Saturday, March 28, 2009

Jawatan Kosong

Saya sedang mencari seorang pekerja lulusan SPM untuk membantu saya di pejabat. Mereka yg mempunyai Diploma juga digalakkan memohon utk menimba pengalaman bekerja di dunia yg mencabar ini.

Bidang tugas termasuk berjumpa, berbincang dan mendapatkan kelulusan utk pelan bangunan, mengatur pemeriksaan oleh pihak berkuasa dan mempercepatkan kelulusan Sijil Layak Menduduki atau yg setara dgnnya. Anda juga dikehendaki berjumpa dgn klien dan menyediakan laporan kemajuan kelulusan. Anda hendaklah bekerjasama rapat dgn juruperunding dan kontraktor pembinaan. Sudah tentu saya akan memberi bimbingan dan sokongan.

Anda perlu mempunyai kenderaan sendiri dan mempunyai lesen yg sah. Bayaran mileage akan diberi utk tugasan rasmi di luar pejabat.

Buat masa ini sebahagian besar projek adalah di Selangor dan selebihnya di Perak. Pihak kami sedang berusaha mendapatkan beberapa projek di JB.

Pejabat kami terletak di Shah Alam.

Bagi yg berminat atau mengetahui sesiapa yg mungkin berminat, bolehlah menghubungi saya. Jika diterima, boleh melapor diri dalam masa terdekat. Gaji boleh dirunding.

Ini iklan sebenar (bukan lawak). Mana tahu kita boleh berkembang bersama!

24 comments:

  1. nak apply la..

    errrkkkkk...

    Shah Alam yer?

    Tarik balik permohonan!

    dah berkembang dah tu... gud luck!

    ReplyDelete
  2. kulna,
    you over qualify - tak sanggup saya nak bayar gaji tinggi2. Semalam pun ada sorang engineer baru kena retrench memohon. Tapi utk kerja yg ini mungkin kurang sesuai. Nnt kalau consturction saya dah dapat projek boleh ambil mohon.

    ReplyDelete
  3. sayang, aku masih belajar. jika tak aku juga nak memohon.he he he..pejabat kat mana bang?, buleh jumpak mabuk2 kopi 'o'..ha ah ah ah

    ReplyDelete
  4. sakura tunggu iklan jawata PA
    he he he

    ReplyDelete
  5. Salam YB,
    Semoga anda mendapat pekerja ynag sesuai untuk jawatan tersebut. Tentu ramai calon yang boleh dipertimbangkan. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  6. klu saya pencen...boleh mohon?hu hu hu ...tak patut-tak patut, berilah peluang orang2 muda...Semoga akan datang calon seperti yang diharapkan...

    ReplyDelete
  7. err... rasanya saya hampir buleh qualify...

    lulusan SPM - checked
    punyai kenderaan senirik - checked
    lesen memandu yang sah - err... lesen AGONG buleh dak??? Hahahahahah :P :P :P

    chisss... tak buleh jugak... hihihihih

    ReplyDelete
  8. Cikgooden,
    bagi yg berkebolehan, kerja sambilan boleh dipertimbangkan kerana kerja ini bukan hari2 ada yg nak dibuat. Tapi saya tahu cikgu sibuk tahap gaban. Opis saya sederet dgn restoran Zul Yahya. Kalau sudi jemputlah dtg boleh mabuk2. Roger dulu sebelum dtg kerana saya biasanya kerja dari rumah atau outstation.

    sakura,
    insyaAllah bila dah maju dan ada keperluan, saya akan iklankan jawatan PA (dan banyak lagi jawatan lain). Niat saya nak tolong org2 Melayu/Islam dpt kerja di samping mengisi keperluan syarikat.

    Zabs,
    Wsalam.
    Amin. Bukan senang nak cari yg berkebolehan dan berdekikasi.

    sonata,
    lama tu nak tunggu cikgu pencen. Mungkin masa tu saya ada cawangan di Melaka boleh ambil sonata jadi pengurus cawangan.
    InsyaAllah harap ada calon yg boleh diharap hehehe

    syah shah,
    saja saya letak syarat ketiga tu utk memastikan org2 yg menggunakan lesen AGONG tak memohon ngeh 3X.
    Selain dari syarat yg telah dinyatakan, calon juga mesti pandai berkomunikasi - pandai cakap dan mengayat dgn pihak berkuasa dan klien. Aku rasa syarat ini ko pas. hehehe

    ReplyDelete
  9. Nak tunggu saya pencen?...hah ha tak lama dah, sebab saya pencen 56..Tak nak tunggu lama2 dlm gomen ni...ok pas...cwgan Melaka saya jadi pengurus! Kelayakan: semua layak , cakap omputih pun layak!he he he...

    ReplyDelete
  10. tukang masak mau ka YB? tapi resepi lain tak pandai. masak lomak cili api jer bleh la...

    ReplyDelete
  11. Sudah mencari pekerja nampaknya. Dah bajet dah. Mesti tak lama punya lepas start kerja sendiri ni, incik bos mesti mau cari kakitangan punya :D
    Resume saya dah diemail. Sila check jika percaya muahahaha :D

    ReplyDelete
  12. semuga berjumpa dengan calon yg sesuai...

    ReplyDelete
  13. sonata,
    ok saya tunggu walaupun seribu tahun lagi hahaha.
    Cwgn Melaka kena cover Johor sekali tau.

    Tijah,
    setakat ni tukang masak belum nak ambik bekerja. Tapi peralatan dapur yg mcm hotel tu mmg tengah berbincang dgn client.

    Akmal,
    kalau semua nak buat sendiri tak larat dan tak efisen. Makanya kenalah cari pembantu. InsyaAllah kalau berkembang, boleh ambik lebih ramai.
    Dah cek email tapi takde resume Akmal hehehe. Tolong resend.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. mulai hari ini berdoalah aku supaya hidup seribu tahun lagi (3009)...YB sedia menanti...he he he, entah ye entah tak ni...

    ReplyDelete
  16. susah jugak task tu YB...
    kene carik calon yg sesuai...
    PR kene bagus kut...

    ReplyDelete
  17. wahhh....
    rugi ni..kalau x, boleh la sy mohon sekali..xpe..mudah2an mse sy grad nanti, ada jwtn utk pelajar lpsn ijazah plk ye (^_^)

    ReplyDelete
  18. owh..saya tak layak memohon..takde lesen memandu..owh kuciwanya...huhuhu

    ReplyDelete
  19. sonata,
    kalau nak tunggu sonata pencen pun berapa belas tahun lagi. Alang2 menunggu biarlah seribu tahun hehehe

    Chekgu BH,
    kalau senang klien tak perlulah sykt mcm kami ni utk buat kerja 'permitting' ni. Pengetahuan teknikal tentang projek sgt perlu dan PR mesti tip top.
    Siapa2 ada berani boleh mohon. Elok utk mencari pengalaman dan memperluaskan jaringan (networking).

    lliana,
    insyaAllah kalau sykt kami maju, sudah tentu kami memerlukan lebih ramai tenaga kerja. Jgn lupa cek dgn kami lepas grad nnt. Mungkin saya dah tak berblog lagi masa tu, jadi hantarlah email aje hehehe

    Cinta Cukulet,
    Kalau betul2 berminat kami juga sedang merancang mencari admin staff dlm masa terdekat.
    psst - minuman termasuk cukulet panas disediakan hehehe

    kapten,
    ko ada kengkawan yg berminat ke? Boleh suruh mereka kontek aku.

    ReplyDelete
  20. kikikikik :P :P Saya tak pandai mengampu laa YB... Kang ade yang kene hamun kang, tak pasal je... Hahahahahahah :P :P

    ReplyDelete
  21. kawe tengah tunggu offer sapa nak cari coach... mende lain kawe tak tau

    ReplyDelete
  22. syah shah,
    PR bagus tak bererti mengampu. Kalau ada masa saya boleh tunjukkan perbezaannya.
    psst - mcmana lawatan ke PD?

    Shifu,
    Alamak saya belum terfikir nak ambil coach. Mungkin kalau sykt ni betul2 dah besar, boleh ada pasukan sukan sendiri. Masa tu boleh ajak Shifu jadi coach hehehe

    ReplyDelete
  23. Selamat pagi....tentang vacancy tu...saya nak memohon bagi pihak peklajar2 saya...saya ade beberapa org pelajar yang berkelulusan diploma pengurusan.sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di ernii.aveana@gmail.com.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails