Wednesday, September 8, 2010

Tak Semua Org Suka Nak Balik Kampung - Satu Pendedahan Berani

Hari ini ramai yg balik kampung utk menyambut hari raya. Dua tiga hari sebelum ni pun dah ada yg balik kampung kerana sekolah dah mula bercuti sejak Isnin lepas. Esok kemuncaknya org balik kampung.

Tak kiralah bila mereka balik kampung tapi setiap kali hari raya, kebanyakan kita akan balik kampung kerana ini merupakan tradisi kita.

Tapi tahukah kalian ada org yg tak suka balik kampung bila raya - samada kampung sendiri atau kampung mertua bagi yg dah berkahwin. Antara sebab mereka tak suka balik kampung:

  1. semua adik beradik, ipar duai dan anak2 saudara balik. Tak cukup bilik nak tidur. Kena tidur di serambi atau depan tv. Mana ada privacy.
  2. kat kampung takde tandas duduk. Tandas cangkung buat kaki jadi kebas kalau berak lama2. Tak boleh nak baca suratkhabar dalam jamban! Dah lah tu, nak buang air kena tunggu giliran kerana tandas ada satu aje.
  3. kat kampung takde water heater. Sejuk kalau nak mandi pagi
  4. kat kampung takde Astro. Raya ni miss lah rancangan elok2.
  5. kat kampung takde air cond. Panas masa nak tidur. Kalau yg ada anak kecil kena hidupkan enjin kereta dan on kan air cond. Baru boleh tidur anak kecil tu. Sebenarnya emak atau bapanya pun nak air cond juga.
Banyak lagi sebab atau alasan mereka yg tak suka balik kampung ni.

Disebabkan perkara2 ini, ada yg tak tidur bila balik kampung (balik hari aje) atau akan menyewa hotel di pekan berhampiran.

Selamat Hari Raya dan selamat balik kampung!



63 comments:

  1. Saya tak kisah tak de semua benda2 yg YB katakan tu (kecuali astro)..saya suka balik kampung..tapi saya suka balik 2,3 hari je...sebab lebih dari 3 hari saya dah boring... adik beradik dah balik rumah masing2 tingal saya terkontang kanting...boring giler jwbnya..

    ps apa yg pasti bila balik umah sendiri saya pasti menjerit..."bestnya duk rumah kita..heheheh..."

    ReplyDelete
  2. ***ada tambahan**
    jap lagi nak gerak dah balik kg tp baju anak2 masih tak siap..tailor kata mlm td nak hantar tapi batang hidung dia pun tak nampak...adui..

    ReplyDelete
  3. Idalara,
    Baguslah kalau mcm tu. Kampung Ida kat mana ek?

    Rumah mertua saya pun takde astro. TV pun tinggal satu aje. Tapi saya tak kisah sgt sebab saya bukan tengok tv sgt pun raya2 ni. Banyak rumah kami nak ziarah kat kampung tu.

    Mmglah kalau yg lain dah balik ke rumah mereka, tak best tinggal kampung sendiri dgn anak2 aje.

    Home sweet home jugak yg best.

    ReplyDelete
  4. Idalara lagi,
    Rasanya belum siap baju tu malam td. Itu yg tak nampak batang hidung. Tapi harap2 dah siap skrg kalau kawan tu tak tidur lepas sahur hehehe

    Pandu dgn cermat dan selamat balik kampung. Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  5. Salam..:)

    Alhamdulillah..
    antara sebab 1-5..semuanya ok!:):)

    Selamat Hari Raya..
    Maaf Zahir Batin..:)

    ReplyDelete
  6. Pn Kartini,
    Wsalam.

    Alhamdulillah. Beruntung awak. Bila nak balik kampung?

    Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  7. salam.

    ada juga orang tak balik kampung sebab memang dia dah duduk kampung. misalnya orang yang duduk Kampung Baru.

    ReplyDelete
  8. Salam YB,

    Saya bertuah betul..

    kampung abg ada astro.

    ada internet jugak.. tapi saya segan nak guna.. hehehe..

    water heater pun tak perlu sebab saya mandi lambat ! haha..

    Boleh pilih nak air paip atau air bukit.. sini ado ?

    Pasal bilik tidur tu memang betul. Kebiasaannya Adik yg belum kawen cop dulu. Tidur hotel ? tak terfikir langsung..

    Terpaksa Berkorban ;tidur bertudung.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. lupa pulak...


    saya memang suka & gembira bila balik kampung abg sebab macam yg YB tau dari lahir hinggalah 26 tahun berkampung di Kolompo jer.. huhuhu..

    ReplyDelete
  10. hahaha..mmg ade benor nye pun yb..tp saye tak pedulik. tetap balik! mana buleh lupa daratan...karang ade yg jadi esbok 4 tingkat!

    ReplyDelete
  11. itu adalah nikmat balik kampung.......

    punca aku x senang duduk di kampung, cam sekarang, sbb dah x blh blk kampung....

    ReplyDelete
  12. al-lavendari,
    wsalam bang.

    Cakap abg ni walaupun ada ciri2 putar belit tapi betul hahaha. Jgn marah dah nak raya ni bang.

    Ada juga org yg balik kampung berkali2 sblm raya ni sbb kampung dia cuma 2 km dari rumah dia skrg. Mcm suami emak Adam tu. Pagi balik kg sbb nak pergi pasar. Tghari balik kg lagi cari barang lain pulak. Dan malam balik kg lagi utk solat Isyak di masjid di kg nya yg sepelaung aje tu. Tapi tak tidur pun kat kg tu sbb rumah emak dia dah takde kat situ hehehe

    ReplyDelete
  13. Reen,
    wsalam.

    Kuala Lipis dah maju. Selain perkara yg Reen sebut tu kat sana pun ada Alamanda hehehe.

    Jgnlah segan nak guna tenet tu. Nanti mcmana nak blogging hahaha.

    Anak dah 3 takpelah mandi lambat. Kalau baru kahwin kena mandi sebelum Subuh. Sejuk kalau takde water heater tu ngeh3x

    Eloklah bila balik kg tidur rumah mertua. Jgn tidur hotel mcm ada org tu.

    Tidur pakai tudung ok lagi. Jgn tidur pakai spek hahaha

    ReplyDelete
  14. Reen lagi,
    Samalah kita. Cuma saya kahwin umur 25 hahaha

    Cepat setahun dari awak dapat kampung.

    ReplyDelete
  15. hanie,
    eloklah sedar diri. Jgn dapat suami yg tak nak balik kg sudahlah.

    Bila awak nak balik Kuale? Kirim salam famili. Nanti bila dah balik sini, jemputlah ke rumah.

    ReplyDelete
  16. zonaku,
    Kalau ko nak balik kampung bila dah di kampung kenalah cari pasangan. Baru ada 2 kampung hehehe

    ReplyDelete
  17. saya dok kt kg subang. tapi nanti balik gak kg kt sg petani.
    saya tak menyampah kampung tu sebab kt sp kitorg tido umah sendiri, tapi saya lebih menyampah bab tahan kenc sementara nak sampai r&r sebab jem teruk gile kat hiway, pastu bila sampai toilet pulekkk penuh mcm dewan kenduri. minyak kete dah kompem mencanak2 turun, pastu nak isi minyak pulak ade 100 kete tgh tunggu Q, pastu tetiba minyak kat petrol stesen abis pulak..kene tunggu lori minyak sampai baru boleh isi (kisah benarrr). sudahnye..gamble saja drive dgn harapan 'jgn la ko tersadai kt tgh2 jalan plis...'.
    fuh panjang lebar membebel. selamat hari raya, maaf zahir batin.
    sekian.
    ngeeee

    ReplyDelete
  18. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula kampung halaman...

    Kampungku syurgaku.. I love Keningau..

    ngeee...

    ReplyDelete
  19. Salam...
    Selamat Hari Raya

    Betul tu..
    Tapi tak semua orang Tak suke balik Kg kan..

    Hati2x balik kg yer

    ReplyDelete
  20. Salam Yb..saya sokong yb..

    Selamat HAri Raya maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  21. kat kampung kita ada kebanyakan item yg yb sebut tu.part privacy tu tak penting sgt sbb lagi best tido ramai-ramai, bukan selalu cam tu.

    ReplyDelete
  22. owh, kampung incik Firdaus ada dia ambilkan astro, tapi rumah seniri tadek astro... camna? Heheheheheh :P :P

    selain hal toilet ada satu dalam umah, lagi satu kat luar, tak reti pakai, saya memang takde hal nak balik sana... Saya sangat suka... :D :D

    Selamat raya YB... Maaf zahir dan batin... :D :D

    ReplyDelete
  23. sekarang ni susah nak cari kg yg betul2 kg sebab dah maju.

    nak kg, nak kg,wawaawawawa.:C

    ReplyDelete
  24. gadisBunga,
    oh dekat aje kat Kg Subang tu. 2008/2009 saya selalu kat kawasan tu semasa jaga projek Pejabat Tanah & Daerah Petaling yg baru tu di U5.

    Bila lebuhraya jam ni yg sakit hati. Jalan sikit, berhenti, jalan sikit berhenti. Tapi tahun ni ok sikit kot sbb cuti sebelum raya panjang. Ramai yg dah mula balik beransur2.

    Terima kasih berkongsi cerita.

    Selamat hari raya dan maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  25. tak kesah ape pun yang penting dapat balik kg! dapat peluk mak!

    ReplyDelete
  26. ashrafi,
    don't get me wrong. Ramai org yg suka balik kampung. Cuma ada segelintir yg tak suka kerana sbb2 tertentu.

    Keningau satu tempat yg indah. Kalau nak seronok lagi naik keretapi dari KK ke Tenom. Dari Tenom boleh naik bas atau teksi ke Keningau hehehe

    ReplyDelete
  27. Daya,
    wsalam.
    selamat hari raya buat Daya jugak.

    Kebanyakan org suka balik kg. Yg tak suka tu jenis tak sedar diri atau org bandar yg dapat suami/isteri org kampung ngeeee

    ReplyDelete
  28. relevan,
    Wsalam.

    Terima kasih memberi sokongan.

    Saya tulis ni berdasarkan apa yg saya temui. Kisah benar. Yg langsung tak nak balik kampung pun ada.

    ReplyDelete
  29. Syida,
    Sg Guling2 oopps Sungai Gulang2 dah maju. Mcm2 ada.

    Atau awak bercakap ttg KSB? Tempat tu pun ok.

    Tidur ramai2 ni ok asalkan jangan ada yg ngorok kuat hahaha

    ReplyDelete
  30. yang sebenarnya saya memang nak kenen kat awak pun .. dari jawapan awak yang berjela2 tu, jelaslah bahawa kenenannya saya mengena !

    hahaha

    *jangan balas balik. saya tengah tak ada kerja ni !

    ReplyDelete
  31. syah,
    lepas ni suruh Incik Firdaus pasang Astro kat rumah sendiri jugak. Dahlah dia selalu OT dan outstation. Kalau awak kat rumah sorang2 boleh jugak layan Astro tu.

    Tandas kat luar yg tak boleh tahan kalau nak gunakan waktu malam. Seram jugak wei.

    Selamat hari raya dan maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  32. Juliet,
    tak semua kampung dah maju. Saya pernah pergi kampung yg masih daif. air paip tu sekejap ada sekejap takde. Bila raya terus takde huhuhu.

    Ko carilah laki org kampung kalau nak rasa ada kampung. Tapi bukan org kg datuk keramat hahaha

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. 1. kite ada bilik sndr. no problm. tpkan.. lg suke bergelimpangan ramai2 kt hall.

    2. tandas cangkung mmg bg masalah kt adam.

    3. mmg sejuk giler. cam mandi air jeram rasanya.. berlaga gigi wey...

    4. part ni.. sokong sesangat.

    5. kat kampung kite tak perlu ekon. sejuk semulajadi.


    ish.. toksah la tido hotel. kecik ht ontua....

    ReplyDelete
  35. mcm pengakuan ikhlas dari diri sendiri je YB...huhu

    apa2 pun..ptg ni sya nak blk kg...cuti kat kg lg best..takde gangguan, bebas ke mana-mana.

    ReplyDelete
  36. saya balik je kg hehehe...
    meriah betul kalo ramai2...tido pun depan tv kat hall ramai2...xde hal la tu...

    tp raya ni tgh pk nak tdo kg ke x sbb dlm pantang lg...baby pun br 27 hr...confirm budak2 kg main mercun tetiap tahun sampai ke subuh...kang terkejut2 lak si baby...

    selamat hari raya YB... :)

    ReplyDelete
  37. hehehe.. ku da belikan aircond utk ibu bapa

    ReplyDelete
  38. salam, actually semua yang YB listkan tu adalah the essence of balik kampung, for me setahun sekali akan jadi lebih teruja begitu without segala yang kita ada di rumah , yang utama the spirit of hariraya mekar di kampung .

    ReplyDelete
  39. lawaknya reason camtu.YB lupa bagi alasan, kat kampung banyak nyamuk. haha.


    selamat hari raya maaf zahir & batin. ;p

    ReplyDelete
  40. Salam YB,

    Memang apa yang YB listkan tu 100% betul..kita sebagai anak kena pandai lah 'adjust' ngikut keadaan.

    Auntie pulak kalau balik rumah mak sendiri agak selesa, sebab tak ramai.. dua adik berumah tangga sebelah dengan taman perumahan emak, jadi, kami yang jauh saja akan bermalam di rumah mak.Rumah emak, rumah teres berbilik 4.

    Kalau balik rumah mertua, memang sah padat, sendat, sesak! bayangkan, Cik Din ada 13 beradik, campur pasangan dah jadi 26, kalau purata satu pasangan ada 3 anak, dah 39+26, cicit ada 6, dah jadi berapa tu...rumah teres bilik 2....nak sumbat tang mana tu????...nasib baik, hanya 2 famili saja yang tinggal di luar 'negeri', tapi bila raya tetap le ramai....tu le kenkadang bila balik, rasa macam nak bawak kemah le...ok tak?? ;-)

    ps:....tapi sangat le meriah, time makan macam kenduri!!

    ReplyDelete
  41. kg saya dgn bakal isteri cuma beza 10 min aje. Tp umah saya dgn kg dia mahu 20 min manakala ke kg sy 15 min. Kami plan raya pertama thn dpn balik kg sy dulu sbb sedara mara sy ramai di kg. Lewat ptg je balik kg dia sbb dia x de sedara mara di situ. Yg pastinya kami x akan tidur di kg...tetap balik tdo di umah sendiri.

    ReplyDelete
  42. oooo gitu yer...... kene cari org bukan penang la camni.....


    heehhehehehehehheehheheheheheee........

    bila berkumpul ramai2 best, x yah pikir sangat nk selesa bagai... kan ker dr kecik kita membesar di situ...... dulu rumah besar sbb kita kecik, sekarang kita dah besar2, tu y rmh jadik kecik tu...

    ReplyDelete
  43. saya yang tak mau pasang astro... bazir je rasanya... kalau dia takde pegi outstation atau OT saya bukan tengok tv sangat... saya buat menda lain... :D :D

    ReplyDelete
  44. aku tidur sepah2 kat ruang tamu je.



    .

    ReplyDelete
  45. kampung?

    kampung sya
    kampung enpakwe
    kampung memanalah
    dah namanya kampung

    tiada yang indah melainkan kampung
    dimana ada kampung di situ sya ado...
    hehehehehe... ;p

    selamat hari rayo
    maaf zahir batin

    hati hati memandu
    semoga selamat sampai

    ReplyDelete
  46. Masa i was a kid..ade la sekelumit perasaan x seronok blk kg..bukan sbb semua yg YB kata tu...sbb..toilet opah nuuuun d anak sungai..huhu..tu ok lagi,PACAT yg x tahan tu! Dah la emergency nak ke toilet terpaksa plak merentasi anak bukit yg byk pacat huwarrrr!!
    Skrg blk kg BEST! Mertua bg layanan mcm VIP gitu..hihi dpt master bedroom plak tu! Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  47. Masa i was a kid..ade la sekelumit perasaan x seronok blk kg..bukan sbb semua yg YB kata tu...sbb..toilet opah nuuuun d anak sungai..huhu..tu ok lagi,PACAT yg x tahan tu! Dah la emergency nak ke toilet terpaksa plak merentasi anak bukit yg byk pacat huwarrrr!!
    Skrg blk kg BEST! Mertua bg layanan mcm VIP gitu..hihi dpt master bedroom plak tu! Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  48. Saya memang tak pernah balik kampung........





    ....kerana memang tinggal di kampung. Orang kampung jati.

    ReplyDelete
  49. raya Jumaat..jadi masih sempat balik kampung yeaaayyy!!! selamat hari raya yb =)

    ReplyDelete
  50. Selamat hari raya, maaf zahir bathin YB..

    Setuju dgn entry YB ni... Ada jugak yg balik lewat sbb nak ngelak buat kerja dapur... kedekut sungguh nak keluarkan kudrat setahun sekali... sabo aje laa... huhu....

    ReplyDelete
  51. ketepikan semua ketidakselesaan asal dpt jumpa saudara mara..

    ReplyDelete
  52. saya balik umah MIL dekat - dekat kg kak ipar YB memang mcm yg YB senaraikan tu..tak masuk lagi perkara yg remeh temeh.
    Tapi saya seronok biar pun kdg saya kena perli kena sindir juga.
    Tidur hotel takdalah tapi pernah teringat nak bawa khemah.

    ReplyDelete
  53. salam YB, terlupa plak purpose utama kita balik kg...nak 'layan diri' @ nak layan org tua?. selamat hari raya & maaf zahir batin...

    ReplyDelete
  54. ~mrs azmi~
    Awak seorg anak yg baik.

    Dah sampai ke kampung ke ni?

    ReplyDelete
  55. al-lavendari,
    jawapan saya mmg selalunya panjang berjela2. Tak bermakna apa saja yg org komen atau kenen tu mengena.

    Saya jawab waktu mcm ni kerana tahu abg tengah takde kerja hehehe

    ReplyDelete
  56. DrSinga,
    Hotel cokia mcm Hotel Classic tu mmglah tak best. Tapi kalau dpt hotel 4 - 5 bintang, mestilah best.

    ReplyDelete
  57. kakngah,
    wah detail awak balas point2 saya tu.

    Pada keseluruhannya oklah tu.

    Cian di Adam bila nak buang air besar ya.

    Mmg boleh kecil hati orgtua kalau anak cucu balik kg tapi tidur hotel. Tapi ada terjadi. Selalunya menantu yg mengada2 huhuhu

    ReplyDelete
  58. MENTIBANG LAUT,
    Ini bukan pengakuan ikhlas ttg diri saya. Tg Karang dah maju dan tak seteruk itu. Saya selalu balik kampung emak Adam dan pernah buat siri balik kg di blog ini.

    Selamat balik kg. Kat kg takde gangguan tapi dlm perjalanan ada ek? ngeee

    ReplyDelete
  59. selamat hari raya YB... duit raya dah standby ke untuk saya... jangan buat2 lupa tau hahahahahaa


    NL

    ReplyDelete
  60. sangat tepat analisa tuan. tu yg buat saya balek hari aje, tapi bila kampong yg jauh sangat, balek hotel good idea, tapi ramai yg tak faham..saya jenis yg memberatkan privasi..

    ReplyDelete
  61. salam YB,

    miss entry ni sbb masa ni Ai dah ade di kampung. umah mertua ade streamyx tapi takkanlah blk kg pn nak ngadap lappy, kan?

    Ai suka blk kampung sbb:

    1. Ai ddk jauh. cuti2 je dpt jumpa family.
    2. Ai suka mandi air kolah. tak kira siang atau malam air kolah akan tetap sejuk.
    3. Ai suka kehijauan dan keluasan. umah kt kampung giler luas penuh dgn tumbuh2an. lps tu boleh main badminton dlm umah.
    4. Ai suka berkumpul adek beradek. bila blk melaka Ai berdua je dgn hubby.
    5. Ai suka nk jenguk mak abah, ma n ayah mertua. mereka kekuatan saya (^_^)

    ReplyDelete
  62. Yer lah klu ade ank2 dara da besar2 mesti la malu tido terkangkang @tergolek kt ruang tamu.zmn skg bukn leh caye atok ke pak sedare ke.aurat pon nk kne jaga.waktu pagi smpe ptg dtg le semula lepak kt umh kampung tu. Bole jgk eratkn silaturahim.nk jg silaturahim xsemestinye kne tido 1 umh.open minded le sket.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails