Thursday, November 13, 2008

Alahai Haizam (Kisah UPSR)

Anak ke4 saya ni berbeza dari kakak2nya. Tatkala kakak2 sibuk berusaha utk mendapat 5A di dlm UPSR mereka, Haizam pula berkira2 mcmana utk "mengelakkan" mendapat 5A. Tapi taklah sampai terpeleut sgt. Jadi target dia 4A dan sekaligus tak perlu dan tak layak menyambung di SBP atau MRSM.

Pada peperiksaan pertengahan tahun tempoh hari, dia mendapat no 26 dari hampir 400 org murid. Apabila saya memberitahu guru kelasnya hasratnya utk tidak mendapat 5A kerana tak nak masuk asrama, gurunya terkejut dan menasihatinya supaya berusaha mendapatkan 5A kerana dia antara harapan sekolah utk skor A dlm kelima2 mata pelajaran. Pagi tadi merupakan hari penentuan. Sudah menjadi tradisi di sekolahnya utk mengadakan perhimpunan di mana guru besar akan menyampaikan slip keputusan kpd murid2 yg mendapat 4A +1B dan 5A. Ia akan dimulakan dgn mereka yg mendapat 4A. Dari lebih 50 org, nama anak saya tak tersebut. Kecewalah dia! Seterusnya guru besar menyampaikan slip kpd mereka yg mendapat 5A. Seramai 118 murid mendapat 5A iaitu satu rekod baru bagi sekolah ni. Nama dipanggil secara rambang. Ada murid yg dah menduga tapi tak kurang juga yg tak menjangka utk mendapat 5A. Semakin lama semakin sikit slip 5A yg tinggal di tangan guru besar. Debaran murid2 terutama yg mengharap mendapat 5A semakin kencang. Antara nama yg dipanggil tatkala slip berbaki sikit lagi ialah nama Haizam!

Alahai Haizam, dalam tak nak mendapat 5A dapat jugak kau 5A. Apapun tahniah!

Haizam bersama slip keputusannya di depan sekolah

Gambar dekat keputusan tu - betul 5A

9 comments:

  1. Uncle, I second you.
    "Alahai Haizam"....
    I wonder macam mana rupa cikgu dia when you told him that Haizam tak nak 5A hahaha. Mesti terkejut badak kan? hahaha
    Anyhow, tahniah! Tahniah, untuk Haizam terutamanya, dan juga kepada parent dia.
    Uncle, one down, two more to go ;)

    ReplyDelete
  2. Akmal,
    Cikgu dia pompuan. Jadi bukan terkejut badak tapi terkejut tapir! separuh putih separuh hitam muka cikgu tu dibuatnya.
    Yes 1 down 2 to go excluding Hazwan.

    ReplyDelete
  3. tahniah


    dalam tak nak tu , dapat jugak ...

    ReplyDelete
  4. tahniah haizam.

    bang, kalau dia tak nak ke sbp tak payahlah di paksa. di rumah juga dia cemerlang bukan?

    :)

    ReplyDelete
  5. pb,
    Haizam kata tima kasih. Dah rezeki dia agaknya nak dpt 5A.

    tasikmerah,
    Saya mmg tak paksa dia ke SBP cuma emaknya berharap dia dpt mengikut contoh kakak2nya dan menjadi lebih bedikari. Tapi nampaknya dia lebih suka bedal kari kat umah. Pakaian pun xpayah nak basuh sendiri.

    mak su,
    Mungkin letak target tak tinggi tekanan pun tak tinggi. Jadinya menjadi.

    ReplyDelete
  6. tahniah....tumpang seronok kejayaan anak kengkawan......

    ReplyDelete
  7. cklah,
    Tima kasih. Saya pun tumpang seronok cikgu2 cuti panjang.

    ReplyDelete
  8. sape eh cikgu dia masa ni?
    dulu xingat nak tanya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails