Wednesday, September 1, 2010

Macam-Macam Cara Orang Nak Makan Di Siang Hari Di Bulan Puasa Ini

Salah satu hakikat yg tak sedap didengar di bulan puasa ini ialah ada lagi org2 Islam mukalaf yg tak berpuasa tanpa sebarang uzur. Bagi golongan ini, bulan puasa hanya menyusahkan mereka nak makan minum di siang hari. Silap haribulan kalau kena tangkap mahu dinaikkan van jenazah.

Untuk mengelakkan peristiwa spt itu, ada macam2 cara yg dilakukan oleh golongan ini utk makan di siang hari. Kali ini aku nak citer dua aje yg aku lihat sendiri:

Pertama
Buat muka selamba beli nasi bungkus di waktu makan tengahari. Di pasar Datuk Keramat ada gerai menjual nasi + lauk yg beroperasi spt bulan2 lain. Pelanggannya aku rasa lebih ramai di bulan Ramadan jika dibandingkan dgn bulan2 lain. Mungkin banyak kedai lain termasuk kedai nasi ayam yg tak berniaga. Jadi saingan kurang dan org tertumpu di situ.

Aku cuba bersangka baik. Mungkin lelaki2 ini membelikan nasi dan lauk utk isteri mereka yg uzur. Tapi jika hampir sepanjang bulan beli nasi, takkanlah isteri uzur memanjang. Atau mungkin dia ada lebih dari seorg isteri. Lepas sorang, sorang pula uzur. Dan suami begitu gigih membelikan makanan utk isteri2nya. Boleh dicalonkan sebagai suami mithali ni.


Kedua
Golongan ini cerdik sikit kerana tak nampak sangat kalau mereka tak berpuasa. Mereka membeli di drive thru samada kepsi atau mekdi.

Org nak cakap apa. Setahu aku tiada undang2 yg kata tak boleh beli di drive thru sebelum pukul 3 petang.

Tengahari tadi emak Adam meminta aku belikan bubur mekdi utk Adam. Adam seorg yg tak puasa di rumah ni. Nak masakkan utk dia pun tak berbaloi. Semasa aku ke drive thru mekdi tadi ada banyak kereta sedang berbaris. Yang pompuan tu takpelah kerana mungkin dia dah nampak anak bulan Syawal. Yang lelaki tu apa hal pulak? Belikan anak2 juga ke? Sekali lagi aku cuba bersangka baik. Tapi tajam juga selera anak dia makan double GCB dibandingkan dgn anak aku yg hanya makan bubur mangkuk kecil.

44 comments:

  1. ish ish ish!besarnye napsu anak die makan dabel GCB..okey,bersangka baik gak lagi.mebi dia beli pestu simpan nk buka puasa,takut tak sempat.muehehe!

    ReplyDelete
  2. bersangka baik.. bersangka baik... dorang beli utk anak tuuuuu mcm yb jugak.. hihi

    ReplyDelete
  3. aNiS,
    Ha'ah mana tahu lepas tu mereka banyak kerja tak boleh keluar pejabat sampai malam. Sementara boleh keluar tengahari tu belilah siap2.

    ReplyDelete
  4. staff kat opis ni masuk opis dgn badan berbau rokok...alahai.....nak bersangka baik jugak ke? :)

    ReplyDelete
  5. ~mrs azmi~,
    tapi kalau dah satu kereta 2-3 org lelaki sama2 pergi ke drive thru tu berkata2 juga hati ni.

    Bersangka baik. Mungkin menyahut anjuran utk berkongsi kereta huhuhu

    ReplyDelete
  6. fiddeOmar,
    kawan dia kot yg hisap rokok tu.

    Macam dulu pernah rakan sekerja bila masuk tandas mesti bau rokok. Kadang tu ada lagi puntung rokok tak hanyut di flush. Mungkin org sebelum tu tapi tandas ni tempat larangan merokok. Tiba2 bila bulan puasa org bukan Islam merokok kat tandas ni apa cer?

    ReplyDelete
  7. budak 4 tahun pun boleh puasa, ini kan pulak yg tua bangka. bongoks.

    ReplyDelete
  8. salam YB,

    tadi berkesempatan berbual dgn seorg pljr F4.

    Ai: kamu puasa PENUH tak?
    boy: puasa tice

    Ai: tice tanya, penuh ke tak?
    boy: (muka senyum kambing)errrr ade tinggal sehari je tice.

    Ai: aik boy pun uzur ke? pelik gak mana kuar tuh?
    boy: ala tice..dah haus. minumlah

    Ai: erk... mak ayah kamu tak marah ke?
    boy: hehehehe



    that boy bukan budak kecik lagi. form 4 tu patutnya takde tinggal puasa.

    perempuan kalau tak pandai masak akan dipandang serong. disuruh belajar masak tapi lelaki kalau tak boleh nak jadi imam camno?

    Ai rasa dah tiba masanya ibubapa tolong didik anak lelaki spy berkualiti dan boleh menjadi imam tak kira di mana mereka berada.

    apa nak jadi dgn masyarakat hari ini?

    *fikir

    sori YB panjang lak komen Ai

    ReplyDelete
  9. benarkah dia orang tu mukalaf ... entah2 mualaf tak ?

    ReplyDelete
  10. tahukah anda, org yg menghidap gastrik kronik mmg takleh nak puasa


    .
    .



    aku teka, mereka semua adalah penghidap gastrik kronik

    kesian.. terima kasih

    ;D

    ReplyDelete
  11. aku tetiap hr tgk org merokok balik belakang umah aku nih. semua bapak2 budak. haih...



    .

    ReplyDelete
  12. kat telok intan ade 1 restoran krishnan, pot org melayu tapau nasi..time lunch jer..berderet org pg tapau..pelik! x de pihak yg ambik peduli pun..heh

    ReplyDelete
  13. diorang tu uzur ikut hukum apa tah... hukum tembolok ayam kot

    ReplyDelete
  14. diofis ni pun ada jugak.
    anak dah besar panjang dah...

    Kebanyakannya lelaki. Pelikkan?

    ReplyDelete
  15. apa nak jadi
    apa nak jadi
    orang sekarang asik makan mcd
    bulan puasa pun tak habis lagi
    kebanyakkannya kaum lelaki
    yang YB kata jadi suami mithali
    akhirnya mereka yang rugi

    ReplyDelete
  16. sam.

    cerita semalam,

    seorg rakan India yg bersama-sama 1 grup keje round-round satu NS terpaksa puasa juga ..( sian dia da la tak sahur pun..)

    pengajarannya: mereka menghormati kita yang berpuasa ni..tapi kenapa org kita sendiri tak ada rasa malu ???

    ReplyDelete
  17. akhir zaman YB, manusia sanggup 'bersusah-payah' semata-mata nak buat dosa...sedangkan buat pahala mudah tu...jd slim lagi...pun tak mahu gak

    ReplyDelete
  18. GaDis CoMeL,
    budak yg kecil tu dah dilatih dari kecil.

    Yg tua bangka tu mmg dari kecil tak pernah puasa kot. Semoga mereka mendapat hidayah satu hari nanti.

    ReplyDelete
  19. AiTotYati,
    Nilai2 keagamaan dah terhakis dalam masyarakat kita. Jarang org tanya samada budak lelaki boleh jadi imam ke tidak. Silap2 solat pun tak penuh 5 kali sehari.

    Semoga budak F4 tu dapat petunjuk asbab dari sesi soal jawab dgn awak tu. Kira dakwah juga tu.

    ReplyDelete
  20. al-lavendari,
    mungkin jugak tu bang. Tapi biasanya yg mualaf ni yg lebih bersungguh2 menjalankan ibadat puasa ni.

    ReplyDelete
  21. kts,
    aku tahu tu. Dan setahu aku jugak gastrik ni akan menyerang di bulan puasa saja. Bulan lain 'pesakit' tak menghadapi masalah gastrik hehehe.

    Tapi mereka yg benar2 menghidap gastrik tu, itu ujian dari Allah.

    ReplyDelete
  22. tasek,
    Itu jin kot sbb makan asap hehehe

    ReplyDelete
  23. makdara TERDIVA,
    itu sekurang2nya restoran bukan Islam. Dalam suratkhabar hari ni dikatakan restoran mamak menyediakan tempat makan khas utk pelanggan beragama Islam yg tak berpuasa. Saya doakan bangkraplah mamak tu.

    Pihak berkuasa dah tak larat nak tangkap org yg tk puasa ni agaknya. Ramai sangat huhuhu

    ReplyDelete
  24. Shifu,
    Yang aku geram dan sedih, dahlah mereka tak puasa tak segan silu lagi makan di khalayak ramai. Ada tu berniaga di Pasar Ramadan tapi dia sendiri tak puasa. Mmg tembolok ayam

    ReplyDelete
  25. Reen,
    awak tengok mesti meluatkan? Tapi mereka ni mcm tak rasa bersalah langsung. Bagi mereka Ramadan tak Ramadan tetap sama.

    Semoga mereka mendapat hidayah satu hari nanti.

    ReplyDelete
  26. ikan emas,
    betul apa yg IE cakap tu.

    Jadi sebelum memilih pasangan hidup pastikan org itu kuat pegangan agamanya. Kalau tak, silap2 isteri pun ikut hanyut. Dan yg sedih bila dah ada anak, anak2 jadi keliru.

    ReplyDelete
  27. ikan emas (sambungan)
    Itulah kan. Org bukan Islam tahu menghormati kita yg berpuasa ni sampai sanggup tak makan minum depan kita. Alangkan malunya kalau dia tengok ada org Islam sendiri yg tak puasa.

    ReplyDelete
  28. nahmy,
    inilah kalau iman tu tak kuat. Tak payah syaitan nk goda (sbb setan dirantai) pun ada yg dah tewas.

    Buat dosa ni seronok kot. Itu yg manusia berlumba2 melakukan maksiat kpd Allah.

    ReplyDelete
  29. orang perempuan ni, walaupun tak puasa
    sangat segan nak makan, hatta dlm rumah sekali pun

    dekat TPG ada satu gerai, jual nasi lemak macam biasa sebulan puasa
    apa dayo?
    membenci di dalam hati sajalah
    kenapa diorang ni ye?
    fikirkan keuntungan dunia saja ke?

    ReplyDelete
  30. orang perempuan ni, walaupun tak puasa
    sangat segan nak makan, hatta dlm rumah sekali pun

    dekat TPG ada satu gerai, jual nasi lemak macam biasa sebulan puasa
    apa dayo?
    membenci di dalam hati sajalah
    kenapa diorang ni ye?
    fikirkan keuntungan dunia saja ke?

    ReplyDelete
  31. orang perempuan ni, walaupun tak puasa
    sangat segan nak makan, hatta dlm rumah sekali pun

    dekat TPG ada satu gerai, jual nasi lemak macam biasa sebulan puasa
    apa dayo?
    membenci di dalam hati sajalah
    kenapa diorang ni ye?
    fikirkan keuntungan dunia saja ke?

    ReplyDelete
  32. orang perempuan ni, walaupun tak puasa
    sangat segan nak makan, hatta dlm rumah sekali pun

    dekat TPG ada satu gerai, jual nasi lemak macam biasa sebulan puasa
    apa dayo?
    membenci di dalam hati sajalah
    kenapa diorang ni ye?
    fikirkan keuntungan dunia saja ke?

    ReplyDelete
  33. errkkk

    kesilapan taknikal...
    soweyy.....



    salam ramadhan
    selamat hari lebaran
    maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  34. sama2 kita doakan biar mereka dapat hidayah nanti....kesiankan,budak 5-6 thn beria nak puasa yang tua bangka macam tu pulak.

    ReplyDelete
  35. Eja,
    Tokojut den ingatkan sampai berderet komen eko hahaha.

    Betul tu. Kebanyakan wanita ni w/p uzur tapi tak makan sangat di siang hari. Habis2 minum aje sikit. Dah mcm org puasa jugak.

    Tapi ada juga yg makan selamba mentang2 tak puasa. Hari tu ada satu kereta depan saya di drive thru mekdi. Drebarnya org lelaki tapi penumpangnya 3 wanita. Lepas beli set masing2, mereka parking kereta tepi padang dan makan. Mcm piknik dlm kereta pulak tu huhuhu

    Tapi yg lelaki yg tk puasa lagi teruk. Makan tak ingat dunia. Mcm bukan bulan puasa aje.

    Awak pergi bom aje kedai jual nasi lemak tu hehehe

    ReplyDelete
  36. Eja lagi,
    kesilapan dimaafkan.

    Selamat menjalani ibadat puasa di hujung Ramadan ni dan selamat melipat gandakan amalan. Semoga kita menjadi hambaNya yg lebih bertakwa selepas Ramadan ini.

    Selamat Hari Raya nanti dulu ek ngeee

    ReplyDelete
  37. shaliza,
    itu aje yg kita mampu lakukan. Nak gunakan tangan kita takde kuasa.

    Pentingnya kita melatih anak2 berpuasa dari kecil. Kalau sampai besar tak puasa, bila dah dewasa mulalah mengelat.

    ReplyDelete
  38. beli utk buka posa tuh..

    tapi kalau nasi siap letak kuah kesian la ye..kembang2 dah nasi tuh..

    ReplyDelete
  39. Hamizah,
    Saya pun anggap mcm tu lah tapi kenapa siap2 letak kuah. Ada 6 -7 jam lagi sebelum berbuka tu? ngeee

    ReplyDelete
  40. mesti yg tgh que beli mekdi tu berprasangka baik kat yb gak kan..huhu. beli bubur je..save, alang2 kgb terus la..kata kecil dlm hati..

    ni pun kira prasangka gak..

    ReplyDelete
  41. yang lagi haram tu yg bangga sungguh muka tak pose depan orang..haisshhh

    ReplyDelete
  42. hmmm.. sungguh aku kesian kat suami2 yg kena beli makanan kat isteri2 (setakat kat anak tu takpela...)
    .. dan lagi kesian kalau si isteri tu makan depan dia.. (buat meja hidang lagik.. huhuhu)..

    .. agaknya, sekarang ni, bnyk sgt yg TERBUKA.. sampai menda camni pon KETERBUKAANNYA TERLALU TERSERLAH.. (ke depan entahnya ada satu group perempuan BERTUDUNG pi lepak makan kat dlm KFC atau McD..)

    ... mak aku kata org dulu2 MALU SGT kalau nk bagitau 'mai mende tuh'!!!... kalau buleh sembunyi, akan sembunyikan.. org sekarang.. BANGGA!!.. kalau buleh diwar-warkan.. nk diwar-warkan satu dunia.. (terkena batang idung aku jugak weihh!!!.. huhuhuhu.. maluuuuuuu).

    - kena lebih memahami pengertian "MENGHORMATI BULAN RAMADHAN"...
    sepatutnya, org yg tak puasa kena hormat org yg berpuasa... bukan sebaliknya!!!!.

    ReplyDelete
  43. Tak taulah bila kan..

    setiap tahun macam tu..

    kita pulak yang malu pada cha-ya yg tegur dorang tu.

    ReplyDelete
  44. salam YB.

    panjang ye baris di DT tu. bukan salah depa yg berniaga tapi salah org yg tak berpuasa. menyalahgunakan kemudahan.



    Syana aka Syaliza (from FB)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails