Tuesday, April 14, 2009

Kerana Dirimu Begitu BerNILAI

Petang semalam saya ke Nilai.

Nilai 3? Tak kuasa you! Saya bukan nak shopping tapi ada urusan lain

Jalan masuk ke Nilai 3. Lain kali boleh pergi sini pula

Saya ada temujanji dgn bekas rakan satu pejabat saya masa di sykt kulit kerang. Dia sudah bersara tapi sekarang menjawat jawatan penting di sebuah sykt besar di Nilai. Kami hilang perhubungan sekejap kerana semasa saya meninggalkan sykt lama dia sedang berada di China atas urusan rasmi. Kami berhubung semula Jumaat lepas. Ada satu projek kecil di tempatnya sekarang dan dia menawarkan saya masuk tender kalau berminat.

Selepas melihat skop kerja itu, dia mengajak saya berbincang di kafetaria. Kami bercerita kisah silam dan perancangan masa depan. Dia berkata ada satu projek membesarkan kilang tempat dia bekerja dan telah menghantar nama sykt saya utk turut serta. Kerja tak besar sangat - dalam RM2 juta aje. Dia yakin kalau saya boleh menawarkan harga sekitar itu, besar kemungkinan saya akan diberi kontrak tersebut.

Di dalam perbincangan tersebut dia juga ada menyebut sykt mereka cuba menjejak saya tempoh hari utk ditawarkan jawatan dgn mereka utk mengendalikan projek2 mereka di Indonesia. Kalau saya berminat masih boleh berbincang. Oh tidak! Cukuplah dilemma yg saya hadapi sekarang hehehe

Ini sebahagian dari kilang tersebut. Mereka membuat signages utk sykt2 besar spt McD, Esso dan Shell dan mengekspot keluaran ke seluruh dunia

Habis berbincang saya pun balik. Kerana nak lekas saya telah menggunakan Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS).

Memang lekas guna LEKAS kerana lebuhraya 6 lorong ini kosong. Kenderaan sebatu satu!

29 comments:

  1. YB
    ooo masih ada lagi orang merisik
    nak melamar YB ek!!!

    ReplyDelete
  2. Kerja tak besar sangat - dalam RM2 juta aje.Tak besau lagi ker jumlah tuuuu ?????

    ReplyDelete
  3. memang LEKAS dan berNILAI perbincangan itu... semuga YB mendapat kontrak yg di maksudkan..hehe

    ReplyDelete
  4. sakura,tahniah. Tentu jeles saingan awak bila tengok awak first hari ni hehehe

    sakura lagi,kerana dirimu begitu bernilai opps perasanlah pulak.

    Seriously, kita kena ada branding dan networking utk jadi marketable.

    pB,Kalau saya kata besar org yg dpt projek beratus2 juta gelak kat saya pulak nanti. Jadi utk selamat saya kata tak besar sgt hehehe

    ReplyDelete
  5. Ooo...ingat gi shopping tadi, he he..

    Mudah2an projek tu berjaya :)

    ReplyDelete
  6. kts kata...

    yb lekas-lekas la pulang.

    ReplyDelete
  7. tak best drive kalu jln lengang macam tu bang!...

    ReplyDelete
  8. kayteeze,kena dptkan projek dulu baru boleh pegi shopping hehehe

    Semoga doa Tie dimakbulkan amiin

    tijah,bila pulak kts cakap kat ko ni? Yg saya tahu dia suruh pegi lama2 pasal dia ingat aku pegi shopping kat Nilai 3 hehehe

    Nikotin,terima kasih. Begitulah harapnya.

    juliet,belum lagi tapi mintak2 begitulah.

    Cikgooden,betul tak best sbb takde kawan nak ajak racing. Polis pun malas nak buat speed trap hehehe

    ReplyDelete
  9. 2 juta...uihhhh....berpinar-pinar bijik mata saya terbayangkan duit dua juta hehehehe

    ReplyDelete
  10. RM2juta AJE?? Yelaa.. tak besa le tu... Tapi kalo bagi kat saye, sampai ketua laa buleh guna... Heheheheh :P :P

    ReplyDelete
  11. haha.... LEKAS tuh lalu umah lama aku kat Kajang...

    sangat cepat.. sbb takde org... pastuh rasa cam jalan kat cameron, nak pulak time ujan.. muahahahah

    ReplyDelete
  12. 2juta aje??Hehe..
    YB...sy dah kelu...
    Tak pernah ada peluang dlm diari idup sy nk bercakap pasal benda juta2 ni..
    Papepun,arap YB dapat projek 2 juta aje tu..hehe..

    ReplyDelete
  13. kenapa LEKAS nak balik?? :P


    akan dptkah aku jd yg terakhir??




















    haippp.... jgn sesapa komen lagi :D

    ReplyDelete
  14. skrg guna lekas, memang lekaslah sampai nya :)

    ReplyDelete
  15. waaaaaaaaa...
    ngeee,,,
    ngeri tgk projek 2 juta
    rm 2 juta tu projek kecik eh,,,
    ngee,,,,

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. kencang betul projek uncle? :D
    Alhamdulillah, saya dengar pun excited heheheh :D

    ReplyDelete
  18. Cinta Cukulet,jgn berpinar2. Takut bila nampak duit tu gelap terus mata hehehe

    syah shah,kalau kami dpt projek tu pun bukan untung yg RM2 juta. Baru berapa % aje. Itupun kalau kami cekap mengendalikannya. huhuhu

    ONE ZABA,insyaAllah. Semuanya dtg dari Dia. Kita perlu berusaha dan berdoa.

    cik konfius,dah lah tak laku, ko pulak pindah. Kurang sorang lagi pengguna hehehe

    Semalam masa aku sampai exit Semenyih hujan begitu lebat sekali. Aku tak rasa mcm Cameron pun sbb sibuk nak tengok signboard hehehe

    Faris Ibrahim,mungkin sekarang awak belum berpeluang buat benda yg berjuta2 harganya. Tapi insyaAllah satu masa nanti akan tiba jg waktu dan ketikanya. We must think big!

    Terima kasih di atas doa awak.

    kts,mestilah LEKAS nak baik kerana org tersayang sedang menunggu hehehe

    Ko bukan yg terakhir hari ni. Cuba lagi lain kali

    mak su,lekas sampai cuma siapkan aje duit tolnya hehehe

    uno210,dianggap tak berapa besar kerana saya pernah terlibat projek RM1.4 Bil. Bukanlah projek sendiri cuma jadi juruteranya aje hehehe

    ReplyDelete
  19. ,
    ,
    ,
    ,
    ,
    ,
    ,
    ,
    CHECK-MATE!!!!!!
    '
    '
    '
    '
    '
    '
    '
    '
    '

    ReplyDelete
  20. ckLah,dah main catur pulak dia hehehe

    nak lawan chess jomlah.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. kapten,boleh tahan jugaklah bagi sykt yg baru nak merangkak mcm kami ni

    Jard,mula2 bina hiway ni panggil KASEH (Kajang - Seremban Hiway) dah siap jadi LEKAS.

    Jom kita drift kat sana hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails