Saturday, January 17, 2009

Nasib Si Andartu

Mungkin dah memang begini nasibnya. Dari kecik, dia tidak pernah mengenal ayah dan ibunya. Dia dibesarkan bersama2 rakan sebaya oleh penjaga mereka. Dia tidak pernah dihantar ke sekolah. Bahkan hidupnya sentiasa terkurung. Namun demikian apabila usianya meningkat remaja, dia sudah boleh mendatangkan hasil kpd si penjaganya. Setahu saya bukan sedikit hasil yg diberikan.

Kerana hidupnya terkongkong, dia tidak berpeluang bercampur dgn mereka yg berlainan jantina. Hidupnya hanya dikelilingi oleh rakan2 sebaya yg semuanya gadis2 belaka. Hari demi hari berlalu dan umur mereka makin meningkat. Akhirnya mereka tergolong dlm kategori yg ditakuti oleh ramai gadis2 - andartu.

Hari ini semasa saya ke Setiawangsa, saya telah terlihat akan gerangannya. Terkedu dan terharu saya melihat keadaannya diperlakukan sedemikian rupa. Inikah balasan yg diterima walaupun dia telah banyak memberikan hasil kepada tuannya selama ini?

Sempat saya mengambil gambarnya tadi. Akan tetapi bagi mereka yg tak sanggup melihat, lebih baik jangan tengok. Namun, bagi anda yg gatal juga nak tengok berjiwa waja, bolehlah melihatnya di sini

(AMARAN: Sebarang tindakan adalah di atas risiko sendiri. Pihak YB tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang komplikasi pasca tindakan yang diambil oleh anda. Maka pihak YB tidak akan melayan sebarang writ saman yg bakal difailkan)

17 comments:

  1. ayam pencen??
    huhu...

    btul la tu, mase mude bwk hasil, bile dah tue, bwk hasil gak...
    tp tak selumayan ayam muda laa...huhu

    ReplyDelete
  2. gitewww yerrr.. salam ahad yb itteww

    ReplyDelete
  3. andartu ke? bukan ayam tu dah bertelur banyak² ke. bila dah takleh bertelur, tu yg jadik ayam pencen tu.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. a) maaf terdelete 2 kali komen di atas sebab terpakai ikon DIA. Tak perasan nak tukar account...Maklumlah, tumpang pakai desktop dia semata-mata nak terjah blog YB. Laptop ckLah masih problem.

    b) tumpang lau untuk Penyu Biru;
    Entahlah En Penyu...dia dah tak kenal mana ayam dara mana ayam babon!

    c) apa nuffnang tu buat kat atas? Susah nak bukak blog wak ni. Sehari tak kutuksss pening kepala tau.

    d) sensitif isu ni wak!!! Aku pun anak dara.....hik..hik..

    ReplyDelete
  7. huh..beria la sy nk tgk..hampeh tol..kiciwa la kne tipu dgn en.YB huhuhu...

    tp kn, ye ke ayam tu andartu??? bkn errrr...bkn....bkn xdara lg ke?

    ReplyDelete
  8. Chekgu BH,
    Sapa kata ayam ni pencen? KWSP tu takde.hehehe
    Bila bertelur dah tak sampai 20 biji sebulan, alamat kena sembelihlah. Kalau terus hidup pun buat habiskan beras opps dedak.

    en_me,
    gitewwwlah. salam malam Isnin. Have a productive week ahead.

    theconfused
    mmg kejam. Dahlah tu ditelanjangkan bulat di khalayak ramai dan dibakar dgn api gas! eheheh.

    PenyuBiru,
    walaupun dah bertelur banyak tapi dia tak pernah disentuh oleh mana2 jantan ngeh ngeh ngeh. Kira daralah tu.

    ckLah,
    a) tak payah nak delete kalau takut saya terjah blog DIA sbb cuba tengok sebelah kiri blog saya. Hari ni blog DIA ke4 paling banyak org exit.
    b)ayam dara tak sempat bertelur dah kena sembelih. Babon ni walaupun dah banyak kali bertelur tapi masih dara. Itulah sbbnya dipanggil andartu. Kalau babon kat kampung, lain citerlah.
    c) tu nak suruh remove nuffnang tulah. Org lain takde masalah. Pegilah beli pc yg 10.2 mcm Shifu.
    d)saya tak nafikan ckLah anak dara tapi tu 18 tahun dulu!

    e-leeyana,
    bukankah saya dah nasihatkan jgn tengok kalau tak betul2 berjiwa waja. Ni kes tangan gatal nak klik. Ambik kau kah kah kah.
    Saya percaya ayam tu sampai mati masih dara hehehe

    ReplyDelete
  9. tak pernah makan ayam pencen ..

    sedap ker ??

    ReplyDelete
  10. rasenye rege andartu lebey mahal dari rege ayam mude belia nih... kalau tak silaplaa kan... heheheheh...

    tapikan, saye tengok gambo pon rase tertipuusss... mueheheheheh :P :P

    ReplyDelete
  11. lor..mati2 igt andartu btol2 td..ekeke

    ReplyDelete
  12. oh andartu itu~~~~
    Saya enggak mahu carik itu andartu pak. mahu makan, carik kat cafe~~~
    :D

    ReplyDelete
  13. walaupun andartu kalo pandai dihias jd rebutan gak,:D

    ReplyDelete
  14. sadisnye andartu tu :P

    ko sungguh jahat :P

    ReplyDelete
  15. pB,
    ooi sedapnya hingga mengunyah tulang!

    syah shah,
    andartu kira ekor. Seekor dah RM8. Dulu RM6 pun org tak pandang. Yg muda belia ikut timbang. Kalau yg diet tu murahlah sbb timbang dia tak berat. hehehe

    Liyana,
    eh tak betul ke apa yg saya tulis?

    Akmal
    Org muda mcm Akmal tak mainlah carik andartukan. Mesti nak yg anak dara muda. hehehe

    juliet,
    saya tahu ko mmg pandai menghias. Tolonglah hias seekor utk kami.

    kts,
    mmg sadis. Dahlah dibogelkan tanpa seurat benang, ditunjukkan pulak kpd khalayak ramai! Sungguh tak berhati perut.

    ReplyDelete
  16. kesian ayam tuh hehheee...

    *org kata ayam pencen tak baik untuk dimakan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails