Pagi tadi telah berlangsung Hari Anugerah Cemerlang SK Setiawangsa. Haikal dah 2-3 minggu sibuk berlatih menari. Malam tadi dia tidur awal kerana cikgu pesan supaya tidur awal. Anak2 saya apa cikgu mereka cakap mesti nak ikut. Emak bapak cakap kadang tak nak dengar! Budak2 macam ini yg buat kerja cikgu senang sikit agaknya hehehe
Pagi tadi belum Subuh dia dah terjaga. Kami suruh dia tidur balik tapi mungkin dia tak boleh lelap. Cikgu pesan sebelum pukul 7 kena ada di sekolah. Awal gila tu sebab mengikut surat jemputan yg diterima oleh Haizam majlis bermula pukul 8:30 pagi. Apapun utk tidak mengecewakan Haikal, saya hantar dia pukul 7 pagi tadi.Majlis dirasmikan oleh Datin Seri Nooriah Ana iaitu isteri kpd Datuk Seri Zulhassan Rafique yg juga Menteri Wilayah Persekutuan. Datin Seri merupakan Pengerusi Yayasan Amal Wangsa yg ditubuhkan utk kemajuan pelajaran penduduk2 sekitar Setiawangsa dan Wangsa Maju.
Datin memberi ucapan perasmian
Haizam menerima hadiah utk pencapaian 5A di dalam UPSR. (bukan senang saya nak ambil gambar ni - bersesak2 kat depan pentas tu macam nak dapat bantuan subsidi baja ngeh ngeh ngeh)
Haikal (3 dari kiri berbaju merah) mempersembahkan tarian bersama rakan Darjah 1 & 2.
Persembahan Boria oleh murid2 tahun 3 dan 4 yg telah memenangi pertandingan peringkat WP
Persembahan Boria oleh murid2 tahun 3 dan 4 yg telah memenangi pertandingan peringkat WP
Haizam menerima hadiah utk pencapaian 5A di dalam UPSR. (bukan senang saya nak ambil gambar ni - bersesak2 kat depan pentas tu macam nak dapat bantuan subsidi baja ngeh ngeh ngeh)
Haizam juga terpilih sebagai pelajar terbaik subjek Pendidikan Islam utk Tahun 6. (gambar ni elok sikit kan sbb saya dah kow tim dgn cikgu kat depan pentas hehehe)
Haikal kena 'kutuk' kerana tidak mendapat apa2 hadiah tahun ini. Semasa peperiksaan pertengahan penggal tahun lepas dia dapat no. 2 tetapi semasa peperiksaan akhir tahun dia merosot ke no 4. Hadiah hanya utk no 1 - 3 di setiap kelas. Haizam memberi jalan penyelesaian yg mudah. Jangan masuk kelas terbaik. Kalau kelas pertengahan atau kelas hujung gerenti dapat no 1 -3.
Boleh pakai ke saranan ni? Saya nak jumpa Guru Besarlah nak minta tukarkan Haikal ke kelas lain kerana tahun ini dia masih di kelas Amanah!
Boleh pakai ke saranan ni? Saya nak jumpa Guru Besarlah nak minta tukarkan Haikal ke kelas lain kerana tahun ini dia masih di kelas Amanah!
betul betul betul...
ReplyDeletebebudak kecik mmg ikut sgt ckp cikgu... apa yg cikgu ckp, semuanya betul...
tp bebudak kecik je...
bebudak yg dah besar, lain cerita...
apa yg cikgu cakap, semua tak ikut... semua tak betul...
saya setuju 170% YB gi jumpa Guru Besar...
minta tukar kelas...
sure pas ni haikal dpt masuk blog ni sambil pegang hadiah...
wakakakakaka..
p/s: Guru Besar tu lelaki ke pompuan?? I ni kuat jeles tau...
kihkihkih
yes kedua,yes,yes.
ReplyDeleteaku sokong kata KTS, tukarkan haikal kekelas lain, insyaallah dia akan bwk pulang hadiah,hahahah.
Guru besar takde anak bujang ke? ;D
kts,
ReplyDeleteko cakap dari pengalaman sendiri kan?
Haikal baru bagi tau saya dia tk nak tukar kelas. Dia akan cuba dpt hadiah di kelas terbaik. Apa kelas hadiah di kelas last? kata dia hehehe
psst -Jgn jeleslah, guru besar lelaki - Hj Roslan.
juliet,
kedua pun kira hebatlah sbb ni hujung minggu - ramai tak buka blog.
Ciss ko berniat nak main kayu3 ke tanya kalau2 GB ada anak bujang? Kalau ada pun aku tak nak bagi tau
alaahai..tkpe, biar dia stay di kelas tu.biar dia compete lg kuat..huhuhu..YB kena bg smgt lbh ckit!huhu
ReplyDeletebudak-budak memang percaya habis cakap cikgu. sebab tu cikgu tak boleh cakap main-main. tapi macam kata kts bila dah besar sikit dah pandai melawan pulak hehe..
ReplyDeleteLiyana,
ReplyDeleteTahun 1 dia dpt no 4 kat kelas Amanah. Kalau masuk kelas tengah atau hujung mesti dah no 1.
Anyway dia akan stay kat kelas Amanah. Dia janji akan cuba dptkan hadiah utk meneruskan tradisi kakak2 dan abg nya.
kakpah,
kadang2 geram jugak tengok anak2 asyik dengar cakap cikgu tapi tak nak dengar cakap emak bapak ini.
yunus badawi..
ReplyDeletetak payah tukar kelas.. no tak penting yg penting dia terus bersaing dengan rakan rakan yg pandai.. kalau bertukar kelas dan dapat kawan yg suka lepak je kan ke susah..
Salam YB,
ReplyDeletePatutlah kereta banyak kat depan sekolah pagi tadi semasa saya nak ke pasar tani.
Tahniah pada haizam sekali lagi. Pada Haikal cuba lagi taun ini.
Mak aih, dah jadik tradisi ke dapat no 1 nih? Terer betul! :D
ReplyDeleteYang dapat hadiah tu, tahniah ye. Haikal, rilek, maintain cool. Ada peluang nanti, rembat terus. :D
Bakal menantu dan bakal mentua sama-sama sebok ini hari.....
ReplyDeleteBetul lah tu....anak murid aku semua dengar cakap aku...
Tapi, Tang anak sendiri....adeh...kenalah doa banyak-banyakkkk
YB
ReplyDeletetaniah kerana anak2 ysnh Cemerlang.
nak tukar kelas??
ReplyDeletebiar je laa...
suh dier usaha kuat lagik...
chayyo2...
salam..saran kat haikal balik...bukan kena masuk kelas lemah..tapi kena study lagi smart ahahaha
ReplyDeleteuntung la bebudak tu... ada gak yayasan2 utk bantu kemajuan pelajaran anak bangsa....
ReplyDeletekat tempat kami... lepas pilihanraya hari tu... antara perkara yg menyedihkan ialah bila sampai surat pasal pemberhentian kelas tuisyen bahasa inggeris percuma oleh ahli parlimen... dpt ahli parlimen yg baru, org utara tu.... duk takbir tepi jalan je yg reti.... hampehhh
haha.. mcm adik2 aku je.. diorg pon minta tukar kelas spy senang dpt number satu..
ReplyDeleteadiah yg bapa kami bg pon lumayan gak kalo number satu.. ehhe..
tahniah
ReplyDeletetak dapat hadiah tak semestinya bagus... dan yang dappat hadiah pulak tak semestinya bagus... setiap orang ada kelebihan masing2..yang penting haikal masih di kalangan yang terbaik.. jadi apa nak pening2 kepala.. sebab setiap tahun adalah berbeza... murid lain akan meningkat iq mereka secara tiba-tiba.. apa pun bersyukur jerlah... tahniah...
ReplyDeletezino,
ReplyDeleteHaikal kata dia nak tetap di kelas Amanah tapi akan berusaha dpt top 3. Semuanya ada 10 kelas dan kelas dia ada 48 org. SK Setiawangsa sekolah paling ramai murid di WP dan merupakan sekolah kawalan mulai tahun ini. Persaingan adalah sengit.
Zabs,
Wsalam. Terima kasih di atas ucapan utk Haizam. Haikal kecewa kerana mid term dia dpt no 2 tapi final exam no 4. Anyway saya bagi hadiah kerana semua anak saya yg dpt top 8 akan diberi ganjaran walaupun tak seberapa.
Akmal,
tak semestinya no 1 tapi semasa kakak2 mereka belajar di sekolah rendah, saya terpaksa mengambil cuti setiap tahun utk menghadiri majlis anugerah cemerlang kerana mereka dpt hadiah dari pihak sekolah. Tahun ni kebetulan dibuat pada hari Sabtu - tak payah ambil cuti (eh kerja sendiri mana pulak kena ambil cuti hehehe).
ckLah,
mcmana majlls di padang Perbandaran yg ckLah acarakan? Glemer giler!
Anak2 ckLah pun tak dengar cakap jugak ke? Bukan ke emak mereka garang? hehehe
sakurasa,
terima kasih. Itu semua pemberian Allah.
Chekgu BH,
itu saranan menyakat dari Haizam. Mentang2 dia dpt hadiah kali ini dan adiknya pulak tak dpt.
arsaili,
terima kasih kerana memberi komen bernas setelah lama menyepi. Nanti saya sampaikan kpd Haikal.
Shifu,
insyaAllah hujung bulan Mac ni Yayasan Amal Wangsa akan mengadakan majlis anugerah utk semua murid yg cemerlang di dlm UPSR, PMR, SPM san STPM di kawasan ini. Masyuk lagilah budak2 tu.
Bertakbir tepi jalan ok lah - jgn baring tengah jalan sudah.
jard,
ReplyDeleteotak ko dgn otak Haizam satu fesyen.
psst - bapak ko bagi hadiah utk no 1 aje ke? Setidak2 aku bagi hadiah sampai no 8. Tapi no 8 dpt RM2 aje hehehe
pB,
terima kasih bagi pihak Haizam.
ezamramlan,
terima kasih kerana memberi komen buat kali pertama.
Betul kata ezam. Manusia termasuk pelajar mempunyai kebolehan yg berbeza. Tak semua terer dlm akedemik. Tapi kita kena bagi dorongan dan sokongan supaya anak2 mencuba yg terbaik.
saya sokong... biar dapat nombor tiga dan empat, tapi dalam kelas pandai... Jangan dapat nombor satu sebab ada di kelas kurang pandai...
ReplyDeleteat least bile dia dapat nombor lebih, dia akan berusaha... takut kalau masuk kelas bawah, usaha mula kurang...
syah shah,
ReplyDeletebetul kata ko.
Tapi aku juga terfikir tentang org dewasa. Mana yg lebih baik -
1) bersaing di antara yg terbaik (termasuk dgn bangsa asing) dan sedia menerima hakikat mungkin kita tewas,
2) bersaing sesama sendiri aje supaya peluang kita menjadi juara (walaupun juara kampung) adalah lebih cerah.
Kpd sesiapa yg terbaca persoalan ini silalah bagi pendapat. Aku dalam dilema.
buat dua-dua... mula-mula cuba jadi jaguh kampung dulu, lepas itu baru cuba bersaing dengan yang terbaik antara yang terbaik...
ReplyDeletesyah shah,
ReplyDeleteaku ada hantar email kat ko tentang komen ko ni. Sila buka email ko kalau ada masa.
pada saya tak kisahlah dengan sesiapa pun kita nak bersaing... tewas atau tidak itu belakang kira.. yang penting kesungguhan kita untuk bersaing... sebab dalam setiap persaingan pasti akan ada yang tewas... so kena terima kenyataan... yang penting kepuasan... yerlah kalau kita bersaing dengan yang terbaik sudah tentu kepuasan yang amat sangat akan kita rasakan... apapun tewaslah dengan usaha jangan tewas dengan sengaja..
ReplyDeleteezamramlan,
ReplyDeleteterima kasih atas kata2 bersemangat tu. Saya akan jadikan peransang. Sykt saya sekarang bersaing dgn sykt bukan bumi. Bidang kami ceburi tak mengenal quota. Jadi kena bersaing dgn kelebihan masing2 tanpa bergantung pada bantuan kerajaan. Doakan saya berjaya.