Tuesday, November 25, 2008

Alamak Nak Kena Tebang Pisang Lagi

Kami ada menanam serta sikit tanaman di tanah sekankang kera (kalau besar sikitpun setakat sekankang beruk kot) yg ada di belakang rumah. Org yg duduk kat bandar ni memang gatal nak bercucuk tanam walaupun tanah sgt terhad. Kat kampung yg banyak tanah kadang2 tu tak kisah pun nak tanam tanaman kontang ni.

Antara tanaman yg terdapat di "ladang" saya ialah serai, kunyit, bunga kantan (buat laksa sebulan sekali) dan pokok yg paling berani - pokok pisang. Kenapa dia berani? Manakan tidak, jantung dia kat luar!

Tanah sekankang beruk tu terletak di antara laluan pejalan kaki di belakang rumah saya dgn bukit di sebelahnya. Di situ juga digunakan utk talian telefon ke rumah saya dan rumah2 jiran.

Masalah atau nak sedap dengar, cabaran setiap kali nak memetik buah pisang ialah memastikan pokoknya tak roboh menimpa talian telefon tu. Kalau silap gaya boleh putus talian tu.

Petang Ahad lepas isteri saya memberitahu ada setandan pisang dah masak dan dah mula dimakan burung. Dia tak kisah burung nak makan - niat sedekah katanya tapi sayang jugak kalau dibiarkan begitu saja. Dia menyuruh saya menebang pokok pisang tu tapi petang tu hujan (alasan org lelakilah tu). Jadi saya kata lepas kerja hari Isnin saya akan tebang. Malangnya mesyuarat saya dgn akitek dan konsultan semalam berlarutan sehingga pukul 6 lebih. Sesampai saya di rumah dah nak Maghrib. Isteri saya mengomel pokok pisang tu masih tegak! Kerana rasa bersalah, sayapun memujuk (memaksa secara halus) anak sulung saya menebang pisang tu. Tengah cuti semester ni bukan buat apa budak tu - sibuk dgn game aje (macam budak2 lain jugak kot).

Inilah aksi dia membetang pokok pisang tu. Ini pokok pisang tu dah tumbang ke longkang. Gambar yg menunjukkan talian telefon di celah2 pokok pisang telah ter"delete" dgn tak sengaja pulak.


7 comments:

  1. pokok yg berani? hahaha, ada gaks modal nanti nak buat tekateki.. :D

    ReplyDelete
  2. Mak Su,
    Kerana terlampau berani, jantung pisang kena potong masa pokok dia masih hidup lagi utk dibuat ulam.
    Cuba buat kat manusia, mampus kita he he he

    ReplyDelete
  3. Argh! Nikmatnya ada cuti panjang! Tapi sapa kata takde cuti tak enjoy? Hehehe...
    Ter'delete'? Maksudnya satu line perumahan tu terpaksa bergayut di handset ajelah? hahaha :D

    ReplyDelete
  4. Akmal,
    Yg ada cuti panjang budak2. Bapak budak kena kerja huhuhu.
    Yg ter'delete' gambar Hazwan baru hendak menebang pokok pisang. Ia menunjukkan talian telefon tu betul2 di celah2 pokok2 pisang. Bukan talian yg terdelete he he he

    ReplyDelete
  5. saya terer tebang pisang sbb abah saya ada kebun pisang...

    lenkali, bagitau saya, saya tolong tebangkan...

    btw, nah borang kuning! hehehehhe :p

    ReplyDelete
  6. one love,
    Apa tak bagi tau awal2. Anyway ada 1 lagi tandan pisang dah nak masak. Kalau sempat dtglah tolong tebangkan.

    pssst - borang kuning yg siap sain ni nak hantar kat mana? he he he

    ReplyDelete
  7. errkk ader ker sekangkang beruk hahahahahhaa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails