Sunday, December 7, 2008

Bila Takbir Bergema

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar . . . mendayu2 imam di surau kami mendendangkan takbir diikuti oleh para jemaah selepas solat Maghrib menandakan sambutan Aidul Adha telah bermula.

Usai solat Isyak sekali lagi surau digemakan dgn laungan takbir. Kali ni jemaah lebih ramai dari waktu Maghrib walaupun tiada kaum ibu yg turut serta. Mungkin sibuk memasak agaknya.

Selepas bertakbir dan berdoa di surau, kami bergerak ke rumah Pak Zabs yg terletak hanya 30 m dari surau utk bertakbir dan membaca doa selamat di rumah beliau. Habis bertakbir kami dihidangkan dgn makanan yg telah disediakan oleh keluarganya.


Sebahagian hidangan di rumah Pak Zabs


Pak Zabs (berbaju Melayu kuning) bersama ahli jemaah. Cuba perhatikan di belakang mereka - siap gantung kad raya lagi!

Bagi kanak2 yg turut serta, mereka telah diberi duit raya (walaupun tanpa sampul). Masyuuuk.

Rumah kedua yg diziarahi ialah rumah Tuan Hj Ismail. Beliau dan keluarga meminta jemaah bertakbir dan membaca doa selamat juga. Mujur malam ni hanya 2 rumah. Layan.


Pak Mail(berbaju biru) di sebelah Pak imam dan beberapa jemaah lain bersama2 bertakbir


Lagi gambar mereka yg hadir. Kebanyakan sampai ke depan pintu masuk

Saya di mana? Tentulah yg terdekat dgn meja makanan (tiada dlm gambar).

12 comments:

  1. Salam aidiladha dari rantau panjang :)
    Raya2 ni, ambik gambar banyak-banyak, upload masuk picasa, buat slideshow, boleh kami tengok versi bandar punya raya hehe. needless to say, my versi kampung is coming up. So stay tuned :)

    ReplyDelete
  2. YB jg makanan tkt di hinggap dek lalatkan,:D Slm aidiladha.

    ReplyDelete
  3. juliet,
    Saya bukan jaga makanan tkt dihinggap lalat (mlm takde lalat anyway) tapi position diri utk depan queue he he he.

    ReplyDelete
  4. Akmal,
    InsyaAllah uncle usahakan. Tapi ada gambar mungkin kena potong oleh lembaga penapis utk mengelakkan mereka yg lemah semangat dari pengsan. Bila Akmal nak upload gambar2 raya?

    ReplyDelete
  5. ha? apa? ada duit raya? apa?

    ala.... nah amik nombor telepon sy! ish.. dah rugi duit raya ha!

    hhahhahahaahhahhaa

    abg yunus, selamat hari raya aidiladha walau dah lepas sambutan dalam kalendar masihi, tapi masih lagi on dalam kalendar islam!

    semoga semuanya bahagia dan diberkati Ilahi!

    :)

    ReplyDelete
  6. Njalok ngapuro yo kang? Sing akeh-akeh, keluputanku....

    Faham ke...tak faham tanya Mrs.Yunus! Wong Jowo kan!

    ReplyDelete
  7. hmm...raya dah lalu..so nak ucap.. slmat kembali bekerja.. hehe

    ReplyDelete
  8. one love,
    Duit raya utk kanak2 aje. Tapi kalau you dtg rumah saya, saya bagi jugaklah duit raya tu bawah kategori kanak2 purba. Cepatlah dtg - raya tinggal 2.5 hari lagi.

    ckLah,
    Podo2. Keluputan kueh memang akeh! Nek ngondo nyon angger kepenak waeh! (ewah . . apo ingat orak eso ngomong Jowo he he he)

    Jard
    Selamat kembali bekerja kpd ko jugak. Opis saya separuh kosong kerana ramai yg cuti panjang. Khamis kan S'gor public holidah.

    ReplyDelete
  9. mak su
    Kira meriahlah jugak. Lepas solat Maghrib semalam ada jamuan sup gear box surau. Malam ni takbir rumah ke rumah di 4 rumah jiran2. Malam esok ada 3 rumah lagi.

    ReplyDelete
  10. setiap kali terdengar takbir raya, hati menjadi sayu hingga mengalir air mata walaupun sebelum tu tgh bergelak ketawa.. dan sesaat itu juga berlegar2 persoalan 'adakah aku akan dpt mendengar lagi takbir ini tahun dpn??'

    ReplyDelete
  11. Ju,
    Betul you cakap tu. Kita tak tahu berapa lama lagi kita boleh hidup. Kenalah buat persediaan utk di Sana.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails