Friday, December 26, 2008

Solat Jumaat di Kampung

Setelah sekian lama tak berpeluang solat Jumaat di masjid di kampung kelahiranku, hari ini saya berkesempatan menunaikan fardhu Jumaat di sana. Bukan pasal saya cuti hari ni, bahkan saya bekerjalah di waktu kebanyakan pekerja lain di M'sia ni menyambung cuti hari Natal sehingga ke hari Selasa huhuhu. Cuma kebetulan saya ditugaskan untuk mengawasi projek di Mindef yg terletak tak sampai 4 km dari rumah saya dan kampung saya pula di tengah2 perjalanan antara rumah dan tempat kerja hari ni.

Memandangkan jarak yg dekat, saya balik rumah tgh tadi sebelum pergi solat bersama 2 org anak bujang saya. Sementara tunggu budak2 tu bersiap sempat jengah blog. Ada pulak yg dah tegur (terima kasih kerana mengingatkan utk pergi solat di awal waktu). Antara perkara yg saya suka solat di masjid kampung saya ialah boleh parkir dekat pintu masjid (itupun kalau tak terlalu lambat).

Kalau tak percaya tengok kereta hijau ni. Nasib tak bawa masuk terus dlm masjid hehehe


Hari ni ada org sedekah macam2. Selain dari pisang yg lebih banyak dari biasa, terdapat juga tembikai (dah siap potonglah kalau tak macamana nak makan), mata kucing dan oren kopek. Mungkin hujung tahun ni ramai yg dah mencapai apa yg dihajati - maka bersedekahlah mereka ke masjid.

11 comments:

  1. dalam waktu orang sibuk balik ke kampus, ada juga orang yang balik kampung huhu yang ini lagiiii laaa sedey...ayoo..bila nak datang kedah hehehe ;p

    ReplyDelete
  2. Kampung dalam bandar,hehehe.Takleh amik pisang bwk balik barang sebijik dua,hehehe.

    ReplyDelete
  3. kg di bandar yer... kira kg gak tu... ada nostalgia

    slamat tahun baru Hijrah & Masehi

    ReplyDelete
  4. Senang betul bunyinya nak balik kampung haha :D
    Parking depan pintu masjid? Wah! Otai! :D

    ReplyDelete
  5. Salam,
    best juga bersedekah tembikai, oren, pisang ke masjid..buah mata kucing pun ada?..wwwaaahh sudah bagus.

    ReplyDelete
  6. Tak kiralah di masjid kampung atau di bandar. Kalau saya lebih suka parking jauh-jauh. Kalau parking depan tangga masjid selalu kena block. :)

    ReplyDelete
  7. e-leeyana
    Kampung uncle seberang sempadan S'gor & WP aje. Bila2 boleh balik kampung.
    Alamak lama dah tak pi Kedah. Kali terakhir tepat2 setahun yg lepas. Ronda2 Aloq Setaq sebelum bermalam di Cinta Sayang bersama keluarga.

    ckLah
    Ingat Sg Manila tu aje ke kampung. Kg Datuk Keramat tu bukan kampung ke?

    juliet
    Kg ni bukan dlm bandar tapi di pinggir bandar. Orgnya pun dah terpinggir hehehe. Kalau nak pisang sebijik dua tu, kat masjid ada ngeh3x.

    kulna
    Sekurang2nya ada nama Kampung di panggal nama tempat tu. Mmg banyak nostalgia termasuk rumah arwah bapa saya sekarang dah jadi laluan LRT huhuhu.
    Selamat Tahun Baru semoga mendapat keredhaanNya di tahun yg bakal tiba ini.

    Akmal
    Itulah untungnya kg dekat ni. Bila2 teragak boleh balik.
    Bukan otai tapi yg jaga parking tu member2 sekampung dulu hehehe

    hidayah
    Wsalam & terima kasih kerana sudi singgah.
    Mungkin yg bersedekah tu mendengar seruan ustaz2 yg 'suruh' tukar jenis buah selain dr pisang. Jgn hantar durian sudahlah hahaha

    JP
    Betul di kebanyakan masjid ada ahli jemaah yg tak peka kereta mereka menghadang org lain tapi masih tak nak keluar cepat.
    Di kpg saya alhamdulillah biasanya ok tambahan kereta diparkir siap reverse supaya senang keluar.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. seronok bila berkumpul makan pisang free kat masjid..... hehehe

    tapi kat kelantan aku tak pernah jumpa semua ni!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails