Wednesday, October 8, 2008

Masjid Ar-Razak Kg Pulau

Dalam perjalanan pulang dari Melaka baru2 ni saya dan anak lelaki saya yg berumur 7 tahun telah sempat singgah di Masjid Ar-Razak, Kg Pulau, Masjid Tanah.
Sudah menjadi kebiasaan bagi saya utk bersolat di masjid yg berlainan setiap kali saya berpeluang berbuat demikian. Mudah2an di akhirat kelak ianya akan menjadi saksi yg saya telah berkunjung ke rumah2 Allah di merata pelusok. Kalau para Sahabat Rasulullah saw boleh menunjukkan kpd Allah diri atau anggota tubuh mereka yg telah mereka korbankan di dlm menegakkan agama yg suci ini di mukabumi, mungkin inilah saja yg saya mampu lakukan didlm kedaifan dan kekerdilan saya.
Kg Pulau terletak di antara pekan Masjid Tanah dan Kuala Sg Baru. Senibina masjid ini berciri campuran pagoda dan senibina Melaka. Terdapat banyak juga masjid dgn senibina seperti ini di Melaka. Ada yg besar seperti Masjid Al-Azim dan banyak yg kecil yg bertaburan di kampung2 di Melaka. Masjid Ar-Razak yg asal telah dibina pada tahun 1916. Ianya dibaik pulih pd 1999. Terdapat sistem penghawa dingin utk ruang solat utama.

Sewaktu kami sampai azan Asar sedang dilaungkan. Semasa solat hanya ada imam, bilal, 3 org makcik tua dan seorg kanak2 selain kami dua beranak. Mungkin ini sudah kira bagus kalau dibandingkan dgn sebahagian besar masjid yg ada kalanya hanya imam dan bilal saja yg berjemaah. Ada juga masjid yg langsung tak ada jemaah waktu Asar. Alangkah baiknya jika lebih ramai org dapat berjemaah terutama yg tinggal berhampiran dgn masjid. Semoga Allah memberi kita kekuatan utk terus solat berjemaah di rumah2Nya.

4 comments:

  1. benda mudah , tapi , payah sungguh nak dibuat

    ReplyDelete
  2. pB,
    Bila Allah mengasihi seseorg itu, Dia akan menyibukkan hambaNya itu dgn mengingatiNya tapi bila Allah benci seseorg, dia akan disibukkan dgn dunianya. Semoga kita dimasukkan kedlm golongan yg dikasihiNya.

    ReplyDelete
  3. Uncle Yunus,
    Benda yang sama berlaku kat mana-mana. Padahal kalau fikir logik pun keuntungan menunaikan solat berjemaah di masjid jauh lebih banyak.
    Mungkin kerana kebanyakan kita sudah jadi terlalu materialistik? Tak mengambil kira benda yang tak boleh dilihat di depan mata?

    ReplyDelete
  4. Akmal,
    Inilah cabaran iman; perlu yakin pada perkara2 ghaib spt pahala/dosa serta syurga/neraka.
    ps - tidur lambat malam tadi buat tahajud ke?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails