...

    lepas nih kli dia jumpa ikan dugong depan umah dia apalah dia nak jawab ek? heheheheee

    *saya tak makan ikan darat, kecuali yang hidup di air deras spt tengas atau sebarau huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails