Friday, November 14, 2008

Sekolah Agama Jgn Diabai

Di dalam kami sekeluarga bersyukur di atas kejayaan Haizam mendapat 5A dlm UPSR, adik dia, Haikal yg baru darjah 1, telah pulang ke rumah tengahari semalam dgn membawa hadiah hamper dan wang tunai RM30 sebagai hadiah pelajar terbaik utk darjah 1 di Sekolah Kafa Integrasi Aziziah.

Muhammad Haikal memegang hamper yg diterima dari pihak sekolah

Pada sebelah petangnya pula, Haizam pulang dgn membawa hadiah wang tunai RM20 kerana mendapat no 3 bagi pelajar Darjah 6. Di samping itu dia juga mendapat sebuah trofi kenangan kerana menjadi pengawas. Sebenarnya dia merupakan ketua murid di sekolah Aziziah.

Alhamdulillah saya bersyukur bukan saja kerana kejayaan mereka tetapi yg lebih penting agar didikan yg mereka perolehi di sekolah agama dapat membantu mereka menjadi insan yg seimbang dunia dan akhiratnya. Tak semua kanak2 berpeluang belajar di kedua2 aliran samada kerana:
1) ibubapa takut anak2 terlalu "terbeban" jika terpaksa belajar pagi dan petang
2) kekurangan atau ketiadaan sekolah agama di sekitar kawasan tempat tinggal

Haikal bersama sebahagian rakan sekelasnya di hari terakhir persekolahan pagi tadi

Kebetulan Sekolah Integrasi Kafa terletak hanya 400 m dari rumah dan jadual waktunya bersesuaian dgn jadual Sekolah Kebangsaan tempat anak2 saya belajar, dapatlah mereka menumpukan pembelajaran dgn sempurna. Saya terpaksa memindahkan Sekolah Kebangsaan anak2 saya yg ke2 dan ke3 kerana jadual 6 bulan pagi dan 6 bulan petang tidak selari dgn jadual sekolah agama.

7 comments:

  1. selamat kenal :)

    yup, ramai parents 'kesian' dgn anak...
    apa salahnya anak2 bersekolah mengenal rumi dan jawi...

    :)

    ReplyDelete
  2. one love,
    Bila tentang agama takut anak terbeban tapi utk perkara lain spt seni mempertahan diri, tusyen atau kelas muzik tak "kesian".

    ReplyDelete
  3. uncle yunus,
    Wah, makin lebarlah senyum uncle ya? ;)
    Alhamdulillah, shining masa depan anak-anak uncle ni. Saya kat Kuantan ni pun nampak cahaya dia tu :) Pegang jawatan di sekolah, InsyaAllah akan sedikit sebanyak melatih sikap kepemimpinan dan tanggungjawab dalam diri.
    Anyhow, tahniah for both Haizam and Haikal.

    ReplyDelete
  4. wahhh~ sejuk perut ibu mengandung...sejuk poket ayah m'biaya kn kn...mudah2an b'kekalan semua itu..luar dan dalam terdidik..penting tu~

    ReplyDelete
  5. Akmal,
    :)
    Begitu memancar2 ke smpai ke Kuantan? Alhamdulillah. Ini baru peringkat awal lainlah mcm Akmal yg bakal jadi doktor.

    e-leeyana,
    Sejuk perut ibu mereka mengandung. Tapi bila dtg degil mereka panas jugak he he he.

    ReplyDelete
  6. tahniah....

    (anak aku?...harap2 akan seperti anak en YB jugak)

    ReplyDelete
  7. cikgooden,
    Anak cikgu dua2 pompuan selalunya senang dibentuk. InsyaAllah mereka akan berjaya dgn cemerlang. Bapak mereka cikgu jadi senang kalau nak tanya apa2 tentang pelajaran.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails