Tuesday, November 4, 2008

Bila Suami Ke Pasar (Bah. 2)

Malam Ahad lepas sepupu saya dan keluarganya telah berkunjung ke rumah kami utk menziarahi baby kami dan juga belated Raya. Lama jugak mereka kat rumah kami - dari lepas Maghrib sampai pukul 11:30 mlm. Banyak topik yg dibualkan termasuklah cerita dia pergi pasar masa isterinya sakit.

Peristiwa ini berlaku beberapa tahun lepas. Isterinya memesan antara lain supaya dia membeli sawi. Balik ke rumah dgn gembiranya dia memberitahu isterinya bahwa ada banyak sawi dan harganya juga murah. Isterinya pun periksalah barang2 yg dibeli oleh suaminya itu. Setelah puas diperiksa ternyata "sawi" yg dibeli itu takde. Isterinya bertanya mana sawinya sebab takde pun. Sepupu sayapun dgn YAKINnya menunjukkan satu ikat besar (maklumlah murah) sayur yg disangkanya sawi. Mengucap panjang apabila isterinya melihat BAYAM.

Ibu saya yg juga ada bersama pd malam Ahad lepas pula menceritakan pengalaman ayah saya yg terpaksa pergi ke pasar semasa ibu saya sakit. Memang ayah saya tak pernah membeli barang2 di pasar sebelum itu. Ibu saya memesan agar ayah membelikan ikan tenggiri tetapi apabila balik ke rumah ibu mendapati bukan tenggiri yg dibelinya tapi TONGKOL.
Ibu berkata kpd ayah kenapa beli tongkol (ibu mmg tak makan tongkol begitu juga ayah). Ayah sambil cuba membela diri berkata, "Cina penjual tu kata ni ikan tenggiri masa aku tanya ikan ni tenggiri ke."

Saya rasa para penjual yg tak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan bila mereka lihat pembeli yg boleh mereka kencingkan seperti sepupu dan ayah saya.

9 comments:

  1. Uncle,
    Ingat tak komen saya masa Bila Suami Pergi ke Pasar pt.1? Ini lagi satu bukti orang lelaki lebih concept-oriented; kedua-dua sawi dan bayam adalah sayur, dan kedua-dua tenggiri dan tongkol adalah ikan. Konsepnya; sayur dan ikan. Tapi nampaknya bukti ini agak (read: sangat) melampau haha.
    Tapi tak boleh dinafikan ramai pun yang tak boleh nak bezakan antara sawi dan bayam, tongkol dan tenggiri. Saya pun tak pandai sangat ;)

    ReplyDelete
  2. Saya terdengar (bukan curi dengar ok!) dialog jiran saya:
    Isteri : Abang, buat apa beli labu sampai 4 biji ni?
    Suami : Awat, bukan hang ka suruh beli?
    Isteri : Ish abang...orang suruh beli bawang putih 4 labu, dia pi beli labu...sapa nak makan labu ni..kita dok dalam pantang lagi...

    ReplyDelete
  3. wakakakakak (gelak besar), adoiyaaaa

    ReplyDelete
  4. kah kah kah



    sekali sekala memang nak kena suruh che aBear g pasar nie ....

    ReplyDelete
  5. tongkol dan tenggiri tu rupa mmg ada gaya nak sama....

    tapi sawi dgn bayam tu jauh beza haih~

    ha ha.

    ReplyDelete
  6. Salam Yunus,
    Begitu keadaannya, nak ke pasar pun kena ada ilmu. Kalau dah terbeli ikan tongkol kena masak nasi daganglah baru masyuk...
    Makan sayur bayam banyak2 boleh jadi kuat macam Popeye...

    ReplyDelete
  7. Akmal,
    Banyaklah you punya konsep! Isteri kat rumah yg menunuggu penuh harapan hampeh tengok laki beli benda lain dari yg disuruh kah kah kah.

    cklah,
    Suami jiran you mesti kantoi BM masa SPM sebab tak tahu penjodoh bilangan bagi bawang putih.

    Mak Su,
    Hari ni gelakkanlah org. Nanti kena suami sendiri baru tau.

    pB
    Elok jugak suruh aBear pegi pasar sekali sekala. Jangan2 suruh beli budu dia beli cencaluk.

    tasikmerah
    Dah tak kenal jenis2 sayur nak buat mcmana. Janji yg banyak daun hijau2 tu sawilah.

    Zabs
    Masalahnya ibu saya xtahu masak nasi dagang. Terpaksalah bagi jiran yg makan ikan tongkol.
    Sawi tu isteri sepupu nak masak mi. Bayam kalau masak dgn mi apa cerita?

    ReplyDelete
  8. Daun sup dan daun ketumbar....ghope same...






    Selamat menunaikan sholat Maghrib 2 minit lagi!



    p/s: Hamboooooooooiii!

    ReplyDelete
  9. cklah,
    Ghope deme memang same, tapi bau tak serope.
    Alhamdulillah tadi sempat jugak ke surau utk berjemaah Maghrib walaupun keluar opis lambat. Lap tu ada kuliah sampai Isyak.

    p/s tau tak pe.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails